Sunday, October 11, 2009

Raya Sakan kat KL

Assalamualaikum...

Badan masih kurang selesa. Penat, lengoh seme ada. Tapi paksa jugak bangun pagi tadi. Selesai solat, buat breakfast, goreng ikan bilis berlada, tahu goreng dan siapkan sambal. Buang ekor taugeh dan masak nasi. Kemudian panaskan lauk2 dalam peti ais yang Along dah kemaskan semalam. Entah berapa tan, harta karun yang kena let go. Baru boleh bernafas sikit fridge tu. Tapi bila balik semalam, masukkan pulak barang2 baru dari Johor dan KL.


++++++++


Khamis lepas, lepas kerja dan lepas singgah kat rumah jiran sebelah rumah yang megadakan rumah terbuka, kami ber3 bertolak ke KL. Perjalanan was smooth. Tapi kena tahan gak ngan polis tapi nasib baik no kereta kami tak kena saman. Polis tahan sambil tengok kertas kat tangan dia. Lega.. no kereta kami tak ada...Alhamdulillah. Masa tiba KL, Wan dah siap mop tempat tinggal kami, makanya tak adalah penat nak mengemas pulak.


Hari Jumaat pagi, maklang sempat gak main2 ngan riben sekejap. Nak kena siapkan tempahan tudung 2 helai ini...hmmm...

Then keluar melawat saudara mara kat Jalan TAR dulu. Singgah kedai kak E-One beli beberapa tudung bawal untuk nak di RE kan, then ke kedai riben untuk menambah bekalan. Masa keluar kami naik teksi tapi masa tengah2 shop Wan call kata urusan Atok kat GH dah selesai, makanya mereka menjemput kami kat jalan TAR lepas maklang selesai beli kain untuk nak buat table runner. Mahalnya lah kain tu . Dah naik lagi harga dia. Hmmm...camana nak nege ni....:(

Dari situ kami pulang ke rumah. Lepas makan tengahari kami bertolak ke Ijok melawat Pakcik maklang. Lama tak jumpa. Umornya dah 84 tahun. Badan masih sihat dan ingatan agak kuat jugak. Alhamdulillah...Cuma pendengaran agak kurang sekarang.

Kemudian kami ke rumah sepupu maklang. Yang ini pun lama tak jumpa. Cuma sekali sekala sapa kat blog atau kat FB. Tapi ingatan masih terpahat dalam hati. Maklumlah semuanya sibuk dan kami tinggal jauh dari tempat tinggal mereka. Alhamdulillah tempat yang dicari jumpa dan kami di jamu dengan nasi impit dan rendang. Sedap you....Abang datang naik kereta lain sebab pagi Jumaat tu dia ada urusan dipejabat dan petang ada urusan lain yang perlu diselesaikan pulak.

Selesai solat maghrib, kami bertolak ke rumah alang. He..he..seronok, Alang kasi hadiah mangkuk gambar stroberi besar.. Cantek sangat. Kalau dapat teko pun lagi bestkan. Nanti nak kecek lah kat Alang. Thank you Alang...Lap you!

Jam 930 kami bertolak ke rumah Pak Teh dan Mak Teh. Lama betul tak bertemu. Masing2 bila cuti sekolah dah ada perancangan masing2. Jadinya tak sempat nak date. Cuma talipon2 dan sms aje. Kami kuatkan jugak nak kesana. Kalau tak memang tak jumpa. Tuan rumah ada jemput kawan2 dan cikgu2 mereka makan. Jumpa pulak jiran lama kat Kerteh ni. He..he..Sorilah Ita, Maklang lupa betul nama awak...ampun tuanku...Mana tak nya dah 8 tahun lepas. Anak2 dia yang kecik2 semuanya dah godang. Memang tak kenallah kalau berselisih bahu. Lepas tetamu pulang, barulah dapat lepak2. At last kami pulang jam 12:30 kot pagi tu, dan selesai bersiap untuk tidor jam 1:30 pagi. Penat tok sah cakap laa...tapi puas sebab dapat jugak raya sakan kat sana...Misi terlaksanalah kiranya...( mak teh, the laksa was good...:))


Semalam pagi kami berjalang2 tengok rumah kat Sungai long. Lengoh sungguh pinggang ku! Then ke rumah Kak Ngah. Dapat makan satay...Syukur! Alhamdulillah rezeki tu..

Jam 230 kami pulang ke rumah, solat, pack2 dan jam 4:30 bertolak balik. Perjalanan was very smooth tapi sampai kat Sg. Ular jem sampai 1 jam! Ada yang main kuda kat situ. Singgah solat kat Masjid Sultan Ahmad kat Chukai dan meneruskan perjalanan. Singgah kat MM dalam hujan yang amat lebat dan shopping kat Toy R us dan BK. Maklang sempat beli kain utk tudung along yang koyak kena makan ngan mesin basuh!

Sekian lapuran buat kali ini...Sehingga berjumpa lagi!



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

8 comments:

  1. mak lang...tidak syak lagi...mmg raya sakan ;)

    ReplyDelete
  2. nape tak call akak...kalau tak boleh jugak ke rumah akak ni....makan mee kari ker..

    selamat hari raya buat kamu sekeluarga...

    ReplyDelete
  3. adoii..kalau dah bejalan macam gitu...boleh pitam tuu...sempat pulak nak menjahit2 lagiiiii....

    ReplyDelete
  4. salam, akak terbaca yg ML singgah kat sg long. akak ada d situ. alangkah baiknya kalau dapat singgah kat rumah akak.

    ReplyDelete
  5. kitowang raya sebuah umah je.. busy pi nikah & wedding je.. alahai tgh pose ni, bila dpt terjah umah maklang..

    ReplyDelete
  6. Kenari:

    Syukur apa yang dirancangkan menjadi!:)

    Kak Ezza:

    Terimakaseh, lain kali lah kalau ada rezeki.

    ReplyDelete
  7. ASW:

    Memang malam tu macam nak fengsan. Penatnya!

    Kak Eids63:

    Manalah maklang tahu. Akak pun maklang tak kenal..he..he..:)

    ReplyDelete
  8. Mulan,

    Tak pe, puasa lah dulu. InsyaAllah Selasa depan kami buat rumah terbuka.Tapi dah bulan Zulkaedah tu!

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...