Assalamualaikum...
Terasa nak updet pulak ari ni. Mata ni rasa cam dah separuh lelap. Ingat nak urut badan dengan Cik Yah pun tak jadi. Baru aje call Kak Yah nak kensel sebab dah ngantuk sangat. Penat buat apa tak tahu. Kat ofis tak busy langsung dengan perojek office. Ramai yang idling. Maklang sibuk dengan kerja sendiri.
Tengahari tadi selain ada ayam masak lemak cili api yang maklang masak pagi tadi b4 ke pejabat,
ada jugak gulai ikan kering berterung dari celeb kita. Thank you kak..mak and abah really enjoyed the lauk..sedaaaap...
Tadi petang kami ada durian feast. Lupa nak bawak camera. Nanti bila dah ada kat Folder office boleh maklang copy paste kat sini. Sebab banyak durian tak abis, maklang bawak balik sikit. Ada kot 3-4 biji. Hajat hati nak buat gulai tempoyak. So, balik ofis tadi kami singgah kat pasar malam beli daun kunyit dan serai, ternampak pulak petai, beli 3 papan. Sampai aje rumah, maklang terus aje mayang segala bahan nak masukkan dalam gulai, sambil ditolong oleh bibik. Bahan2 lain ambik kat pokok belakang rumah. He..he...baru aje abang kata sedap. Hilang sikit penat buat gulai tu..Alhamdulillah. Abang memang suka gulai tempoyak ni. Maklang suka buat aje...ada kureng sikit gulai2 tempoyak ni sebab dia kaw sangat. Sikit2 bolehlaa...( mak Ngah nak tak???)
Seperiuk besar maklang buat gulai ni. Besok, InsyaAllah boleh bawak ke ofis. Kawan2 memang suka gulai tempoyak ni...
Oklah ni nak cerita pasal wiken lepas je...Cerita bergambar lagi...
Alhamdulillah maklang dah siapkan sehelai apron ni. Ada selai lagi nak kena jait. Bila dah selesai jait yang ini barulah tuan punya kata nak se lagi...
Lepas tu, bila Abang balik dari pasar, kami cuba buat ikan masak asam bakar. Teringat masa makan kat jeti tempohari. Along yang tumis rempah. Kena practice masak ni...He..he...berhasil. Cuma mungkin ikan tu tak berapa sesuai untuk bakar sebab isi tebal sangat and rempah tak masuk dalam.
Kami jugak buat kangkung celur berkuah daging. Sedap. Anak2 makan daging aje...Sampai dua kali lah gorenglaa...
Malam pulak ada makan kat Awana Kijal. Malam amal dianjurkan oleh PIBG sekolah Along untuk nak mengutip dana..
sedap2 makanan dia cuma kurang cukup aje...Abang saje je 2-3 kali tanya kalau ada tambah lagi tak makanan yang dihidangkan. Gelihati tengokkan dia.
Ini persembahan kuda kepang. Memang bagus persembahan oleh pelajar2 ni. Professional sangat nampaknya..Rasanya dapat johan peringkat negeri kot. Ke peringkat kebangsaan , maklang tak ingat laa...
Hari Sabtu pulak ada kelas RE lagi. Memang mereka ber3 ni bersemangat betul!
Sekian buat kali ini...gambar2 umrah tak upload lagi. Nantilah bila rasa nak upload. Tak jumpa lagi gambar kat dalam AlHaram berlatar belakangkan Kaabah. Ada kat laptop abah yang lama yang dah beri kat Along tu.
Hari ini Along tengah seronok tu sebab dapat hadiah besdey dia. Benda yang dia dok idam2kan tu, akhirnya tiba tengahari tadi. Bila nampak aje...terlompat3 sampai bergegar rumah. Hadiah cepat dapat..besday nanti hari Senin. Harap anak mak boleh lah belajar rajin2 lagi eh...mak dan abah doakan anak sulong kesayangan kami ni berjaya dunia dan akhirat...Amin...
Salam persahabatan Dari...
f
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Mak Lang,
ReplyDeleteCantik apron tu...boleh tak nak tempah? Hepi besday to along. Pandai2lah guna laptop, jgn sampai mengabaikan pelajaran. Perut dah kenyang ni tapi terliur tgk gulai tempoyak Mak Lang!
Ummu Adam:
ReplyDeleteAlong tak dapat hadiah laptop. Tu laptop lama Abah dia..he.he..hadiah lainlaa..he..he..
Gulai tempoyak tu buat banyak sebab kawan2 office dok sebut semalam...Kesian pulak, tu buat banyak sekali dan akan bawak ke office pagi ni..Biar mereka jamu gulai pulak...maklang tak suka sangat gulai tempoyak cuma suka masak aje...he..he..
dah lama tak mkn lemak cili padi,kandaku x mkn podeh.maklangg...nak gulai tempoyak tu!!hehe tp takmo petai lah..huhu.sy kalu dpt apron camtu,gantung jer ler..syg nak guna :)
ReplyDeletewahh...along dpt ke dslr idaman dia tu maklang?
Happy besday kat along...aper la agaknya hadiah tu ek sampai melompat2 tu hehehe..
ReplyDeletegulai tu memang nampak sedap...alahai terliur pulak pepagi ni hehehe
Salam..
ReplyDeletewahh..gulai ikan kering tu pun nak enterprem kat blog makalng..
Apron tu mmg nampak cantik la...
tapi kakliza terlioq itu gulai daun2 tempoyak tu...
tulip:
ReplyDeletenak makan gulai tempoyak, meh sini...
biasanya maklang tak letak potai, tapi masa kat pasar malam nampak pulak, beli 3 papan RM3.00! Wan dan Atok suka, so, masuk ajelaa...tak pedas mana pun gulai tu sebab dah campur dengan durian! :)
dslr tu dapat lah kalau apa yang mak dia nak dia dapat masa SPM nanti...InsyaAllah...doakan dia berjaya.. ye..
Mokcik Azwa:
Gegaran lompatan Along terasa sampai ke sana ke? He..he...lama dah dia kenen nak kan benda tu...kesian pulak...so, lepas ni poket mak dia kontanglaa...
Kalau dokek , boleh yo maklang pi hantar kan ke sana..:)
kak liza:
ReplyDeleteni tengah carik masa nak siapkan selai lagi..harap2 wiken ni free...project tu nampak menjadi...insyaAllah...jadiknya banyak kerja lagilah lepas ni..Thanks kak for the BIG help! Kami bersyukur!
Gulai tempoyak kena next trip...dah tinggal senonet dah...
kalo g blog maklang ni kan.. sure akan lapar lepas tu.. ehehe...
ReplyDeleteTini:
ReplyDeletesori tini, maklang buat tini lapar..maklang pulak kalau masuk 'rumah' tini..pasti droolong kat those pretty things..bila nak pandai jahit macam tini!
Ummu Adam:
Sori maklang tak jawab pasal apron, tak perasan! Kalau nak tempah boleh. Harga tengok pada bahan. Kalau nak tinggallah msg kat bilik jahit tu...
pose ni maklang... lapar... meleleh air liur tengok sumer makanan tu. dengar durian lagi ler..
ReplyDeletemacam mana nak masak gulai tempoyak tu? CM pernah makan tahun 90an dulu, semasa ziarah rumah kawan dinegeri9. Best.... tapi tak tau nak buat! bahan yang dia buat gulai pun tak tahu! hu..hu..
ReplyDeleteDulu masa mak saya sihat dia selalu masak gulai tempoyak macam yang maklang masak ni tapi dalam rumah ni saya sorang je yang makan , so memang dah berkurun lah tak makan ..yummyyyyyyy :)
ReplyDeleteSalam Mak Lang,
ReplyDeleteOoh, terliurlah pulak tengok lauk-lauk tu. Lapar jadinya ...
Sihat walafiat hendaknya Mak Lang sekeluarga.
mulan:
ReplyDeletejangan meleleh banyak air liur tu...kang kotor baju..he..he..
cikgu math:
Ada kot resepi kat blog masak tu, kalau tak ada kasi tau, nanti maklang tulis kan
rina:
ReplyDeletegulai tempoyak tu, paklang aje yang suka sangat. maklang dan anak2 kureng. tapi atok dan wan suka!
BR:
Lamanya tak nampak.
Alhamdulillah..maklang sihat!:)