Assalamualaikum...
Ni maklang ambik nafas sekejap. Terlalu banyak benda yang nak diselesaikan dalam masa terdekat ni. Rasa macam tak tercapai aje. Macam biasalah waktu wiken, serupa tak ada rehat. Ke sana ke mari menyelesaikan segala apa yang tak dapat di selesaikan waktu weekdays.
Selesai Subuh Jumaat lepas, terus aje tangkap kain2 untuk nak dipotong. Sempatlah nak jahit beg RE separuh jalan sementara Cik Abang ke pasar beli barang2 basah. Maklang tak ikut sebab banyak kerja nak buat. He..he...menjahitlaaa...Cepat pulak Cik Abang pulang dari pasar. Tak sempat pun siap beg RE tu.
Kami ke Kuantan lebihkurang jam 9.oo pagi. Maya sejak malam dah siapkan baju yang nak digayakan hari Jumaat. Bujang mulanya tak mau ikut, tapi entah macamana nak pulak. Nasib baik Cik Abang patah balik sebab maklang tertinggal tali pinggang sakti maklang...Takut jugak jalan2 tak berbengkong ni. Kang bengkok pulak...
Tiba di Kuantan, kami tujui KSH. Terlupa ada temujanji dengan Dr maklang. Terlewat hampir sebulan ( tak cukup 2 hari kot) sebab ingatkan bulan 4, tapi rupanya bulan 3! Sambil2 menunggu nak pi x-ray, ternampak kelibat Kak Odah, student yang ambil kelas RE...Moga Kak Odah cepat sembuh dari segala penyakit..Amin....
Alhamdulillah, Dr tengok xray and kata, InsyaAllah seme OK. Jangan tambah bebanan sudah, takut jugak pinggang tak kuat kang...Temu janji akan datang ialah dalam masa setahun lagi. Kalau ada apa2 masalah barulah datang lagi.
Then ke kedai frame. Cik Abang nak frame gambar yang beli dari Bali, tempohari. Tak lama ladi, rumah ni jadi art gallerty lah agaknya...he..he...kalau ada sesapa nak beli, maklang naaaaaakkkk jual..he....he..
Dari situ , Cik Abang hantar maklang and Maya ke East Coast Mall. Inilah 1st time dapat meronda sikit sebab Maya lapar sangat. Kami ke Johnny. Seme dia nak makan...maknya pun samalaa..he..he..tunggu Cik Abang dan Hakim pulang dari solat dan makan sama. Then kami ke Carre4 untuk beli bahan dapur. Sempat beli barang untuk buat sushi...Last week ada
cikgu sushi datang ajar macam mana nak buat. Video dia ada pada Along. Entah bila boleh letak kat sini.
Then maklang pujuk paklang ke kedai pinggan mangkuk yang maklang dah survey b4 makan. Hajat hati nak beli mangkuk sampan besar untuk nak isi rojak. Lately ni minat pulak pinggan2 putih ni. Dapatlah apa yang dihajati. Bila keluar kedai Cik Abang siap nyanyi lagu happy besday...Alamak takkan tahun ni hadiah pinggan je kot...Maklang nak Epal tu....:)
Lepas tu hantar mesin untuk servis and then terus ke rumah Datok. Lepas maghrib kami bertolak balik ke Kerteh. Letih dari pagi tak ada rehat. Malam tu pun tidor lewat gak, melayan DVD yang Along dload tu. Dekat kol 2 baru tido. Besok tu mulalah hoyong hayang sampai ari ni.
++++++++
Sabtu was fun. Kali ni ada 7 students semenya. 9 termasuk cikgu2. Kecoh sekali. Tapi enjoy sangat. Usik mengusik aje ..he..he..Alhamdulillah seme enjoy. Ingat nak ambik gambar semua, tapi terlupa. Nasib baik sempat ambil gambar hasil tangan Kak Odah yang kat bawah ni. Cantekkan...

Maklang berkenan betul yang kaler autumn ni.

Petang kami ke MM lagi. ( pagi sebelum klas kami dah rempuh MM. Teringin pulak nak makan thosei. Along frust tak dapat ikut sebab ada kelas lagi!). Hantar Along ke sekolah sebab ada bbq, then terus ke MM. Angah nak beli buku so, maklang menyibuk beli kain sepasang lagi buat Maya. ( Hampir siap dah baju dia except belum tampal zip. Tak jumpa pulak zip 20 inci dalam laci tadi masa maklang menjahit lepas ofis tadi.)
Malam sempat buat roti. Lembut sangat adunan kali ini sebab gatal tangan pi bubuh terlebih yeast...Anyway, Hakim suka sangat...Letih bebenor wiken lepas, sampai kat opis pagi tadi, mengantuk betul. All in all, it was a fun weekend!

Ni sushi Along and Angah



Biar rupa tak cantek, tapi rasa sedap!
Ini dia Maya menggayakan gown baru dia. Mulanya masam aje sebab tak sedap badan. Pandai adek dia pujuk tu...


Hakim dah mula excercise. Lepas dah jalan kat trade mill selama 10 mins kot, dia kata kenapa dia tak kurus...Mak cayalah Kim.
Tadi pagi pun lepas tabilas dia naik lagi threadmill tu dan jalan2 lagi for 1.03km, tu kata dia laaa...
Goodnite and have a good week ahead. Mata maklang dah nak lelap dah ni...In the meantime, do enjoy the following video. Cuba cari siapa punya anak tu?
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...