Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum...

Kita intermission kejap tentang cerita umrah ya...


Kami pergi makan tadi. Mak yang belanja sempena hari Bapa. Konon2 sms kat Cik Abang ajak dia dan anak2 pi makan. Kat Resipi Rahsia aje. He..he...Masa dia call semula maklang tengah on the line dengan Wan ke Busu kat JB mintak tolong belanja Atok on my behalf. Nak belikan hadiah, rasanya seme mereka dah ada...so, kita belanja makan aje...

Bila Abang I call balik, dia kata ..Abang ingat saje nak balas sms ke email yang menyakitkan hati...he..he...saje je dia...tapi dia kata tak jadi sebab takut kang sang isteri ilang mood langsung nak belanja makan...Tau tak per...tapi tulah dia seorang suami dan bapa yang memang suka menyakat bergurau kami anak beranak...Kadang2 bila anak2 cakap apa2, si bapa yang 'nakal' ni suka buat muka2..Angah selalu kata...Abah ni selalu buat muka ikan karp. Nak tau muka ikan karp macamana? Nilah dia lebih kurang nya...







Kalau Abah tak ada rumah, bila kena keje kat luar dari Kerteh ni memang terasa kesunyian kat rumah ni. Tapi Abah memang akan call anak2 dia sampai 2-3 kali semalam. Anak2 ni memang manja dengan Abah dia ...he..he..mak dia tak yah cerita lah kan sebab ni hari bapa, bukan hari suami...

Alhamdulillah kerana anak2 maklang dapat bapa yang sangat2 mengasihi anak2 nya. Kasih yang bertempat bukan manja sembarangan. Yang betul di puji, yang salah pasti kena tegur. Walau apapun anak2 memang tersangatlah rapat dengan Abah mereka...Maklang berdoa moga2 Abah budak2 ni sentiasa sihat, panjang umur dan murah rezeki...dan kalau rezeki tu murah...pass lebih2 sikitlah kat isteri jugak ...he..he..


Buat diri maklang juga, maklang bersyukur kerana dapat Abah ( Atok) yang sangat mengasihi anak2 nya. Memang sejak dari kecik maklang rapat sangat dengan Abah dan apa saja yang maklang mintak, pasti Abah akan dapatkan untuk maklang. Jasa Abah membesar kan kami memang tak dapat nak kami balas...Kami doakan Abah sentiasa sihat, panjang umur dan dirahmati Allah sentiasa...Amin...

ni maklang ngan Abah tercinta...kalau boleh mana saje kami pergi nak kami bawak abah dan mak yang dikasihi...syukur pada Allah kerana memberi maklang Abah yang tersangat baik dan bertanggungjawab pada keluarga...Amin..


Tak lupa juga untuk Abah mertua maklang yang suka jugak datang tinggal kat rumah kami...Kembang sekejap bila Abah mertua selalu tunjuk good lepas makan masakan yang maklang masak...Maklang pun doakan Abah sentiasa sihat dan panjang umur...serta murah rezeki...




Juga untuk semua Abah2 dalam keluarga besar kami dan semua bapa2 yang membaca...Selamat Hari Bapa...Semuga sentiasa menjadi bapa2 yang baik terhadap anak2 dan keluarga ...Amin...

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

7 comments:

  1. Baru tau macamana rupa ikan karp....hehehe.


    Selamat Hari Bapa buat Paklang !!

    ReplyDelete
  2. Hehehehehehe ... sebelum komen memang dah nak ketawa .... sebab, Maklang sahaja yang sebut ABAH.

    TERIMA KASIH atas ucapan. Selamat Hari Abah.

    ReplyDelete
  3. rina:

    Aha...ikan karp tu memang kesayangan seme...tapi dia kata gambar tu tak macam ikan karp yang dia selalu buat ..he..he...

    ReplyDelete
  4. abang long:

    apa yang abang long gelihati sangat tu...

    anyway...moga Hari Bapa Abang Long ceria ye...:)

    ReplyDelete
  5. Salam Mak Lang


    pB tak wish apa apa pun pada che aBear n Tok Ayah ....
    dasyat kan ....

    cuma in directly , hari bapa tu pB masakkan che aBear ikan percik ...

    ReplyDelete
  6. berapa kali saya ca komen dr hari tu asyik bila click not allowed....ni nak cuba lagi walaupun dah berlalu..happy father's day untuk paklang.

    ReplyDelete
  7. kak Elle:

    Tulah..saya sedih tak ada orang nak komen...hu..hu...ingat tak ada orang datang melawat saya yang sedang gundah gulana...

    apasal pulak not allowed tu? blogger buat hal gaknya..

    Thanks kak..paklang memang enjoy father's day ari tu!

    pb:

    Ikan percik tu susah and leceh tu...kira masakan sepesel lah tu!

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...