Wednesday, February 11, 2009

Kisah duka dan suka..

Assalamualaikum...


Maklang agak sibuk 2-3 hari ni kat pejabat...Meeting lepas satu-satu...


Pagi tadi pun ada lagi meeting lagi Tak abis2. Pulang ke bilik lepas meeting, dapat pulak berita tak baik. Ada melalui hp, ada jugak melalui mail. Kawan lama kami semasa belajar kat luar negeri dulu telah pun pulang ke rahmatullah tanggal 8 hb February yang lepas, akibat cancer payudara. Baru aje minggu lepas maklang bertanya pada kawan2 maklang yang lama tak berhubung, mengenai kakak sorang ni. Rupa2nya beliau sedang tenat ketika itu. Moga2 roh beliau dicucuri rahmat...Al Fatihah..


Itu kisah duka waktu pagi. Hidup harus diteruskan...


Waktu petang pulak lain kisahnya..


Maklang terima email dari seorang teman semasa sekolah menengah yang hampir 3 abad kami tinggalkan. Rupa2nya, dia nampak nama maklang kat dalam one of the mails yang dia terima dan terus aje hantar email kat maklang. Maklang pun apalagi, search for the company's name and bila dapat phone no. tak tunggu lagilah terus aje talipon dia. She sounds like dolu2 jugak. Tapi kata dia sekarang dia dah jadi champion. Champion in sizelaa he..he... Seronok betul dengar suara dia. Hilang rasa rindu...Dah cadang2 nak buat reunion kat JB masa raya nanti..InsyaAllah...

Last 2 weeks pun macam jejak kasih. Dapat banyak email dan phone no. teman2 masa belajar dulu...Tu satu lagi reunion nak kena arrange. Bila lah nak carik masa...


Itu saje buat hari ini. Tapi sebelum tu maklang nak letakkan gambar food lagi hari ini...enjoy....












Ini pokok kedondong kat depan rumah...Sebenarnya tak ada niat pun nak letak kat sini, tapi sebab buahnya melayut2, geram pulak maklang tengok...

Nanti sebelum Wan dan Atok balik, buah ni akan dipetik untuk nak bawak balik pada Tok Busu kat Jb..














Gambar daun turi ni untuk teman2 yang bertanyakan pasal daun turi ...daun turi tak sama dengan daun cekor manis tau...Lain memang selain2nya..













Ini pulak lauk tengahari tadi, labu masak lemak. Makan dengan sambal belacan dengan ikan sepat and terubuk masin...hmmm...tambah 3 kali you...











Anak2 pulak mintak Wan buatkan pengat pisang. Kiranya specialty Wan lah ni...sedap...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

25 comments:

  1. Maklang..

    Sedap nampak pengat pisang tu..dah terliur ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam Maklang.

    bZnya jadual Maklang... tapi sempat juga Maklang dalam sibuk, berduka, ada masa menulis post.

    Trm kasih kongsikan gambar daun turi tu. KakChik pun ingatkan daun cekor manis tapi tak pasti, kali ni dah clear.

    Lebatnya kedondong Maklang, buat jeruk sedap tu... eiii, sedapnya, naik kecur liur terbayang-bayang kedondong jeruk.

    p/s: Buku La Tahzan dah habis stok Maklang. Stok baru sampai lambat sikit mgkn dlm bulan Mac. Kalau Maklang nak, KakChik boleh simpankan.

    ReplyDelete
  3. Tirana:

    Tengok aje dah sedap, apalagi kalau makan...makanan ibu memang paling sedap pada tekak anak2 kan..tapi pengat Wan memang no. one jugak!

    Kak Chik:

    Sibuk kat pejabat, updet pun dah dekat maghrib tadi...masa tunggu nak solat...

    Hmm..dah clearlah daun turi tu ye...Alhamdulillah...

    Kedondong tu memang selalu lebat...Syukur Allah beri rezeki. Kalau kak Chik datang sini nanti, kalau ada rezeki boleh bawak balik sikit and buat jeruk!Insyaallah...

    Buku tu nanti tengok kalau sempat nak jugak satu lagi untuk seorang teman yang sedang berduka. InsyaAllah nanti maklang hantar mail ke Kak Chik eh...TQ

    ReplyDelete
  4. Agaknya daun turi tu kat perak sana panggil sayur keti kot... tp x sure lah...

    ReplyDelete
  5. Kak, boleh imagine gaya akak cakap "daun turi ni tak sama macam daun cekor manis tau, lain memang selain-lainnya!" ..hehehhehe...kita pun tak pernah rasa masak daun turi ni..

    ReplyDelete
  6. Akuni:

    Maklang bukan orang Perak..jadi maklang tak tahulah apa orang perak panggil. Ialah kot daun keti..

    OO:

    Ni mesti kes rindu kat akak..he..he..perasan pulak akak nikan..last week kan baru dengar suara...

    Ha...dah pi borong kat Amcorp Mall belum?? Nengok2 kedai tu cam nak tutup je sebab OO dah borong seme!

    ReplyDelete
  7. kalau lapar tu kan, singgah je rumah kak elle dan maklang, burppppppppppp, Alhamdulillah, kenyang mata.

    ReplyDelete
  8. Pak Man rasa ada sedikit tersalah taip tu maklang, 3 abad ke 3 dekad......saja nak tunjuk perihatin.

    ReplyDelete
  9. maklang,
    Pengat pisang nampak sedap wei... I like it cold... YUM...

    ReplyDelete
  10. zany:

    kalau sekadar jamu mata tak kenyang..datang betul2 nanti maklang hidangkan yang betul2...baru boleh sendawa..ha..ha..

    Manlaksam:

    Terimakseh cikgu..maklang ni kadang, abad, kurun dekat pun konfius...

    p/s patut pun pakman jadi cikgu...teliti...:)

    ReplyDelete
  11. cat:

    I like it cold too...masih ada balance kat fridge tu...anak2 punya feberet...:)

    ReplyDelete
  12. salam maklang.

    pasal buku tu kakchik ok je.

    seronoklah kalau dapat gi rmh maklang, sb kakchik akan dpt wak balik kedondong... yey...

    ReplyDelete
  13. Ohhh.. cikMilah panggil tu pucuk geti, mmg sedap buat masak lemak, yumm yummm.
    Lama tak masuk sini..BZ jadi homemaker...hehehe, catching up antara baking dan jahit baju kurung...dan makan!!!

    ReplyDelete
  14. ohhh.. pucuk turi tu cikMilah panggil pucuk geti..hehe, lain padang lain belalang kan..api mmg sedap,sesekali boleh lah...angin. Lama tak masuk sini, BZ gak jadi homemaker ni..
    take care, maklang.

    ReplyDelete
  15. maklang..
    terima kasih kongsi kan foto daun turi.. nanti boleh tanya dgn makbonda apa org perak panggil daun tu... :)
    pengat pisang.. suka juger..

    ReplyDelete
  16. salam mklang..daun tu lau kat kedah panggil daun geti...emmm sedap masak lemak...nyum...pengat pon sedap...salam takziah utk kwn mklang...

    ReplyDelete
  17. salam takziah atas kepergian arwah kawan maklang.

    cenggitu ropenya daun turi ek...labu masak lemak tu nampak menyelerakan yummyy...

    ReplyDelete
  18. salam kak Chik:

    maaf buku tu tak jadiklah sebab adek maklang dah belikan ..maaf ye..

    kalau ada rezeki, memang boleh bawak balik kedondong tu...

    Cik Milah:

    Terimakaseh jengok kat sini walau dalam sibuk2..

    Take care..

    ReplyDelete
  19. kak yong:

    sebab ramai tak kenal, tu yang maklang letak besar2 tu...nanti jangan lupa tanya mak bonda ye...

    aiina:

    ha...pucuk geti...memang enak itu...

    pengat wan memang first class...

    ReplyDelete
  20. AZWA:

    Ha..cenggitulah rupanya turi...

    Al fatihah buat teman maklang tu...

    ReplyDelete
  21. Takziah untuk keluarga teman maklang.

    Kalau jenguk blog maklang mesti perut rasa lapar pulak. Labu masak lemak tu memang kesukaan saya...

    ReplyDelete
  22. kak Nong:

    muka beliau dicucuri rahmatnya..

    sama dengan anak2 maklang, suka lauk tu..kalau bapa mertua maklang, lagi suka sampai dihirup kuah tu...dan maklang pun suka tengok yang makan..berselera...:)

    ReplyDelete
  23. Siapa kawan yg meninggal tu?

    Kucai

    ReplyDelete
  24. Salam. Nak bantuan ddr amak lang.
    Dimana saya boleh daun turi ya.
    Harap mak lang boleh membantu saya sebap saya
    memerlukan daun ini tuk buat ubat.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  25. ann kat mana? maklang kat kerteh. kalau dekat boleh amek kat umah maklang. kalau tak pun tolong htr email, boleh diusahakan..pos ke ke ann, boleh gak!

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...