Satu petang yang hening, sedang Abah baring2 kat katil membaca surat khabar dan mak menjahit kat tepi tingkap tu..datang seorang tembam boy yang baru aje pulang dari sekolah...
TB: Abaaaah....dinosour tu besar mana ek?
Abah: Besar rumah kita ni
TB: Telor dinosaur tu? ( mak tak reti eja dinosaur nih..ish..ish...)
Abah: Besar kepala Akim laa..
TB: Abis anak dinosaur besar mana?
Abah: Besar Hakim laa..
TB: Abis kalau telor dia besar kepala Akim, camana anak dia jadik besar Akim? Camana anak dia nak duduk dalam telor?
Abah pandang mak...mak pandang Abah...pening kepala nak jawab soalan bernas nih...
++++++++++++++++++
Biasalah kan kalau nak naik kapal terbang ni kena cek segala benda. Kat Bali ari tu lagi teruk, sampai kena tanggalkan tali pinggang and kasut. Maklang yang pakai tali pinggang untuk nak slimkan perut ( bengkong ada besi tu sebenarnya untuk my backlaa...mana ada nak slimkan perut tu!)...kenala raba jugak! hmmm...
TB bila tengok cam tu suspend...
Bila maklang terangkan kat dia kalau ke US nanti lagi teruk tau. Uncle Enal Aunty Kak Ha..kena bukak baju dan seluar seme.
TB risau ya amat.
TB: Mak kalau kena bukak seme tak ke tu aurat?
Mak: Yelaa...tu aurat.
TB: Habis kenapa dia suruh bukak seme?
Mak: Dia nak cek lah, takuat ada bawak dadah ke, bawak bom ke?
TB: Abis kan tu aurat? Mana boleh tengok!
Mak: Aha..aurat, tapi nak buat camana? Dia nak cek. Kalau tak kang tak nampak pulak. Tapi dia suruh bukak kat bilik lain lah ..bukan macam kat luar ni!
Ingatkan dia satisfied. So sooo lega, tak payah jawab lagi. Dah lah letih!
Naik kapalterbang, dia termenung...
TB: Maaaaak...kenapa kena cek bukak baju seluar seme?
Laaa..here he goes again! Hmmm...tak terlayan maklang...
Then ingat oklah kasi jawapan macam ari tu..
Selang 2-3 hari lepas balik, dia duduk termenung lagi...
TB: Maaaak...kenapa dia nak cek macam tu? Nanti Akim nak pergi US macamana? Akim tak mo bukak aurat! ( Rupanya dia risau kalau dia sendiri kena cam tu!)
Mak: Akim tak payah pergi...
Habis cerita! Senang tak payah lagi nak jawab. Nampaknya dia puas hati dengan jawapan tu sebab dah seminggu dia tak tanya soalan yang sama...
Kalau kat imigresen dia risau pasal aurat! Kalau kat rumah tu, lepas dia balik sekolah, boleh pulak dia pusing keliling rumah dengan seluar kecik dia. Panas agaknya... dan kadang tu lepas mandi dia...oooopssss...tak leh cerita kang hangin dia bila dia baca ni... Ampun Tuanku!
TB boy
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Lawak lah TB...tapi nanti mesti ibunya senyum sendiri bila teringat2 apa yg TB tanye tu...
ReplyDeletesalam mak lang,
ReplyDeleteramah betullah bujang mak lang ni...macam tulah budak2 tak terlayang kita dibuatnya...menanyakan soalan yg kadang2 tak terjawab oleh kita ibubapanya....hihihi
Pandai TB tu nak jaga aurat.. jawapan maklang tak yah gi US bunyi kelakarlah, nasib baik dia terima pulak jawapan tu..hehehe.
ReplyDeletesalam maklang,
ReplyDeletesusah juga nak bg jwpn yg memuaskan hati utk anak2 yg kuat berfikir.... fikri pun dah mula nak jd camni,,, sejak dah mula becok ni..
TB tengah membesar, soalan cepumas semua keluar
ReplyDeleteHahahah...maklang...si kecik akak pun camtu...kalau lepas mandi selagi kita tak amikkan baju dia memang dia dia berbogel je...geram betul...
ReplyDeleteTapi pandai pulak cakap pasal aurat...sampai kalau pakai seluar pendek kata nampak aurat lah...
mak lang
ReplyDeletemacam macam dengan si bujang tu yer
hehee.. Hakim dah besar tu. dah tahu pasal aurat.. tapi kat rumah, kira takde aurat kot sebab adik beradik.. tu yang dia selamba aje dengan seluar tarzan hehehee...
ReplyDeleteNah..anak dah kena diajar "pendidikan seks" nampaknya. Anak saya yang sekolah tadika pun dah pandai berfikir. Dia lihat, dengar dan bertanya. Memang payah sikit.
ReplyDeleteKena pandai guna bahasa yang boleh diterima akalnya. Melalui pembacaan saya dari buku "Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam" (terjemahan tulisan Allahyarham Prof.Abdullah Nasih Ulwan)harus hukumnya untuk berterus terang dan adakala jadi wajib. Nak bagi dalil, banyak sangat nak cerita kat sini.
Anak-anak sekarang dah terdedah dengan dunia IT. Kalau kita tak bagitau dia, nanti dia dapat dari pihak lain, takut lain pulak tafsiran dia. Dr.Harlina Halizah Siraj dari UKM selalu bincang pasal isu ni. Wallahua'lam
hahha..kelakar.. dan memang tak terlayan. Kat rumah ni pun ada sorang.
ReplyDeleteAishah:
ReplyDeleteMemang tersenyumsenyum kami berdua kalau ingatkan dia...penghibur kami tu!
Ima:
Memang sampai satu peringkat mereka akan tanya soalan2 yang kita tak terfikir. Kalau tak terfikir camana lah bak carik jawapan!
maklang,
ReplyDeleteBanyak pulak soalan si TB ni eh...??? Risau kot - esok lusa bini dia pulak kena cek masa nak ke US... Hehe!
Rina:
ReplyDeleteKadang dah tak larat nak menjawab..kita pusing sini, dia corner baring ikut sana..how? Tapi jawapan tak payah ke US tu setakat ini memuaskan hati dia!
Kak yong:
Sampai satu tahap...the enquiring mind memang wants to know!
zany:
ReplyDeleteMemnag selalulah soalan2 cepumas ni keluar, kadang biar Abah aje yang jawab!
Kak Anie:
Aeez tu memang banyak persamaan dengan Hakim! Sama tahun lah katakan...memang kadang geram tengok dia berlari begitu dengan selambanya sekali. Sel otak belum kembang kak! he..he..he..
Zar:
ReplyDeletePart of growing up tu Zar..biasalah tu!
Neeza:
Kadang dia kata, mak..aurat mak dengan Abah macamana? Ha...jawab kau! He..he...tak reti nak cakap dengan budak2 kecik ni...he..he..
Sapiah:
Maaf. Maklang rasa belum tiba masanya lagi. Anak maklang tu baru 8 tahun. Terlalu kecik untuk diterapkan dengan benda2 berat macam tu... Anak Sapiah mungkin dah cukup besar, bolehlah didedahkan dengan perkara2 begitu kot!
Cik Milah:
ReplyDeleteBudak2 besar tu memang kelakar...penghibur!
Cat:
Dia kata dia tak mo kawin. Nak kawin dengan mak jugak! ha..ha...
cutenya soklan2 dia hehe.... Helena ni pun tgh penin layan soklan my girl ni..... hehe yela org nak blog hop nih.....
ReplyDeleteKelakar! Bagus kecik2 dah ingin tau. Tapi kena hati2 bila nak explain tu, dorang boleh ingat sampai tua nanti...
ReplyDeleteHakim sangat cute...
ReplyDeletekui kui...semakin cute TB dgn soklan2 itew...patutler selalu jd gomolan bondanya..ihiks'
ReplyDeletetu lah dia mak lang, kids say the darnest thing!
ReplyDelete