Wednesday, July 29, 2009

Hadiah


Assalamualaikum...


Hari ini maklang rasa dah sampai masa nak announce sesuatu. Dah lama dah impian untuk nak ada kan give-away ini, tapi takut tak berkesempatan nak menjahit hadiahnya. InsyaAllah dalam masa maklang nak siapkan ianya menjadi beg, ( gambar jahitan di atas masih dalam proses penyiapan..he..he...) maka, eloklah kalau maklang announcekan dalam blog ini. Kalau siap2 yang berminat nak kan jahitan di atas, silalah menyertainya...:)

Syarat2 penyertaan ialah seperti berikut:

1. Semua pembaca dari Malaysia boleh menyertai peraduan Giveaway ini. Anda hendaklah menjadi follower dalam blog Jahitan Maklang dan juga Blog Ribbon Chanteq.
2. Anda hendaklah membuat satu catatan mengenai posting ini didalam blog anda. Letakkan gambar RE di atas dan ceritakan mengenai blog Jahitan Maklang dan Blog ribbon Chanteq di dalam blog anda.
3. Anda hendaklah meletakkan Blog Jahitan Maklang dan Ribbon Chanteq dalam link anda.
4. Tinggalkan komen anda didalam blog Jahitan Maklang sahaja.
5. Pilihan akan dibuat secara undian. Walau bagaimana pun, penyertaan paling kreatif akan mendapat hadiah misteri.
6. Tarikh tutup penyertaan ini adalah pada 14hb August 2009.



Jom join...

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, July 26, 2009

Jalan2 kat KL

Assalamualaikum...


Sekejap betul dah hampir seminggu maklang tak mengupdate blog. Blog jahit tu berupdate pun sebab semuanya dah berschedule. Memang sekarang maklang terlalu sibuk sampai tak sempat nak updet. Banyak yang perlu dibereskan sebelum menjelangnya Ramadhan. Kalau boleh nak selesaikan semuanya sebelum Ramdhan. Tapi nampaknya macam tak dan aje..biasalah kan..

Sebelum maklang meneruskan coretan kali ini, marilah kita sama2 memanjatkan doa dan bersedekah AlFatihah buat pengarah tersohor Malaysia, Yasmin Ahmad, yang telah dijemput Illahi kepangkuanNya jam 11:25pm malam tadi. Al Fatihah....




++++++++++


Tak banyak yang nak di report kat sini sejak seminggu yang lepas. Kebanyakkan masa maklang habiskan di bilik dengan menjahit. Biasalah dengan headfon dan PC...Sambil2 tengok2 cerita ke, dengar ceramah ke...atau apa2 yang berkenan kat hati...Astro memang Abang yang pegang, so maklang layan cerita lah kat you tube atau tengok TV3 kat PC maklang ni. Sekali sekali bila rasa nak tengok Astro, kena kasi tau kat Abang, ataupun tatkala dia tengah guna PC dia, maklang pulak akan tengok TV..he..he..


Hari Rabu lepas, maklang dapat kunjungan dari Chef Celeb kita. Masa tu maklang tengah makan tengahari. Tak ada masak apa sangat. Cuma ayam goreng berempah yang maklang dah letakkan rempah2nya sebelum ke pejabat dan bibik yang goreng tengahari tu. Sempat jugak pagi tu maklang buatkan paceri terung. Itu aje makan tengahari. Abang pun tak balik tengahari tu sebab ada kursus kat tempat lain. Tinggal beberapa suap aje, dapat pulak salam dari celeb kita. Maka maklang ajak join lunch sekali...Maaf lah kak...makanannya ala kadar aje...kira2 trial lah tu nak buat ayam nasi kukus he..he...maklang tengok celeb makan macam berselera je...he..he..mintak2 sedap laa hendaknya...walaupun sempoi! ( sebenarnya malu gak sebab bila celeb makan ni..takut tak mencapai piawaiana dia...kita masak pun main campak2 je...hentam aje..he..he..)


Kesian kat Kak Celeb. Maklang terpaksa balik ke pejabat jam 2:00pm. So, tak dapat nak sembang lama. Chef datang pun sebab nak ambik apron2 tu. Agaknya petang ni masa buat demo kat Ikano tu, adalah gaknya chef pakai apron tu. Sepasang dengan pembantu chef punya...Alhamdulillah chef suka...dan maklang pun suka kalau kakak chef suka...:)

Senyum simpul chef kita...Inilah hidangan tengahari kami...Nasi kukus dengan ayam berempah dan paceri terung


+++++++

Hari Khamis petang lepas balik dari pejabat, kami ke KL. Flite memang smooth betul. Siap ada concert dalam flite kali ini. Kami tinggalkan rumah jam 6:30 pm dan tiba kat KL jam 9:40pm. Tu pun lepas berenti kejap kat Petronas station sebab nak beli beras. Ingatkan bibik tak letak beras dalam beg, maka singgahlah kat Petronas tu, kot2 ada jual beras kampit kecik. Tapi tak ada pulak. Kiranya memang direct flite tu very smooth laa..Kali ini kami ke KL naik kereta kecik. Kesian Angah tak dapat ikut sebab kereta sempit. Kereta kami yang dapat memuatkan semua anak2 sekarang ni sedang 'sakit'. Entah bila dapat masuk sepital itu...Hmmm...sedih jugak kat kereta tu..Entah apa nasib dia lepas ni...doa2 lah moga2 tak apa2 kat kereta tu...Amin..

Malam tu, maklang, Along dan Maya, dok mengemas rumah lah. Abang pun tolong2 jugak. Kesian kat dia sebab penat jadik pilot! Co -pilot tido jer..he.he..sekali sekala, tolong bukak kan air kopi dia, biar dia tak ngantok. Lantai rumah itam berminyak. Maklumlah dah dekat 4 bulan kami tinggalkan. Kalau tengok dengan mata kasar macam tak kotor, tak bila pijak..mak oi...melekat kat tapak kaki. Kalau cuci dengan air memang tak ilang. Gosok dengan sabun baru ilang. Pasal geram punya pasal, maklang taburkan serbuk sabun dan basuh 2-2 bahagian dapur sementara Along dan Maya sapu serta mop kat depan dan bilik2. Nasib baik ada yang 2 ni, kalau tak mau bengkok pinggang ni.


Pagi Jumaat tu, Abang hantar maklang ke tempat yang dituju. Ada projek kecik2 yang sedang maklang usahakan. Mana tau akan membuahkan hasil dalam masa setahun dua ini,InsyaAllah...Nampak2nya kena banyak usaha lagi lepas ni...Seronok jugak rasanya...

Lepas dari situ, Abang hantar maklang ke kedai untuk nak membeli bahan jahitan. Ingatkan nak balik naik taxi aje memandang kan dah hampir dengan waku solat, tapi Abang kata, takut payah pulak nak cari taxi. Makanya semua urusan membeli belah terpaksa dijalan kan macam lipas kudung. Alhamdulillah apa yang nak dicari, dapatlah maklang beli.

Lepas pulang dari solat Jumaat dan lepas lunch dirumah, kami ke Amcorp Mall. Along nak beli buku. Bukan Along aje, abah along, mak Along, adek2 Along semuanya nak beli buku, Seronok...kalau tengok buku ni. Maklang dapatlah hangkut 3 buku DS dan satu buku jahitan. Untuk angah sempat maklang carikan buku cardmaking 2 buah. Kami sempat jugak melencong kat kedai yang jual barang English tu. Nampak pulak teddy bear sebesar Hakim. Langsung Abah Angah ambik bear tu sebab Angah lama dah mintak bear besar untuk besday dia. Mana nak carik kalau kat Kerteh...Rupanya kami jumpa kat situ. Punyalah Angah 'over' malam tadi, bila dapat bear besar dia.

Sempat jugak kami bertemu dengan Aunty D untuk penyerahan hadiah kawin tu. Maaf lambat ye..dan maklang harap D suka...Tak sempat kita nak bual panjang sebab semua sibuk dengan urusan masing2..

Dari situ kami ke IK3A. Anak2 nak makan meatball yang sedap tu. Maklang sempat gak tengok2 kain yang cantek2. InsyaAllah nak buat beg untuk Angah lagi.

Lepas makan kami ke rumah Alang. Rindu sebab lama tak jumpa mereka sejak bulan 2 yang lepas. Dalam jam 10pm kami pulang ke rumah.

Semalam pagi,lepas masak2 maklang kemaskan barang jahitan untuk nak bawak balik. Alang dan family datang dalam jam 11pagi. Seronok bila dapat kompol2 ni. Jam 1 lebih, Wan dan Atok pulak tiba! Apalagi, kalau dah kompol ramai2 ni...bising lah dengan jeritan anak2...

Dari cadangan nak balik jam 3:00ptg, akhirnya kami bergerak balik jam 5:30pm dan tiba kat Kerteh jam 9:15pm. Kami singgah solat kat Hentian Kuantan untuk solat maghrib dan Isyak. Kira not badlah perjalanan kali ini...smooth aje..tak ada turbulance langsung...he..he...


Terimakaseh lah buat suami tercinta kerana bawak maklang ke KL untuk urusan tersebut. Terimakaseh jugak kerana memberi sokongan yang jitu untuk projek ini. Moga2 kita berjaya...InsyaAllah...





Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Monday, July 20, 2009

Selamat Hari jadi Along

Assalamualaikum...


Syukur Alhamdulillah hari ni genaplah 16 tahun umur anakanda sulong maklang. ( along seronok sebab tiap tahun harijadi dia, kami di Terengganu cuti...sempena birthday Sultan Terengganu).Sekejap betul masa berlalu dan pengalaman melahirkan dia masih tersemat dalam hati dan tatkala melihat wajahnya yang pertama memang takkan maklang lupakan..

Moga dia menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.

Kami tak ke mana hari ini sebab malam tadi Atok dan Wan dah belanja makan kat tempat yang kami pergi makan dengan Puan N tempohari. Makanan yang sama jugak cuma tambah beberapa dish lain. Alhamdulillah. Hadiah harijadi dia pun kami dah kasi last week. So, hari ini cuma masak2 biasa aje. Maklang pulak sibuk teramat menjahit sampai sakit dah dada ni. Ialah nak mengejarkan dateline hari Jumaat ni. Itu pun masih 2-3 cushion yang tak siap lagi. InsyaAllah besok petang kena sambung jahit lagi, InsyaAllah.


ada tomyam campur kali ini..oklah














kailan ikan masin













dan siakap steam. sedap jugak.













+++++++++


Sebab dek terlalu sibuk lah siang malam, makanya maklang lama tak updet. Ialah ini pun kena updet sebab takut nanti lupa apa yang dah berlaku. Mana tau bila anak2 besar nanti, boleh jugak mereka membaca catatan ibu mereka, InsyaAllah...


Last wiken, maklang sibuk jahit beg. RE, masak, dan entah apa2 lagi. Sempat jugak mengajar kawan2 maklang menjahit baju gown macam Maya tu. Happy mereka. InsyaAllah lepas ni tak ada masalah nak buat baju anak2 lagi. ALhamdulillahdapat jugak menyampaikan sedikit ilmu. Saje suka2 ajar sebab suka tengok orang tahu jahit dan dapat belajar dari kita.

dapat jahit 2 of these bags. yang satu lagi tak sempat ambik gambar sebab masa bagi kat tuan dia, camera pergi ke dusun durian.
Ini buah cempedak sulong dari belakang rumah. Atok suruh turunkan buahnya sebab takut ditebuk tupai. Isinya sedikit sangat! Tapi manis dan tebal. Syukur Allah beri rezeki cempedak berbuah..
Pagi Jumaat tu kami bakar 3 ekor ayam. Ada beberapa potong dapat pergi kat rumah kawan. Harap dia suka. Along yang buat semuanya.
Ini lunch hari Jumaat. Menyelerakan sungguh!
Masa maklang keluar waktu hantar ayam kat rumah kawan tu, datang pulak celeb kita hantar 2 jenis kerabu. As usual lah menjilat jari! He..he...Thanks kak, tak sempat jumpa akak tengahari tu...
Ini sejenis lagi kerabu sedap kak liza.
Penuhlah meja makan kami tengahri tu. Dengan lala lagi...so, keje nya dok meratah ajelaa...


Lepas asar, semuanya ke dusun Pak Azam lagi. Wan yang nak makan kat dusun. Maklang dan Angah tak join. Lepas kena sakit perut makan durian kat opis, rasa serik pulak nak makan. he..he.. Kami ke MM. Ada date dengan kawan. Sempat lah berbual kejap kat parking lot kat MM tu. Dia pun baru aje pulang dari Kuantan.
Ini dekat sungai. Wan kata airnya jernih sekali. Wan kata teringat dia masa maklang kecik2 dulu kat kebun atok kat Gelang Patah, ada sungai yang air nya jernih sekali. Tiap kali ke situ mesti kami mesti nak masuk main air kat sungai tu. Sejuk dan jernih airnya. Kenangan manis semuanya tu...best..
Pak Azam bawak semuanya ke dusunnya yang lain. Bukan yang maklang pergi hari tu. Wan kata durian kali ini tak berapa sedap.














Lepas dah makan, dapat pulak bawak balik durian dan rambutan. Moga rezeki Pak Azam murah sebab belanja kami semua buah2an...Amin..


Hari Sabtu pulak, pagi2 maklang dah masak ni.
















ini mee rebus maklang buat lagi. Along kata dah 3 minggu berturut makan mee rebus. Abang suka sangat. Tu yang buat lagi. Minggu lepas masa buat, maklang tak sempat makan sebab yang dibawa ke Kuantan tu maklang takut pulak tak cukup!















Petang, it was Sushi time. Along and Angah yang buat. Tak sedar pun sebab masa tu maklang tengah sibuk ajar kawan2 menjahit kat bilik jahit. Dari jam 3-7:30pm. Dapat siap sorang satu gown. Pulang tersenyum mereka semua!















Sebab Angah tahu wan suka ni, Angah pun buat cream caramel pagi Sabtu tu. Kali ini untuk caramel dia kami buat gula hangus dan campur dengan sasparila. Sedap jugak jadiknya...he..he..















Dan ini pulak serawa durian yang Wan buatkan untuk Maya...


Sekian buat kali ini, catatan dari Teratak Maklang. Harap tak ada yang bosan. Maklang tak sempat nak merepek panjang sebab kesibukan yang tak terbendung ini...Ada masa, kita jumpa lagi, InsyaAllah...Sementara tu, Selamat berIsrak Mikraj...tak lewat kan lagi nak ucapkan...:)

Take care



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi..

Tuesday, July 14, 2009

Cerita wiken

Assalamualaikum...

Terasa nak updet pulak ari ni. Mata ni rasa cam dah separuh lelap. Ingat nak urut badan dengan Cik Yah pun tak jadi. Baru aje call Kak Yah nak kensel sebab dah ngantuk sangat. Penat buat apa tak tahu. Kat ofis tak busy langsung dengan perojek office. Ramai yang idling. Maklang sibuk dengan kerja sendiri.

Tengahari tadi selain ada ayam masak lemak cili api yang maklang masak pagi tadi b4 ke pejabat,
ada jugak gulai ikan kering berterung dari celeb kita. Thank you kak..mak and abah really enjoyed the lauk..sedaaaap...



Tadi petang kami ada durian feast. Lupa nak bawak camera. Nanti bila dah ada kat Folder office boleh maklang copy paste kat sini. Sebab banyak durian tak abis, maklang bawak balik sikit. Ada kot 3-4 biji. Hajat hati nak buat gulai tempoyak. So, balik ofis tadi kami singgah kat pasar malam beli daun kunyit dan serai, ternampak pulak petai, beli 3 papan. Sampai aje rumah, maklang terus aje mayang segala bahan nak masukkan dalam gulai, sambil ditolong oleh bibik. Bahan2 lain ambik kat pokok belakang rumah. He..he...baru aje abang kata sedap. Hilang sikit penat buat gulai tu..Alhamdulillah. Abang memang suka gulai tempoyak ni. Maklang suka buat aje...ada kureng sikit gulai2 tempoyak ni sebab dia kaw sangat. Sikit2 bolehlaa...( mak Ngah nak tak???)


Seperiuk besar maklang buat gulai ni. Besok, InsyaAllah boleh bawak ke ofis. Kawan2 memang suka gulai tempoyak ni...

Oklah ni nak cerita pasal wiken lepas je...Cerita bergambar lagi...


Alhamdulillah maklang dah siapkan sehelai apron ni. Ada selai lagi nak kena jait. Bila dah selesai jait yang ini barulah tuan punya kata nak se lagi...
Lepas tu, bila Abang balik dari pasar, kami cuba buat ikan masak asam bakar. Teringat masa makan kat jeti tempohari. Along yang tumis rempah. Kena practice masak ni...He..he...berhasil. Cuma mungkin ikan tu tak berapa sesuai untuk bakar sebab isi tebal sangat and rempah tak masuk dalam.
Kami jugak buat kangkung celur berkuah daging. Sedap. Anak2 makan daging aje...Sampai dua kali lah gorenglaa...


Malam pulak ada makan kat Awana Kijal. Malam amal dianjurkan oleh PIBG sekolah Along untuk nak mengutip dana..
sedap2 makanan dia cuma kurang cukup aje...Abang saje je 2-3 kali tanya kalau ada tambah lagi tak makanan yang dihidangkan. Gelihati tengokkan dia.

Ini persembahan kuda kepang. Memang bagus persembahan oleh pelajar2 ni. Professional sangat nampaknya..Rasanya dapat johan peringkat negeri kot. Ke peringkat kebangsaan , maklang tak ingat laa...

Hari Sabtu pulak ada kelas RE lagi. Memang mereka ber3 ni bersemangat betul!
Sekian buat kali ini...gambar2 umrah tak upload lagi. Nantilah bila rasa nak upload. Tak jumpa lagi gambar kat dalam AlHaram berlatar belakangkan Kaabah. Ada kat laptop abah yang lama yang dah beri kat Along tu.

Hari ini Along tengah seronok tu sebab dapat hadiah besdey dia. Benda yang dia dok idam2kan tu, akhirnya tiba tengahari tadi. Bila nampak aje...terlompat3 sampai bergegar rumah. Hadiah cepat dapat..besday nanti hari Senin. Harap anak mak boleh lah belajar rajin2 lagi eh...mak dan abah doakan anak sulong kesayangan kami ni berjaya dunia dan akhirat...Amin...

Salam persahabatan Dari...

f
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, July 12, 2009

Umrah dan Ziarah 2009 Part 8 - Ziarah keliling kota Makkah

Assalamualaikum...


Sekejap aje dah Ahad semula. Dah kerja lah semula hari ini.

Semalam dan Jumaat memang maklang tak dapat nak rehat. Biasalah, kalau Jumaat sibuk kat dapur. Tapi pagi tu dapat jugak menjahit apron yang dipesan. Harap tuan punya suka. Masih ada satu lagi nak dijahit. Bersama dengan alas meja sekali. InsyaAllah kena disiapkan by this week. Hmmm... Tudung Along pun tak bergunting lagi...masih dalam beg kedai tu lagi.

Hari Sabtu pulak, biasalah dengan kelas RE. Penat betul. Pelajar cuma ada 3 aje, tapi disebab seorang lagi dah nak balik KL, hari Senin, maka kami gagahkan jugak nak buat kelas semalam. Hmmm...kalau ikutkan memang teramatlah malas sekali memandangkan banyak benda lagi nak buat. Memang kalau kat rumah sekarang, lepas balik kerja, tangan ni dok main reben aje. Dan kalau malam tu cepat betul masa berlalu....


+++++++++

Ok, kita sambung cerita umrah lagi ye...Dah macam nak lupa pulak!


Kami masa di Makkah, di bawa berziarah keliling kota Makkah. Memang biasalah para jemaah yang melawat akan dibawa ke semua tempat ni. Kita layan gambar jelah ye...


Alhamdulillah setelah beberapa kali ke hotel As Safwah yang terletak lebihkurang 50m dari hotel kami, akhirnya pada hari ke3 kami di Makkah dapat jugak kami bertemu Cik Lie. Nek rock yang kenalkan maklang dengan blog Cik Lie, 2 hari sebelum berangkat. Setelah berutus email, maka kami pun berpeluang berjumpa Cik Lie. Alhamdulillah sambal kacang ikan bilis dan rendang tu dapat jugak kami sampaikan pada Cik Lie. Dan terimakaseh kerana sudi nak bawak kami kat suite tu..Dapatlah kami melihat Baitullah dan AlHaram dari atas...Sungguh indah sekali...
Pulang dari tempat Cik Lie, waktu lepas solat zohor, kami ke shopping mall dekat2 Bin Daud tu. Anak2 ( mak mereka sebenarnya! ..he..he..) nak makan nasi beriani...Memang sedap. Tapi agak mahal sebab portion dia sangat lah besar!

Along dan Hakim muak nak makan beriani sebab dah beberapa kali makan, maka mereka pun order steak lah pulak...
Semasa tinggal di Makkah sempat jugak kami ke Telaga Hudaibiah. Air tak ada , tapi tersangatlah dalam nya. Maklang tak turun bas pun sebab teramatlah panas waktu itu..
Ni kat ladang unta...Maya sampai tutup idung sebab 'wangi; sangat! Kami yang duduk dalam bas pun pening bau wangian free tu! Tengok tu idung Along pun kemek semacam! Sempat jugak Abang beli 2 botol susu unta. Katanya boleh mengubat penyakit dalam perut. Hakim togok macam minum susu lembu aje!



Kadang2 pulang dari solat, kami singgah kat tempat jualan bergerak ni. Sebab apa bergerak? Sebab si penjual menjual barang2 yang diangkut dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kebanyakkan nya terdiri dari orang kulit itam, mungkin dari Afrika dan jugak India atau Pakistan. Harga kat sini agak mahal jugak, tapi seronok berbelanja kat sini. Yang kelakar tu, bila mereka nampak aje polis, masing2 akan mula mengangkut barangan mereka dan terus lari laa...kalau tak nanti kena tangkap pulak! Kalau ada jualan macam ni, barulah ada suasana Mekah. Tapi sekarang jualan macam ni dah kurang sangat jika dibanding dengan dulu, disebab kan banyak construction works. Selainnya kami cuma shop kat bawah hotel As Safwah aje sebab sejuk sikit walaupun tak banyak choice. Maklang kalau shopping mesti ada chaperone. Pernah sekali anak2 tak mau ikut sebab dah penat..(.maklang pun nak shopkan untuk Wan aje sebab bila Wan tengok apa yang dibeli, Wan pun nak. Kenalah keluar lagi!), ingatkan nak keluar sorang aje sebab dekat...tapi tak dibenarkan oleh suami tercinta dan akhirnya Abang ikut sekali. Thank you wahai suami tercinta...


Kami juga dibawa menziarahi Museum kat Makkah ni. Macam2 ada..BArang lama termasuk pintu Kaabah, telaga zam2 yang lama dsb. Sebab dah pernah pergi, jadi taklah jakun sangat. Setiap group pelawat cuma dibenarkan masuk dalam ni selama 1/2 jam aje ( dari pintu masuk kepintu keluar) sebab ramai lagi pelawat yg nak tengok!

Replica masjidil haram
In pintu Kaabah.. Kat sini aje dapat bergambar berdua!


Gambar Angah masa hala pulang dari masjid ke hotel kami...


Insyaallah lain masa, maklang letakkan gambar2 dalam masjid yang kami dapat ambil...InsyaAllah...


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Thursday, July 9, 2009

Chop - Chop : Pn N, makan2 dan hadiah

Assalamualaikum..

Lama tak updet. Malas. Plus kerja banyak. Kat rumah dengan projek2 yang kena siap sebab tuan dah bertanya dan kat office dengan projek sendiri2.

Abang dah tanya...lama tak updet? Alahai...malas lah bang.

Macamana pun, maklang mencarik jugak masa sekejap, kalau ada yang sudi nak baca, silakan...


++++++++++++++++++

Petang Ahad, Puan N dan suami tiba dari KT. Kami jamu durian lagi bersama chef terkenal. Chef datang sebab nak hantar buku2 yang Pn. N pesan. Tu tengok tu sibuk betul Chef sign otograph tu..


Malam pulak, kami keluar makan. Kat jeti Kuala Kerteh. Tak pernah makan kat sini sebab sebelum ni orang kata tak sedap. Tapi baru2 ni Abang kata ada orang beritau dia sedap. So, kami cubalah.
Ini ikan bakar dengan sambal. Sedap memang sedap. Rasa sambal dia macam masak asam lada itam. Licin 2 ekor ikan siakap ni.
Ketam sweer sour. Sedap jugak. Isi ketam agak tebal.
Kailan goreng
Telur dadar. Ada jugak sotong goreng tepung dan juga kangkung goreng belacan. Semuanya sedap2 belaka.

Terimakaseh Pn. N dan suami. Laa...terbalik pulak ye...tuan dan puan rumah hajat nak belanja, tapi bila Abang nak pergi bayar, carik2 bill kat towkey tak jumpa. Rupa2nya Mr. N dah bayarkan..Moga murah rezeki...Memang sedap makan kat sini. Lain kali boleh pergi lagi...InsyaAllah




Sedapnya...semuanya dah terhidang!


Licin dah tu....

++++++++++++++

Hari Ahad punya kerja...Ingat tak tahun 2007, maklang ada dapat lucky draw worth of RM5K untuk makeover the house switches? Finally, Ahad lepas mereka datang nak pasangkan semuanya. Lambat bukan sebab apa, sebab maklang yang lambat bagi mereka number of socket outlets and switches to be upgraded. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak. Thank you Scheider! This wiken they will come again to complete the whole installation, InsyaAllah...
Inilah the switches/ socket dah dipasang. Yang puteh tu belum lagi.
Petang Senin, kawan maklang yang baru pulang dari London dan Paris hantar hadiah ni kat rumah. Terimakaseh ibuSara...Harap dah kenyang makan kedondong tu ye..


Ini hadiah dari teman yang pulang ke tanah air. Maaf maklang tak dapat nak attend khenduri tu sebab kita ni kerja ngan orang. Tak boleh nak cabut2 kerja...he..he..
Ini pula hadiah dari seorang teman yang baru balik dari Vietnam. Dia datang ke rumah semalam. Terimakaseh ye ingat kat maklang. Serba serbi pink tu..terimakaseh kerana tau maklang suka pink!. Ari ni maklang berbaju pink sebab nak padankan dengan beg cantek tu. Terimakaseh lagi sekali ye...



Sekian buat kali ini. InsyaAllah ada umor kita sambung lagi cerita Umrah. Doakan kami sekeluarga sejahtera di bawah rahmat Yang Maha Esa sentiasa...Amin..

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...