Saturday, April 25, 2009

Impian tak tercapai

Assalamualaikum...

Selalunya kan, kalau nak hari Khamis aje, maklang pasti dah fikir macam2 dalam kepala nak buat apa wiken nanti.


Sejak Cik Abang dah kensel trip ke KL tu, maka macam2 lah yang maklang terpikir nak buat apa. Nak jahit baju Maya yang dah dipotong minggu lepas, seluar Hakim pun ada 4 helai yang menunggu tu. Telekong lagi yang dah 1/2 way siap dan macam2 lagilah...Macam biasalah tu...planning ni belum tentu jadi kenyataan kan...


Ni pun dah nak maghrib dah ni, jap lagi nak solat pulak. And tak lama lebihkurang 12-13 jam lagi dah pun bermula hari esok pulak! Hmmm...satu apa tak jadi! Mana tidaknya... semalam pagi2 dah bangun memasak kat dapur. Lepas tu ke pasar tani dengan Angah dan bibik and Maya. Cik Abang, since tak ke KL, kenalah dia ke sekolah join gotong royong nak bersihkan sekolah. Nak buat macamana, ibubapa kat sekolah tu masih mahukan dia menjadi YDP lagi... Hmmm...kenalah dia join jugak walau masih batuk2!


Maklang pulak, lepas aje dari pasar, terus hangkut Along ang Angah ke sekolah. Nasib baik mereka nak tolong, maklang cuba tolong cat2 sikit aje. Biasalah kalau tang nak membersihkan sekolah ni kurang sikit sambutannya. Waaah...maklang tengok Cik Mulan kitalah yang paling bersemangat..Tahniah Puan...boleh diangkat jadik ibu contoh nanti.

Antara parents yang mengecat bilik darjah anaknya ( sekelas dengan Maya tu...)








Along bersemangat mengecat dinding...rajin anak mak...ada kerja tak ada gaji!










Ini waktu melepaskan penat...makan ler nasik lemak yang dibekalkan oleh sekolah..Ibubapa pun ada bawakkan pot luck food..boleh tahan banyaknya!


Balik dari sekolah, maklang ke MM dengan Angah. Pergi cari bahan untuk nak hiaskan klas Hakim. Kesian kat Cikgu kalau semenya nak serah pada dia. Maklang dan Angah memang suka bab2 gunting2 kertas ni..he..he...Sampai kat pukul 4 lebih kami main2 gam dan marker etc. Taklah siap mana....Lepas tu tak boleh tahan lagi , mata ni, ngantokya amat. Agaknya penangan ubat batuk kot.

Petang tu kami dapat jemputan ke rumah Ibusara yang mengadakan sambutan hari jadi anak dia. Kejap aje ke sana kerana masa kami ke sana, waktu dah hampir maghrib.

Akhirnya jam 8 jugaklah barulah maklang dapat pegang RE maklang. Barulah dapat buat bunga2 merah atas kain putih untuk bantal nikah seseorang nun jauh di utara. Tak boleh nak tunjuk kat sini sebab biarlah dia yang tempek kat blog dia nanti kan...tak surprise pulak nanti.
++++

As usual hari Sabtu ada klas ( mulanya kensel , tapi bila Cik Abang kata tak jadi, maklang pun arrangelaa) . Ingatkan pagi2 lepas masak tu, dapatlah maklang jahitkan beg untuk laptop maklang. Tapi memang lah impian tak tercapai. Teringat pulak, nak kena susun bunga untuk nak letak kat klas Hakim dan Maya...Terbang dekat sejam setengah...By the time maklang siap2 mandi, anak2 murid dah pun tiba. Terkejar2 jugak pagi tadi! Patut klas selesai sekitar jam 12:30pm, tapi mama Yah dari Kuantan, nak pulak sambung belajar buat beg. Ngam2 pukul 2:30pm, tamatlah pengajian. Barulah dapat lunch, bergegas untuk solat, dan terus ke sekolah. Hangkut bibik beserta Angah, Maya dan Hakim. Sementara bibik lap2 tingkat sekolah, maklang dan Angah menghias kelas dengan barang2 yang kami bawak dari rumah. Nampak macam tak ada perubahan aje sebab masih banyak tempat yang tak bertampal...jeles tengok klas kat sebelah sebab cantek sangat. Jam 6:00 pm td baru sampai rumah. Sempat juga beli sekotak Big Apple dan bersantap dalam kereta...ha..ha...


Tatkala, maklang tengah penat2 ni, tiba pulak satu beg kertas yang Angah bawak dari bawah. Kiriman dari Ibusara rupanya. Masa dia datang, maklang tengah bersiram. Tak sempat pun tunggu kejap sebab nak ke MM. He..he...suka sangat dapat hadiah ni..memang lama dah maklang intai beg ni kat beg Kak Diah Rothman...Patchwork bag ni...Akhirnya impian ini pulak tercapai...Apa yang di plan, langsung tak tercapai! he..he...Kira balance lah tu kan...





Terimakasehlah banyak2 untuk ibusara untuk semua ole2 dari HCMC tu...dan kuih abok2 tu sedaaaap....baru aje makan 2 lepas makan malam ni ha..



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

14 comments:

  1. Bestnya ibu2 dapat ceriakan kelas anak2 , untung guru kelas .

    Tak dapat capai yang dirancang , dapat juga berbakti pada sekolah, itu dah kira amat bagus .

    ReplyDelete
  2. bergotong royong kat sekolah ye?mesti classes yg di make up kan olih ibu2...hehe

    ReplyDelete
  3. Rina:

    Suka kalau main2 ni...hilang stress kejap!he..he...

    Memang satu pun hal sendiri tak tercapai. Tapi dapat tolong cikgu, rasa seronok jugak!

    Kak Elle:

    Memang ibu2 yang suka...bapa2 pun tak kurang..mereka kerjanya mengecat bilik darjah...:)

    ReplyDelete
  4. rajin nya paklang.. sekarang jadi YDP mana tau lepas ni boleh jadi calon YB pulak hehe

    ReplyDelete
  5. salam mak lang...
    kite ade plan nak carik kain cotton japan tuk wat kain telekung...agak2 ya berapa meter nak kena beli...kite kurang aarif sikit...

    ReplyDelete
  6. Salam maklang...sibuk bebenor maklang ye...siap menghias kelas lagik...

    Kerja gotong royong kalau dibuat ramai2 memang seronok dan tak terasa penatnya.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum maklang. tak terkomen rasanya sebab seronok membaca cerita maklang ni. banyak betul keje nya ya.

    ReplyDelete
  8. semoga segala bakti mendpt diberkati dan dirahmati....sy yg baca lak naik mengah..hehe.

    ReplyDelete
  9. salam maklang,

    1 2 hari ni saya membaca jer, tak sempat tinggalkan pesan.. harap2 maklang sekeluarga sihat2 hendaknyer.

    ReplyDelete
  10. zino:

    YB tak kot...dia tak minta politik langsung!


    Aishah:

    Maklang guna 4m kain bidang 60 inci. Telekongnya 2.5m, and the kain about 1m dah cukup. Ukuran ni labih tau...

    ReplyDelete
  11. kak anie:

    kalau kerja ramai2 ni memang seronok, Insyaallah nak adakan bengkel jahit langsir untuk sekolah pulak...harap2 jadi lah hendaknya!:)

    kak chik:

    komen je...he..he..

    ReplyDelete
  12. tulip:

    mengah ada sebab tu..he..he..

    kak yong:

    tinggallah pesan...maklang ni langsung tak sempat nak lompat kemana2..teramatlah sibuknya saya ni..he..he..

    ReplyDelete
  13. neeza:

    entah mana perginya komen neeza masa maklang moderatekan...terhilang pulak..maaf ye...

    nanti neeza balik sini, bolehlah tengok kelas2 lain pulak!

    ReplyDelete
  14. adooii maklang.. tersangat lah adooii nya..

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...