Assalamualaikum....
Hari ini dah 8 tahun si bujang tembam kesayangan maklang no.4.
Kejap betul masa berlalu. Kelip2 mata dah 8 tahun...dari seberat 2.4kg yang tak bermaya tu, dari dalam ICU selama lebihkurang 70 hari kat HTAA, Kuantan, sekarang Hakim dah 50kg dah. Gelembung sana sini badan dia. Memang geram tengok dia. Tiap pagi mesti nak geromol pipi dia yang tembam tu. Satu hari tak usik pipi dia ke, t*tek dia ke, memang rasa tak siap aje hari tu...Hmmm...geram kat dia...
Memang anak yang paling manja sekalilah dalam family. Bongsu dan lelaki sorang pulak tu, manalah tak manja. Kakak pulak kaki bully, tapi paling dia rapat dengan Kak Maya dialah..kalau kak Maya tak ada, macam mati kutu jugaklaa...Rindu2an habis. Kalau kak Long pulak, dia buli suruh buat itu ini, nak2 kalau PC dia rosak. Kalau dengan Kak Ngah, kalau lapar adek dia, dia masakkan laa..tu kalau angin Kak Ngah tiup arah yang betul...kalau tak, abis adek dia kena marah. Tapi yang paling selalu dia gaduh ialah dengan Kak Maya..al maklum, teman seperjuangan..nak rebut segala benda...he..he..tulah dia Hakim..
Paling kuat merajuk jugak, ikut Kak Maya jugak. (Tapi anak2 maklang ni seme memang kuat merajuk. Along kena tegur, pasal suruh share maggi mee dengan adek dia pun boleh merajuk kat maklang. Kalau Maya tak bagi naik basikal pun merajuk, kalau Angah bila tanya mana glue maklang yang ilang pun merajuk...( kes dia pakai tak mo ngakulah tu...)...tulah dia...Ni dah simpang dah ni cerita ni...
Hakim ni pantang dapat jemputan..Jemputan nak tidur kat bilik maklang..kadang2 dah dekat nak malam, mulalah dia ngendeng2 dan meleser kat bilik ni..mana tau ada jemputan..buat2 merajuk sikit2, nanti samada mak atau abah akan pujuklaa...Akim nak tido sini...Memula ego gak si tembam ni...buat jual mahal..tapi kejap aje tu...kalau merajuk rugi tak dapat tido ngan mak n abah...ha..ha..
+++++++++++++++++++++++++++++
Last week, tak ingat hari apa, Abah dia dan kakak2 dia entah yang mana satu, dah ke MM, booking kek Ben Tot untuk Hakim. Dia memang suka sangat Ben Tot tu...segala2 nak Ben Tot...Mesti Ucop jeles kan Alang. So, hendak tak hendak order ajelah sebiji. Bila dah order, dia kata, bukan gambar Ben Tot itu yang dia nak. So, kat bawah nilah kek Bentot dia.
Ni Akim punya New York Cheese cake.
Petang after office, maklang dan yang lain2 pi ambik dia kat sekolah dan langsung singgah kat MM nak ambik kek. Memang dah janji nak ke kedai Mainan Kami tu nak beli hadiah kat dia. Tapi mesti RM 50 and below aje. Pistol ari tu pun nampak dah lama bertapa dalam kotak, tak main pun. Alasan dia, kak long tak mo main. Banyaklaa...Memang macam tu dia tu, mainan tu, kejap2 aje dia main , lepas tu entah mana2...Hmmmm....
Sambil tunggu nak order pizza tadi dia pi pilih meinan dia. Kaklong dia yang layan..penat nak tunggu dia cari meinan dia. Last2 kasi duit kak Kaklong and maklang pi teman Paklang kat PH.
Ni meinan Akim...kejap aje dia pasang jadik benda ni.
Cheeeh...Hakim kata dia special...perasan tak sudah sudah...ikut sape lah tukan. Maklang tanya kenapa dia special...dia kata kan Akim je sorang anak lelaki mak....hmmmm
Ni kami sekeluarga minum petang/ dinner kat PH tadi lepas ambik Hakim dari sekolah. Thanks aunty Mulan for the hadiah untuk Akim.. Pukul 9:00 mlm tadi kami potong kek kat dapur..siap abah jadi conductor nyanyi lagi Happy besday...Akim suka kalau jadi barritone ( Spell?) gitu! he..he..
Mak dan Abah ucapkan Selamat Hari Lahir untuk anak lelaki kesayangan Mak dan Abah. Moga Hakim menjadi seorang insan yang berguna di masa depan dan berjaya di dunia akhirat...Kami semua sayang sangat kat Hakim...:)
++++++++++++++++++++++
Petang tadi pun rezeki dapat pizza dari Boss. So, kami makan beramai2. Adek2 ni paksa maklang ambik gambar they all..mana tau nanti kena panggil dengan NSTP pulak, nak masukkan gambar mereka...entah apa2 dorang tu...he..he..
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...