Tuesday, June 30, 2009
Umrah dan Ziarah 2009 Part 6 - Intermission - Silatulrahim terjalin lagi...
Hari ini, kita pesong cerita - keluar berehat dari cerita umrah ye...tapi masih berkaitan..
Seronoknya rasa semalam. Sampai hari ini rasa seronok tu masih berbunga kat dalam hati. Tersenyum sendiri bila berbicara dengan Abang..he..he...
As usual kalau kat office taklah banyak kerja sangat. Tapi semalam ada pulak nak kena cek some documents dan buat hazardous area classification. Lama tak buat dah benda ni. Hmmm..kena ulang kaji cari standards untuk nak sesuaikan dengan apa yang kita nak buat. Alhamdulillah dah selesai, hari ini Shah akan siapkan drawing. Selain dari itu tak ada apa...Maklang akab habiskan masa kat office dengan membaca aje, InsyaAllah.....
++++++++
Letih semalam. Maklang, Along dan Angah puasa. Dok terfikir kenapa rasanya letih sangat. Lama2 baru teringat, petang semalam tu, kami cuma makan thosei aje! patut pun letih sangat. Tengahari ingat tak mau balik sebab Abang pun ada lunch dengan client. Dan sebab semalam Hakim tak ada yang nak ambil dari tabilas ( kawan2 maklang, anak mereka cuti sendiri, dan Abang ada meeting), maka maklang memandu sendiri ke ofis. Sedang maklang nak keluar dari ofis nak ambil Hakim, maklang dapat message dari kawan...kak ..jangan lupa ambil Hakim tau...takut akak terlupa. Terimakaseh As...ingat kan akak...:)
Maka, tengahari tu bila dah janji tak balik, maklang pun hangkut buku cerita dan jahitan ke bilik sembahyang. Ingat nak beradu kejap sementara nak tunggu masuk waktu. Elok je mata nak terlelap, masuk lagi satu call...jom kita balik...sape lagi kalau bukan darling I. Dah dia ajak balik, maklang pun kemas2kan sikit tudung dan keluar lah dari bilik solat tu...dapatlah rehat2 kat rumah sat...
Pulang pejabat, Abang ambil Maya. Mereka beli durian. Bila maklang sampai, mereka dah siap2 nak makan durian kat anjung rumah. Letak beg, baring2 kat day bed kat anjung tu kejap sambil bual2. Penat sangat rasa. Langsung maklang naik ke atas, mandi , naik atas katil kononnya nak sambung baca novel. Jam 6:30pm dapat call lagi. Assalamualaikum...kata perempuan itu. Apakabar? ..Baik..jawab maklang...Siapa ni? ( memang tak cam betul suara ni, tapi macam kenal). Ni cikgu ni....Alah makcik yang pergi umrah sekali tu....Oh...oh...( seronoknya rasa!)...Makcik kat mana?..Makcik kat Kemaman ni...Lan kan ada pembukaan kedai kereta baru tu....Oh...hari ni ke? ...Ye....kata makcik....Seronoknya masa tu Allah aje yang tahu. Sebenarnya maklang dok tercari2 dan tertunggu panggilan dari mereka. Sebab masa kat airport hari tu, anak menantu makcik, Diah, memang kata dia akan sms no. dia pada maklang sebab masa tu hp maklang kong. Tunggu tak ada yang tiba. Masa call kak Leha kat KL aritu, tak tertanya pulak.
Jom lah singgah makcik...( makcik nak balik KT dan Kerteh memang laluan dia). Lepas dah cakap2 ngan Diah bagi direction, maka makcik dan suami dan Diah dan Lan (suami Diah) pun sampailah kat Teratak kami jam 8 lebih...
Seronoknya rasa..Rasanya keseronokan membuat umrah itu tidak sahaja berhenti disitu....ianya berlarutan sehingga hari ini. Rahmat Allah kita tak tahu kan..Kalau kita ingat dan sentiasa berdoa pada dia..InsyaAllah dia akan pelihara kita dibawah perlindunganNya...Amin..
Sempat jugak maklang prepare sedikit juadah untuk mereka. Mee goreng dan cream caramel. Menggigil jugaklah nak masak sebab takut tak sempat siap sebelum tetamu tiba. Nasib baik sempat walau coklat cream caramel tu tak dingin, tapi Lan siap mintak resepi lagi...he..he..Syukur diberi Allah...Tetamu kami...menyambung silatulrahim yang baru aje terjalin semasa berziarah dan umrah...rindu kami terubat lagi...Moga2 kami diberi peluang untuk melawat keluarga makcik di KT pula tidak lama lagi...
ni gambar keluarga Diah kat rumah kami..malam tadi...terimakaseh kerana sudi singgah..:)
Ini keluarga cikgu Diah...
Kat Tannaim
Di Tannaim
Lepas buat umrah - Hakim dah bercukur.. Kata ustadzah lepas siap saie kena terus bercukur, kalau kita terus cukur dosa yang gugur tu sebanyak rambut yang dicukur. Kalau kita bergunting katalah 10 helai dulu, then cukur, kira nya dosa yang gugur tu cuma yang 10 aje laa..wallahua'lam...
Abah pulak..sama seperti di atas..
Pulang dari solat zohor tak silap...Kepala semua kena tutup sebab matahari terlalu panas....Tak bawak payung lah tu...
Gambar di ambil dari hotel Al safwah. Ni masa jumpa Cik lie.
Lagi pemandangan dari atas...seronoknya...Selepas zohor kelihatan kurang orang bertawaf sebab terlalu panas!
Ini selalu terjadi semasa menunggu waktu Isyak. Ngantuk betul time ni...Biasalah kalau nak tunggu Isyak..Maya selalu tidur dulu...kadang kesian tengok dia. Maklang pun kadang sampai terlelap sambil pegang apa yang ada ditangan. Bukan kami aje...ramai yang begitu...
InsyaAllah, lepas ini maklang cerita lagi pasal ziarah kat Mekah pulak ye...take care!:)
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Sunday, June 28, 2009
Umrah dan Ziarah 2009 Part 5 - Makkah
Shukur Alhamdulillah...dah selesai hari Ahad! Last wiken maklang tak sibuk mana pun. Banyak berehat aje. Seronok pulak! Lama dah tak enjoy wiken2 ni. Kelas pun belum mula lagi, so memang berehat ajelaa...Kalau dah mula kelas memang lah tak ada masa lagi nak berehat. Kena banyak buat preparation. Tapi sebenarnya sibuk jugak laa...Alhamdulillah siap dah Yasin dan pouches yang ditempah oleh kawan. Dia datang ambik petang semalam tapi tak sempat dah nak masuk makan korma dan minum air sebab datang singgah dalam perjalanan nak ke KT. Ada urusan sekolah katanya...Alhamdulillah selang beberapa minit dia pergi, maklang terima message dari dia kata dia berpuas hati dengan barangan yang ditempah. Shukur lagi pada Allah. Next month ada lagi tempahan yang dia mahu dan mahu tambah lagi, mungkin. Alhamdulillah..rezeki semua dari Allah kan...
Hari Jumaat kami semua duduk rumah aje, cuma petang Jumaat kami ke kedai nak cari tudung sekolah Along. Masih tersadai dalam bilik jahit tak berjahit lagi. Semuanya kerana kemalasan nak menggunting kain datang lagi...he..he...Tapi InsyaAllah akan maklang usahakan jugak untuk disiapkan by this week.
++++++++++
Kita sambung semula cerita kat Mekah, kalau masih ada yang berminat..( lamanya nak abis...)
Kami tiba kat Mekah waktu malam. Hampir jam 10 tak silap. Seronok nya rasa bila ternampak menara2 Masjidil Haram...Akhirnya...akhirnya kami tiba jua di bumi suci ini. Seronok dan melompat2 rasanya hati ini. Tak sabar nak melihat Kaabah. Tak sabar nak menjejakkan kaki kat Masjid. Oh..rindu itu hampir terubat...Amin...Amin...Kami datang menyambut seruan Mu, Ya Allah...Terimakaseh kerana mengundangi kami hamba Mu yang serba kekurangan ini...Amin..Amin...Tak habis kami mengucapkan kesyukuran. Anak2 sungguh teruja apabila tiba kat tahah suci Makkah.
Bila bas tiba kat perkarangan hotel yang terletak cuma 50m dari kawasan masjid, kami pun naik ke atas untuk makan malam. Ustadz dah beritahu bahawa lebihkurang kam 11:30 kami akan dibawak mutawwif untuk mengerjakan umrah. Selesai makan, kami ke bilik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib/ isyak. Alhamdulillah setelah selesai, kami turun dan kami ramai2 bersama dengan para Jemaah lain terus aje ke masjid untuk mengerjakan tawaf umrah.
Maklang bersyukur tatkala dapat masuk Masjidilharam. Memang setiap kali masuk, pasti menusuk kejiwa tatkala melihat kelibat Kaabah. Alhamdulillah doa maklang untuk menunaikan umrah terkabul. Amin...
Malam tu, maklang menunaikan umrah dengan berpimpin dengan Maya. Along pulak ikut belakang Maya dan Angah mengikut Wan Pari. Kami bergerak berasingan. Wan, atok sendiri2. Abang bertawaf dengan Hakim. Ustadzah dah pesan, kalau buat tawaf jangan ada niat nak kejar. Ikut pace sendiri aje. Kalau niat nak kejar orang , misalnya nampak mak ke abah ke, jangna kata..oh abah, jom kita kejar dia..maka tak sah tawaf kita. So, kami tawaf aje keliling tanpa memperdulikan kat mana masing2 ada. Orang tak berapa ramai memandang dah agak lewat. Alhamdulillah lebihkurang 45mins selesailah tawaf kami. Selesai tawaf kami melakukan solat sunat tawaf.
Dari situ kami bergerak ke tempat Saie. Sekarang tempat Saie dah berubah betul. Kalau dulu, jalan Safa ke Marwah tu ada 2 laluan pergi balik, sekarang ni kawasan pergi balik tu dah jadi satu arah aje. Ada satu lagi penambahan lorong sebesar laluan pergi balik untuk jalan dari Safa ke Marwah. Penatnya rasa malam tu, tapi Alhamdulilah dapat jugak diselesaikan. Maklang dan Maya ambik masa jugak berehat ketika Saei yang ke4, 5, 6 dan7. Alhamdulillah ada juga kerusi kat bukit Safa tu. So, tiap kali sampai situ, maklang duduklah lebihkurang 5 min untuk nak melepaskan penat lelah. Sambil2 tu sempat juga menogok air zam2 yang kami bawa. At last, semua nya selesai hampir jam 3. Wan menggunting rambut kami kat situ dan Alhamdulillah selesai lah umrah kami dan terlepaslah kami dari pantang larang yang 13 tersebut. Pulang dari Masjid hampir jam 3, mandi kejap dan dapatlah rehat sebelum ke masjid semula lebihkurang sejam selepas tu untuk solat Subuh pulak...
Nanti sambung lagi ye...gambar tak sempat nak upload lagi...
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Thursday, June 25, 2009
Umrah dan Ziarah 2009 Part 4 - Madinah - Selamat tinggal Nabi s.a.w dan Madinah
Hmmm...dah hari Khamis dah..yeay..berbunga riang hari ni hari Khamis. Best..best...Memang maklang sentiasa menunngu wiken. Almaklum, wiken tu boleh laze around tepi mesin jahit yang dirindui. Minggu ni tak pegang langsung mesin jahit. Bila balik petang, melepek je kerja nya. Terukkan orang tua sorang ni. Eh..tapi taklaa..maklang sempat melepek tepi mesin jahit tepi. Siap dah maklang jahit tepi kain2 yang dah dipotong untuk nak dijadikan baju kurung. So, sekarang ni adalah bebebeberapa helai baju yang perlu dijahit. Leceh sikit sebab nak letak kan cuff kat lengan baju tu, jadik tu lambatlah sikit. Kalau ikut rate biasa 3-4 jam, boleh siap sehelai, tapi kalau dah letak cuff mau lajak sampai 5 jam. Memang dulu2 maklang biasa buat cuff ni. Senang sebab kalau angkat tangan, lengan tu tak lah terbukak dan nampak aurat, tapi hangin malas nak buat mende tu yang membuatkan lengan baju kurung jadik cam biasa! Tapi sekarang kena buat baliklah. Nak pakai sarung tangan tu, almaklum, lengan ku yang comei ini akan terasa keketattan sarung itu dan sungguhlah tidak selesa. Insyaallah, besok, bila selesai menjahit tempahan pouches dan beg, maklang ingat nak jahitlah baju2 yang tersadai atas mesin tu...harap2 dapat siap 2 pun jadiklah. Kena pelan2 sebab tak lama lagi dah bulan posa, dan tau ajelah bulan puasa punyalah bz. Bibik pulak dah nak balik cuti pada minggu ke3 bulan posa. Harap b4 that adalah bibik ganti bibik yang balik baru ni. Le ni payah nak mencari. Lama dah maklang booking, 2 bulan lebih gaknya, masih belum ada pengganti...
Maklang juga nak buat announcement yang maklang akan stop menerima tempahan RE maklang by end of this month. Tak mau ambik lagi until lepas raya sebab ada yang perlu maklang siapkan. Plus ingat naklah jahit tudung2 sikit. Mana tau ada yang nak pakai waktu raya. Tapi tu cadangan ajelah, masa mana nak buat, tak pi cek lagi...he..he..
Oklah merepek panjang pagi ni, kita sambung lagi cerita umrah...
++++++++++++++
Memang rasanya 3 malam 4 hari tu tak mencukupi buat kami di sana. Sedih sungguh masa nak meninggal kan Nabi saw dan juga Madinah.
Maklang lupa if dalam N3 yang lepas kalau ada maklang nyatakan bahawa kalau kita menziarahi Masjid Quba' di Madinah, kita akan diberi ganjaran 1 kali umrah. Ada cerita disebalik ini sebenarnya mengapa Allah bagi ganjaran ini kerana masa itu penghijrahan berlaku. Jadinya agak susah untuk umat Islam nak ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Nabi menerima wahyu dari Allah bahawa sesiapa yang menziarahi masjid Quba ( masjid pertama, tak silap), dan bersolat sunat di dalamnya, maka pahalanya adalah seperti 1 kali umrah. ( Maaf sekiranya tidak berapa tepat jalan sejarahnya...Ustadz ada cerita masa kat bus, tapi taulah tak ada 100% perhatian sebab mata dok tengok keliling dan melayan bujang I tu...).
Pada petang sehari sebelum berangkat ke Mekah, pihak pengurusan telah mengadakan taklimat mengenai ulangkaji untuk menunaikan umrah. Ustadz kata, kalau boleh jangan lah hanya menghantar wakil aje. So, kami anak beranak ( 9 0rang semuanya ) pun pegilah mendengar ceramah Ustadz. Ada jugak yang tak datang menghadiri, mungkin mereka sudah mahir tentang umrah ni semua. Tapi bagi kami, selagi ada yang nak ajar and beritahu, kami akan datang. Mana tau ada jugak benda2 yang kita tak pasti, boleh jugak tanya.
Maka, petang tu, Ustadz pun beritahulah segala2nya mengenai cara2 mengerjakan umrah. Cara nak pakai ihram bagi lelaki pun Ustadz kasi tau. 2 helai kain yang tak berjahit aje tau. Tak boleh pakai yang lain2 kata ustadz. Ustadz memang stress kan yang ini sebab ada jugak para jemaah yang konfius tentang 2 helai kain ni je...Hai...takkan tak pakai seluar kecik kot....memang tak pakai apa2 selain itu. Sebab itulah Ustaz tunjukkan cara2 nak pakai ihram. Mana tau salah pakai, takut terbarai pulak! Bagi para jemaah wanita, pakaian adalah seperti ketika bersolat. So, tak ada masalah lah kan. Kalau sebelum niat, kita sunat memakai wangi2an. Tapi kalau dah niat, maka semua 13 perkara yang halal sebelum berihram dah jadi haram. Memang kena jaga2 bab ni. Maklang sebelum memunaikan umrah dah menghadiri kursus. Walau dah buat haji dan umrah sebelum ini, tapi disebabkan benda2 ni bukan lah dilakukan setiap hari, maka refresher course tu amat penting. Lagi pulak, biarlah ustadz atau ustadzah yang menerangkan. Anak2 pun maklang paksa ikut supaya mereka lebih tahu tentang halal haram ketika berihram.
Dalam pada ustadz bagi ceramah tentang umrah hari tu, Ustadz juga mengingkatkan, nanti dah selesai umrah, janganlah sama aje. Kalau balik Malaysia tu, pertingkatkan lah amalan. Jangan masa di Tanah Suci aje ada buat solat2 sunat, baca Quran. Balik Malaysia semua lupa. Yelah kan Ustadz tu ingatkan untuk kebaikan kita juga. Kalau boleh pertingkatkan lah usaha. Bukan senang2 nak kena jemput ke sana kata Ustadz. Alhamdulillah kita semua telah terpilih. Jadinya bila dah terpilih tu, kita lakukan yang terbaik. Kalau kerja nak puas kan hati Boss nak ada KPI, ni nak buat amal ibadat pun kena ada KPI jugak. Lagilah KPI ni, kalau tak kita buat dari sekarang, macamanalah nak jamin kita di sana nanti. Harap2 kami semua dapatlah improvekan diri kami semua, InsyaAllah.
Lagi satu Ustadz kata, kalau nak buat umrah tu, kalau boleh, kita niat kerana Allah aje. Jangan kerana ada niat sebab nak kaya, aku buat umrah. Atau nak buat umrah kerana nak bertemu jodoh ke... Jangan sekali2 kata Ustadz. Kita selesaikan umrah dulu, then baru kita mintak apa kita nak. Barulah doa yang kaw2 punya. InsyaAllah, Allah akan kabulkan... ( maklang ni menyampaikan apa yang maklang dengar, harapnya, betullah...kalau tak,mintak ditegur untuk kebaikan bersama, InsyaAllah).
Malam tersebut malam terakhir di Madinah...Sedih ye nak meninggalkan bumi suci ini.
Masa Subuh besok tu, ingatkan nak lah buat ziarah wada'. Ziarah wada' ni adalah ziarah selamat tinggal. Ustadz kata, tak perlu nak pergi dekat makam Nabi, berdoa kat tempat kita solat pun dah boleh. Tapi Wan tak mau buat lepas Subuh tu. Wan Pari dah doa dah lepas Subuh.
Lepas makan pagi, maklang pergi lah shopping sekejap ngan Wan Pari. Dapatlah sehelai jubah untuk Angah. Angah aje yang dapat. Entahlah mungkin dalam hati tak ada niat nak shop, jadiknya memang tak terbuka langsung nak membeli belah. Itulah 1-1 nya benda yang maklang beli apart from ubat2 kat pharmacy. Eh..lupa ada beli cotton satin, icecream, other food dan korma ...lupa pulak. Tapi benda2 lain untuk hadiah memang tak ada! ( Kalau ziarah Wada' di Madinah ni kita masih boleh shop, tapi tidak di Mekah. Lepas Tawaf Wada', kita tak boleh tunggu lama atau nak shop lagi, siap tawaf, kalau nak pi toilet ke, boleh lah, nak tido tak boleh...kena berangkat pulang aje!)
Kejap aje shop tu, maklang balik ke hotel nak kemas2 barang. Yang lain dah sambung tidor lagi. Maklang kemas2 apa2 yang patut sebab kami dah diarahkan letak beg diluar bilik jam 11 pagi b4 solat Jumaat. Jam 10 maklang, Wan dan anak2 ke masjid lagi untuk melakukan ziarah Wada' . Ya Allah..moga kali ini bukan kali terakhir kami dijemput ke mari YaAllah...Airmata ku bercucuran tatkala itu...Sayu dan sedih kerana kalau umur tak panjang dan tak ada jemputan dari Allah Yang Maha Esa, memang mustahil untuk kami kembali lagi....
Petang itu, maklang anak2 beranak lah paling last naik bas! Kesian para jemaah menunggu kami. Memang kelam kabut petang tu. Entah kenapa barang2 macam tak siap2 di kemas! (Walhal lama dah berkemas. Abang pun tolong. Kami solat zohor/ asar kat bilik aje. Abang dan Hakim serta Atok aje ke masjid dan terus ziarah Wada'. )
Wan dan Atok mulai risau. Masa kami tiba kat bas..bas dah pun penuh, tapi nasib baik, atok, wan dan Wan pari dah book kan tempat duduk untuk kami anak beranak! Mungkin dalam hati pernah mengeluh sebab masa nak ziarah...ada jugak yang lewat sangat sampai kat bas. Mulut tak berkata, tapi cuma terlintas aje..Kat sini, Allah bagi cash. Itu cuma terlintas aje, apalagi kalau berkata2...Astaghfirullah..ampunkan dosa2 ku Ya ALlah..
Perjalanan kami ke Mekah tidak berapa smooth. Slow betul bas. Bas berhenti di Bir Ali sebab kat sini kami bermiqat dan disinilah tempat berniat. Kami tak turun pun sebab solat sunat ihram telah kami lakukan kat hotel tadi. Rehat ajelah kat dalam bas. Solat asar juga telah ditaqdimkan dlam waktu zohor.
Lebihkurang 1/2 jam di Bir Ali, kami memulakan perjalanan. Dalam bas, maklang pulak duduk kat belah kena cahaya matahari. Panasnya Allah aje yang tahu. Dok pusing kiri kanan tengok orang lain relax aje. Air cond pulak tak berfungsi. Dalam hati dok ingat ni pasti balasan dosa ni, orang lain tak panas, tapi kita rasa cam dalam oven aje. ( masa tu semua sudah berpakaian ihram - kami anak beranak serba putih semuanya). Tapi tak lama lepas tu, maklang dengar bising2 kat belakang. Malas nak campur cuma diam aje sebab Ustadz suruh kita bertalbiah aje lepas dah berniat. Sambung ajelah talbiah..
Labaikallah humma labaik...Labai kala sharikalakala baik.....Innalhamda wannikmata..Lakawalmulk...Lasharikalak..
Rupa2nya semua berasa panas. Bukan aircond kat tempat maklang aje tak jalan, kat tempat semua orang...he..he..bas ni tak elok! Break dia pun rosak! aAkut kalau apa2. 2 jam perjalanan, kami berhenti kat tempat makan. Memang ada bawak bekalan dari Madinah. Burger lah apa lagi. Kami turun dari bas dan makan2 serta minum. Kat sini coke ke sevenup ke semuan serial aje satu tin..Apalagi anak2 enjoy betul minum air tin...Ish..ish.. Cuaca kat luar lebih sejuk dari dalam bas! ( Gambar kat PC Along, nanti maklang upload ye! pB..sabar eh...he..he...I tak merajukdah! :)
Agak lama menunggu, untuk nak tukar bas, akhirnya sekitar jam 6 tak silap, bas yang ditunggu pun tiba....( nanti sambung pulak, InsyaAllah...mengerjakan umrah di Mekah)
Tips pulak: Masa nak masuk masjid Nabawi, jemaah wanita memang tak boleh bawak hp. Satu malam tu, maklang terbawa hp yang mmg tak berfungsi. Dah seminggu kot bateri kong. Guard suruh simpan kat 'Amanah'. Kesian along ketika tu, dia pegang beg tu. Maklang nak tolong tak boleh. Maka maklang keluarlah ikut pintu lain. Pegi kat Along, ambik fon, sumbat kat setokin dan buat selamba aje masuk, ikut pintu lain pulak. Lepas laa sebab mereka tak raba bahagian kaki. Tu pun kebetulan, masa nak masuk tu, ada jemaah yang kena tahan dan ada adek sebelah maklang tu kata..masuk kat setokin jer...he..he.. lain kali, kalau nak bawak hp tujuan untuk senang nak contact suami/ muhrim kita lepas keluar masjid, bolehlah sorok kat setokin...
Flashback:
Ni kat kedai kat kebun korma. Ada jual nougat yang ada kacang pandai tu apa ke nama..oh..pistachio tu..sedap.
Halal..halal...kami disuruh rasa...kalau nak makan sampai kenyang pun boleh gaknya!
Sedapnya Abang makan...
Tu kat belakang tu ada korma dan coklat bermacam jenis!
Ini Hakim, Maya dan Abang b4 umrah ( bukan lepas dari Madinah... ni sebelum ke Tannaim)
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Tuesday, June 23, 2009
Umrah dan Ziarah 2009 Part 3 - Madinah - Suasana di Raudah
Kadang rasa cam malas aje nak meneruskan penulisan kat blog ni. Macam rasa sepi sunyi aje blog ni! Ada ke yang datang melawat nak membaca coretan maklang yang merepek meraban ni...Hmmm...Tak mengapa, yang maklang pasti ada seorang pembaca setia maklang kat JB sana...he..he...sape lagi kalau bukan adek lelaki kesayangan maklang...Thanks Busu for being my pembaca setia..Yang lain tu maklang tak taulah kan...Tak ada tinggal jejak, so, kita tak taulah....
Anyway...maklang sambung cerita di Raudhah pula...Mana tau akan jadi tauladan untuk maklang jugak di masa depan.
Kami cuma dapat ke Raudhah sekali sahaja. Bukan tidak boleh pergi sendiri, tapi pengalaman pertama dengan di bawa oleh Kak Dah tu pun kami ni seolah2 takut hendak ke Raudhah lagi. Faktor masa yang terhad pun iye.
Pagi tu, lepas sahaja makan pagi, dan selepas kami ziarah dalam ( iaitu selepas menziarah makam Nabi), kami pun berkumpul kat pintu 25 menunggu Kak Dah untuk membawa kami ke Raudhah. Sementara nak tunggu Kak Dah tiba, kami semua masuk dulu dalam masjid. Sempatlah kalau nak solat Tahiyattul, Dhuha, Taubat, Hajat dan segala nya. Alhamdulillah...dapat jugak berehat dan berlindung dari terik matahahari. Mana tidaknya jam 10:00 pagi, panas dan silaunya memang kuat sekali. Kalau tak pakai spec hitam, mata tentu jadik sepet sekali sebab nak lindung silau cahaya matahari.
Sebelum masuk ke Rudhah, iaitu salah satu antara taman2 syurga ni, Kak Dah bagi taklimat sedikit. Kak Dah kata, bila masuk Raudhah nanti, buatlah solat sunat mutlak. Solat mutlak ni adalah solat yang semata-mata kerana Allah, tak ada mintak apa2. Macam biasa 2 rakaat. Rakaat pertama Fatihah dan Kulya, dan rakaat ke2 Fatihah dan AlIkhlas. Lepas dah sudah solat tu, masa nak kasi salam tu, jangan gerakkan kepala. Kena pakai isyarat mata aje sebab kalau guard kat Raudhah tu nampak kita dah bagi salam, mereka akan halau kita keluar.Lepas aje dah kasi salam, terus aje kita sujud, dan kalau nak doa masa tu laa...sedihkan dengar Kak Dah kata...memang maklang akui, maklang jarang sekali buat solat sunat mutlak, boleh bilang dengan jari. Masa Kak Dah dok beri taklimat tu, memang maklang menangis sangat. Rasa sebak sekali sebab kerisauan maklang untuk nak ke Raudhah tu akhirnya terubat jugak. Alhamdulillah, dapatlah masuk ke Raudhah pagi tu...
Lepas dari taklimat tu, kami di suruh duduk kat satu kawasan kat masjid. Tatkala ni, masjid Nabawi nampak serene sangat. Sunyi dan gelap sedikit sebab lampu2 tak dinyalakan. Ada jugak kawasan yang ditutup dengan seakan kain untuk dijadikan laluan untuk para jemaah wanita ke Raudhah. Rasanya tiap hari Raudhah dibuka dari jam 9:00 pagi ke 11:00 pagi untuk jemaah wanita. Lama jugak menunggu di situ. Para jemaah dari Malaysia diarah duduk paling hujung ketika itu, kemudian jemaah dari Iran/ Iraq serta Turkey dan lain2 yang berpakaian hitam di kawasan sebelah kami. Tapi memang nampak sangat jemaah dari Malaysia di'anaktirikan' kerana kami menunggu agak lama ~ mungkin lebih dari 1/2 jam manakala jemaah2 dari negeri2 lain sudah diarah masuk dulu dari kami. Sebab lama sangat menunggu, Kak Dah pun pergi lah jumpa Cik guard dan beritahu bahawa dia tidak menjalankan 'amanah' kerana memperlekehkan kami. Alhamdulillah lepas Kak Dah dah beritahu tu barulah dia benarkan kami masuk!
Bila dah masuk dalam kawasan Raudhah ni memang kena pegang lah anak2. Maklang pegang kuat tangan Maya. Along dan Angah ikut belakang maklang. Wan dah mendahului kami. Memang sebenarnya susah kalau nak bersama2 kerana para jemaah dari negeri lain memang suka berasak2 disini. Tidak terlalu jika maklang katakan bahawa maklang merasa kan seolah2 di medan perang kerana bertolak2 seme ( jadik takut sangat!) sebab semuanya nak ambik tempat betul2 di saf paling depan sekali. Kami memang takut sekali bila masuk ke sini. Memang kalau berdisiplin mungkin lebih mudah untuk nak bersolat. Kak Dah memang menjaga kami. Ada juga jemaah dari Indonesia ( group leader) yang marah2 kami dan menyuruh kami solat. Macamanalah nak solat bila kami ditolak. Maklang katakan pada dia macamana nak solat...nak berdiri pun ditolak2. Along dan Angah dah ketinggalan kat belakang. Dalam hati cuma berdoa moga dia selamat dengan Wan Pari. Memang tatkala itu kami terpaksa berpecah. Bila dah dapat tempat untuk Maya, Maklang pun berdiri dan tutup mata, langsung mengangkat takbir. Tutup mata supaya maklang tak nampak jika ada yang berasak2. Tawakkal pada Allah moga dapatlah maklang menunaikan solat sunat tersebut. Masa tu memang tak nampak tempat nak sujud. Dapat berdiri pun dah syukur. Tapi kuasa Allah kan, masa nak sujud tu seolah2 dilapangkan pula tempat untuk kita dan Alhamdulillah selesai solat, maklang langsung sujud dan berdoa. Syukur benar walau dapat 2 rakaat jadiklah. Tak berani nak duduk lama. Selesai berdoa maklang langsung keluar. Nak berdoa dan memberi salam kat Nabi pun kami buat setelah keluar dari Raudhah. Nak solat kat tepi2 luar dari Raudhah pun kami disuruh pergi. Memang berasak sangat. Nasib baik masa nak keluar tu ternampak Along dan Angah. Wan entah hilang kat mana. Masa mula2 nak masuk tu pun Wan hampir terjatuh kerana ditolak. Nasib baik maklang kat belakang Wan....ISshh..memang takut kalau kat Raudhah. Dalam hati berkata, patutnya di Raudhah lah tempat yang paling tenteram untuk bersolat, tapi tidak pula disebabkan kurangnya disiplin! Apa2 pun maklang bersyukur diberi peluang untuk bersolat kat situ...Amin
Selesai solat di Raudhah, kami pulang. Maya menangis teresak2 kerana risau tak nampak Wan. Mungkin pun dia takut kerana keadaan di Raudhah begitu sekali. Lama jugak kami tunggu Wan kat masjid dan sementara tu dapatlah kami menunaikan sedikit solat2 sunat. ALhamdulillah selesai solat, Wan pun muncul dan kami pulang ke hotel dulu sementara menunggu masuk waktu zohor...
Nanti sambung lagi eh...hari2 terakhir di Madinah...
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Sunday, June 21, 2009
Selamat Hari Bapa
Kita intermission kejap tentang cerita umrah ya...
Kami pergi makan tadi. Mak yang belanja sempena hari Bapa. Konon2 sms kat Cik Abang ajak dia dan anak2 pi makan. Kat Resipi Rahsia aje. He..he...Masa dia call semula maklang tengah on the line dengan Wan ke Busu kat JB mintak tolong belanja Atok on my behalf. Nak belikan hadiah, rasanya seme mereka dah ada...so, kita belanja makan aje...
Bila Abang I call balik, dia kata ..Abang ingat saje nak balas sms ke email yang menyakitkan hati...he..he...saje je dia...tapi dia kata tak jadi sebab takut kang sang isteri ilang mood langsung nak belanja makan...Tau tak per...tapi tulah dia seorang suami dan bapa yang memang suka menyakat bergurau kami anak beranak...Kadang2 bila anak2 cakap apa2, si bapa yang 'nakal' ni suka buat muka2..Angah selalu kata...Abah ni selalu buat muka ikan karp. Nak tau muka ikan karp macamana? Nilah dia lebih kurang nya...
Kalau Abah tak ada rumah, bila kena keje kat luar dari Kerteh ni memang terasa kesunyian kat rumah ni. Tapi Abah memang akan call anak2 dia sampai 2-3 kali semalam. Anak2 ni memang manja dengan Abah dia ...he..he..mak dia tak yah cerita lah kan sebab ni hari bapa, bukan hari suami...
Alhamdulillah kerana anak2 maklang dapat bapa yang sangat2 mengasihi anak2 nya. Kasih yang bertempat bukan manja sembarangan. Yang betul di puji, yang salah pasti kena tegur. Walau apapun anak2 memang tersangatlah rapat dengan Abah mereka...Maklang berdoa moga2 Abah budak2 ni sentiasa sihat, panjang umur dan murah rezeki...dan kalau rezeki tu murah...pass lebih2 sikitlah kat isteri jugak ...he..he..
Buat diri maklang juga, maklang bersyukur kerana dapat Abah ( Atok) yang sangat mengasihi anak2 nya. Memang sejak dari kecik maklang rapat sangat dengan Abah dan apa saja yang maklang mintak, pasti Abah akan dapatkan untuk maklang. Jasa Abah membesar kan kami memang tak dapat nak kami balas...Kami doakan Abah sentiasa sihat, panjang umur dan dirahmati Allah sentiasa...Amin...
ni maklang ngan Abah tercinta...kalau boleh mana saje kami pergi nak kami bawak abah dan mak yang dikasihi...syukur pada Allah kerana memberi maklang Abah yang tersangat baik dan bertanggungjawab pada keluarga...Amin..
Tak lupa juga untuk Abah mertua maklang yang suka jugak datang tinggal kat rumah kami...Kembang sekejap bila Abah mertua selalu tunjuk good lepas makan masakan yang maklang masak...Maklang pun doakan Abah sentiasa sihat dan panjang umur...serta murah rezeki...
Juga untuk semua Abah2 dalam keluarga besar kami dan semua bapa2 yang membaca...Selamat Hari Bapa...Semuga sentiasa menjadi bapa2 yang baik terhadap anak2 dan keluarga ...Amin...
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Saturday, June 20, 2009
Umrah dan Ziarah 2009 Part 2 - Jeddah - Madinah
Maklang rasa seronok pagi ini masa sedar dari tidur tadi. Sebab maklang bermimpi maklang masih lagi berada di tanah suci. Maklang mimpi maklang sedang berjalan menuju ke MasjidilHaram untuk melihat Kaabah...Ohh...rindu itu datang kembali agaknya...Moga2 jemputan dari yang Maha Suci datang lagi dalam masa yang terdekat...
+++++++++++++
Petang semalam, selepas lebih 22 tahun, maklang pergi ke Dungun untuk bertemu kawan maklang masa kat uni dulu. Dia ada kursus kat uni di sana. So, beberapa hari sebelum dia kemari, dia tinggal message kata akan ke Dungun. Apalagi, semalam tengahari, maklang dok terfikir2 apalah buah tangan yang nak diberi tanda terimakaseh kerana nak bertemu. Alhamdulillah siap jugak, walau pun tak lah sesempurna mana. Tapi syukur, itu hasil kerja tangan sendiri. Lepas berbual kejap kat tempat penginapan dia, sementara Abang dan anak2 pergi cari tempat makan ( ingat nak makan satay, tapi kebanyakkan tempat tutup sebab hari Jumaat, dan kami tak biasa dengan Dungun - tak tahu tempat mana yang sedap, last2 anak2 settle nak makan pizza je!), kami dok berbual mengimbau kenangan lama. Cik Puan ni, kalau masa uni days dulu, memang gemar masakan maklang. Paling maklang ingat dia suka sekali makan cencaru sumbat belakang yang maklang masak tu..he..he...masa tu kalau kat kedai Vietnam memang ada jual ikan cencaru.
Seronok petang semalam. Lepas dari situ kami ke sekolah Maya nak tengok Maya sedang berkhemah. Tahun 4, 5 dan 6 seme berkhemah. Sambil2 tu maklang hantarkan sebakul buah2an yang cikgu2 mintak maklang hiaskan sebagai tanda mata untuk pegawai yang akan menutup sesi berkemah ni. Main hentam aje sebab idea kurang lately ni..he..he..Anyway, harap2 cikgu suka.
++++++++++++++
Ok, kita sambung pulak cerita perjalanan umrah lagi kalau masih ada yang berminat nak baca.
Lepas dari Grand Bazaar tu, kami pergi makan kat kedai ikan lagi. Kali ini kami tak ambik ikan, Kami makan daging pulak. Kecik comei aje ketulan daging tu - beef ball. Sedap lah kali ini makan. Dari situ, kami bertolak ke airport. Flight malam pukul 11:00 tak silap. Muka semuanya mengantuk aje. ( maklang ni sebenarnya dah ingat2 lupa waktu bila kami terbang!).
Naik kapalterbang aje, semuanya tido. Keletihanlah katakan. Terasa lama betul nak sampai Jeddah! Padahal penerbangan cuma 3 jam aje. Tapi dek keletihan, itu yang terasa terlalu lamanya nak sampai!
Tiba di Jeddah, segala urusan imigresen tak ada masaalah. Kami kena beratur ikut muhrim sebab kalau nak buat umrah atau haji, semuanya kena ada muhrim. In fact masa dari Istanbul lagi, masa kat imigresen, kami dah disuruh beratur ikut muhrim masing2. Alhamdulillah tak ada masaalah semuanya. Kami disambut oleh Ustadz Syukri. Nampak aje ustadz tu, langsung maklang teringat masa dia mengendalikan kami semasa menunaikan haji beberapa tahun yang lepas...Rasa macam lega aje, nampak orang yang dah kami kenali. Keluar imigresen, pasport kami di ambil kembali oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Kami tak dibenarkan memegang paspot. Tak taulah kenapa. Maklang memang dah separuh nak tido, buat lah apa pun, mata dah kata nak tidor. Dari situ kami berjalan menuju ke bas. Kat bas, ustadz dok distribute makanan. Yeay...makanan Malaysia, tapi siapalah yang nak makan sebab masa tu dah pukul 2 pagi kot! Tido aje yang nak. Macam biasa maklang duduk dengan suami kecik yang tak leh nak renggang tu. Suami besar duduk kat belakang..Kesian dia...
Perjalanan mengambil masa sekitar 5-6 jam. Jam 4 kami berhenti solat Subuh. Nasib baik bas kami, antara bas yang terawal tiba sebab kami dapat tahu yang bas2 yang terkemudian tiba, jemaah perempuan tak dapat nak angkat air sembahyang sebab tak ada air. Syukur... Dari situ kami sambung perjalanan dan sekitar jam 6 ke 7, bas berhenti lagi. Pemandu penat! Nak tido jap. Kami turun dari bas, dan makan nasi yang dah dibekalkan. Sedapnya makan makanan ala Malaysia yang dah di sediakan. Kalau dah perut Melayu, makanan yang di makan pun nak Melayu jugak.
Syukur..kami tiba kat Dallah Taiba, Madinah sekitar jam 8:30 pagi. Familiar aje keadaan disini. Berlinang air mata maklang tatkala dapat menjejakkan kaki ke tanah haram ini...Amin...Kedatangan ku dijemput yang Maha Suci...
++++++++
Sesampai di hotel, kami bersarapan. Tak ada mood nak makan tapi main sumbat aje. Yang dikejar cuma air oren yang berpeluh2! sedapnya....then kami ke bilik untuk nak bersiap. Keciknya lah bilik. Kami share ber5! Abang, maklang, Along, Maya dan Hakim. Macam manalah nak muat! Katil ada 4. Memang tak sangka kami dapat bilik sesempit ini...Atok, Wan, Wan Pari dan Angah dapat bilik yang lebih besar...Selesa sangat. Tapi nak buat macamana, ini dah bahagian kami. Tak kisah itu semua, maklang siap2 cuci baju dulu sebelum nak ke masjid untuk solat Zohor.
Udara kat sini, Ya Allah amatlah panas berbanding dengan di Istanbul. Memang panas dan kering sekali. Mata silau kalau tengok marmar kat lantai sepanjang perjalanan ke masjid. Tak jauh mana mungkin sekitar 150-200m aje. Berpayung lah kami semua dengan payung yang dah dibekalkan oleh Rayhar. Maklang dan anak2 semenya macam zorro atok kata. Semuanya berpurdah sebab nak lindung dari terik matahari. Sebelum tu segala krim apa yang patut dah kena selet kat badan dan kaki serta muka dan tak lupa kat lubang hidung. Kena take carelah sebelum apa2 terjadi. Maklumlah cuaca kat sini bukan sama macam Malaysia. Jaga sebelum kena.
Lepas Zohor makan tengahari dan kami berehat lah lepas tu. Maklang tak dapat nak rehat sebab baju melambak tak bercuci. Kat sini tak jumpa pulak coin laundry. Kalau nak hantar cuci kat hotel mau parak poket sebab sehelai baju kena RM 5.oo kot. Kalau dah ada sebakul containing more than 20 pieces, jawabnya kempis le poket. Tak apa, cuci ajelah pelan2..he..he.. Nasib baik ada 2 anak dara yang tolong. Memang kami bawak sabun serta hanger. Lagipun hang dalam bilik air yang ada ventilation fan ni memang agak cepatlah jugak kering nya.
Tau ajelah kalau bilik comei, barang and orang nya ramai, keadaannya sungguh lah menyakitkan mata. Pulang solat Isyak malam tu, maklang pi jumpa Kak Dah, owner of Rayhar ( travel agency yang kami ikut ni), mintak dia tukarkan ke bilik yang besar. Alhamdulillah, the next day kami dipindahkan ke 3 bilik seorang. Tambah ongkosnya pun tak apa sebab keelesaan lebih penting! Kami mintak bilik berdekatan dengan Wan dan atok. Mulanya kami di tingkat 11 dan atok dan Wan di tingkat 9. Nak share bilik air pun susah. Mana tidaknya lift pun lambat sebab terlalu ramai orang kat sini! Syukur doa kami diterima dan kami berpindah bilik lepas solat asar petang esoknya. Selesa betul! Alhamdulillah..
Hari pertama macam biasa aje, kami tak kemana. Memang selepas pulang dari solat kami berehat aje. Pihak travel agency memang tidak menyusun acara kerana tahu semua jemaah keletihan. Alhamdulillah semuanya selesa.
Kat Madinah, maklang dan anak2 rasa tension betul tiap kali nak ke masjid. Mana tidaknya tiap kali nak masuk pintu masjid, ada guard perempuan nak check segala apa yang kami bawak. Biasalah ada uncang kasut serta beg berisi kain sembahyang. Maklang tak berapa selesa kalau pakai setokin aje, so, hangkut lah kain sembahyang dan juga sejadah kecil. Ada jugak telekong spare sebab anak2 masa di Madinah esp Along asyik berdarah hidung aje. Tu pun selepas segala macam krim dan dioleskan dalam lubang hidung dengan harapan kapilaris dalam hidung tu tak merekah disebab kan cuaca kering. Masa kat pintu masuk nilah, gurad2 tu akan meraba badan kami. Takut sangat kami bawak camera ke apa. Kadang2 naik angin aje sebab selalunya jemaah Malaysia dan Indonesia and mungkin singapura ( sebab semua bahasa 3 serumpun ni kan sama) kena marah. Arab ni pandai sikit2lah cakap Melayu...ibu..ibu...sabar...sabar...yang iran, turkey yang menolak kami, tapi yang kena sound kitalah. Sebabnya kita antara yang paling berlemah lembut antara mereka. Kalau tengok cara orang2 berpakaian hitam ni mereka agak aggresif. Sabar ajelah...Pulak masa kat pintu masuk ni , acara tolak menolak nak masuk masjid ni memang dah kelaziman. Dapat pulak guard yang segala2nya nak di cek. Tambah melambatkan. Maklang kesian kat anak2. Nak2 Si Maya yang kecik. Tapi tengok Along dan angah yang besar tu pun maklang risau sebab selagi mereka tak lepas, maklang akan tunggu kat pintu masuk. Maklumlah orang ramai, bila dah berpecah agak payah nak mencari. Tapi Allah Maha Kuasa, agak mudah bagi kami...( hari2 terkemudian tu, kami dah tak kuasa nak bawak beg, pegang aje sejadah dan kain kat tangan dan selak telekong supaya makcik guard mudah menjalankan tugas!)
Tiap kali lepas insiden berasak tu, mesti maklang cool down dengan meminum air zam2 yang sejuk2. Kadang sampai 2 cawan he..he..maklumlah I kan ada 3 inang yang boleh ambilkan air. Tak payah mintak, dah tersedia air secawan untuk mak mereka...Maya yang paling rajin tolong ambik air...100000 kali ganda tu pahalanya Maya..InsyaAllah..
Seronok kat masjid Nabi ni, masuk tu sejuk aje..ada aircond. Orang pun taklah ramai mana. Kat sini, kawasan memang khas untuk perempuan aje. Memang tak ada orang lelaki lah. Tak seperti di Masjidil Haram, kawasan perempuan agak terbuka.
Malam ke 2 ke malam pertama ( kurang ingat dah sequence of events!) di sana, Along kena lagi darah hidung. Jadik tumpuan pulak dia. Habis telekong dia kena darah. Masa tu pulak, maklang tak ada bawak spare. Kesian dia tak dapat bersama2 menunaikan solat Isyak berjemaah. Baju2 dan tangan dia pun kena darah. Nasib baik ada cleaner masjid, ( orang Indonesia) yang kasi tissue untuk nak buangkan darah. Memang mereka tolong dengan ikhlas. Itu semua pertolongan dari Allah. Memang banyak betul darah keluar. Maklang pupukkan air zam2 atas kepala dia. By then Along dah bukak telekong dia. Sebab kat sini tak ada lelaki, so tak lah susah nak menjaga aurat. Ada jugak makcik ( tak tau orang mana - pakistan ke india ke, iran ke) yang duduk atas kerusi roda yang bangun menolong kami. Walau bahasa yang dituturkan tak paham, kami main bahasa isyarat jelah. Orang sekeliling macam panic kot sebab tu ramai yang tolong nak bagi pendapat. Terima ajelaa kan. Pada kami ini adalah perkara biasa sebab kalau kat Malaysia ni memang ini ada lah perkara biasa bagi kami. Maklang sendiri sejak kecik memang selalu kena darah hidung. Pantang panas sikit. Tapi kalau kena musim sejuk kering lagilah teruknya.
Malam tu Along bersolat Isyak di bilik aje.
Hari2 kat Madinah begitu ajelah routinenya. Kami tak sempat nak bershopping sangat sebab sibuk dengan kain baju dan berehat. Rasa macam tak ilanng penat dari Istanbul tu. Tapi dapat lah jugak nak beli barang sepasang 2 kain cotton satin untuk sendiri. Lain2 tu kami shopping icecream baskin robbins dan movenpick serta kebab aje..he..he..Memang tak ada mood nak shopping sebab panas dan penat. Lebih baik duduk dalam bilik. Anak2 yg kecik2 pulak dok main pc mereka. Hakim sempat pujuk abah dia nak beli mainan. Dapatlah 1! Dah dapat tu, tak ada dah dia pester abah dia lagi.
Kami dibawa juga menziarahi masjid disekitar madinah, ke pasar kurma dan kebun kurma. Kami juga menziarahi makam Nabi. Walau pun berjalan dari hotel jam 7:30 pagi, panasnya bukan main lagi. Ni kat duniakan, kalau kat sana nanti entah bagaimana panasnya nanti..YaAllah,,jauhkan hamba Mu ini dari azab api neraka...Amin...
Oklah..nanti maklang cerita pulak kisah di Raudah...ni pun dah panjang bebenor kan...kang bosan pulak pembaca nya...
+++++
Tengahari ni nak pi khenduri kawin...makan lagi laaa jawabnya...
Abang saje nak perangkap muka2 penat - masa kat dalam tram dari airport ke plane di Istanbul
Bas yang membawa kami dari Jeddah ke Madinah
Tu si 'suami' kecik awal2 dah perangkap mak dia..
Sebelum solat zohor hari pertama...muka kena tutup...gambar pun silau aje!
Sebelum keluar berziarah dalam...jalan kaki ke makan Nabi saw
Hakim mengantuk aje ..ni tak tau waktu bila..
Buat kelakar pulak buah hati maklang yang 2 ni...macam2 ada..he..he..kat ladang korma
Bi Jabal Uhud...panasnya waktu itu hampir jam 10 pagi atau lebih sedikit!
Gambar di Raudhah
Tengok terik matahari tu...nasib baik ada topi pemberian Aunty Rina...TQ :)
Lagi di Raudhah...Nampak tak tangga menuju ke mimbar belakang Hakim tu
Posing lagi...
lagi di Jabal Uhud
on the way to makan nabi
belakang sana tu...makam nabi. Dah ada payung2 raksasa kat sebelah sini, masa maklang ke mari tahun 2004 dulu...tak ada
bujang and atok dia...orang lain tutup kepala, tapi dia relax aje!
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Wednesday, June 17, 2009
Umrah dan Ziarah 2009 Part 1 - Lawatan di Turkiye
Akhirnya, terpanggil jugak maklang nak mengupdet blog ni. Kalau ikutkan hati memang masih malas lagi, tapi manalah tahukan kot ada yang datang berkunjung nak makan korma nak minum air zam2...he..he..
Alhamdulillah, kami akhirnya sampai ke Teratak kami jam 9:00 lebih malam, hari Sabtu. Memang terasa letih sungguh. Mana tidaknya, perjalanan dari Istanbul memakan masa lebih kurang 10 jam. Kami tiba di Changi jam 4:00 ptg Jumaat dan tiba kat rumah Atok jam 6:lebih. Terus bergegas untuk solat jamak taakhir asar/ zohor. Lepas tu kami dihidangkan dengan nasi ayam yang telah di masak oleh Aunty Lin dan bibik. Memang sedap. Setelah 2 minggu tak rasa makan pedas, malam tu, sambal nasi ayam pun jadiklah nak menghilangkan rasa gian nak makan lada..ha..ha...
++++++++++
Alhamdulillah, perjalanan kami untuk berziarah ke Turki dan kemudian menunaikan umrah berjalan dengan lancar. Syukur sangat2. Memang maklang sentiasa memohon kehadrat Illahi moga diberi kemudahan untuk menjaga anak2 yang 4 ni. Tahu jelah kalau dah sama2 tu, ada aje yang tak kena. Macam kat rumah ni, biasa lah kalau dengar mereka bertengkar, berebut entah apa2. Tapi sepanjang disana, semuanya OK -OK aje. Alhamdulillah.
++++++++++++++++++
Kalau ikutkan hati ni memang malas sangat2 nak mengupdet blog ni. Entah kenapa seolah2 tak ada mood langsung nak updet. Semuanya malas. Kena pergi kerja ni pun paksa2 aje. Agaknya sebab letih berjalan dan sebab tak tentu lagi masa berjaga dan tidur. Lambat pulak nak pulihnya...dah tua-tua ni semuanya slow aje...
Alhamdulillah semalam maklang dah masuk kerja. Tu pun paksa jugak. Badan rasa tak sedap bila bangun pagi tu. Paksa aje pergi. Kat ofis tak boleh bukak mata, sebab dah telan ubat Norgesic tu agaknya, badan jadik lebih lesu. Tengahari baru lah bermaya sikit. Hari ini, segar sikit rasanya. InsyaAllah 2-3 hari lagi pulih lah dengan keadaan kat sini. Panas pun ye..tu pun salah satu sebab badan rasa tak sedap...Anak2 Alhamdulillah , hari ini semuanya dah ke sekolah. Semalam Angah dan Along dah tuang kelas sebab rasa nak demam. Syukur yang 2 lagi sihat. Begitu jugak dengan Cik Abang...
++++++++
Ni maklang cerita pulak kisah perjalanan kami yang selama 2 minggu. Seronok memang lah tersangat seronok berjalan ni... Pulak2 tu dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Syukur kerana di jemput Allah untuk menjadi tetamuNya...Alhamdulillah. Entah bila pulak dapat ke sana lagi...
+++++++++++
Hari ke 2 di Istanbul, kami dibawak naik feri pulak melalui Selat Marmara.(betul ke ni.?).Eh ye ke...Entahlah maklang pun tak ingat apa nama tempat tu. Tapi memang bestlah naik feri tu. Besar...Kami duduk kat atas sekali sambil menyaksikan pemandangan yang indah kat laut tu. Kami di bawa dari Istanbul bahagian Eropah ke Istanbul bahagian Asia. Udara nyaman aje. Seronok ! macam duduk kat aircond aje! Anak2 seronok dapat tengok obor2 kat laut tu. Maklang kata, orang datang naik feri nak tengok pemandangan indah, mereka pulak sibuk tengok dalam laut ada obor2. Memang semuanya exited sangat. Entah berapa puluh ke ratus gambar yang di snap. Kagum dengan keindahan alam ciptaanNya...
selesa betul mereka atas feri tu...dibuatnya macam kat rumah sendiri pulak...Along pulak perasan pakai spec itam...macam smart aje..he..he...
Lepas dari situ kami pergi makan tengahari. Kat tempat jual ikan kali ini. Pelik makan makanan orang Turki ini. Rasa macam tekak tak boleh nak terima rasanya. Mana tidaknya, mulanya kami di hidangkan dengan tomato dan salad yang di potong halus bersama timun dan kemudiannya disiramkan dengan minyak zaitun sert cuka buah2an. Maklang tak makan pun. Sekali dah terkena hari sebelumnya, makan cuka, sakit perut sampai kemalam.! Kemudiannya, kami dihidangkan dengan rolls cheese masam. eee...tak suka, tapi anak2 macam suka aje. Then nasi sedikit. Kami yang lapar ni makan lah nasi tu, last baru dia kasi ikan. Ikan tu pun ikan bakar yang kemudiannya di perahkan air lemon kat atas dia. Ni maklang suka lah jugak sebab dapat ratah ikan. Hmmm...rasa cam tak bolehlah nak duduk makan makanan Turki tiap hari. Tak ada pulak dia nak serve kebab yang sedap kat tepi jalan tu...hu...hu...hu...
Ni kat tempat makan hari ke2. Yang nak ambik gambar bunga belakang tu...Fresh lillies dia cantek2 betul! Geram nengokkan.
Ni pun kat tempat makan ikan tu. Cantekkan. Makan kat kaki 5. Kemas aje. Kalau kat Malaysia nak buat macam tu...memang tak termakan sebab dek panas matahari!
Lagi gambar atas feri..budak ber4 ni memang nampak enjoy betul!
Dah penatlah tu...menunggu orang yang belum habis melawat palace tu...Kami berehat kat tempat yang dijanjikan
Sebelum masuk ke Topkapi palace, kami sempat ambil gambar berlatarbelakangkan The Blue Mosque yang masyhur tu...
Lepas dari situ, kami melawat Topkapi Palace. Memang lah teramat besarnya. Puaslah berjalan kat situ. Dapat jugak melihat pedang pahlawan Islam, Abu Suffyian, Khalid Al Waled dan juga pedang Nabi s.a.w. Panjang2 pedang mereka, dan maklang boleh imagine, betapa tinggi nya mereka. Kalau pedang pun dah hampir setinggi bahu maklang, maka empunya pedang, lebih tinggilah lagi. Macam2 ada kat Topkapi Palace tu. Tak sempat kami nak habiskan melawat semua tempat sebab cuma di beri masa sekitar 2 jam. Setiap tempat yang kami masuk kat situ mempunyai hasil ceramics yang cantek2 sangat. Memang terpegun melihat hasil tangan orang zaman dulu kala. Penatnya berjalan, lepas tu, tak boleh tahan dah rasanya, nak balik hotel aje, nak urut kaki yang dah nak kejang ni....
Lepas dari situ kami di bawa ke tempat jual barangan kulit. Katanya kat sinilah tempat kulit2 asli untuk buat beg2 berjenama, dan entah apa2 jenama yang maklang pun tak ingat nak sebut. Yang kelakarnya kami dihidangkan dengan fashion show. Hmmm...tengok jelah 2 peragawati dan seorang perawgawan menggayakan jaket2 kulit. Nak beli pun nak buat apa, kat Malaysia ni tak guna kalau ada jaket pun...panas! lainlah kalau kami ni ada motor besar, bolehlah menggayakan jaket2 macam tu. Tapi kalau tengok harga...seram ...tak termampu den!
Penatnya...Balik dari situ, maklang bersihkan diri. Paklang dan Along sempat pi cari kebab lagi. Sesampai mereka kat bilik, maklang dah separuh lelap dah. Buat solat maghrib pun di takkhirkan ke Isyak! Memang tak larat dah nak bukak mata. Maghrib masuk pukul 8:30mlm, dan Isyak pukul 10:30 mlm...Jam 2:00 pagilah jawabnya maklang solat!
Hari ke 3, di Istanbul, kami di bawa ke Aya Sofea atau masjid biru yang terkenal indahnya. Maklang lama simpan hasrat nak ambik gambar kat sini. Sibuk betul sebab ramai pengunjung! Sempat lah nak bersolat tahiyaatul masjid kat situ. Tengok rekaan ceramics dia ..geram di buatnya. Kat sini dibenarkan ambil gambar, so kami snap lah sana sikit sini sikit.
Lunch di Buhara 93 lagi dan lepas tu kami ke Grand Bazaar.
Ini depan Grand Baazar
Hakim ramai peminat kat sini. Sejak dari awal datang ke Turkey, dia kira dekat 100 orang dok cubit pipi dia ke, pegang perut dia ke, main rambut dia atau mintak nak bergambar dengan dia...Penat kata dia sebab ke usik...perasan cute lah tu...he..he..
Angah moncong sebab beg yang dia nak tu tak dapat nak beli. Backpack kain samapi 70 lira kat dalam tu...last2 maklang belikan dia beg biasa. Dapatlah 20 lira. Tau2 kat luar, kat pintu masuk Grand Bazaar tu jual backpack tu, 20 lira aje...So, belikan Maya satu. Angah masih masam lagi...last2 kami turun bas semula carikan Angah beg jugak...yang sama tapi tak serupa warna Maya...Barulah nak senyum minah sorang ni..
Wan Pari jugak, tak kurang menyopping....Berlira2 berterbangan!
Ada pulak terselit hero hindustan ni kat sini...he..he..
Ini dalam Blue Mosque tu..
Atas feri lagi...kami ambil gambar dari atas.( sorilah..gambar ni tak ikut susunan...malas lagi nak arrange...!:()
Budak2 tengah seronok kena angin sejuk!
Berlatarbelakangkan Masjid Biru..tak boleh mak nak ambik gambar bre2 dengan boyfren mak...ada aje yang nak selit!
Ni dalam Masjid Biru jugak
Hero dan heroin Hindustan beraksi lagi kat Topkapi Palace...Tu macam sinki tu dan paipnya..diluar salah satu daripada istana tu...
Kami diberi 5 jam untuk jalan2 dalam Bazaar. Tapi tak dan 4 jam, lengoh dah pinggang. Pulak tu ongkos kurang, tak syoklah nak berbelanja. Nasib baik kurang, kalau tak, sure excess baggage jawabnya. Dapatlah maklang 3 helai tudung, 1 lampu Turki yang cantek tu, beberapa fridge magnets serta beberapa beg kecik untuk buah tangan. Jangan tak ada terus sudah lah kan...
Memang sebenarnya kena pandai tawar menawar kat sini. Kalau tak memang lah kena ketuk. Just imagine, masa maklang dan Wan nak beli sejadah , mula dia letak 100 lira = RM230! Dah lah nipis harga gila2 macam tu, takut kami nak tawar! Terus aje kami nak lari tapi ditahan oleh tuan kedai. Kami nak tawar 50 lira pun takut, last dia sendiri kurangkan sampai 10 lira! Kalau beli masa awal2 memang lah kena tipu hidup2! Tapi kalau dia jual sejadah semahal tu, tak beli pun sebab tengok aje tak padan harga!
Masa kat Masjid Biru, maklang nampak ustadz Asri Rabbani ni. Selamba aje, maklang panggil dia ajak bergambar....he..he...bila ustadz datng, ramai pulak yang nak bergambar sekali!
On the way to the Blue Mosque...Anak2 Turki geram tengok anak2 Malaysia...Itulah dia ciptaan Allah...yang kita, geram tengok orang Turki yang comel2 dan mereka pulak geram tengok anak2 Malaysia yang coklat2...Jadi bahan cubitan pipi2 Maya dan Hakim! he..he..
Kami jugak sempat pergi tengok kat kat velodrom ( main hentam aje eja, nanti tanya Cik Abang..) ada 3 monument kat situ. Monument2 ni sejak dari zaman dahulu kala lagi...gambar dia tak payahlah nak upload eh..penatlaa..melainkan ada yang nak tengok, nanti maklang rajin, maklang masukkan...
Dari Grand Bazzar kami bertolak ke air port untuk menuju destinasi kami.....InsyaAllah akan bersambung lagi...
+++++++
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...