Tuesday, December 29, 2009

Happy Birthday my dear..part 2

Assalamualaikum...

Ni sambung cerita semalam...Alaaaah... yang pasal lupa nak potong cheesecake birthday Cik Abang laa...

Tengahari tadi, lepas balik ke office, lepas lunch kat rumah, maklang dapat call dari rumah.

Hello mak...suara Hakim kedengaran di corong talipon

Ya sayang...nak apa?

Mak...boleh tak Hakim nak makan cheese cake tu?

Boleh..tapi mak rasa ni mesti ada yang suruh Hakim call mak kan...

Eh...tak delah mak...mana ada ...Angah tak ada suruh pun Hakim call...




Tergelak besar maklang...Tulaa...mana boleh tipu mak! Biasalah Angah tu, tau kalau anak bujang yang mintak mesti mak cair je...Tapi pecah tembelang dia...he..he.. Pastu maklang terdengar Angah gelak2 kat belakang! Kantoi!


Kim...petang lah eh...kita suruh Abah yang potong sebab tu birthday kek abah...

Ok...

So, petang tadi, masuk aje rumah, maklang panggil Hakim dan of course Angah serta Maya untuk tengok Abah potong cake.( Along tengah berehat kat atas..penat lepas balik dr sekolah tolong Ustazah dia uruskan buku pinjaman). Yang best tu...tukang potong kek yang nyanyi lagu birthday siap dengan vibrato lagi...silap tak record tadi!









Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Monday, December 28, 2009

Happy Birthday my dear..

Assalamualaikum...


Selamat Hari Jadi untuk suami tercinta...

Moga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan hidup diberkati Nya dunia akhirat...we love u...


We had this for dinner just now. Cik Abang was the Chief Chef...Maam berehat ..boleh ker...?? Bukan malas, tapi Cik Abang yang rajin nak masak utk isteri dia...Terimakaseh... :)





Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Saturday, December 26, 2009

Home Sweet Home


Assalamualaikum...

Lama tak bersiaran, harap2 teman2 sihat semuanya...Ampun maaf dipinta, sekiranya ada yang ternanti2 akan siaran seterusnya...dan ampun maaf, pagi ni maklang terperasan sikit macam ada orang yang sentiasa menjengok2 ke sini...Apa2 pun, pagi ini terasa amat lah bersyukur dan gumbira...Almaklum..berkumpul bersama kedua ibubapa tercinta dan adek2 tersayang...Amin...


Insyaallah dalam beberapa jam akan datang, kami akan tiba ke Teratak kami yang dirindui...Amin...

Setelah lebih seminggu berjauhan memang teras benar kerinduan itu menerpa kat tangkai hati. Manakan tidak, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat carik makan..he..he..

Hari ini, di N3 ini, maklang tak bercadang nak updet tentang cerita perjalanan masa kat Penang atau pun di Cameron, tapi saje je nak taip2 untuk nak lepaskan rindu kat sini...

InsyaAllah jap lagi, lepas pack2, kami nak bersarapan thosei...he..he...lama tak pekena thosei ni...Anak2 lepas Subuh, sambung lagi tidur. Entah kol berapa mereka masuk tido maklang pun tak tahu.

Dalam perjalanan pulang nanti, InsyaAllah kami akan singgah di Kuantan, nak jumpa ipar biras maklang nak pi makan khenduri. Lepas tu nak habiskan voucher kat kedai bunga tersohor kat Malaysia ni. Ada 50% untuk discount birthday. Tak sempat nak shop 2-3 bulan lepas, ni baru terkial2 nak carik. Expiry date 31.12.2009. Kalau ada yang berkenan kang, adalah, kalau tak de, tahun depan lah...:)

InsyaAllah kalau ada kelapangan akan sambung cerita cerita kami masa cuti...For the time being...take care dan assalamualaikum..

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Saturday, December 19, 2009

Bercuti di Penang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kami dah selamat tiba di destinasi. Kali ini dekat aje...tak jauh mana pun..


Perancangan telah dibuat seawal bulan 8 atau 9 yang lepas. Semuanya Cik Abang yang lakukan. Maklang cuma beritau tarikh mana aje yang nak cuti. Lagi pun coincide dengan cuti umum, jadi kuranglah sikit nak amek annual leave yang tinggal beberapa hari aje lagi. As usual Cik Abang kalau plan cuti mesti dia nak ajak Atok dan Wan. Seronok kalau beramai2 ni. Dan kali ini kami ajak keluarga Busu pula. Saje suka2. Lagipun Atok tak berapa kuat nak jalan jauh2. Jadi kalau ada Busu mudah lah sikit pergerakan . Ada yang tolong drivekan..Alhamdulillah...

Perjalanan kami bermula jam 6:00+ ptg Khamis. Lepas keje, kami siap2 dan mulakan perjalanan. Baju semuanya dah siap dipack malam sebelumnya. Surprisingly, kali ini packing taklah menyulitkan seperti selalu. Kejap aje dah selesainya sebab anak2 dah pandai dah pilih baju sendiri. Walau macam tu , maklang mesti nak cek sebab kadang2 seluar koyak lunyai pun mereka hangkut jugak! Nak2 yang kecik 2 tu...he..he...

Alhamdulillah kami tiba kat umah Alang jam 10. Tak berenti solat cuma, singgah isi minyak. Atok dan Wan dah tiba dulu kat Kl pada hari Selasa sebab ingatkan Atok ada cek up kat HKL. Tapi entah macamana, bila Alang tengok tangan Atok ok, Alang call Dr. kat HKL, lalu Dr tu kata boleh tunda sehingga bulan depan, InsyaAllah.

Busu dan keluarga tiba jam 11 lebih. Anak2 semuanya tak tido, maka gamatlah umah Alang. Tau ajelah kalau hero maklang dah jumpa dengan heroes2 Busu serta Hero alang. Bergolek2 lah, menembak lah..macam2. Nasib baik jiran jauh, kalau tak mau mereka panggil polis nak suruh budak2 ni diam...ha..ha..ha..

++

Semalam, kami bertolak ke Penang jam 9.30pg. Perjalanan agak perlahan sebab teramatlah banyaknya kereta. Walau pun macam tu, smooth ajelah. Kami berhenti isi minyak dan kemudian masuk kat Taiping/ Kamunting exit untuk nak solat Jumaat. Sementara mereka solat, sempat jugak maklang menjahit dalam kereta ...:)

Kami tiba kat Penang jam3 lebih. Jalan masuk ke Penang pun sesak. Lepas dah cek in, semuanya rehat2 aje. Makan tak risau sebab memang ada bawa bekalan dari KL. Jangan tak tahu, rendang, ayam serai dan ikan bilis berlada pun ada....Cik Abang sempat ke Komtar yang terletak sebelah hotel ni , shopping salad dan tomato!

Belah petang pulak, maklang dapat jugak bertemu Towkey Coklat popular dari Penang, siapa lagi kalau bukan Cik Milah. Terimakasehlah Cik Milah kerana sudi nak luangkan masa nak jumpa maklang...Terimakaseh juga coklat sedap tu...berebut semuanya...tinggal beberapa ketul aje lagi tu...almaklum semuanya 'hantu' coklat.

Belah malam, Cik Abang pi beli nasi Kandaq aje dan bawa balik ke bilik...

Hari ini belum tau lagi nak kemana...Plan semua Cik abang yang sediakan..Kami iku jer..:)


Meh layan gambar jap...
Dah siap2 dah...Kami pergi 2 buah kereta...mana lah nak muat satu kereta. Kami sekeluarga sekereta..plus Adlan anak Busu. Dan satu lagi, Atok, Wan, Busu, Aunty Leen dan Alman. Dalam perjalanan alman muntah sebab tak duduk diam dalam kereta...habis kena baju mak dia...
As usual..Angah kada' tido! Adlan memang permanent resident dalam kereta ni...Nak ikut Abang Hakim idola dia...
Tu diaaa...Butterworth dah...
Kat Penang bridge..abah yang excited...anak2 sibuk main game dalam kereta...he..he..
Ini antara facade peranakan yang di cantekkan semula..memang cantek
Bergambar kat pintu masuk ...semuanya ada tanduk!
Adlan risau sebab masa cek in semua masuk satu bilik sebab bilik2 lain belum siap. Dia tanya macamana nak tido ni maklong? Maklang kata...macam Alan tidolah bertimpa2 tu....percaya jugak dia at 1st!
Pertemuan antara tukang buat coklat dan tukang jahit. Terimakaseh sekali lagi Cik Milah...:)
Si Alan sempat berposing tu...

Kalau Hakim dah mengadap coklat, sedap pulak tu...nasib laa siapa yang tak sempat...:)


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, December 16, 2009

Cik Abang ku sayang...:)

Assalamualaikum...

Terpanggil nak updet. Baru siap masak tauhu lembut untuk lunch nanti. Bibik akan buat steam fish siakap dan goreng Sabah vege. Selesai bab makan tengahari.

Sementara ada 10 mins sebelum nak siap ni, rajin pulak nak updet. Blog ni makin sunyi sepi sebab tuan dia tenggelam timbul. Apalagi tentang pembaca. Entah ada entah tak kan..Memandangkan kerja yang teramat lah banyak sampai tido pun tak cukup, tu blog sunyi. Bila dah macam tu, pegi keje nanti kenalah cari kopi pekat2. Kalau tak duduk kat meja tu sambil menari, terhoyong hayang kepala menahan ngantuk.

Alhamdulillah jahitan buat pengantin semuanya sudah selesai. Nak letak kat sini, kena tunggu dulu sebab biarlah pengantin nya tunjuk dulu. Tak ada surprise pulak kang kalau dah letak kat sini. He..he...

Ni nak cerita pasal malam tadi. Buah hati maklang dah mula nak buat FB. Entah apa kena nak buat tak tahulah. Selama ni kita ajak dia, tak nak. Tak ada masa katanya. Ini mesti sebab Pak Chu ada tampal gambar yang dia nak kat FB kot. Dia ada pesan Pak chu amek gambar utk dia and dia susah nak access...he..he..akhirnya terpanggil jugak dia.

Yang paling kelakar semalam, Maya lah yang tolong buatkan FB dia. Bukan main Maya mengajar. Lepas tu siap nak fill in details abah dia semuanya...he..he..


abaikan belakang bilik yang bersiap dengan baju2 tu..baju tu nak kena masukkan dalam beg dan dalam process packing nak pi jalan ni..



Sementara Maya menaip tu, abah siap kata...Haa...tentang 'sex' masukkan abah female..

Female? Maya dok berkerut.

Female laa..kata Abah

Kenapa? kata Maya

Yelaa...female laa biar orang takk tau Abah.

Maklang gelak sakan. Kelakar betul buah hati maklang tu...

Alah Abah ni..nama abah jer dah lelaki takkan nak letak female, kata Maya..

Hai Cik Abang ku sayang, kalau pakai nama olok2 boleh ler, kalau nama betul, tak ke naye tu. Kelakar kelakar...Tapi memang pun dia kelakar tu...Tu yang buat maklang sayang tu...he..he..

Tapi maklang rasa dia takkan sibuk kat FB tu. Tak ada masa dia nak layan...ha..ha..Macam maklang lain laa...FB on jer, tapi kadang tak ada kat sini. Mata dan tangan tertumpu kat lain. Tapi sekali sekala tu, ada gaklah menyibuk dengan aktifnya...he..he...

++++

Sejak 2-3 malam ni, Cik Abang maklang dah mula tunjuk taring dia...Seronok...Taring tang masak style mat salleh. Sedap memang sedap...Tiap kali Abah masak memang kena cakap sedap tau anak2...kang tak dapat rasa lagi air tangan Abah...he..he..Thanks my darling for tolong2 kat kitchen masa isteri mu ini kesibukan teramat. Malam ni abah nak buat ikan pulak.




Dan ini pula hasil kerja tangan. Bukan yang pengantin baru tapi pengantin lama...he..he..Selang seli buat yang ini bila muak buat pengantin punya...
Have to go , nak siap pi pejabat pulak. Hari ini banyak keje kat opis...C u...


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Saturday, December 12, 2009

Nostalgia....

Assalamualaikum,


Seminggu maklang tak updet. Terimakaseh kerana masih ada yang bertanya mana maklang pergi, lama tak updet...Biasalah kan sekarang memang tenggelam timbul je kat sini maupun kat FB. Kebizian melampau ni...tak larat dah rasa. Kalau ikutkan mata, memang nak lelap aje.


Tapi memandang kan ada gak yang rindu so maklang kuatkan mata gak nak menaip jugak...tapi hari ni kita ceritakan pasal apa yang jadi hari ini aje. Hari2 pada minggu lepas ni biasa2 aje..


Cuaca hari ni nyaman betul. Seronok. Walau matahari bersinar tapi best betul. Angin sejuk. Memang nyaman sekali. Dan bila nyaman, mata pun kata jomlah tido...he..he..Tapi jap lagilah kot2 lepas updet ni sempat nak lelapkan mata sat sebelum sambung kerja yang tak habis2 ni...:)

Meh layan gambar...

Tetamu kami tiba sekitar jam 2. Maklang masak biasa2 aje. Pagi tadi, sambil buat breakfast, maklang masak ikan cencaru sumbat belakang 3 ekor, ayam masak hijau dan jugak udang masak tomato pedas. Semalam masa kat ke pasar tani, maklang sempat beli kacang botol untuk nak makan tengahari tadi. Tapi bibik kata yang kat pokok belakang rumah ada yang dah boleh makan ( 2 -3 hari lepas bibik kata, nggak ada buahnya..tu yang beli tu). Then bibik pi petik daun ubi untuk rebus dan jugak daun pegaga kat depan rumah. Maka lengkap lah ulaman termasuk satu jenis ulam entah apa kenama dia. Tengahari b4 tetamu sampai bibik goreng ikan kerisi. Sedap sungguh kerisi fresh.
Bila dah mula makan baru teringat nak bergambar. Abang Hamdan dan Kak Nani ni sama2 belajar ngan maklang dulu. Mereka bernikah masa kat sana so anak2 dah besar2 lah. Dah bercucu pun! Syukur ...Turn maklang bila pulak agaknya ye...
Sedap tengok mereka makan. ...
Yang berbaju biru, anak nombor 2 kak nani keje kat sini, menantu pulak mengajar kat sini.
Ini anak no. 5 kak nani. Kak nani tak berubah, macam dolu2 jugak..



Ini coklat cake maklang adunkan pagi tadi. Lepas makan kami makan kek dengan kopi panas..
Sempat gak kami bergambar...kat depan pintu masuk...Kak Nani siap suruh masukkan gambar rumah kat Anjung Seri...He...he...takut crew mereka lari aje bile tengok rumah bersepah cam ni!


Kak nani sempat gak tengok RE maklang. Banyak gak dah siap RE nya, tapi tak bersambung. Al maklum sibuk tahap melampau ni...Lepas kak Nani balik waktu asar tadi, maklang hamparkan semua atas kerusi dan snap2...rasa seronok sangat!

Terimakaseh kat kak nani dan abang hamdan kerana sudi datang rumah kami. Seronok betul dengar cerita kawan2 lama. Cuaca pulak macam waktu summer/ spring kat sana...Nostalgia betul!:






Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Monday, December 7, 2009

Wiken yang sibuk

Assalamualaikum...

Diam tak diam dah seminggu maklang tak updet blog ni. Punya lah sibuk sampai tak sedar masa terbang begitu cepat. Sebenarnya maklang memang tak punya masa nak menempek kat sini. Memang sibuk betul. Hati pun susah sangat sebab kerja banyak, takut tak dapat nak meet target date. Semuanya kena siap sebelum maklang nak cuti masa Awal Muharram nanti, InsyaAllah. Tapi rasanya dalam bercuti kena hangkut jugak riben2 maklang. Kiranya kerja sambil makan angin laa...Aci tak gitu?

Last wiken, maklang ke Kuala Lumpur. Yelah nak selesaikan hal rumah yang nak disewa. Petang Khamis kami bertolak jam 6. Semenya ikut, jadik penuh kereta lah. Datok pun ikut sekali. Jam betul jalan. 2 jam tersangkut kat kat Kemaman. Tiba KL jam 12. Penatnya malam tu. Kami terus ke rumah Makngah dan bermalam kat situ.

Hari Jumaat, kami sekeluarga ke Kajang. Ada hal sikit yang Abang nak uruskan. Selesai semuanya kami ke Hadramawt lagi. Bawak anak2 makan kat situ. Memang sedap laa. Kenyangnya perut..

Lepas dari situ, abang dan hakim solat kat masjid tabung haji. Kami tunggu kat dalam kereta aje. Sempat gak menjahit! Then, kami balik rumah. Tunggu pulak tenant kami. Alhamdulillah dah settle semuanya. Sambil2 Abang menguruskan hal2 rumah, maklang sibuk jugak menjahit. Sekarang tak kira masa dan tempat, maklang kena jugak habiskan jahitan maklang. Maklumlah, dah dekat dah hari kawin orang yang tempah tu.

Dalam jam 6, kami ke rumah Alang. Alang dah pindah kat kawasan sepital semula. Lega tengok rumah sekarang. Atas bukit dan nyaman nampaknya. Alhamdulillah. Lepas dah selesai solat maghrib, kami beramai2 ( famili kami dan Alang) pegi makan2 kat IKEA. Biasalah budak2 ni , ada aje yang mereka nak. Maklang tak shop apa pun cuma beli plank untuk dijadikan meja. Senang letak atas wing chair tempat maklang menjahit ni. At least bila nak lukis2 angkat aje plank tu dan letak kat arm rest. Jadiklah meja. Malam tu balik ke rumah lewat gak. Sampai2 kat rumah, mandi manda dan menjahit sampai pukul 1:30 pg. Penat!

Hari Sabtu pagi, jahit2 gak sementara nak tunggu Atok dan Wan serta Wan Sara dan suami tiba. Kejap aje jumpa then mereka ke rumah sepupu maklang. We had lunch kat rumah Alang agak lewat petang tu. Bertolak ke Kerteh jam 5:30pm dan sampai Kerteh jam 9: 40pm. Berhenti solat kat Gambang untuk solat. Alhamdulillah tak jem kat Kemaman. Jalan kat bridge dah berturap. Dengar2 banyak komplen sebab dah beberapa lama jam kat situ teruk sangat!

Alhamdulillah, setakat hari ni, tinggal sikit je lagi nak jahit. InsyaAllah Sabtu ni, boleh sambung semuanya...

Ok..setakat ni dulu...ke sambung jahit lagi...



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, November 29, 2009

Suka...

Assalamualaikum...

Hari ini dah 3 hari tak keje. Tinggal 1 hari je lagi cuti Hari Raya Haji. Kami dapat ganti 2 hari cuti umum yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. Office Abang cuma dapat sehari aje...He..he..besok boleh spend time ngan anak2 . Plan2 nak merayap kat MM, pi makan2 ke..siapa nak ikut mak sila siapkan duit ye...

+++++

Raya Haji was not happening langsung. Agaknya letih and mengantuk. Maklang tidur jam 2 pagi! Mana tak ngantuk. Tak larat aje rasa. Mata ni ngantuk benar. Bila dah pegang jarum tak sedar dah lewat sangat!

Alhamdulillah pagi Raya sempat lah bangun untuk nak masak ayam serai serta lodeh. Pagi tu Abang dengan Along, Maya dan Hakim serta Datuk pi solat kat masjid. Lepas balik masjid barulah makan. Ambil sunat untuk makan lepas solat. Kejap aje mereka kat rumah lepas tu terus aje ke masjid lagi untuk nak selesaikan hal korban. Sementara mereka kat sana, sempat gak maklang talipon atok dan wan untuk nak ucapkan selamat hari raya...

Tak ada orang datang pun...Jiran2 balik kampung. Cuma kak yah sebelah rumah aje ada. Dalam pukul 11 tu maklang naik atas lah nak sambung menjahit, tapi dengar pulak loceng berbunyi. Turun lagi. Rupanya adek ipar sampai. Jemput masuk laa dan kejap lepas tu, Kak Yah yang keje satu opis maklang datang. Hantarkan laksa. Sedap laksa Terengganu dia. Along suka sangat!

Sedang2 tetamu menjamu selera, Abang dan anak2 balik dari masjid dengan mengangkut beberapa kilo daging. Pagi tu Along dan Angah dok kerjakan daging tu, potong dan timbang dan masukkan dalam plastik untuk nak bahagi2 pada kawan2. Alhamdulillah siap lah mereka main2 dengan daging tu. Sampai bau kat mana2 pun terbau daging lah kata along..he..he..

Tengahari Shah datang dengan family dia. Jemput makan2 jugak.

Malam pulak kakak ipar sampai sekeluarga. Break record kali ni Raya tak ada amek gambar pun...gambar kami sekeluarga laa...gambar makanan dan lembu adalah...jom jamu mata!


Rendang, sambal kacang dan nasi impit
Lodeh dan sambal kacang. Gambar ayam serai ada ambil tapi malas nak letak kat sini :)
Ini antara lembu yang dikorbankan. Maya lepas pulang dari tengok korban tu komplen rasa macam nak pitam. Samada terkejut tengok lembu kena sembelih atau sebab cuaca panas, tak taulah tu...kesian dia. Nasib baik by nite time dia ok.


Malam tu, maklang dan anak2 sedara dok mengadap TV cerita Nurkasih..Lepas dari tu, layan mereka makan and then layan pulak jahitan maklang sampai kol 1:00pagi..Ngantuk nya..

+++++++

Pagi semalam, suka sangat. Sebab apa nak tau...Maklang dan Paklang serta Datuk ke MM. Kol 10:30pg , kami dah tiba. Bukan tolong bukak kedai, tapi excited sangat nak pi TMC. Bayangkan bertahun dah kami tunggu pasaraya Raksaksa tu nak bukak, akhirnya bukak jugak masa hari Raya Korban lepas. Hmm...nama kat luar jer tukar, tapi barangan semuanya bercap Giant tu. TMC kan memang Giant sebenarnya. Entah apa masalah kerajaan negeri tak kasi letak nama Giant tak tahulah, sampai setahun lah budak2 yang kerja kat situ tak dapat nak keje. Kalau lah dah bukak since last year, bukan ke bagus, dapat tolong anak tempatan serta kedai2 kat MM yang kadang kala, sunyi sepi jer...

Kami pergi kejap jer, cari ikan dan udang. Beli juga french loaf. Sakit ati tengok brocolli sepokok cuma RM 2.90, whereas kat kedai runcit kat sini jual dalam RM 5-6. Apalagi Abang kebas 2 pokok. Kelakar betul...rasa seronok semacam sebab rasa macam dok KL semula...Best sangat rasa...

Balik dr TMC, maklang main masak2 selama 2 jam untuk makanan tengahari. Lepas masak kami makan beramai2.
Tahu Jepun ni kalau beli kat pasar malam atau pasar tani atau kedai runcit kat sini, harga dia RM 1.20 per piece, tapi kalau kat TMC tu, dapat 3 for RM1.69. Puas hati betul! Memang kalau balik JB, maklang beli benda ni dan masak kat umah Wan...Kalau kat sini kena jimat2 nak beli sebab mahal melampau!
Beli jugak udang buat tambah udang sedia ada dalam fridge. Buat sambal manis2 untuk buah hati maklang...dia panggil sambal ni Linari sebab kalau maklang masak, ada rasa macam maklang masak laa...ada manis2 macam tuan yang masak tu..
Ini brocolli dari Tunas Manja. Maklang beli masa hari Rabu. Memang lah suka brocolli ni..


+++++++

Malam tadi, kami keluar jam 10:45pm. Sekeluarga pergi...Kelakar betul. Sebab nya masa petang dalam kol 5 lebih, abang dan anak2 tak dapat nak masuk pun kat kawasan MM tu - nak beli roti Perancis yang dah di makan waktu tengahari. Ingat tak ada yang suka! Punyalah ramai manusia...Last2 terpaksa beli roti biasa aje kat kedai runcit dekat sini. So, masa makan kacang pool untuk dinner tu, makan ajelah dengan roti biasa. Sedap ajer...he..he...

Geram punya pasal, kami pergi keTMC lagi malam tadi. Lega orang tak ramai dah. Dapatlah survey2 apa2 yang ada kat situ. Cream cheese pun ada. Murah dari yang maklang beli kat Kemaman. Along seronok dapat bermacam2 jenis cheese yang dia nak...Hmmm...kembang lagi lah nanti. Kami tiba rumah dalam pukul 12:10pg. Teringat masa belajar dulu, suka buat grocery waktu malam2...he..he..Seronok betul rasa...:)

++++++++

Pagi tadi Bibik buatkan Nasi Uduk = Nasi lemak kat Malaysia. Cumanya tak ada tempeh goreng manis jer...Sambal maklang dah buatkan pagi semalam. Comel aje bungkusan ni..

Kejap lagi sambil layan cerita kat PC ni, maklang nak kena marathon menjahit RE...ni dah lewat dah ni, plan2 nak siapkan the whole set by besok, tapi entah laa...:)




Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Thursday, November 26, 2009

Selamat Menyambut Aidil Adha

Assalamualaikum...


Alhamdulillah dah selesai masak. Dah selesai carik baju apa yang nak pakai besok. Pakai baju yang buat masa Raya puasa hari tu aje.

Kek coklat dah siap, kek carrot dah letak topping, sambal kacang dah siap, serunding kelapa dah masuk periuk, ayam dah goreng dan rendang dah masuk tupperware.

InsyaAllah besok pagi, tinggal buat lodeh dan ayam serai aje. Nasi impit pun bibik dah selesai rebus. Sekarang dah boleh rehat. Kalau rajin nak pegang kejap jarum tu..tapi entahlaa...dah penat semacam jer ni, takut besok tak terjaga pulak!

++++++

Itenarary besok adalah masak waktu pagi, then tunggu Cik Abang balik dari masjid, breakfast dan kemudian kalau rajin nak tengok orang korban kat masjid. Tapi mungkin tak pergi kot. Last year dah tengok, kesian pulak kat lembu tu. InsyaAllah diberkatilah ...

Then tengahari tunggu kawan2 yang kata nak datang, datang. Adalah 2-3 family kata nak datang. Jamu makan apa yang ada. Maklang tak masak banyak pun. Semuanya serba sedikit.


+++++++++++

Tadi petang masa kat office, dengar semua kawan2 nak balik kampung, rasa macam nak terbang aje balik Johor. Tapi nak buat macamana, fikirkan perjalanan aje dah rasa penat sangat! Tak apalah, InsyaAllah wiken depan jumpa Atok dan Wan kat KL.


OKlaa...tak leh tulis panjang2...kang tak sempat buat apa2..

Dikesempatan ini maklang sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha ...Maaf Zahir Batin..

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Monday, November 23, 2009

Bz Bz ..lepas ni ZZZ

Assalamualaikum,

Maklang nak ucapkan terimakaseh lah buat kawan2 yang dok ucapkan dan doakan yang baik2 untuk Maklang dan Cik Abang sempena Anniversary kami yang ke 18 semalam. Syukur, masih ada yang sayang...he..he..perasan pulak I ni.

P/S: Zhr Znl, apasallah jarang sangat nampak bayang awak??, dan untuk NanaDJ kenapa maklang nak masuk blog awak tak leh...Share2laa... :)

+++++++++++++++++




BZ sekarang ni...BZ ya amat. Kat office biasa2 aje. Adalah package nak keluar besok lusa b4 raya. Tapi kat rumah ada projek nak kena siap jugak. Ni projek maklang dengan Kak Ina. Besar punya. InsyaAllah nanti kalau dah jadi, baru boleh cerita apa dia. Siapa yang dah tau tu...Shhhhhh...yang tak tahu, sabar eh...Cuma doakan ianya dapat selesai dengan jayanya...Amin...

Ni nak cerita pasal kisah hujan lebat last wiken dan gambar2 berkaitan dengan hujan...


Hari Sabtu, hujan turun dengan lebat sekali. Pagi dah hujan dan tak berenti2. Maklang tak masak hari tu sebab dah ada 2 bibik pelatih yang siapkan bahan2 utk tepanyaki atau kami panggil RAWA. Dia orang memang dah lama mintak. So, buatlah sementara ada ramai kat rumah. Busu baru sampai dari JB jam 1:30 pg Sabtu tu. Datang hantar kereta maklang yang penuh dengan barang dari rumah kat KL tu. Maklang cuma buatkan sambal udang kering cili api untuk cecah dengan the makanan.
Ini dua budak tembam. Dia orang nampak abah dia dok angkat batu untuk nak letak tepi kolam yang dah melimpah tu. Mereka pun join sekali. Seronok nampak mereka main ujan. Along, Angah , Maya seme main ujan. Kalau lah maklang sihat tak batuk2, harus main ujan jugak...Rugi...rugi...
Air berladung kat porch depan rumah. Ada kot 2-3 inci by night time. Nasib baik rumah maklang tinggi dekat 3 kaki dari ground level. Syukur tak apa2, kalau tak, puaslah nak mengemop bersihkan rumah. Barrack polis kat jalan besar memang naik air. Kesian. Semalam masa kami balik dari makan, ada kereta kancil masuk ditch...sampai separuh masuk. Kesian lagi. Agaknya dia tak perasan ada longkang kat jalan besar yang tenggalam dek air almost 2 kaki...jalan tu tutup tapi dia lalu jugak sebab nak pintas ke kedai kat jalan besar tu...
Ini batu2 yang Busu susun waktu tengahari. Bila petang, semenya tenggelam gak...Ikan berenang2 keluar dari kolam. Senang ati je ikan tu berenang2..Last2 tak tau kemana mereka di bawa air hujan yang berladung..
Waktu hujan2 memang sedap makan ni...kenyang seeh sampai ke malam!
Makan jangan tak makan...Wan tu dah kenyang ke belum?? Jeling2 jer tu??
Lepas dah makan, mehlah kita lelapkan mata...ni posing manja dari suami ku tercinta...
Dan posing maut dari Busu. Anak2 sedara punya keje lah ni...mak...pinjam camera nak amek gambar Busu kata Along...terpaksa potong bahagian bawah sebab kaki Busu seksa...he..he..sedap sangat duduk atas kosi urut tu sampai berdengkor2...bergegaran rumah maklang...ha..ha..

+++++++++
Ini pulak posing sempena ulangtahun ke 18 perkahwinan kami. Tak ada apa2 sambutan, cuma tengahari maklang ajak Cik Abang pi makan Pizza yang ada 3 types of cheese tu kat PH di MM.Of course lah Cik Abang belanja! Sedap gak. Bila jumpa kawan2 kat sana, ada lah 2-3 org yang maklang kenal...mereka tanya berdua jer ke...Aha lah, bila lagi nak ber2 camni..asyik berekor jer..Bila balik rumah petang tu , Maya naik angin dan Angah ungkit kata dah 2 kali mak kluar makan ngan Abah tak ajak kami..he..he..kasi canlah babe!:)

Hadiah tak ada laa tahun ni......Cukup lah dengan kasih sayang...he..he...yang berkekalan sampai akhir hayat..Amin...Tapi kalau tahun depan nak kasi maklang tak tolak ...hint..hint...


Pagi tu breakfast dengan kacang pool. Kawan maklang Puan N, belikan kat Singapore. Kat Malaysia tak jumpa lagi. Sedap tengok Atok dan Wan makan, sebab masakan tu sedap kot...ha..ha...


+++++++++

Atok, Wan, Busu dan family dah selamat sampai ke JB petang semalam. Mereka balik naik kereta maklang sebab kereta tu tinggi dari kereta atok. Mana tau kot2 banjir masa kat perjalanan. Nasib baik pun bawa kereta tu sebab kat Kijal, air naik semalam. Naik lah paras separuh roda kereta tinggi tu...

So, sunyi lah kejap semalam. Tapi tengahari ini Datok Kuantan pulak datang sini dihantar makde dan pakde. Lepas makan2 tengahari mereka balik kerumah mereka. Naik tengok rumah yang naik air...Entah macam mana agaknya keadaan rumah tu...

Alhamdulillah rumah ni, selalu ada tetamu..

Kita jumpa lagi ye..maklang nak ZZZZ dah...selamat malam...:) dan take care...Anak2 entah main apa entah..bising betul dari tadi..Almaklum besok tak sekolah :) Enjoy betul mereka tu...bilik ni pun ada dah tetamu..pantang ada offer!





Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...