Assalamualaikum...
Alhamdulillah kami dah selamat tiba di destinasi. Kali ini dekat aje...tak jauh mana pun..
Perancangan telah dibuat seawal bulan 8 atau 9 yang lepas. Semuanya Cik Abang yang lakukan. Maklang cuma beritau tarikh mana aje yang nak cuti. Lagi pun coincide dengan cuti umum, jadi kuranglah sikit nak amek annual leave yang tinggal beberapa hari aje lagi. As usual Cik Abang kalau plan cuti mesti dia nak ajak Atok dan Wan. Seronok kalau beramai2 ni. Dan kali ini kami ajak keluarga Busu pula. Saje suka2. Lagipun Atok tak berapa kuat nak jalan jauh2. Jadi kalau ada Busu mudah lah sikit pergerakan . Ada yang tolong drivekan..Alhamdulillah...
Perjalanan kami bermula jam 6:00+ ptg Khamis. Lepas keje, kami siap2 dan mulakan perjalanan. Baju semuanya dah siap dipack malam sebelumnya. Surprisingly, kali ini packing taklah menyulitkan seperti selalu. Kejap aje dah selesainya sebab anak2 dah pandai dah pilih baju sendiri. Walau macam tu , maklang mesti nak cek sebab kadang2 seluar koyak lunyai pun mereka hangkut jugak! Nak2 yang kecik 2 tu...he..he...
Alhamdulillah kami tiba kat umah Alang jam 10. Tak berenti solat cuma, singgah isi minyak. Atok dan Wan dah tiba dulu kat Kl pada hari Selasa sebab ingatkan Atok ada cek up kat HKL. Tapi entah macamana, bila Alang tengok tangan Atok ok, Alang call Dr. kat HKL, lalu Dr tu kata boleh tunda sehingga bulan depan, InsyaAllah.
Busu dan keluarga tiba jam 11 lebih. Anak2 semuanya tak tido, maka gamatlah umah Alang. Tau ajelah kalau hero maklang dah jumpa dengan heroes2 Busu serta Hero alang. Bergolek2 lah, menembak lah..macam2. Nasib baik jiran jauh, kalau tak mau mereka panggil polis nak suruh budak2 ni diam...ha..ha..ha..
++
Semalam, kami bertolak ke Penang jam 9.30pg. Perjalanan agak perlahan sebab teramatlah banyaknya kereta. Walau pun macam tu, smooth ajelah. Kami berhenti isi minyak dan kemudian masuk kat Taiping/ Kamunting exit untuk nak solat Jumaat. Sementara mereka solat, sempat jugak maklang menjahit dalam kereta ...:)
Kami tiba kat Penang jam3 lebih. Jalan masuk ke Penang pun sesak. Lepas dah cek in, semuanya rehat2 aje. Makan tak risau sebab memang ada bawa bekalan dari KL. Jangan tak tahu, rendang, ayam serai dan ikan bilis berlada pun ada....Cik Abang sempat ke Komtar yang terletak sebelah hotel ni , shopping salad dan tomato!
Belah petang pulak, maklang dapat jugak bertemu Towkey Coklat popular dari Penang, siapa lagi kalau bukan Cik Milah. Terimakasehlah Cik Milah kerana sudi nak luangkan masa nak jumpa maklang...Terimakaseh juga coklat sedap tu...berebut semuanya...tinggal beberapa ketul aje lagi tu...almaklum semuanya 'hantu' coklat.
Belah malam, Cik Abang pi beli nasi Kandaq aje dan bawa balik ke bilik...
Hari ini belum tau lagi nak kemana...Plan semua Cik abang yang sediakan..Kami iku jer..:)
Meh layan gambar jap...
Dah siap2 dah...Kami pergi 2 buah kereta...mana lah nak muat satu kereta. Kami sekeluarga sekereta..plus Adlan anak Busu. Dan satu lagi, Atok, Wan, Busu, Aunty Leen dan Alman. Dalam perjalanan alman muntah sebab tak duduk diam dalam kereta...habis kena baju mak dia...
As usual..Angah kada' tido! Adlan memang permanent resident dalam kereta ni...Nak ikut Abang Hakim idola dia...
Tu diaaa...Butterworth dah...
Kat Penang bridge..abah yang excited...anak2 sibuk main game dalam kereta...he..he..
Ini antara facade peranakan yang di cantekkan semula..memang cantek
Bergambar kat pintu masuk ...semuanya ada tanduk!
Adlan risau sebab masa cek in semua masuk satu bilik sebab bilik2 lain belum siap. Dia tanya macamana nak tido ni maklong? Maklang kata...macam Alan tidolah bertimpa2 tu....percaya jugak dia at 1st!
Pertemuan antara tukang buat coklat dan tukang jahit. Terimakaseh sekali lagi Cik Milah...:)
Si Alan sempat berposing tu...
Kalau Hakim dah mengadap coklat, sedap pulak tu...nasib laa siapa yang tak sempat...:)
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Maklang, wish we had more time together..anyway happy sangat jumpa Maklang. Finally!hehehe.. ni baru sampai homestay kat Bayas. Jap lagi berkenduri...take care and enjoy Penang...
ReplyDeleteSalam Maklang.Holiday pun maklang update,he he
ReplyDeleteEnjoy your holidays ,bestnya:)
Besnyer Penang, mak lang jangan lupa try LINE KLEAR dan pi Batu Feringghi tau
ReplyDeletecik Milah:
ReplyDeleteMasa terlalu mencemburui kita kan...kalau ada lebih masa, boleh ajak Cik Milah teman pi jalan2 sekitar sini...
IMM:
ReplyDeleteMaklang updet kerana tau IMM nak datang melawat...takut rindu pulak kang susah kang...he..he..
Zar: Malam tadi dah line Klear, Batu Ferengghi ada makan apa...
ReplyDeletehe he he maklang,tq:)
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletedah bercuti ye...kami baru balik :)
rasa macam baru semalam je jumpa cikmilah, dah setahun rupanya ( kami ke Penang dec tahun lepas ).
selamat bercuti !!
chop.. chop.. is it the same baju kurung merah yang pakai masa jumpa Rina.. hahahaha!
ReplyDeletetakde extra cokelat ke..
ReplyDeleteIMM: You are most welkam..sekarang jadi pengomen no.1 eh...maklang suka..dan tq..
ReplyDeleteRina: cuti dah nak habis baru nak reply...malas betul nak masuk blog!:(
ReplyDeleteCik Milah:
ReplyDeleteHe,,he...I tak perasan pun...:)
Mulan:
ReplyDeleteTak sempat nak simpan even sebijik pun...dah selamat semuanya...