Assalamualaikum...
Syukur Alhamdulillah hari ni genaplah 16 tahun umur anakanda sulong maklang. ( along seronok sebab tiap tahun harijadi dia, kami di Terengganu cuti...sempena birthday Sultan Terengganu).Sekejap betul masa berlalu dan pengalaman melahirkan dia masih tersemat dalam hati dan tatkala melihat wajahnya yang pertama memang takkan maklang lupakan..
Moga dia menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.
Kami tak ke mana hari ini sebab malam tadi Atok dan Wan dah belanja makan kat tempat yang kami pergi makan dengan Puan N tempohari. Makanan yang sama jugak cuma tambah beberapa dish lain. Alhamdulillah. Hadiah harijadi dia pun kami dah kasi last week. So, hari ini cuma masak2 biasa aje. Maklang pulak sibuk teramat menjahit sampai sakit dah dada ni. Ialah nak mengejarkan dateline hari Jumaat ni. Itu pun masih 2-3 cushion yang tak siap lagi. InsyaAllah besok petang kena sambung jahit lagi, InsyaAllah.
ada tomyam campur kali ini..oklah
kailan ikan masin
dan siakap steam. sedap jugak.
+++++++++
Sebab dek terlalu sibuk lah siang malam, makanya maklang lama tak updet. Ialah ini pun kena updet sebab takut nanti lupa apa yang dah berlaku. Mana tau bila anak2 besar nanti, boleh jugak mereka membaca catatan ibu mereka, InsyaAllah...
Last wiken, maklang sibuk jahit beg. RE, masak, dan entah apa2 lagi. Sempat jugak mengajar kawan2 maklang menjahit baju gown macam Maya tu. Happy mereka. InsyaAllah lepas ni tak ada masalah nak buat baju anak2 lagi. ALhamdulillahdapat jugak menyampaikan sedikit ilmu. Saje suka2 ajar sebab suka tengok orang tahu jahit dan dapat belajar dari kita.
dapat jahit 2 of these bags. yang satu lagi tak sempat ambik gambar sebab masa bagi kat tuan dia, camera pergi ke dusun durian.
Ini buah cempedak sulong dari belakang rumah. Atok suruh turunkan buahnya sebab takut ditebuk tupai. Isinya sedikit sangat! Tapi manis dan tebal. Syukur Allah beri rezeki cempedak berbuah..
Pagi Jumaat tu kami bakar 3 ekor ayam. Ada beberapa potong dapat pergi kat rumah kawan. Harap dia suka. Along yang buat semuanya.
Ini lunch hari Jumaat. Menyelerakan sungguh!
Masa maklang keluar waktu hantar ayam kat rumah kawan tu, datang pulak celeb kita hantar 2 jenis kerabu. As usual lah menjilat jari! He..he...Thanks kak, tak sempat jumpa akak tengahari tu...
Ini sejenis lagi kerabu sedap kak liza.
Penuhlah meja makan kami tengahri tu. Dengan lala lagi...so, keje nya dok meratah ajelaa...
Lepas asar, semuanya ke dusun Pak Azam lagi. Wan yang nak makan kat dusun. Maklang dan Angah tak join. Lepas kena sakit perut makan durian kat opis, rasa serik pulak nak makan. he..he.. Kami ke MM. Ada date dengan kawan. Sempat lah berbual kejap kat parking lot kat MM tu. Dia pun baru aje pulang dari Kuantan.
Ini dekat sungai. Wan kata airnya jernih sekali. Wan kata teringat dia masa maklang kecik2 dulu kat kebun atok kat Gelang Patah, ada sungai yang air nya jernih sekali. Tiap kali ke situ mesti kami mesti nak masuk main air kat sungai tu. Sejuk dan jernih airnya. Kenangan manis semuanya tu...best..
Pak Azam bawak semuanya ke dusunnya yang lain. Bukan yang maklang pergi hari tu. Wan kata durian kali ini tak berapa sedap.
Lepas dah makan, dapat pulak bawak balik durian dan rambutan. Moga rezeki Pak Azam murah sebab belanja kami semua buah2an...Amin..
Hari Sabtu pulak, pagi2 maklang dah masak ni.
ini mee rebus maklang buat lagi. Along kata dah 3 minggu berturut makan mee rebus. Abang suka sangat. Tu yang buat lagi. Minggu lepas masa buat, maklang tak sempat makan sebab yang dibawa ke Kuantan tu maklang takut pulak tak cukup!
Petang, it was Sushi time. Along and Angah yang buat. Tak sedar pun sebab masa tu maklang tengah sibuk ajar kawan2 menjahit kat bilik jahit. Dari jam 3-7:30pm. Dapat siap sorang satu gown. Pulang tersenyum mereka semua!
Sebab Angah tahu wan suka ni, Angah pun buat cream caramel pagi Sabtu tu. Kali ini untuk caramel dia kami buat gula hangus dan campur dengan sasparila. Sedap jugak jadiknya...he..he..
Dan ini pulak serawa durian yang Wan buatkan untuk Maya...
Sekian buat kali ini, catatan dari Teratak Maklang. Harap tak ada yang bosan. Maklang tak sempat nak merepek panjang sebab kesibukan yang tak terbendung ini...Ada masa, kita jumpa lagi, InsyaAllah...Sementara tu, Selamat berIsrak Mikraj...tak lewat kan lagi nak ucapkan...:)
Take care
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam..
ReplyDeletebestnya dapat pergi kebun yang ada sungai tu..
sedap betul nampak masakan maklang..
Salam kak,
ReplyDeletenampak je sedap...rasa belum tentu lagi..he..he..
kalau akak dah rasa and sedap, confidentla sikit, maklum ler..chef tersohor...he..he..maklang chef tersahur je..he..he..
adoishhh...telan air liur lg,uhuks'.kalu sy nandong lg pasnie,sy nak duk menyewa dkt ngan umah maklang lah..hehe :)..ari2 wat muka tebal gi umah maklang..haha.
ReplyDeletesemoga Along berjaya dunia akhirat...beg tali oren tu cantiklah combination dia.
maklang pun jaga kesihatan dlm dok sibuk2 tu ye..take care.
Hari ini penulis dan pemilik blog mencatatkan peristiwa yang berlaku. Dan, untuk masa hadapan generasi akan datang akan membaca kembali catatan itu. Pasti itulah sejarah yang dirakam.
ReplyDeleteHappy 16th birthday Dhirah maklang cempedak dan durian mengoda lah ada lebih hantar sikit ye?
ReplyDeletePagi2 lagi dah terliur tengok pelbagai makanan terpapar kat sini:)
ReplyDeleteHappy Birthday Along !!
Selamat Hari Jadi Along.
ReplyDeleteTulip:
ReplyDeletekalau duduk sebelah rumah, Insyaallah boleh ngendeng..kalau mintak pun, maklang boleh maklang masakkan, IsnyaAllah...he..he..
Kadang bila sibuk ni, lupa pulak nak menjaga kesihatan...terlalu asyik..he..he...
Abang Long:
Tujuannya begitulaa...boleh jadi bacaan anak cucu di masa depan..nak buat biography tak tau pulak..he..he..
Selamat Hari Lahir Along..
ReplyDeletewah banyaknya gambar makanan..mesti sedap tu kan..mokcik pun terliur menengoknya huhuhu especially ayam panggang itteww...ayooo..terus lapor katanya..
happy birthday along...semoga sentiasa di rahmati, panjang umur and murah rezeki selalu...
ReplyDeleteAmboi, ari mula maklang cite pasal makan...telan air liur
ReplyDeletebestnya dusun durian dengan anak sungai jernih airnya.
ReplyDeletemudah-mudahan semuanya dimurahkan rezeki.
happy bithday to along, moga berjaya dunia kahirat.
macam ada typo error tu maklang, akhirat jadi kahirat, he, he.
ReplyDeleteHappy Birthday Along..semoga sentiasa sihat, bahagia dan berjaya.
ReplyDeleteAlong bakar ayam? Pandainya..nampak so delicious..
hepi besday along!! moga berjaya dunia akhirat..!!
ReplyDeletewaahhh dasat2 food kat entry ni. thanx for the ayam panggang, thanx for the bag..!! moga sentiasa murah rezeki..
waahhh along-san & angah-san udah pandai bikin itu sushi.. apsal sifu-san ni tak dapat rasa ek? dapur lama tak berasap ni.. nak puasa ni kena la asap2 kan..
kak L:
ReplyDeleteThanks...durian dan cempedak adalah sikit, nak makan jemputlah kemari...
Rina:
Kalau terliur, ada rezeki, kita makan2 laa...
Thanks for the wishes!
mokcik azwa:
ReplyDeleteKalau lapar kena pegi makan tu...kang sakit perut pulak!
Pakman:
Terimakaseh..
Happy besday along
ReplyDeleteLamanya takmai sini....Dah 16 ALong ya.. Happy belated birthday...semuga berjaya hidup dunia akhirat.....
ReplyDeleteamboi... banyaknya mkananna...laparrrrr
kenapa komen cikMilah tak keluar ekkkk?
ReplyDeleteSalam dari gerau untuk mak lang. Wah, ada sushi gitu. Gerau sukak. Buat sendiri? Gerau pernah cuba tapi masa gulung tu semua terbarai.
ReplyDeleteHappy Birthday Dira.. dah besar dah Along ni kan.. dah pandai masak pulak tu..
ReplyDeletesenang lah maklang
alahai.. laparnya peruttt... :)
happy birthday along...best kalau hari2 besday dapat makan sedap..hehehe...siapa dari gelang patah maklang?
ReplyDeleteSalam hormat wahai Maklang.
ReplyDeleteSaya nak isytiharkan Blog Maklang sebagai blog 'MELELEH.'
Tapi bulan puasa ada gambar makanan juga ke ?
Hahahahahaa ......
Kamato:
ReplyDeleteEnjoylah the gambar..maklang nak jemput makan pun, kamato jauh bebor!
zany:
Terimakaseh doakan kami...Amin sama2 ye...
Kami tak ada dusun durian, jadiknya menumpana ajelaa...syukur..
mamasita:
ReplyDeleteAlhamdulillah dah boleh harap dah anak dara maklang tu...
Terimakaseh ucapan harijadi:)
Mulan san:
Sifu san tak dapat itu sushi sebab buatnya dah lewat malam. Besoknya, dia bawak pi sekolah..selamat san..he..he..
Sama2 untuk ayam dan beg...Hentam2 aje..keje ari jumaatlah tu...
Ajzie:
ReplyDeleteTQ
Cik Milah:
Terimakaseh ucapan harijadi..
Agaknya lama tak datang tu komen payah nak keluar..he..he..
Sebenarnya maklang tak bukak langsung blog ni sampai ke lewat malam hari Khamis tu...tu pun nasib baik bukak..kalau tidak entah2 sampai ari ni tak tengok2..he...he..
geraugebang:
ReplyDeleteAgaknya nasi tu kering sangat kot sebab tu berderai..he..he..maklang pun tak pandai buat sebenarnya..anak maklang yang buat..:)
Neeza:
Kalau Neeza datang ari tu, agaknya berayam bakar lagilah kita...tapi malangnya tak ada rezeki ye untuk kita jumpa kali ini...:(
Kak Ina:
ReplyDeleteTak boleh makan sedap tiap2 ari...habislah kembang payung kan badan2 yang dah memang kembang ni...he..he...
Kat Gelang Patah tu cuma ada kebun aje...
Abang Long:
Salam hormat jugak untuk Abang long..
Harapnya projek terbaru tu membuah kan hasil yang lumayan ye..InsyaAllah...
Blog Meleleh? he..he..Nanti kalau rajin dan sempat, bulan puasalah yang akan ada juadah yang entah apa2..ikut selera suami tercinta dan anak2 lah...