Friday, October 30, 2009

Kurang sihat

Assalamualaikum...


Hari ini badan rasa kurang sihat betul. Tekak gatal, hidung tersumbat, badan macam tak selesa. Agaknya stress dari tempat keje ni. Alongdan Hakim pun kena batuk2 so sekarang ni macam mengjangkit2 pulak.

Siang tadi pegi Kuantan dengan Hakim dan Maya dan Abang. Ada hal sikit. Sementara abang uruskan hal dia, maklang sempat lah jugak beli2 bahan utk jahitan maklang. Alhamdulillah masih dalam jualan murah, jadinya dapatlah dalam 10% diskon je. Kain memang dah naik harga, sampai kadang rasa tak reti nak letak berapa harga barang yang nak dijual! Tapi tokey kedai kata, mungkin dalam bulan 12, untuk clearance nanti banyaklah harga kain dikurangkan. Kalau betullah, nak gak simpan sikit2 untuk bekalan masa depan.

Lepas dah selesai urusan, kami pergi makan kat ECM. Makan biasa aje. Ber4. Cik Abang dan Hakim pegi solat jumaat dan sementara tu maklang dan Maya pergi beli barang2 rumah sikit. Kalau nak beli banyak takut tak terangkat pulak...

Kami pergi ke rumah Datok kejap. Alhamdulillah, dia sihat. Nampak berisi sikit. Sedap tengok dia makan ayam yang kami bawak tu.

Ni pun baru aje tiba dari Kuantan. Letih jugak rasanya sebab badan tak sedap. Tapi kena menjahit jugak sebab tempahan masih ada lagi...Doakan maklang sihat eh...:)


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, October 28, 2009

After so long...

Assalamualaikum...


Hari ini bz. Penat pi meeting kat Gebeng. Very stressful. Almaklum, maklang sorang aje represent the company utk the portion of work yang maklang and the gang dok buat selama ni. Yang masalahnya sekarang ni tak ada a fine line kat mana it stops. Kadang2 jadi confuse sendiri yang mana can beri pada client dan yang mana tak boleh. Lagi satu masalah, boss sini kata lain, boss KL kata lain. Kita yang kat tengah2 ni tak tahu nak ikut mana satu. Tapi like mamarock kata, take one thing at a time and that is what I am going to do. Apa2 pun Alhamdulillah the proposal dah di sign oleh the Client..

Harap2 it will be a smooth sailing process and harap2 senanglah nak menjalankan kerja2 yang telah diarahkan. Thank you Allah..

Mata dah ngantok sgt nak menaip, so selamat malam ye....



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Tuesday, October 27, 2009

Alhamdulillah ada berita baik..:)

Assalamualaikum...


Syukur Alhamdulillah...Lepas balik dari lunch tadi Boss panggil masuk bilik dia. Immediate Boss punya bilik sebelah bilik maklang je. Dia lambai..jom...ada berita baik. Tak sempat masuk bilik dia lagi dia dah panggil. Dia kata tak apa, tak payah pergi KL. Maklang kena take over kerja2 kat sini. Dia hantar orang dari Kuantan yang nak pergi. Tempat yang maklang sepatutnya pegang akan dipegang oleh orang KL. Syukur Alhamdulillah. At least immediate Boss maklang backing maklang utk tak payah nak pi ke KL. Allah Maha Mengasihani. Berkat doa kawan2 laa. Lagi pun sebagai seorang ibu, memang agak payah kalau anak2 jauh dari kita. Kalau suami yang jauh dari anak2 lain laa.. Masih ok lagi sebab anak2 kalau baju koyak takkan nak mintak abah yang jahit baju. No doubt bibik ada, takkan seme nak kasi bibik yang buat. Anak2 bila tau aje terus kata, boleh tak mak cakap ngan Boss mak, Angah tak kasi pergi..Oh...anak2...mak keje ni...takkan lah nak kata anak yang kata cam tu...Abah pun tak kasi mak pergi. Abah kata kalau 2-3 hari boleh laa...Tapi Abah's final words were ..TAK BOLEH ABANG TAK KASI.......


Well, Allah nak uji...Abang kata tak payah nak sedih, cakap aje ngan Boss...sorry, I do not want to go...and kalau Boss kata apa, just kata plainly, tak mau pergi. Alhamdulillah 1 masalah selesai..

Late petang pulak, Boss projek lama call. Most likely proposal utk nak masukkan maklang kat project lama yang suspended tu akan di approve oleh client ( project dah nak start semula). Cuma maklang sorang aje akan assist client tu. Specifically dia nak maklang sebab they need me to assist them in carrying on with the job...Alhamdulillah. Walaupun tak caj 100% kat situ, at least I have some thing to do...Syukur lagi pada Allah..Kau lah Maha Mengasihi...Thank You Allah...


p/s: Terimakaseh pada kawan2 yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga..Moga Allah juga memberkati hidup mu...Amin...


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sedih ari ni

Assalamualaikum...


Maklang sedih ari ni. Memang dah lama dah bersarang dalam hati. Sejak sebelum raya lagi. Hari ni baru bom meletup! Ingat kan benda ni tak jadi dah. Semalam Boss dah tanya nak tak kerje kat KL. Of cozlah the answer is big NO. Eh...ni mak pada anak 4 yang tahun depan nak amek periksa tau. Kalau ye pun nak hantar ke sana, pikir lah dulu. Kita ada jugak tanggungjawab lain selain dari kerja tau. eee...kadang lemas laa...

Malas nak pk banyak2. Kang lagi geram! Apa2 pun harap2 lepas balik ofis ni tak kena panggil and kena paksa keje kat KL...



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Saturday, October 24, 2009

Seronoknya makan2..

Assalamualaikum...


Alhamdulillah petang tadi ada pertemuan yang dirancang dalam masa yang singkat. Biasalah kalau yang dirancang berbulan2 memang susah nak jadi...Maklang enjoy betul tadi. Macam nilah agaknya ibu2 yang tak bekerja kadang ada buat hi-tea. Kita yang kerja ni susah nak dapat peluang jumpa2 kawan sebab waktu wiken kita sibuk dengan famili. Tapi Alhamdulillah hari ni, plan kami menjadi...:)

Sejak pagi semalam, maklang dah tumis laksa johor. Memang laksa kalau dah masak bermalam, barulah dia mesra...tapi tak letak lagi santan. So, kiranya masukkan rempah, tumis gareng2 dan masukkan ikan. Malam semalam, bibik panaskan aje lagi. Tadi pagi, baru masukkan santan dan kerisik serta apa2 yang tak cukup. Alhamdulillah by 11:00am kuah dah siap masak. Lepas2 dah siap potong timun yang memang leceh tu, maklang naik atas kejap nak habiskan jahitan. Mesti nak siap ni sebab hari open house lepas tak sempat nak siapkan. Teruja betul bila benda tu siap about pukul 1:00pm.

Dah siap, barulah boleh nak buat benda2 lain.


Ini chair back cover yang maklang beria-ia nak siapkan. Sukaaaaaa bila dah siap. Ini untuk kerusi kat kepala meja. Bunga nya besar, untuk yang lain2 kecik2 lah sikit...( sebenarnya malas nak buat seme besar...banyak kerja lain nak buat! so utk rumah sendiri boleh cincai2)

Carrot cake ni maklang dah coatkan pagi tadi sebelum semuanya sampai.
Bila kak Liza datang, dia buatkan demo pulak untuk para tetamu. Kiranya macam lawatan sambil belajar laa...
Inter frame jap..ni daging yang abang beli semalam, salai dulu pastu masak lomak cili api...sodaaaappp..

Terbentang laksa johor kegemaran suami tercinta...nisak, tu table mat dari nisak tu..suka betul! TQ
laksa johor...the close up..

Pas ke tak laksa Johor maklang tu...Chef tengah semangat makan tu..:)
Ini cross section carrot cake. Sesiapa yang nak resepi dia, nanti tengoklah kat blog masak maklang. Resepi asal dari kawan maklang, tapi maklang dah modify sikit sebab nakkan texture cake yang berlainan. Alhamdulillah menjadik!
Bila dah kenyang, kami tak lupa sessi bergambar...


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, October 21, 2009

Open House Syawal 1430

Salam ...


Seronok betul rasa dihati
Jemputan kami ramai yang hadiri
sebab ianya ikhlas dari hati
semuga persahabatan kekal disanubari...


Tak dapat nak kami gambarkan betapa syukurnya kami sekeluarga kerana rumah terbuka yang kami berdolak dalik nak buat ni akhirnya tercapai juga. Bukannya apa, memandang kan tak ada kaki tangan yang ramai untuk menolong, pasti akan menyulitkan kami untuk mengendalikan rumah terbuka. Pulaknya kami bekerja di pejabat yang berlainan, jadinya kalau di kira jumlah tetamu pastinya ramai. Belum lagi jiran dan rakan taulan dari pejabat2 lama abang dan kawan2 sekeliling. Duduk kat tempat kecik macam nilah kami mengenali sampai ke keluarga sekali. Dan Alhamdulillah ramai betul tetamu yang hadir. Tak menang tangan nak melayan. Syukur ada Wan Pari dan Tok Uncle serta Inas anak Bonda, kalau tak mau jem pinggang. Terakhir buat rumah terbuka was like 3-4 years ago. Masa tu masih kuat lagi...Sekarang sana jem, sini jem....hmmmm, tapi masih bersyukur diberi kesihatan yang baik...Amin...

Alhamdulillah...pinggang pun tak buat hal. Cuma waktu tengahari aje ada jam kejap. Bila dah macam tu, cepat2 maklang berehat kejap. Memang Cik Abang dah pesan, makanan seme di tempah ajelaa takut nanti sakit pinggang. Tapi as usual, kalau nak menjemput orang makan, pasti nak masak. Seolah2 tak puas, kalau semuanya di tempah aje. Syukur, ada anak2 tolong buatkan dadih dan buat coklat cakes. Yang lain2 bibik lah yang tolong. Keseronokkan tu masih terasa sampai hari ini...Cuaca pun cantek, tak panas sangat. Hujan pagi semalam memang menyejukkan suasana. Alhamdulillah....:)

Meh kita layan gambar pulak...


Dah terhidang semuanya. Sempat snap kejap. Suruh tetamu tunggu kejap sebab masa dia orang datang, makanan belum hidang, mana taknya they were 15 mins early! he..he..
Pukul 12:15pm dah mula opismates abang menjamu selera...
Group cikgu Maya dan Hakim pulak tiba

Ini 2 kawan dari opis maklang dan opis abang.
pukol 1:00 tghari, gang2 dari ofis maklang pulak tiba.
Silakan...silakan...kata tuan rumah ..berpoloh dah tu baju...sekerat basah!
Ni jelitawan dari opis abang...
kawan maklang..kak Rohmah dan suami
Kak Ton , tukan jahit baju maklang...memang 99% baju yang kami pakai, kalau tak dijahit sendiri, maklang tempah kat kak ton. Kerjatangan dia halus sangat! Suka!
Cik Abang2 dari mechanical department. Paling depan bekas opis mate maklang tapi kini bekerja kat opis abang.
Meriah sungguh jemputan
Makanan semua sudah terhidang
Sila kan silakan lah makan
Kalau nak tambah tak payah bilang2...

Setelah sekian lama tak ada rumah terbuka
Tahun ini kesihatan mengizinkan
Apalagi kami pun suka
Jemputlah kawan jemput lah makan..

Cik Adek dari opis Cik Abang
duduk makan di anjung rumah
Harapan kami semuanya senang
dapat makanan untuk di jamah
Ini pula cik abang cik abang
duduk diatas buaian bersantapan
jangan serik tak dapat nak layang
jamulah selera sampai kekenyangan
Jejaka tampan dari opis maklang
tersenyum simpul setelah kenyang

Masih ramai yang baru datang
Cik Abang sibuk bersalaman
Cik Adek Abang pula sibuk menatang
untuk menghidang segala makanan
Ini pulak teman2 maklang
hati riang melihat mereka datang
jemputlah akak dan adek sayang
Hati ku gembira tidak dapat dibayang...:)
Senyum manis dari sigadis manis
masih sendiri mungkin dah berpunya
kueh2 semuanya manis
untuk jamuan tetamu dihari raya
Cik Bedah, Cik Senah dan Cik Esah
Duduk bertiga diatas kerusi
Tak payah nak malu2 kucing ah..
Ketawa sakan sampai tak kering gusi...:)
duduk bersila beramai-ramai
makanan spaghetti, ketupat dan ayam
Nampak camera semuanya melambai
Meh sini kak...kami nak jugak...

Ini pulak kak ton dan kawan2..
bawah pondok kecik ditepi rumah
harap kak ton tak berkecil hati
sebab kerusi tak cukup kat khemah
Shah dah isteri pun ada
sedang menanti nak say goodbye

3 dara pingitan tak mahu makan dulu,
sedang menunggu jemputan surut dulu
Cikgu2 dari sekolah Hakim dan Maya
ramai yang pakai baju seragam sebab hari koko
Ini pulak teman Along dan Angah
anak2 dah besar, ramailah kawan mereka
Tu tersenyum simpul tu....:)

Dan disebalik tabir, siapa lagi kalau bukan kak Liza. Thank you kak, pakaikan baju untuk carrot cake tu...Saya ni tak pandai! Terimakaseh jugak kat bibik dan Inas serta Mas, Wan Pari dan Tok Uncle yang banyak menolong. Kalau tak ada mereka semua, mau rebeh pinggang ni...
Apa2 pun maklang bersyukur ke hadrat Illahi ...Alhamdulillah. Moga2 tahun depan diberi rezeki untuk mengadakan jemputan lagi...Amin..




Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi.

Sunday, October 11, 2009

Raya Sakan kat KL

Assalamualaikum...

Badan masih kurang selesa. Penat, lengoh seme ada. Tapi paksa jugak bangun pagi tadi. Selesai solat, buat breakfast, goreng ikan bilis berlada, tahu goreng dan siapkan sambal. Buang ekor taugeh dan masak nasi. Kemudian panaskan lauk2 dalam peti ais yang Along dah kemaskan semalam. Entah berapa tan, harta karun yang kena let go. Baru boleh bernafas sikit fridge tu. Tapi bila balik semalam, masukkan pulak barang2 baru dari Johor dan KL.


++++++++


Khamis lepas, lepas kerja dan lepas singgah kat rumah jiran sebelah rumah yang megadakan rumah terbuka, kami ber3 bertolak ke KL. Perjalanan was smooth. Tapi kena tahan gak ngan polis tapi nasib baik no kereta kami tak kena saman. Polis tahan sambil tengok kertas kat tangan dia. Lega.. no kereta kami tak ada...Alhamdulillah. Masa tiba KL, Wan dah siap mop tempat tinggal kami, makanya tak adalah penat nak mengemas pulak.


Hari Jumaat pagi, maklang sempat gak main2 ngan riben sekejap. Nak kena siapkan tempahan tudung 2 helai ini...hmmm...

Then keluar melawat saudara mara kat Jalan TAR dulu. Singgah kedai kak E-One beli beberapa tudung bawal untuk nak di RE kan, then ke kedai riben untuk menambah bekalan. Masa keluar kami naik teksi tapi masa tengah2 shop Wan call kata urusan Atok kat GH dah selesai, makanya mereka menjemput kami kat jalan TAR lepas maklang selesai beli kain untuk nak buat table runner. Mahalnya lah kain tu . Dah naik lagi harga dia. Hmmm...camana nak nege ni....:(

Dari situ kami pulang ke rumah. Lepas makan tengahari kami bertolak ke Ijok melawat Pakcik maklang. Lama tak jumpa. Umornya dah 84 tahun. Badan masih sihat dan ingatan agak kuat jugak. Alhamdulillah...Cuma pendengaran agak kurang sekarang.

Kemudian kami ke rumah sepupu maklang. Yang ini pun lama tak jumpa. Cuma sekali sekala sapa kat blog atau kat FB. Tapi ingatan masih terpahat dalam hati. Maklumlah semuanya sibuk dan kami tinggal jauh dari tempat tinggal mereka. Alhamdulillah tempat yang dicari jumpa dan kami di jamu dengan nasi impit dan rendang. Sedap you....Abang datang naik kereta lain sebab pagi Jumaat tu dia ada urusan dipejabat dan petang ada urusan lain yang perlu diselesaikan pulak.

Selesai solat maghrib, kami bertolak ke rumah alang. He..he..seronok, Alang kasi hadiah mangkuk gambar stroberi besar.. Cantek sangat. Kalau dapat teko pun lagi bestkan. Nanti nak kecek lah kat Alang. Thank you Alang...Lap you!

Jam 930 kami bertolak ke rumah Pak Teh dan Mak Teh. Lama betul tak bertemu. Masing2 bila cuti sekolah dah ada perancangan masing2. Jadinya tak sempat nak date. Cuma talipon2 dan sms aje. Kami kuatkan jugak nak kesana. Kalau tak memang tak jumpa. Tuan rumah ada jemput kawan2 dan cikgu2 mereka makan. Jumpa pulak jiran lama kat Kerteh ni. He..he..Sorilah Ita, Maklang lupa betul nama awak...ampun tuanku...Mana tak nya dah 8 tahun lepas. Anak2 dia yang kecik2 semuanya dah godang. Memang tak kenallah kalau berselisih bahu. Lepas tetamu pulang, barulah dapat lepak2. At last kami pulang jam 12:30 kot pagi tu, dan selesai bersiap untuk tidor jam 1:30 pagi. Penat tok sah cakap laa...tapi puas sebab dapat jugak raya sakan kat sana...Misi terlaksanalah kiranya...( mak teh, the laksa was good...:))


Semalam pagi kami berjalang2 tengok rumah kat Sungai long. Lengoh sungguh pinggang ku! Then ke rumah Kak Ngah. Dapat makan satay...Syukur! Alhamdulillah rezeki tu..

Jam 230 kami pulang ke rumah, solat, pack2 dan jam 4:30 bertolak balik. Perjalanan was very smooth tapi sampai kat Sg. Ular jem sampai 1 jam! Ada yang main kuda kat situ. Singgah solat kat Masjid Sultan Ahmad kat Chukai dan meneruskan perjalanan. Singgah kat MM dalam hujan yang amat lebat dan shopping kat Toy R us dan BK. Maklang sempat beli kain utk tudung along yang koyak kena makan ngan mesin basuh!

Sekian lapuran buat kali ini...Sehingga berjumpa lagi!



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Thursday, October 8, 2009

sunyi sepi..

Assalamualaikum...

Rasa cam sunyi sepi aje blog ni. Maklang pun dah jarang menempek kat sini. Banyak keje kat rumah tau....tak sabar nak tunggu bibik balik hari senin ni, InsyaAllah...


Rumah pun akan sunyi sepi wiken ni. Maklang, Abang dan anak bongsu manja tu akan meninggalkan Kerteh buat beberapa hari. Anak2 yang dua sulong tak mau ikut. Maya yang mulanya nak ikut, tukar plan pagi semalam sebab ada jemputan dari cikgu untuk dia menyertai kem sekolah kat sebelah rumah ni. Seronok sangat dia nak ke kem. Petang semalam dia tak ke sekolah agama sebab katanya nak siapkan beg and keje sekolah. Penat pun ye agaknya..


Tak ada apa nak repot 2-3 hari ni sebab it was keje, keje and keje! Kat opis semalam sibuklah kejap, kat rumah memang sibuk sangat. Pukul 10:30pm baru boleh nak menjahit. Dapatlah 2-3 kuntum bunga simpul2 untuk tudung. Tapi dah letih tak larat nak sambung memandang besok pagi ( pagi ni laa), nak memasak. Kena cepat ke ofis jugak sebab nak balik awal. Nak bertolak lepas ofis. Kenalah jugak amek Hakim awal...

Tengahari nak pi makan hari raya kat opis Abang yang terletak about 5 mins walking...


Sekian lapuran buat kali ini....Selamat berhujung minggu!





Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, October 4, 2009

Bila bibik tak ada..

Assalamualaikum...

Dah hampir sebulan dah bibik balik. Rumah Alhamdulillah masih terurus. Kalaulah tak ada daily helper memang agaknya bertimbun kain baju tak berlipat dan bergosok. Kalau gosok pun, baju sekolah dan baju kerje aje. Sebenarnya punya masalah besar...maklang ni, kalau baju tak bergosok memang tak boleh nak masuk dalam badan. Mungkin dah terbiasa diajar oleh Wan, sejak dari kecik memang baju tidor pun Wan gosokkan...dan sekarang ni dah terbiasa, jadiknya...ikut ajelah sampai tua...:)

Masa cuti Raya hari tu, hampir tiap malam dan petang, maklang jadik tukang gosok. Siap aje baju kering, maka akan mulalah operasi menggosok baju. Nasib baik seterika Wan punya tapak yang sungguh licin, sedap dan cepatlah nak gosok. Laju aje, siap sebeban gosokkan. Hmm...bila balik sini, kita punya seterika jenama biasa, kalau silap aje kepanasan , jawabnya bersulam tebuklah baju atau seluar tu..he..he..Kena berhati2 betul! Anyway...tulah dia, bila bibik tak ada, semua kena sendiri laa...Nasib baik semuanya rajin tolong. Kalau tak mau pengsan!

Memang teramat sibuk waktu puncak. Hari Jumaat laa...Mana tak nya segala keperluan dapur kena disiapkan utk nak masak pada hari kerja. Bawang nak kena blend. Lada nak kena blend, ayam dan ikan , sotong atau udang semua kena siap dibersihkan sekali , baru lah boleh freezekan. Kalau tak memang tak dan nak masak pagi2 b4 ke office.

Nak buat macamana, dah tugas seorang ibu. Kadangkala rasa seronok jugak bila semuanya terurus, tapi baru terasa tak cukup masa nak menjahit. Tapi bila datang 'gian' nak jahit tu, tak kira, penat pun nak jugak jahit. Alhamdulillah bila dah lepas 'gian' tu barulah rasa selesa. Tapi sedih jugak tau sebab tak leh menjahit banyak. Kesian pada yang menempah, terpaksa menunggu lama lagi laa...


Itu ajelah nak merepek pagi ni. Kat sini, maklang letakkan gambar 'outing' kami pada khamis lepas...Makan pizza jer...tak ke mana2..
























Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...