Thursday, April 9, 2009

Jom ..Jom...ikut...

Assalamualaikum...




Kejap aje dah Khamis. Pagi ini hujan renyai2 aje dan dah mulai lebat. Sedapnya kalau dapat tarik selimut kat katil. Tapi apakan daya...kerja memanggil ku untuk ke pejabat. Hmmm...


Pagi2 maklang dah sibuk mempack baju. Kami nak ke KL lagi. Kebetulan Cik Abang ada meeting kat sana. Mulanya ingatkan dia nak ke sana sendirian. Tapi rasa nak ikut pulak. Memang tak cadang. Pagi Selasa lepas, maklang hantar email ke Cik Abang..

" Rasa-rasa macam nak ikut aje ke KL"

Tu aje maklang type. Selang beberapa minit, dapatlah talipon...

"Jom..Jom..ikut...( perasan pulak dengar macam seronok aje...maklang dengar dia mengeluh 1-2 hari sebelum tu..."kalau pergi hari Khamis, Jumaat balik mesti ikut Kuantan"...)

Abang kensel lah eh tiket kapalterbang"


"Ok"



Malam tu, anak2 kasi surat kat kami. Rupanya ada klas tambahan. Hmmm...Macamana nak buat?Dah risau dah yang 2 kecik. Maklang kata ponteng ajelaa. ( bagus punya Mak ni!:) . Baru lega budak2 tu. Kesian pulak nak tinggal. Manalah tau nak ada klas. Kalau tau memang tak dikensel semua urusan tiket ke KL. Ni nak kensel susah pulak kang pihak pejabat. So, memontenglah 2-2 tu. Hakim pun tak sihat. Dah 2 hari tak ke sekolah. Tonsil dia bengkak lagi...Bujang sorang tu memang sensitif. Nampak lembik dan tak larat aje dia...

Along Angah tak ikut sebab Along periksa hari Sabtu ni. Angah ada klas tambahan kata dia. Nasib baik ada Pak Omar, mintak tolonglah Pak Omar hantar ambil anak2 yang 2 tu.

So, sebab nak pi KL malam ni, Along dah tanya tak ada 'jemputan' ke kat bilik mak malam tadi. Seronok betul kata ada 'jemputan'. Dah cadang2 dia nak menempek kat bilik kami. Tapi sebab adek2 yang 2 kecik dah cop dulu, penuh lah jadinya. Tak jadi dia menempek. Maklang tau, dia tu kalau mak and abah nak ke KL, tinggalkan dia mesti dia sedih. Menangis sampai menggugu! ( he..he...teringat diri sendiri masa kecik2 dulu..lebihkurang macam tu ler..nak buat macamana kan..). So, malam ni, agaknya lah dia tidur kat bili mak abah lah kot. Tak ada dekat, ada bau2 sudah lah kan...he..he..


++++++++++

Cadang2nya nak visit saudara tersayang kat KL ( mengikut kata Cik abang ler) - kedai riben, cottage craft, ikea etc. dan nak jumpa Fida nak ambil barang2 yang maklang pesan.. he..he...seronoks. Nak beli riben kaler merah menyala sebab kehabisan stok kat rumah tu, terpaksa stop bantal nikah kawan tu.

Kalau sempat nak gak sembang dengan mak teh, kalau dia nak datang rumah kami yang dekat dengan Clinic dia...

Malam mungkin melawat Alang and Co. on the way balik dari Shah Alam..Cik Abang ada urusan kat situ.


Kelas minggu ni tak adalah...cikgu2 nak rehat jap...


Jumpa lagi di minggu hadapan, InsyaAllah...










kesian bujang mak demam...:(










Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

16 comments:

  1. Arahan dari Mak "ponteng kelas tambahan".

    Sayangnya ..... hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam..woi tu sajelah nak bagi hangin kat kite. Jemputlah kat SBCR terlanjur dah rancang nak ke KL... :)

    ReplyDelete
  3. KL asyik hujan je tiap hari, harap dengan kedatangan maklang, hujan akan berhenti seketika... selamat datang. KL mengalu-alukan kedatangan anda dan keluarga!

    ReplyDelete
  4. abang long:

    mak mana tak sayang anak...tengah demam pulak tu..hangkut jelaa..

    lagi pun kelas ganti ni...main je lebih...he..he... ( ada ajelah reason tu...)


    Sapiah:

    Nak datang camana? Address tak tau, phone number tak tau...hmmm..bak sini nombor awak. Lama tak jumpa awak dan abang man...

    ReplyDelete
  5. Lina.

    Jom jumpa kak elle di KLCC tingkat 4 food court sabtu ini...kita lepak kat sana ngan bloggers lain..Datang..jangan tak datang

    ReplyDelete
  6. maklang..wah nak jumpa fida eh?..heheh kalau tau rumah maklang leh gi janlan2 jap..tapi tau..huhuhu

    ReplyDelete
  7. wow seronoknya jalan2 lagi...ponteng pun pontenglah,lagi pun bujang kan demam...hehehe

    ReplyDelete
  8. eh maklang nak ke KL ye saya pun ada KL hujung minggu ni..jom kita jumpa ye...plan nak jumpa kat KLCC dgn beberapa org juga...tu pun kalau maklang sudi lah.

    ReplyDelete
  9. salam maklang...

    amboi.. maklang dah ade 'signature'... !

    ReplyDelete
  10. Nak nangis jugak sebab tak dapat turun KL minggu ni ,ingat nak pergi gathering makcik bloggers kat KLCC tu tapi hampa, anak2 ada program yang wajib hadir dan mak tak boleh arah anak2nya ponteng ...huhuhu.

    ReplyDelete
  11. maklang,
    Hapi hapi kat KL ya... Makan bebanyak... Shopping tu - no miss lah ya... Hehe.
    Have a great weekend.

    ReplyDelete
  12. memang best agaknya tidor ngan mak ni yek....anak jan kata kalau tidur ngan mama panas sikit..kalau tidur sendiri x best sejuk sgt....so asik mengendeng aje..

    ReplyDelete
  13. Kak Ezza, terimakaseh kerana menjemput...InsyaAllah dah dapat green light dari Paklang...tapi tengok lah macamana ye!:)


    Fida:

    Rumah maklang senang aje nak carik tau...he.he..

    tapi tak per biar maklang yang cari Fida! TQ

    ReplyDelete
  14. Salam mak lang,

    Mak lang dan Pak Lang di jemput ke Shah Alam kalau nak sembang-sembang dengan mak teh dan Pak haji. Maaf kami tidak dapat ke K.L.

    Sila telefon untuk confirm. Kalau datang pagi Sabtu boleh tengok anak-anak memanah atau berkawad.

    ReplyDelete
  15. Tengahari ni tak boleh singgah kat condo lina. Bebudak ada kelas. Kot lina singgah kat ikea boleh lah jumpa kat sana!

    mak teh

    ReplyDelete
  16. kesian Hakim tak sihat.. banyakkan minum air ya Hakim..

    selamat bercuti Maklang.. senang kan dah ada tempat nak duduk..

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...