Wednesday, June 17, 2009

Umrah dan Ziarah 2009 Part 1 - Lawatan di Turkiye

Assalamualaikum...



Akhirnya, terpanggil jugak maklang nak mengupdet blog ni. Kalau ikutkan hati memang masih malas lagi, tapi manalah tahukan kot ada yang datang berkunjung nak makan korma nak minum air zam2...he..he..


Alhamdulillah, kami akhirnya sampai ke Teratak kami jam 9:00 lebih malam, hari Sabtu. Memang terasa letih sungguh. Mana tidaknya, perjalanan dari Istanbul memakan masa lebih kurang 10 jam. Kami tiba di Changi jam 4:00 ptg Jumaat dan tiba kat rumah Atok jam 6:lebih. Terus bergegas untuk solat jamak taakhir asar/ zohor. Lepas tu kami dihidangkan dengan nasi ayam yang telah di masak oleh Aunty Lin dan bibik. Memang sedap. Setelah 2 minggu tak rasa makan pedas, malam tu, sambal nasi ayam pun jadiklah nak menghilangkan rasa gian nak makan lada..ha..ha...


++++++++++


Alhamdulillah, perjalanan kami untuk berziarah ke Turki dan kemudian menunaikan umrah berjalan dengan lancar. Syukur sangat2. Memang maklang sentiasa memohon kehadrat Illahi moga diberi kemudahan untuk menjaga anak2 yang 4 ni. Tahu jelah kalau dah sama2 tu, ada aje yang tak kena. Macam kat rumah ni, biasa lah kalau dengar mereka bertengkar, berebut entah apa2. Tapi sepanjang disana, semuanya OK -OK aje. Alhamdulillah.


++++++++++++++++++




Kalau ikutkan hati ni memang malas sangat2 nak mengupdet blog ni. Entah kenapa seolah2 tak ada mood langsung nak updet. Semuanya malas. Kena pergi kerja ni pun paksa2 aje. Agaknya sebab letih berjalan dan sebab tak tentu lagi masa berjaga dan tidur. Lambat pulak nak pulihnya...dah tua-tua ni semuanya slow aje...

Alhamdulillah semalam maklang dah masuk kerja. Tu pun paksa jugak. Badan rasa tak sedap bila bangun pagi tu. Paksa aje pergi. Kat ofis tak boleh bukak mata, sebab dah telan ubat Norgesic tu agaknya, badan jadik lebih lesu. Tengahari baru lah bermaya sikit. Hari ini, segar sikit rasanya. InsyaAllah 2-3 hari lagi pulih lah dengan keadaan kat sini. Panas pun ye..tu pun salah satu sebab badan rasa tak sedap...Anak2 Alhamdulillah , hari ini semuanya dah ke sekolah. Semalam Angah dan Along dah tuang kelas sebab rasa nak demam. Syukur yang 2 lagi sihat. Begitu jugak dengan Cik Abang...



++++++++



Ni maklang cerita pulak kisah perjalanan kami yang selama 2 minggu. Seronok memang lah tersangat seronok berjalan ni... Pulak2 tu dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Syukur kerana di jemput Allah untuk menjadi tetamuNya...Alhamdulillah. Entah bila pulak dapat ke sana lagi...


+++++++++++



Hari ke 2 di Istanbul, kami dibawak naik feri pulak melalui Selat Marmara.(betul ke ni.?).Eh ye ke...Entahlah maklang pun tak ingat apa nama tempat tu. Tapi memang bestlah naik feri tu. Besar...Kami duduk kat atas sekali sambil menyaksikan pemandangan yang indah kat laut tu. Kami di bawa dari Istanbul bahagian Eropah ke Istanbul bahagian Asia. Udara nyaman aje. Seronok ! macam duduk kat aircond aje! Anak2 seronok dapat tengok obor2 kat laut tu. Maklang kata, orang datang naik feri nak tengok pemandangan indah, mereka pulak sibuk tengok dalam laut ada obor2. Memang semuanya exited sangat. Entah berapa puluh ke ratus gambar yang di snap. Kagum dengan keindahan alam ciptaanNya...




selesa betul mereka atas feri tu...dibuatnya macam kat rumah sendiri pulak...Along pulak perasan pakai spec itam...macam smart aje..he..he...


Lepas dari situ kami pergi makan tengahari. Kat tempat jual ikan kali ini. Pelik makan makanan orang Turki ini. Rasa macam tekak tak boleh nak terima rasanya. Mana tidaknya, mulanya kami di hidangkan dengan tomato dan salad yang di potong halus bersama timun dan kemudiannya disiramkan dengan minyak zaitun sert cuka buah2an. Maklang tak makan pun. Sekali dah terkena hari sebelumnya, makan cuka, sakit perut sampai kemalam.! Kemudiannya, kami dihidangkan dengan rolls cheese masam. eee...tak suka, tapi anak2 macam suka aje. Then nasi sedikit. Kami yang lapar ni makan lah nasi tu, last baru dia kasi ikan. Ikan tu pun ikan bakar yang kemudiannya di perahkan air lemon kat atas dia. Ni maklang suka lah jugak sebab dapat ratah ikan. Hmmm...rasa cam tak bolehlah nak duduk makan makanan Turki tiap hari. Tak ada pulak dia nak serve kebab yang sedap kat tepi jalan tu...hu...hu...hu...


Ni kat tempat makan hari ke2. Yang nak ambik gambar bunga belakang tu...Fresh lillies dia cantek2 betul! Geram nengokkan.



Ni pun kat tempat makan ikan tu. Cantekkan. Makan kat kaki 5. Kemas aje. Kalau kat Malaysia nak buat macam tu...memang tak termakan sebab dek panas matahari!
Lagi gambar atas feri..budak ber4 ni memang nampak enjoy betul!

Dah penatlah tu...menunggu orang yang belum habis melawat palace tu...Kami berehat kat tempat yang dijanjikan
Sebelum masuk ke Topkapi palace, kami sempat ambil gambar berlatarbelakangkan The Blue Mosque yang masyhur tu...



Lepas dari situ, kami melawat Topkapi Palace. Memang lah teramat besarnya. Puaslah berjalan kat situ. Dapat jugak melihat pedang pahlawan Islam, Abu Suffyian, Khalid Al Waled dan juga pedang Nabi s.a.w. Panjang2 pedang mereka, dan maklang boleh imagine, betapa tinggi nya mereka. Kalau pedang pun dah hampir setinggi bahu maklang, maka empunya pedang, lebih tinggilah lagi. Macam2 ada kat Topkapi Palace tu. Tak sempat kami nak habiskan melawat semua tempat sebab cuma di beri masa sekitar 2 jam. Setiap tempat yang kami masuk kat situ mempunyai hasil ceramics yang cantek2 sangat. Memang terpegun melihat hasil tangan orang zaman dulu kala. Penatnya berjalan, lepas tu, tak boleh tahan dah rasanya, nak balik hotel aje, nak urut kaki yang dah nak kejang ni....



Lepas dari situ kami di bawa ke tempat jual barangan kulit. Katanya kat sinilah tempat kulit2 asli untuk buat beg2 berjenama, dan entah apa2 jenama yang maklang pun tak ingat nak sebut. Yang kelakarnya kami dihidangkan dengan fashion show. Hmmm...tengok jelah 2 peragawati dan seorang perawgawan menggayakan jaket2 kulit. Nak beli pun nak buat apa, kat Malaysia ni tak guna kalau ada jaket pun...panas! lainlah kalau kami ni ada motor besar, bolehlah menggayakan jaket2 macam tu. Tapi kalau tengok harga...seram ...tak termampu den!


Penatnya...Balik dari situ, maklang bersihkan diri. Paklang dan Along sempat pi cari kebab lagi. Sesampai mereka kat bilik, maklang dah separuh lelap dah. Buat solat maghrib pun di takkhirkan ke Isyak! Memang tak larat dah nak bukak mata. Maghrib masuk pukul 8:30mlm, dan Isyak pukul 10:30 mlm...Jam 2:00 pagilah jawabnya maklang solat!


Hari ke 3, di Istanbul, kami di bawa ke Aya Sofea atau masjid biru yang terkenal indahnya. Maklang lama simpan hasrat nak ambik gambar kat sini. Sibuk betul sebab ramai pengunjung! Sempat lah nak bersolat tahiyaatul masjid kat situ. Tengok rekaan ceramics dia ..geram di buatnya. Kat sini dibenarkan ambil gambar, so kami snap lah sana sikit sini sikit.


Lunch di Buhara 93 lagi dan lepas tu kami ke Grand Bazaar.


Ini depan Grand Baazar
Hakim ramai peminat kat sini. Sejak dari awal datang ke Turkey, dia kira dekat 100 orang dok cubit pipi dia ke, pegang perut dia ke, main rambut dia atau mintak nak bergambar dengan dia...Penat kata dia sebab ke usik...perasan cute lah tu...he..he..
Angah moncong sebab beg yang dia nak tu tak dapat nak beli. Backpack kain samapi 70 lira kat dalam tu...last2 maklang belikan dia beg biasa. Dapatlah 20 lira. Tau2 kat luar, kat pintu masuk Grand Bazaar tu jual backpack tu, 20 lira aje...So, belikan Maya satu. Angah masih masam lagi...last2 kami turun bas semula carikan Angah beg jugak...yang sama tapi tak serupa warna Maya...Barulah nak senyum minah sorang ni..
Wan Pari jugak, tak kurang menyopping....Berlira2 berterbangan!
Ada pulak terselit hero hindustan ni kat sini...he..he..
Ini dalam Blue Mosque tu..
Atas feri lagi...kami ambil gambar dari atas.( sorilah..gambar ni tak ikut susunan...malas lagi nak arrange...!:()
Budak2 tengah seronok kena angin sejuk!
Berlatarbelakangkan Masjid Biru..tak boleh mak nak ambik gambar bre2 dengan boyfren mak...ada aje yang nak selit!

Ni dalam Masjid Biru jugak

Hero dan heroin Hindustan beraksi lagi kat Topkapi Palace...Tu macam sinki tu dan paipnya..diluar salah satu daripada istana tu...

Kami diberi 5 jam untuk jalan2 dalam Bazaar. Tapi tak dan 4 jam, lengoh dah pinggang. Pulak tu ongkos kurang, tak syoklah nak berbelanja. Nasib baik kurang, kalau tak, sure excess baggage jawabnya. Dapatlah maklang 3 helai tudung, 1 lampu Turki yang cantek tu, beberapa fridge magnets serta beberapa beg kecik untuk buah tangan. Jangan tak ada terus sudah lah kan...


Memang sebenarnya kena pandai tawar menawar kat sini. Kalau tak memang lah kena ketuk. Just imagine, masa maklang dan Wan nak beli sejadah , mula dia letak 100 lira = RM230! Dah lah nipis harga gila2 macam tu, takut kami nak tawar! Terus aje kami nak lari tapi ditahan oleh tuan kedai. Kami nak tawar 50 lira pun takut, last dia sendiri kurangkan sampai 10 lira! Kalau beli masa awal2 memang lah kena tipu hidup2! Tapi kalau dia jual sejadah semahal tu, tak beli pun sebab tengok aje tak padan harga!





Masa kat Masjid Biru, maklang nampak ustadz Asri Rabbani ni. Selamba aje, maklang panggil dia ajak bergambar....he..he...bila ustadz datng, ramai pulak yang nak bergambar sekali!

On the way to the Blue Mosque...Anak2 Turki geram tengok anak2 Malaysia...Itulah dia ciptaan Allah...yang kita, geram tengok orang Turki yang comel2 dan mereka pulak geram tengok anak2 Malaysia yang coklat2...Jadi bahan cubitan pipi2 Maya dan Hakim! he..he..

Kami jugak sempat pergi tengok kat kat velodrom ( main hentam aje eja, nanti tanya Cik Abang..) ada 3 monument kat situ. Monument2 ni sejak dari zaman dahulu kala lagi...gambar dia tak payahlah nak upload eh..penatlaa..melainkan ada yang nak tengok, nanti maklang rajin, maklang masukkan...



Dari Grand Bazzar kami bertolak ke air port untuk menuju destinasi kami.....InsyaAllah akan bersambung lagi...

+++++++





Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

12 comments:

  1. Selamat pulang mesti hebat cuti sambil buat umrah ni ye?Cantik tempat2 di Istanbul tapi bab makan tu mungkin saya pun tak bolih nak telan...hehe

    ReplyDelete
  2. bestkan, maklang pergi dengan travel agent mana, macam lama dapat stay kat turki.

    ReplyDelete
  3. Bestnya kat Istanbul, memang rindu nak pergi lagi .

    Masa kami ke sana dari Jordan yang susah nak jumpa ikan dan mahal ikan , so memang kami makan banyak kali ikan kat situ , perah lemon...sedap betul masa tu :)

    ReplyDelete
  4. Ada jugak kawan yang balik dari bercuti ke Turki bercerita.. seronok pulak dengarnya.. tapi untuk kami pergi, mungkin belum lagi sebab macam tak best je jalan dengan anak yang masih berdokong..

    murah betul dia bagi sejadah tu kan maklang..

    ReplyDelete
  5. kak Elle:

    Alhamdulillah memang menyeronokkan...

    Saya dah doakan untuk akak moga2 dijemput ke sana pula..InsyaAllah..

    Memang kalau tiap hari makan camtu, 1 bulan boleh slim saya kak..he..he..

    Zany:

    Maklang pergi ikut Rayhar Travel. Memang mereka jaga kami...dah lama dah dengan mereka sejak buat haji 2004 yang lepas..So far OKlaa...

    ReplyDelete
  6. Rina:

    Maklang pun nak kompol duit nak pergi lagi. Tapi kalau pergi pun tak mau sampur umrah dan ziarah...ziarah ajelaa sebab terkejar2 kalau campur dengan umrah, tapi entahlah bila tabung tu boleh cukup! :)

    Neeza:

    Sejadah tu murah, tapi kalau tak tau, kita main beli, jadik 10x ganda...

    Memang kalau jalan nak dokong anak ni memang penat. Masa tour Europe dulu, Akim baru setahun, jenuh tukar2 dukung dia...

    Sabar lah sikit neeza, macam maklang kalau tak jalan sekarang, nanti tunggu lagi, dah bongkok 3 gaknya...InsyaAllah ada rezeki, sampai lah tu...dah tak jauh dari Saudikan...

    ReplyDelete
  7. Salam rindu.

    Terasa macam baca cerpen pulak ... hehehe

    ReplyDelete
  8. Abang Long:

    Maklang dah boleh tulis novel ke? he..he...pasti tak laku..caca merba...:)

    ReplyDelete
  9. Cuti hari tu kami ke KT. Bila lalu Kerteh & MM, teringat kat Mak Lang...

    Bila nak sambung cerita Umrah??

    ReplyDelete
  10. nampak bersih je tempat restoren makan turki ni yea...

    ReplyDelete
  11. Salaam,
    i have just come across your site while seeking for Ribbon Embroidery samples. i live in Turkey, my family in istanbul but I'm not, as I'm married and living in another city.
    nice to see you have come to our country :)
    i do not understand your language but i hope you all liked Istanbul
    Cheers~

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...