Sunday, March 1, 2009

Cerita Wiken

Assalamualaikum...





Tak ada apa yang menarik yang nak dikongsi bersama kali ini. Wiken kali ini memang rasanya macam bukan wiken.



+++++++++++++++


Hari Jumaat separuh hari maklang dan paklang di Kemaman menghadiri majlis silaturrahim kat Masjid di Chukai. Bagus jugak menghadiri majlis tersebut, dapat lah jugak mendengar ceramah mengenai cara2 mengekalkan haji yang mabrur..Insyaallah kalau berusaha boleh lah diamalkan. Entah kenapa tiap kali ustadz bercerita mengenai nak ke Mekah samada nak menunai haji atau umrah, hati digamit rasa teramat sayu dan tatkala semua jemaah berdiri mengalunkan salawat dan salam maulud Nabi, airmata maklang tak semena2 mengalir deras. Terasa sayu benar dan kerinduan terhadap kota Mekah amat meluap2. Moga2 adalah rezeki kami untuk ke sana lagi...InsyaAllah...


Ustadz Rosli dengan bersemangat memberi ceramah..



Nampak tak kepala Cik Abang ..dari jauh maklang ambik tu...sempat lagi..

+++++++++++++++++++



Pulang dari majlis tersebut, lebihkurang jam 3:30ptg, ibu2 murid pun tiba kat rumah. Tak ramai kali ini memandang awal bulan sebab ramai yang ada urusan keluarga. Tak dapat nak dielakkan. Tapi as usual suasana meriah. Kali ini ada 3 orang yang belajar 3 benda sekali gus. Tonggang langgang cikgu2 nak kawal pembelajaran. Tapi Alhamdulillah, kelas berlangsung hanpir 3 jam lebih. Jam 7 baru semuanya pulang. Penat tapi enjoy sebab ada anak murid yang terlalu ghairah memotong kain sampaikan tali tape tergunting pun tak sedar...Gelak besar kami...Memang beliau ni kelakar orangnya dan sakat menyakat kat kelas tu memang biasalah...he..he..




Putus 2 you, tali tape tu...hmmm..punya semangat tu...



Ini beg maklang. Maklang gunakan kain lebihan table runner untuk nak ajar ibu2 murid untuk menjahit beg. Wiken mendatang pun maklang akan ajar mereka menjahit beg jugak lagi...untuk yang tak hadir. So, ibu2 murid yang nak jahit beg, cepat2 siapkan RE kalau nak buat beg RE ye..


Ini buku RE yang ibu2 murid order last week. Kalau ada sesiapa nak order thru maklang boleh jugak. Nanti maklang akan poskan untuk mereka.
( selit sikit harga dia, A-Z RE RM 105, Silk RE Design & Technique RM62, Silk RE- For Beginners - RM 83. Buku2 Silk RE ni by Ann Cox). Jangan segan2 kalau nak, antar aje email ye...



Hari Jumaat tu maklang tidur awal sebab teramat penatnya ...





+++++++++








Semalam pulak pagi2 maklang dah ke Kuantan. Tapi sebelum tu sempat buat masak lodeh dan sambal udang. Hajat hati nak kasi kat kawan sorang ni, tapi beliau sedang berpantang. Tak apalah nanti dia dah habis pantang, InsyaAllah boleh ajak datang makan. Agaknya memang orang kata, selagi tak sampai ke kita memang bukan rezeki kita, so, lontong tersebut beraleh arah ke rumah jiran2 sekeliling maklang ni...Lagipun lama dah tak kasi makanan sebab sibuknya lah sampai tak sempat nak masak banyak2 ni...hmmm..nak buat camana. Harap Cikgu Zihan suka lontong tu...he..he...




Di Kuantan, sementara Cik Abang selesaikan urusan dia, maklang sempatlah membeli belah, kain baju untuk nak buat baju Melayu Hakim yang ada tinggal sepasang aje lagi. Yang lain dah kena bagi orang sebab dah macam pembalut nangka...Cari kain koton aje yang RM 3.80 semeter. Sejuk sikit dia pakai nanti. Musim tengah macam sekarang, kesian dia kepanasan... Sempat jugak beli sikit kain untuk nak buat seluar kembang untuk anak2 dan jugak untuk sendiri. Entah bila kala nak menjahit tak tahulah ni. Kena selit jugak ni...( Lepas ni, kalau sempat nak google cara2 jahit bermuda. Ari tu ada kakak senior kasi, entah ilang kat mana benda tu...maklumlah dah bertahun..ada kot 15 tahun yang lampau!). Sempat jugak maklang shopping kain tebal untuk jahitan maklang. Maklum le ada 20% sale. Harga kain naik lagi dari RM29.90/m jadik RM32.90/m..macamana nak jual ni...Serupa macam tak sale aje...hu..hu...


Bila pulang petang semalam, sambung balik kerja menjahit lagi. Alhamdulillah siaplah sikit2 bunga tu...


+++++++++++


Hari ini kat pejabat tak tahu nak buat apa. Ofis memang ketandusan kerja. Bosan betul!


+++++++++++


Buat Kak Ezza, terimakaseh kasi award tu...dan maklang present award tu untuk semua para ibu2 yang membaca blog ini...

++++++++++++

Sekian saje untuk kali ini, I nak siap pi ofis ni, kang Cik Abang jeling aje kang sebab lewat lagi...ampun tuanku!

Eh..lupa...untuk Alang, jangan lupa hadiah untuk kakak you ni tau...shop bebanyak kat KK tu...kalau susah, bawak bali seme kedai pearls tu aje...I tau u sayang sangat kat kakak u ni, pasti banyak hadiah untuk i...he..ha..he..he...



Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

19 comments:

  1. Salam pagi Maklang.
    KakChik pun sama je dgn Maklang, takde rasa pun ni hjg minggu sebab takde pun masa nak rehat betul2 sebab ke sana ke mari dgn macam2 hal. Tapi Maklang ada gak gi kuliah tu, kira ada bertambah ilmu la jugak.

    Ok, nak gi keje dah. Selamat kerja Maklang.

    ReplyDelete
  2. Semoga termakbul la impian ke tanah suci insyaAllah...part kat opis ketandusan kerja tu yang best tu...huhuhu...tapi takkan nak ber RE kat opis plak kan...hehehhe

    ReplyDelete
  3. Hujung minggu pB biasa biasa jer Mak Lang.

    Lepak kat umah ......

    Hari ni baru nak keluar. Bawak Tok Ma mengurut kat Shah Alam ....

    ReplyDelete
  4. salam maklang,

    dah lama x menghadiri majlis ilmu. sejak ada baby zara le....

    maklang, kalau saya nak oder beg sama dgn maklang tu boleh ke ? nak sebijik macam itu. cantik. saya nak besar jugak. saiz lebih kurang yg brown bag. lambat pun x apa....boleh kumpul upahnya, haha!

    ReplyDelete
  5. kat sini every week ada majlis ilmu.. Alhamdulillah..
    bonus points ye, lepas belajar, ada makan-makan dengan banyaknya hehehh..

    ReplyDelete
  6. tengok buku2 RE tu buat bakar semangat utk start balik.. he he.. ya tak ya, saya pon ada sebuah.. mana pi yek..?? sorok takut orang nak pinjam... mahal woooo....

    ReplyDelete
  7. kakchik:

    tulah tak sabar nak tunggu hari Rabu..boleh cuti..waktu2 camni...mata ni nak tutup dah tak boleh bukak...makan nasi ayam untuk lunch tadi, buat mata ngantuk betul!

    AZWA:

    Kalau boleh berRE kat ofis, maklanglah orang paling bahagia..banyak kerja boleh siap..ni duduk termenung aje...bosang sungguh..silap2 tersengguk kat meja!:(

    ReplyDelete
  8. Salam maklang,

    tak dok diam maklang yer..
    seronok bila dpt hadir majlis ilmu.. saya ni sejak dah beranak 3 rapat2 ni, lama dah tak g.. huhu..

    ReplyDelete
  9. pB:

    Selamat bekerja...dah Senin baru dapat reply!

    Cikgu:

    Saya dah email ke cikgu tentang hal ini kan...dah terima belum?

    ReplyDelete
  10. Neeza:

    Bagus ada majlis ilmu setiap minggu. Maklang ni kerja, dapat pergi sekali sekala, tapi nak carik jugak yang buat waktu petang2 lepas opis, mana tau boleh join..


    Mulan:

    Bakar aje semangat tu tapi jangan sampai hangus ye..Projek mega tu dah mula ke belum?

    ReplyDelete
  11. kak yong:

    sekali sekala kena duduk diam gak kan...

    kalau anak2 kecik2 lagi memang susah nak kemana2 kan...

    ReplyDelete
  12. mak lang

    baguslah dapat juga lapangkan masa ke majlis ilmu...

    zar ni kalau wiken rasa nak peram diri sendiri dalam rumah.. letih kerja

    ReplyDelete
  13. Ala Maklang, entry hari ni tak de gambar makanan... uh uh uh....

    ReplyDelete
  14. Last weekend baru habis project mengecat. Bagai nak patah pinggang ni.

    Post pada kak nong buku A-Z dan untuk beginner tu ye...

    ReplyDelete
  15. Macamana boleh tak perasan sampai tergunting tali tape tu? Nasib baik bukan jari sendiri...

    Oh, sekarang Mak Lang dah jadi Nek Guru menjahit pulak ye?

    Ni cerita lama... ada baca pasal U dlm NST hari tu. Wah! glamour dah Mak Lang ni.

    ReplyDelete
  16. akuni:

    N3 baru dah ada makanan..

    Kak lela:

    sekali sekala aje rajin!

    ReplyDelete
  17. zar:

    kalau tak penat, boleh lah meghadirkan diri kan..

    kak nong:

    nanti buku dah ada maklang hantar ke rumah kak nong ye..

    ReplyDelete
  18. mamamia:

    guru tadika menjahit..he..he..

    gelame sekejap jer...he..he..

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...