Monday, April 13, 2009

Siri undur kebelakang part 2 - Bertemu Jodoh di Ikea

Assalamualaikum


Siri undur kebelakang, maklang sambung lagi.


Hari Sabtu sebelum ke Periuk Cair tu..maklang ke kedai kraf kat Ampang. Dari Kerteh dah contact Fida nak ambik barang2 ni. Tak ada jodoh, tak dapat jumpa Fida. Terlalu sibuk dengan urusan anak2, makanya maklang mintak Fida tinggalkan barang2 kat kedai kraf tu. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak maklang benda2 ni. Tak sabar nak guna!
















Jumaat pagi masa Cik Abang ke pejabat, maklang pulun dok jahit benda ni. Ingatkan nak buat buah tangan masa jumpa2 tu. Tak ada rexeki agaknya, maklang jahitkan 2 pouches untuk nak isi Yassin, 2-2 tak menjadi. Kain macam merekah aje.


Terus aje kensel. Jahit pulak beg telekong tu. Sebab takut tak sempat nak siapkan 9, maklang bawak bekal dan menjahit dalam kereta sepanjang prejalanan nak ke Shah Alam kerana Cik abang ada urusan kat sana. Dapat jugak siapkan dekat 3 helai. Mana taknya, urusan tersebut makan dekat 2jam lebih baru selesai.


Hampir jam 6, kami bertolak ke Ikea. He..he…Ada kawan kirim belikan vase dan maklang ambik kesempatan nak beli kain2 sikit. Mabuk beli kainlah pulak. Kain furnishing. Masih ada berbaki lagi sebenarnya masa maklang beli beberapa tahun dulu. Ini ambil yang abstract aje. Nak buat apa tak tahu lagilah…


Masa nak bayar, korek2 handbag, tak jumpa pulak dengan purse. Seram takut ilang masa sibuk membelek kain ( lepas tu talipon bibik, katanya ketinggalan Buk….). Talipon Cik Abang lah to the rescue. Dia tak ikut carik kain, dia carik makan kat Cafeteria dgn Akim. He..he…dia yang bayarkan. Tak lah banyak mana. Kira2 dapatlah 5 keping large pizza masa offer. Hadiahlah kiranya sebab temankan ke KL..he..he..Thank you darling.




Selesai kat situ, maklang pi makan kat Cafeteria sambil tunggu kawan yang dah 28 tahun tak jumpa. Dia nak sangat jumpa katanya. Dapat peluk pun jadiklah..Rindu sangat katanya. Kami satu sekolah masa menegah dulu. Bila habis tingkatan 5, masing2 buat haluan sendiri. Entah macamana dia jumpa nama maklang kat one of these computer punya benda nilaa..and hantar email. Maklang bila tahu dia kerja mana, terus jadik CSI, cari fon number dan dari situlah bermula segalanya. Main2 email dan pagi Jumaat tu maklang dapat sms dari dia, ajak jumpa petang tu. Yang ini pun tak ada plan. Dan bila tak ada plan, Alhamdulillah..jadik jugak semuanya…




Bertemulah kami selepas 28 tahun terpisah. Tapi taklah menangis-nangis cam jejak kasih!. Anak kawan maklang dah 22 tahun yang sulung. Kawin awal, anak maklang baru aje 16 tahun…he…he..I kawin lewat….














Biasalah kalau dah jumpa kawan lama ni kan. Cerita tak berenti. Sedang leka berbual..tiba pulak Mak Teh yang ditunggu2 dengan kembar Maya, Pipa. Kami memang nak jumpa kat situ sebenarnya. Makan2, jumpa2 nak eratkan silatulrahim. Perbualan berkisar kat macamana nak comel aje macam Mak Teh..he..he…

Jam 8:30pm kami bersurai. Kawan maklang dah balik dulu sebab nak ambil anak kat UIA Gombak. Kami ke rumah Alang kejap. Lama tak jumpa si kenit 2 orang. Min-min dah tak mau orang. Pak long dukung dia kejap aje dia dah kemek. So, pegang dia supaya dia tak nampak muka, barulah tahan lama sikit..Pipa ikut kami balik ke rumah. Biasalah kalau dah jumpa ..malam tu entah pukul berapa mereka ber3 tidur!

Kami balik rumah hampir jam 10. Lepas dah membersihkan diri, maklang kononnya nak lah menjahit lagi. Dapat 1 beg aje dan mata refused nak bukak…so kenalah bangun pagi pulak besok tu, takut tak siap pulak ‘gifts’ tu…

++++++++++++++

Darling tak ada sekarang...dia ke KL petang semalam, mesti dia rindu kat kami ..he..he..siang malam pagi petang pasti dapat panggilan...maaaak...abah call..he..he...InsyaAllah besok malam dah balik lah dah...kerja baik2 kat sana ye...:)


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

8 comments:

  1. wah kali tripmke KL dapat jumpa byk kawan eh maklang?

    ReplyDelete
  2. so maklang ni gi kl ala ala pati la..hahaha...sama lah kita,selalu lupa...

    ReplyDelete
  3. Kak Elle:

    Alhamdulillah...memang tak disangka, gerak hati untuk nak ikut Cik Abang ke KL rupanya ada hikmah disebaliknya...

    dapat jumpa kawan2 yang sekian lama tak bertemu...:)

    ReplyDelete
  4. Kadang2 memang bila tak plan akan berhasil , yang kita ni dah beria ingat boleh hadir.... tak de rezeki ...huhu.

    ReplyDelete
  5. bestnye mak lang memborong kain di ikea... kain2 ikea cantik, menarik & berkualiti kan?..

    salam kenal...
    syahnur & family

    ReplyDelete
  6. salam maklang,
    apa kes nyer dgn purse maklang tuh??!!
    hilang @ salah letak... kalo kakyong,gamaknyer tak jadi beli, almaklum che abe selalu bawa duit cukup2 utk beli brg jer yg dlm list.. no extra2.. hmm, dah tak kerja ni, mcm2 terpaksa korban.. itu hari slow talk pasalmesin jahit pun, macam takde respond jer...

    ReplyDelete
  7. mak lang

    ramai ye kawan kawan lama dan blogger yang mak lang jumpa

    tapi yang bes ..28 tahun tak jumpa dan jumpa semula..

    ReplyDelete
  8. rina:

    memang semuanya secara tak langsung aje...seronok jumpa2 ni kan..

    kita bila pulak nak jumpa ni?

    syahnur:

    kalau pasal borong kain, kat mana2 pun bestkan!

    salam kenal..jemputlah ke sini selalu..:)

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...