Assalamualaikum...
Hari ini dah 3 hari tak keje. Tinggal 1 hari je lagi cuti Hari Raya Haji. Kami dapat ganti 2 hari cuti umum yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. Office Abang cuma dapat sehari aje...He..he..besok boleh spend time ngan anak2 . Plan2 nak merayap kat MM, pi makan2 ke..siapa nak ikut mak sila siapkan duit ye...
+++++
Raya Haji was not happening langsung. Agaknya letih and mengantuk. Maklang tidur jam 2 pagi! Mana tak ngantuk. Tak larat aje rasa. Mata ni ngantuk benar. Bila dah pegang jarum tak sedar dah lewat sangat!
Alhamdulillah pagi Raya sempat lah bangun untuk nak masak ayam serai serta lodeh. Pagi tu Abang dengan Along, Maya dan Hakim serta Datuk pi solat kat masjid. Lepas balik masjid barulah makan. Ambil sunat untuk makan lepas solat. Kejap aje mereka kat rumah lepas tu terus aje ke masjid lagi untuk nak selesaikan hal korban. Sementara mereka kat sana, sempat gak maklang talipon atok dan wan untuk nak ucapkan selamat hari raya...
Tak ada orang datang pun...Jiran2 balik kampung. Cuma kak yah sebelah rumah aje ada. Dalam pukul 11 tu maklang naik atas lah nak sambung menjahit, tapi dengar pulak loceng berbunyi. Turun lagi. Rupanya adek ipar sampai. Jemput masuk laa dan kejap lepas tu, Kak Yah yang keje satu opis maklang datang. Hantarkan laksa. Sedap laksa Terengganu dia. Along suka sangat!
Sedang2 tetamu menjamu selera, Abang dan anak2 balik dari masjid dengan mengangkut beberapa kilo daging. Pagi tu Along dan Angah dok kerjakan daging tu, potong dan timbang dan masukkan dalam plastik untuk nak bahagi2 pada kawan2. Alhamdulillah siap lah mereka main2 dengan daging tu. Sampai bau kat mana2 pun terbau daging lah kata along..he..he..
Tengahari Shah datang dengan family dia. Jemput makan2 jugak.
Malam pulak kakak ipar sampai sekeluarga. Break record kali ni Raya tak ada amek gambar pun...gambar kami sekeluarga laa...gambar makanan dan lembu adalah...jom jamu mata!
Rendang, sambal kacang dan nasi impit
Lodeh dan sambal kacang. Gambar ayam serai ada ambil tapi malas nak letak kat sini :)
Ini antara lembu yang dikorbankan. Maya lepas pulang dari tengok korban tu komplen rasa macam nak pitam. Samada terkejut tengok lembu kena sembelih atau sebab cuaca panas, tak taulah tu...kesian dia. Nasib baik by nite time dia ok.
Malam tu, maklang dan anak2 sedara dok mengadap TV cerita Nurkasih..Lepas dari tu, layan mereka makan and then layan pulak jahitan maklang sampai kol 1:00pagi..Ngantuk nya..
+++++++
Pagi semalam, suka sangat. Sebab apa nak tau...Maklang dan Paklang serta Datuk ke MM. Kol 10:30pg , kami dah tiba. Bukan tolong bukak kedai, tapi excited sangat nak pi TMC. Bayangkan bertahun dah kami tunggu pasaraya Raksaksa tu nak bukak, akhirnya bukak jugak masa hari Raya Korban lepas. Hmm...nama kat luar jer tukar, tapi barangan semuanya bercap Giant tu. TMC kan memang Giant sebenarnya. Entah apa masalah kerajaan negeri tak kasi letak nama Giant tak tahulah, sampai setahun lah budak2 yang kerja kat situ tak dapat nak keje. Kalau lah dah bukak since last year, bukan ke bagus, dapat tolong anak tempatan serta kedai2 kat MM yang kadang kala, sunyi sepi jer...
Kami pergi kejap jer, cari ikan dan udang. Beli juga french loaf. Sakit ati tengok brocolli sepokok cuma RM 2.90, whereas kat kedai runcit kat sini jual dalam RM 5-6. Apalagi Abang kebas 2 pokok. Kelakar betul...rasa seronok semacam sebab rasa macam dok KL semula...Best sangat rasa...
Balik dr TMC, maklang main masak2 selama 2 jam untuk makanan tengahari. Lepas masak kami makan beramai2.
Tahu Jepun ni kalau beli kat pasar malam atau pasar tani atau kedai runcit kat sini, harga dia RM 1.20 per piece, tapi kalau kat TMC tu, dapat 3 for RM1.69. Puas hati betul! Memang kalau balik JB, maklang beli benda ni dan masak kat umah Wan...Kalau kat sini kena jimat2 nak beli sebab mahal melampau!
Beli jugak udang buat tambah udang sedia ada dalam fridge. Buat sambal manis2 untuk buah hati maklang...dia panggil sambal ni Linari sebab kalau maklang masak, ada rasa macam maklang masak laa...ada manis2 macam tuan yang masak tu..
Ini brocolli dari Tunas Manja. Maklang beli masa hari Rabu. Memang lah suka brocolli ni..
+++++++
Malam tadi, kami keluar jam 10:45pm. Sekeluarga pergi...Kelakar betul. Sebab nya masa petang dalam kol 5 lebih, abang dan anak2 tak dapat nak masuk pun kat kawasan MM tu - nak beli roti Perancis yang dah di makan waktu tengahari. Ingat tak ada yang suka! Punyalah ramai manusia...Last2 terpaksa beli roti biasa aje kat kedai runcit dekat sini. So, masa makan kacang pool untuk dinner tu, makan ajelah dengan roti biasa. Sedap ajer...he..he...
Geram punya pasal, kami pergi keTMC lagi malam tadi. Lega orang tak ramai dah. Dapatlah survey2 apa2 yang ada kat situ. Cream cheese pun ada. Murah dari yang maklang beli kat Kemaman. Along seronok dapat bermacam2 jenis cheese yang dia nak...Hmmm...kembang lagi lah nanti. Kami tiba rumah dalam pukul 12:10pg. Teringat masa belajar dulu, suka buat grocery waktu malam2...he..he..Seronok betul rasa...:)
++++++++
Pagi tadi Bibik buatkan Nasi Uduk = Nasi lemak kat Malaysia. Cumanya tak ada tempeh goreng manis jer...Sambal maklang dah buatkan pagi semalam. Comel aje bungkusan ni..
Kejap lagi sambil layan cerita kat PC ni, maklang nak kena marathon menjahit RE...ni dah lewat dah ni, plan2 nak siapkan the whole set by besok, tapi entah laa...:)
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Sunday, November 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam maklang..
ReplyDeleteMaklang kt Kemaman yer..hmm..saya ni org ganu tp dah lama plan nk ke Kemaman asyik tak mjadi jer..tgk la ble cuaca ok sikit nanti..nak jugak jenguk Mesra Mall dan lain2 tmpt kt situ..
MasyaAllah... lepas baca celoteh maklang ttg makanan yang sedap-sedap tu :).. terkedu pulak tengok gambar yang last. Cantik sangat..!!!
ReplyDeleteUmmu Ammar : maklang kat daerah kemaman tp bkn kat kamaman...maklang kat kerteh...
ReplyDeleteokey okey nnt angah siap kn duit...hahah ABAH ANGAH NK DUIT...HEHEHE
anak maklang..angah...hahah
senang nak soping dah lepas ni, ada tmc kan..
ReplyDeletewahhh.. patutla suka dah ada giant kat sana yang mewah denagn makanan kesukaan....good.. good.. good!
ReplyDeleteSalam Maklang,
ReplyDeleteMommy tak sihat dah 2 hari.Tak larat nak bangun pun.
sukanya dia , katanya MM tutup jam 12 malam ye... kami dah 2 kali ke TMC dan dah main bowling pun tapi tak best sebab U-bowl tu bawak barang2 used ke MM , nak main pun tak berapa best sebab asyik rosak aje . Maklang tau ke TMC stands for what .. I tanya pekerja TMC kat situ tapi depa taktau . Lepas ni rasanya selalu le kita ni ke MM..hehehe.
ReplyDelete