Assalamualaikum...
Salam pagi Jumaat...
Macam seme dah tahu...maklang dan paklang dah boleh senyum dah...rasanya satu batu besar dah diangkat dari bahu kami... Amin atas berkat doa seme teman2, Allah dah pun kabulkan apa jua permintaan kami... Especially to those who called maklang like Mak Teh Izzah, Mulan, Rina, Ummi, OO, and those who texted me like Cik Milah...thanks for the words of comfort. To PP...your comment was the first one that made me smile yesterday..betul tau...he..he...but the to the rest special thanks for being there...A friend in need is a friend indeed....thanks......And to Atok and Wan....our very2 special thanks for the solat hajat and Busu and Alang for your support all the way...(- Busu apa2 yang dah kena stop tu dah boleh proceed...he..he..buat ari ni eh...)May Allah bless all of you with good things in life and hereafter...Amin...
( Buat masa ni tak sempat nak komen seme...nak pi pasar jap..balik kang sambung komen...he..he..)
++++++++++++++++
Banyak sebab mengapa maklang bersedih sangat. Antaranya ialah nanti bila jauh, kesian kat suami tercinta tu sorang2 kat sana. Paklang memang tersangat rapat dengan anak2 ( and of cozlah isteri dia ni..he..he..), akan kesunyian. Memang dia akan mati kutu kalau budak2 ni tak ada. Memang kalau ada masa lapang kerja dia mengusik aje budak2 ni. Nak2 no.4 tu... Semalam dia dok takut2kan bujang sorang tu sampai melalak budak tu...Tapi kalau kita yang usik, dia tak kasi pulak...Lagi satu sebab...manalah nak makan...memanglah nanti banyak tempat nak makan, tapi of coz tak sama dengan makan kat rumah. Sebab tu maklang selalu masak, dia kata dah muak makan kat luar masa bujang..nasib baik tak muak masakan isteri!:)Nanti pulak setiap hujung minggu kena travel pergi balik. Pada maklang biarlah pendapatan tak banyak mana, asalkan kami berkumpul setempat...
Itu hal paklang, kalau maklang pulak, dengan pinggang yang dah tak berapa kuat ni nanti, agak payah nak melakukan kerja2 dengan cepat or driving in and out antar anak2 sekolah and also nak pergi ke KL driving on my own. Kalau 8 tahun dulu, masa kami duduk berjauhan tu, memanglah rasa pedih, tapi at least masa tu taklah kena sakit macam ni. Sekarang ni pun kalau malam selalu kena cramp. Tak tahu kenapa. Kejang aje, dan Paklang lah yang tolong urut2kan kaki ni sampai OK. Kalau tak, kenalah bujang yang buatkan nanti. Tapi masalahnya, bujang kalau dah tidur, nak kejut dia...Allahuakbar...payah betul...Mau maklang meraung sensorang, tengah2 malam tu... ( Maklang ni harap aje badan besar, tapi tak se tough ummi yang comel lote and Rina yang sentiasa bersemangat tu..)
Tapi yang benarnya...rindu wei...lebihkurang macam Neeza komen tulaa...tau2 sob sob aje tengah malam.... tu on my side...
Paklang pulak kata dia, tak ada kawan nak gaduh...baru sat ni bising dah...cepat ler...kata nak pi pasar 7:30..ni dah kol 8! saje je nak buat bising. Dia kata kalau tak otak tak kembang...sensorang lah katakan...
Oklah so much about that, kang ada yang menyampah pulak baca...
++++++++++
The pass two days, dalam pada maklang bersedih, sempat jugak maklang buat benda2 ni. Memang kena buat benda untuk nak menghilang kan rasa gundah gulana itu. Menjahit lah apalagi. Sempatlah siap 1-2 jahitan. Memang concentrate abis...

Ni Yana punya..InsyaAllah by this wiken ni maklang akan jahitkan jadik beg

Blur pulak gambar ni. Ini mak enon kat Singapore punya. Dia order sejak dari sebelum Raya puasa ari tu. Start nya dah lama, tapi tak siap2..Ni pun still in progress. Memang mak enon tak baca blog ni. Tapi mungkin anak sedara dia kat Kemaman baca kot. Nanti dah siap, maklang akan kirimkan ke Zarina kat Kemaman, InsyaAllah...

Yang ini Aishah punya. Itulah kalau tengah susah hati, banyak jugak dapat siap...tak mo pikir problem, so buat kerja lain betul2..nilah hikmahnya. Aishah nak balik 17.1 ni ke France. Ingat nak buatkan sambal kacang bilis jugak untuk dia...InsyaAllah..

Yang ini pulak nak dijadikan contoh untuk kelas maklang nak ajar petang ni. Patutnya pagi besok baru start, tapi sorang student ni tak boleh make it tomoro sebab ada kursus, so maklang buatkan khas untuk dia petang ni. Tak apalah sacrifice masa sikit untuk student...moga2 diberkati Allah..Lagipun kesian dah lama dia nak blajar..excited betu... Mulan and Asiah sekarang entah takat mana RE mereka...Ke simpan dalam kotak jer cik adek oi....:)
Kalau ada yang nak join, masih ada tempat kosong. Fee semua ada kami letakkan kat blog
Ribbon Chanteq. Kalau nak join, telefon aja kami...
++++++++++++++++
Dalam pada bersedih tu, sempat jugak maklang mengekor paklang ke kebun getah yang nak di tanam semula. The ride to the kebun was like riding a rollercoaster. Almost all the way into the kebun, I covered my ears with my hands and closed my ears...Berdebak debuk jantung sebab ngerinya jalan atas jalan yang tak rata...Really bumpy you...mana tak nya, naik kereta2, bukan 4 wd. Takut...the car was on gear 2 sebab takut tayar tak cengkam and akan lekat dalam lumpur. Maya was enjoying sebab dia sukalah terhenjut2 tu. My time was over. Dah tua2 ni nak naik rollercoaster tu rasanya dah seram sejuk. Jangan masa budak2 dulu, pantang ada ride, mesti nak naik! ...he...he...taulah sekarang ni dah tak boleh buat camtu sangat...Ingat pinggang tu...

Ni mentari petang..dah diufuk nya...waktu tu dah 6 lebih...cantek pemandangan. Batasan yang ada plastik tu apek yang jaga kebun tu tanam pokok ada. Entah ada 200o batang pokok lada. Pokok getah masih kecik2 lagi. Lagi 4-5 tahunlah kot baru boleh menoreh...masa tu harap2 harga getah dah pulih kembali..
Oklah...Doa2lah moga mentari tetap bersinar untuk hari2 mendatang...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...