Sunday, July 5, 2009

Chop sekejap: Pn N datang dan makan durian lah pulak

Assalamualaikum...



Maklang chop sekejap dari cerita Umrah ye..InsyaAllah tinggal 2-3 aje sirinya. Tengok keadaan. Angin baik, bolehlah bercerita panjang lagi, InsyaAllah...


Last wiken, seperti yang dijangkakan memang lah teramat sibuknya. Kalau dah sibuk tu, tinggallah nak updet blog ni. Tak kuasa!

Kawan sekolah maklang, Puan N, tiba kat Teratak Maklang hampir jam 1:00 tengahari Jumaat. Bila dia call, kata dah nak tiba, apalagi berkejar lah nak bersihkan diri sebab biasalah dok kat dapur, bersihkan ikan, ayam, dan lain2 lagi. Mintak tolong Abang tunggu kat simpang jalan, takut mereka terlepas pulak sebab rumah kami ni terlindung dari jalan besar.

Seronok rasa bila nampak N. Lepas dah wangi, barulah turun. Barulah sedap nak peluk cium. Lama tak jumpa. Maklum sorang kat JB, sorang kat sini. Sekali sekala kami berbual di talipon, kalau tak pun bersms. Kadang2 ada gak kat FB. Walau jauh tapi dekat di hati. Mana tidaknya, dah kawan sejak dari tingkatan 1 lagi. Kalau balik JB dan ada kelapangan, maklang dan keluarga akan singgah kat rumah Puan N. Dekat aje dengan rumah Wan. Last Raya pun N ada datang jumpa kami kat rumah Wan. Masih ingat, kalau jumpa ayah Puan N, pasti ada aje yang nak di sakatnya...he..he...Harap Uncle dan Aunty sentiasa sihat dipelihara Allah hendakNya...Amin..


Biasalah kan, kalau ada yang datang, kami mesti nak masak2 punya. Puan N ni memang pandai masak. Kalau compare ngan maklang yang hentam2 ni, memang jauhlah. Berniaga frozen food memang dah lama disamping kerja harian dia. Kita masak ajelah apa yang terasa boleh pass! He..he.. Pagi tu kelam kabut. Biasalah pagi Jumaat. Abang ke pasar beli bahan. Maklang tinggal kat rumah mengemas serba sedikit serta nak masak. Masa Puan N tiba, dapur macam tongkang pecah. Tu pun nasib baik masa Abang ke pasar, maklang sempat jugak buat sambal udang. Selesai satu perkara. Balik pasar, Abang mintak pulak gorengkan mee...Alahai sayang ku...Goreng jugak lah mee walau tengah kelamkabut nak siapkan lunch. Biasa2 hari Jumaat memang beli aje kat pasar tani, tapi hari ini ada spesial request pulak....Alhamdulillah dalam kelamkabut siaplah jugak maklang gorengkan mee kuning untuk makan pagi tu.



Seronok tau jumpa kawan sekolah ni. Terbayang kembali kisah2 kami masa dolu2. He..he...Ingat tak N, masa kita kecik2 dulu, kita balik rumah Wan, kita main masak2 masa Raya. Masa tu kami di tingkatan 4. Pulang sekolah, kawan2 datang rumah Wan dan kita masak2. Open house untuk kami rakan2 sekelas! Memang seronok masa tu. Ingat tak masa kita pergi tuition kat rumah Cikgu Hng ( eh ye ke nama dia ni..tak ingat dah) naik bas? Saje je kami bukak cerita depan anak2 supaya mereka tahu yang dolu-dolu hidup kami tak semudah sekarang. Semua buat sendiri. Nak cari cikgu tuition pun kami usaha sendiri. Tak habis lah kalau mengimbau kisah2 dolu2. Seronok...:) :) :)

Tengahari Jumaat, bila Cik Abang2 semua dan bujang maklang dah pulang dari masjid, kami menjamu selera lah. Alhamdulillah sempat jugak maklang siapkan kerabu jantung pisang letak kerang. Hmmm memang feberet Abang ni. Maklang tau ada jugak seorang kakak tersayang tu tertelan air liur Jumaat lepas masa maklang sms dia pasal ni. Tak pe kak, kalau akak ada masa, singgah sini, nanti ada rezeki, maklang buatkan. Alhamdulillah, Mr. N pun nampaknya minat dengan kerabu ni. Memang jarang jumpa ni. Mana taknya, resepi turun dari arwah MIL. Syukur MIL turunkan jugak makanan kesukaan anak dia kat maklang! Al Fatihah buat Mak.


Ikan kembung fresh, dari pasar, bersihkan ..dan terus di panggang..makan dengan bawang, cili api, kicap cap kipas udang serta perahan limau...hmmmm...terangkat!
Kerabu jantung pisang. Walau pun agak leceh nak buat dia sebab banyak nya bahan, InsyaAllah maklang akan tetap membuatnya sebab ianya kegemaran Abang dan jugak Along.
Sambal udang manis2 sikit. Memang kalau buat sambal udang ni Abang suka kalau manis2 sikit.
.Lala goreng oyster sauce. Maya dan Hakim suka.
.Kerang ni pun sedap Kak Ngah...he..he..
Sebab dah lama teringin nak makan hati lembu goreng rempah, maklang buatkan untuk sendiri walau orang lain tak suka. Buat 1/3 kg je, Angah makan rempahnya aje...Sedap kata dia...he..he...



Sedang kami seronok menjamu selera, ada pulak yang bagi salam. Ingatkan sape tadi. Rupanya orang datang hantar rezeki. Pak Azam hantar 4-5 bj durian D10 berapa entah. Memang setiap tahun bila musim deroyan memang Pak Azam akan hantar durian. Kalau dah rezeki, memang akan adalah ye...(Hari Khamis sebelum tu, department maklang ada kutip duit untuk nak beli durian. Sebab maklang puasa, mereka bekalkan untuk maklang 1 biji lebih sikit. Sedap durian tu. Masa Abang beli 2-3 kali sebelum ni seme tak berapa sedap. Apalagi, maklang pun tempah dengan kawan tu...Tapi Allah tu mendengar, dia kirimkan orang pulak kasi durian free...Alhamdulillah...)

Petang tu, kami call lagi Pak Azam, mintak nak beli lagi durian. Mana cukup kalau 5 biji untuk semua. Pulak semuanya suka durian. Sekali gus bawak Pn N dan suami jalan2 tengok country side kat Kerteh ni..He..he...Kami ke Semayoh kat kebun durian Pak Azam. Anak2 kami tak bawak sebab ingatkan nak ambik durian, then pusing kat MM, and balik terus ke rumah dan makan sama anak2. Tapi lain pulak jadinya. Pak Azam insisted kami makan kat dusun dia. Hmmm...Mula2 dia bukak 1, then 2. Kami kata cukup lah Pak Azam...Last2 sampai dekat 5 biji terkorban dek kesedapannya. Maklumlah fresh! Maggis yang dipetik dari pokok pun ada.( Pn. N siap kata...Eh...you ingat tak dolu2 I ikut your family makan durian kat dusun kat johor tu...mana boleh lupa...tu semua kenangan manis kita kan...he..he..). Tak sangka jadi satu acara pulak bagi Puan N, makan durian kat Kerteh ni..he..he..Rezeki..rezeki..Syukur Alhamdulillah.



Geramnya tengok durian melayut2 kat dusun tu. Kena hati2 takutlah ianya gugur atas kepala...masuk sepital lah pulak kang!
Apa yang Abang tunjuk tu...? Durian laa...
Ini langsat belum masak...
Sedap ni.... Tengok durian... geram...
Makan bang..jangan tak makan....
Sodapppp....tu...
Puan N dan suami..
Licin biji durian...tu...katanya boleh dimakn. Potong kecik dan rebus macam biji nangka..
Penuh semangat Abang tolong buka kan durian tu. Orang kata kalau susah nak buka memang sedap isi durian tu...Yang in memang paling sedap kami makan...
Selambak manggis dan durian
Ni manggis fresh, baru petik dari pokok. Maklang memang suka manggis tapi Abang langsung tak suka!
Cheeeeh...Puan N...ada gaya la...he..he..
Dah selamat kami bedal durian tu, kami minum air dari pangsa durian. Wan kata, supaya badan tak panas. ALhamdulillah, malam tu, tido tak ada lah panas badan ...
Dah kenyang, kami hangkut lagi durian bawak balik..



Malam tu, selesai solat maghrib, Abang melayan pulak anak2 makan durian. Maklang tak pandai nak bukak kulit tu...he..he..Ngeri ngan duri tu...


Kat anjung rumah..

Malam pulak, kawan sekelas kami, Puan H datang. Agak lewat sebab ada pulak tetamu kat rumah dia. At last, hampir jam 10:30, Puan H tiba dengan Ustadzah Ngah ( beliau yang mengajar kami sebelum ke umrah hari tu..). Seronoknya..Allah kasi nikmat untuk kami bertiga berkumpul. Kan ke best kalau yang lain2 dapat berkumpul bersama. Kalian memang kami rindui....

Apalagi bila dah ketemu, cerita tak habis berkisar tentang umrah laa...Ustadzah memang membawa jemaah ke umrah. Maklang pun sebenarnya putus hubungan dengan Puan H. Tau2 kami bertemu kembali masa kursus haji tahun 2003 dan sejak itu kami berhubung kembali. Alhamdulillah...


Mesti posing jugak dengan durian tu...he..he...


Sempat maklang buat cream caramel pagi tu. Along mintak tolong buatkan sebab masa buatkan untuk office masa hari Rabu tu, tak tinggal sikit pun untuk dia. Takkanlah nak hantar kat office bekas yang dah kena korek!



Pagi semalam, kami bawa Puan N dan suami ke pasar tani. Kat sini, hari Sabtu pagi ada jugak pasar tani. Ingatkan sebesar hari Jumaat ( hari Sabtu baru aje buat sejak last week), tapi sungguh mengecewakan. Sikit sangat2. Kami beli lah serba sedikit ikan2 fresh. Puan N pun nak bawak balik Johor dan maklang pun belikan untuk Wan dan Atok kat JB. Then kami ke pasar Paka. Beli lagi ikan dan bila balik kami lalu jalan pantai, dan nampak pulak ikan fresh. Beli lagi. Bila balik masing2 terperanjat tengok hasil tangkapan yang teramat lah banyak nya...

Sempat bergambar kat tepi sungai kat sangkar ikan..


Just before makan tengahari, Puan N bertolak ke KT pulak. InsyaAllah petang ni akan singgah bermalam di rumah maklang lagi sebelum meneruskan perjalanan pulang melalui KL pula sebelum ke JB.


Seronok bertemu kawan2 lama ni. Moga tali persahabatan kita berpanjangan...Amin....Amin...Amin...:) :) :)


BTW, kalau ada sesiapa nak service rumah, nak cuci, kemas etc..kita dah ada tempat nak mintak servis tu..sila layari blog ini...


http://partimefitrahcleaningservice.blogspot.com/

Moga2 beliau akan berjaya dengan usaha ini...Amin...


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

8 comments:

  1. Wah,kisah sahabat2 lama datang rumah memang lah bestnya , dapat sembang2 dan makan2 lagi lah best .

    Btw, tak sangka pulak Puan H tu kawan sekelas maklang, saya kenal lama dah dia sebab dia baik dengan Che Ngah Kijal tu . What a small world indeed !!

    ReplyDelete
  2. nak doreyan nak doreyan... hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya makanan... mak lang nanti ambik award yek...

    ReplyDelete
  4. Rina:

    Memang kecil dunia ni kan. Puan H dan Puan N memang sekelas ngan maklang sejak dari tingkatan 1 lagi...

    Ustadzah Ngah pun maklang kenal masa pergi kursus haji dan beliau memang mengajar kat pejabat lama Abang saya...

    Zino:

    Jemputlah makan sekali..

    ReplyDelete
  5. mannira:

    Alhamdulillah sempat nak jamu kawan...he..he..

    Terimakaseh kasi award tu..maklang ni tak pandai nak tampal2..anyway, thank you!

    ReplyDelete
  6. Salam kak.. alamak meleleh air liur tengok makanan favourite semua nie.. tapi saya tak pandai masak... Yg paling favourite kerabu jantung pisang... Nak g umah akak la ni berguru masak sedap2.. lah agaknya tu..

    Durian! Best nye!!!!! Kat sini takde peluang la nak makan durian banyak...Mahal.

    ReplyDelete
  7. pesal la saya tak dapat durian lagi ni..?? petang ni nak pi cari la..!!

    thanx maklang pekena roti jala tadi, kenyaannngg..!!

    ReplyDelete
  8. emm sedapnya durian dan manggis ..
    alah maklang ni..buat kita teringat nak balik kampung je ..

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...