Assalamualaikum...
Hari ini badan rasa kurang sihat betul. Tekak gatal, hidung tersumbat, badan macam tak selesa. Agaknya stress dari tempat keje ni. Alongdan Hakim pun kena batuk2 so sekarang ni macam mengjangkit2 pulak.
Siang tadi pegi Kuantan dengan Hakim dan Maya dan Abang. Ada hal sikit. Sementara abang uruskan hal dia, maklang sempat lah jugak beli2 bahan utk jahitan maklang. Alhamdulillah masih dalam jualan murah, jadinya dapatlah dalam 10% diskon je. Kain memang dah naik harga, sampai kadang rasa tak reti nak letak berapa harga barang yang nak dijual! Tapi tokey kedai kata, mungkin dalam bulan 12, untuk clearance nanti banyaklah harga kain dikurangkan. Kalau betullah, nak gak simpan sikit2 untuk bekalan masa depan.
Lepas dah selesai urusan, kami pergi makan kat ECM. Makan biasa aje. Ber4. Cik Abang dan Hakim pegi solat jumaat dan sementara tu maklang dan Maya pergi beli barang2 rumah sikit. Kalau nak beli banyak takut tak terangkat pulak...
Kami pergi ke rumah Datok kejap. Alhamdulillah, dia sihat. Nampak berisi sikit. Sedap tengok dia makan ayam yang kami bawak tu.
Ni pun baru aje tiba dari Kuantan. Letih jugak rasanya sebab badan tak sedap. Tapi kena menjahit jugak sebab tempahan masih ada lagi...Doakan maklang sihat eh...:)
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
maklang...moga tidak melarat ye, bnyk minum air suam je
ReplyDeletesemoga cepat sembuh.
ReplyDeletebanyak kan rehat... smoga cpat sembuh erk.:D
ReplyDeleteget well soon, maklang :o)
ReplyDelete