Monday, November 23, 2009

Bz Bz ..lepas ni ZZZ

Assalamualaikum,

Maklang nak ucapkan terimakaseh lah buat kawan2 yang dok ucapkan dan doakan yang baik2 untuk Maklang dan Cik Abang sempena Anniversary kami yang ke 18 semalam. Syukur, masih ada yang sayang...he..he..perasan pulak I ni.

P/S: Zhr Znl, apasallah jarang sangat nampak bayang awak??, dan untuk NanaDJ kenapa maklang nak masuk blog awak tak leh...Share2laa... :)

+++++++++++++++++




BZ sekarang ni...BZ ya amat. Kat office biasa2 aje. Adalah package nak keluar besok lusa b4 raya. Tapi kat rumah ada projek nak kena siap jugak. Ni projek maklang dengan Kak Ina. Besar punya. InsyaAllah nanti kalau dah jadi, baru boleh cerita apa dia. Siapa yang dah tau tu...Shhhhhh...yang tak tahu, sabar eh...Cuma doakan ianya dapat selesai dengan jayanya...Amin...

Ni nak cerita pasal kisah hujan lebat last wiken dan gambar2 berkaitan dengan hujan...


Hari Sabtu, hujan turun dengan lebat sekali. Pagi dah hujan dan tak berenti2. Maklang tak masak hari tu sebab dah ada 2 bibik pelatih yang siapkan bahan2 utk tepanyaki atau kami panggil RAWA. Dia orang memang dah lama mintak. So, buatlah sementara ada ramai kat rumah. Busu baru sampai dari JB jam 1:30 pg Sabtu tu. Datang hantar kereta maklang yang penuh dengan barang dari rumah kat KL tu. Maklang cuma buatkan sambal udang kering cili api untuk cecah dengan the makanan.
Ini dua budak tembam. Dia orang nampak abah dia dok angkat batu untuk nak letak tepi kolam yang dah melimpah tu. Mereka pun join sekali. Seronok nampak mereka main ujan. Along, Angah , Maya seme main ujan. Kalau lah maklang sihat tak batuk2, harus main ujan jugak...Rugi...rugi...
Air berladung kat porch depan rumah. Ada kot 2-3 inci by night time. Nasib baik rumah maklang tinggi dekat 3 kaki dari ground level. Syukur tak apa2, kalau tak, puaslah nak mengemop bersihkan rumah. Barrack polis kat jalan besar memang naik air. Kesian. Semalam masa kami balik dari makan, ada kereta kancil masuk ditch...sampai separuh masuk. Kesian lagi. Agaknya dia tak perasan ada longkang kat jalan besar yang tenggalam dek air almost 2 kaki...jalan tu tutup tapi dia lalu jugak sebab nak pintas ke kedai kat jalan besar tu...
Ini batu2 yang Busu susun waktu tengahari. Bila petang, semenya tenggelam gak...Ikan berenang2 keluar dari kolam. Senang ati je ikan tu berenang2..Last2 tak tau kemana mereka di bawa air hujan yang berladung..
Waktu hujan2 memang sedap makan ni...kenyang seeh sampai ke malam!
Makan jangan tak makan...Wan tu dah kenyang ke belum?? Jeling2 jer tu??
Lepas dah makan, mehlah kita lelapkan mata...ni posing manja dari suami ku tercinta...
Dan posing maut dari Busu. Anak2 sedara punya keje lah ni...mak...pinjam camera nak amek gambar Busu kata Along...terpaksa potong bahagian bawah sebab kaki Busu seksa...he..he..sedap sangat duduk atas kosi urut tu sampai berdengkor2...bergegaran rumah maklang...ha..ha..

+++++++++
Ini pulak posing sempena ulangtahun ke 18 perkahwinan kami. Tak ada apa2 sambutan, cuma tengahari maklang ajak Cik Abang pi makan Pizza yang ada 3 types of cheese tu kat PH di MM.Of course lah Cik Abang belanja! Sedap gak. Bila jumpa kawan2 kat sana, ada lah 2-3 org yang maklang kenal...mereka tanya berdua jer ke...Aha lah, bila lagi nak ber2 camni..asyik berekor jer..Bila balik rumah petang tu , Maya naik angin dan Angah ungkit kata dah 2 kali mak kluar makan ngan Abah tak ajak kami..he..he..kasi canlah babe!:)

Hadiah tak ada laa tahun ni......Cukup lah dengan kasih sayang...he..he...yang berkekalan sampai akhir hayat..Amin...Tapi kalau tahun depan nak kasi maklang tak tolak ...hint..hint...


Pagi tu breakfast dengan kacang pool. Kawan maklang Puan N, belikan kat Singapore. Kat Malaysia tak jumpa lagi. Sedap tengok Atok dan Wan makan, sebab masakan tu sedap kot...ha..ha...


+++++++++

Atok, Wan, Busu dan family dah selamat sampai ke JB petang semalam. Mereka balik naik kereta maklang sebab kereta tu tinggi dari kereta atok. Mana tau kot2 banjir masa kat perjalanan. Nasib baik pun bawa kereta tu sebab kat Kijal, air naik semalam. Naik lah paras separuh roda kereta tinggi tu...

So, sunyi lah kejap semalam. Tapi tengahari ini Datok Kuantan pulak datang sini dihantar makde dan pakde. Lepas makan2 tengahari mereka balik kerumah mereka. Naik tengok rumah yang naik air...Entah macam mana agaknya keadaan rumah tu...

Alhamdulillah rumah ni, selalu ada tetamu..

Kita jumpa lagi ye..maklang nak ZZZZ dah...selamat malam...:) dan take care...Anak2 entah main apa entah..bising betul dari tadi..Almaklum besok tak sekolah :) Enjoy betul mereka tu...bilik ni pun ada dah tetamu..pantang ada offer!





Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

6 comments:

  1. Lama tak main hujan ...bestnya lari keliling rumah masa hujan :)

    ReplyDelete
  2. Salam Maklang...
    Eh bestnya tengok kolam ikam maklang besar!!Maklang suka ikan ye?
    Syoknya budak budak tu main ujan,bestnya kalau boleh join:D
    Sedapnya makanan yang dimakan masa ujan tu...
    And amboi romantiknya gambar 18th anniversary:)

    ReplyDelete
  3. sonok dengar cite mak lang,
    ujan2 ni, memang syok kan? hihi
    Selamat hari Raya AidilAdha, buat mak lang sekeluarga :)

    ReplyDelete
  4. bestnya tengok air bertakung, teringat zaman kecik2 dulu, tepi rumah nenek ada padang bola, macam tu air bertakung bila hujan lebat. mengubang kami semua.


    not too late to wish maklang, happy aniversary, moga diberkati dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  5. Baca, makan dan tidur .... hehehehehe

    ReplyDelete
  6. happy 18th anniversary ya maklang :)

    dan selamat hari raya aidiladha

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...