Saturday, January 3, 2009

Sessi Persekolahan 2009 sudah tiba..

Assalamualaikum...




Hujan masih mencurah2 lagi kat luar tu....dah 3 hari berturut2 hujan. Yang seronoknya kena pulak waktu wiken...memang liatlah nak bangun pagi2 tu...sedap dengar rintik2 hujan..Tapi liat macamana pun kena jugak bangun sebab samping sekolah agama Hakim masih tak berjahit...







Lepas aje buat breakfast dan masak untuk makan tengahari..( kena masak tiap hari sekarang sebab Cik Abang asik complaint sebab tak berkenan dengan bibik punya taste!), maklang terus aje masuk bilik jahit. Alhamdulillah by 12:30pm siap lah 2 helai samping Hakim. Patutnya lebih awal dah siap tapi disebab kan masa nak pakai tu macam sempit aje...maklang terpaksa bukak balik kain tu and jahit semula. Leceh betul..





Tengahari tadi, kami ke Chukai. Terkopak beg duit...tau2 ajelah bila dah lama tak bershopping untuk barang2 dapur ni...banyak lah kena hangkut...dari barangan bilik air, ke sabun cuci kereta, semuanya kena beli..frozen food pun kena hangkut. Senang nak buat bekal untuk anak2 nanti...Sekarang ni barang makanan memang lah mahal ya amat...



Balik dari Chukai, maklang singgah beli lemang. Masa tu perut tengah lapar betul! So, singgah beli lemang sebab teringat ada rendang dalam fridge. Beli jugak biskut gulung dan jugak jeruk anggur dan jeruk mempelam. Teringin pulak nak makan benda tu...Lama tak makan...Sesampai aje ke rumah makanlah lemang and jugak sedikit nasi berlaukkan ikan kembong goreng berlada dengan sayur bende rebus. Sedapnya...sebab perut lapar nya...


+++++++++++++





Petang tadi dapat jugak maklang siapkan satu lagi Ribbon embroidery untuk nak buat beg kawan maklang kat JB. Ada 1 lagi tak siap. Nanti kalau semuanya dah siap, barulah di poskan.






Ini bunga yang maklang dok buat siang tadi...Alhamdulillah dah nak siap jadik beg dah...Lega...ada jugak yang menjadi, walaupun bunga nya pattern lama...













Yang ini lama dah terbengkalai. Kawan maklang tempah untuk nak dibuatkan jadik kusyen. Masih ada satu lagi belum siap. Yang ini pun kena nak letak manik2 ni dulu, baru jahit jadi kusyen,


Masa maklang sibuk2 buat embroidery tu, Paklang pulak sibuk gantung gambar kat ruang tamu....Seronok sangat dia bila tengok gambar tu dah tergantung. Dia beli masa kami ke Langkawi last month. Maklang tak sempat lagi nak tengok gambar tu..ni pun masa nak load gambar embroidery maklang, ada pulak benda tu kat phone Paklang. Tengok lah besok pagi baru maklang tengok...







+++++++++++


Anak2 semenya excited nak ke sekolah. Beg2 sekolah serta kasut semenya dah tersusun kat depan pintu bawah.




Besok pagi anak no. 1-3 akan ke sekolah macam biasa dihantar oleh Abah mereka. Maya masih kat sekolah rendah and Angah akan memulakan sessi 2009 kat sekolah menengah. seronok sangat dia nak masuk menengah. Along dia siap dah kasi warning supaya jangan buat hal. Maklumlah Kakak dia pengawas and tak mau lah adek dia buat kecoh! Kena warning siang2 sebab Angah ni memang terkenal pasal bising dia...Hakim pulak tahun ini sessi petang. Pagi besok dia akan ke tabilas. Kami akan hantar dia sebelum kami ke pejabat. Pulangnya pulak akan dijemput oleh Aunty Mulan. Terimakaseh banyak2 kerana sudi nak tumpang kan Hakim...


Waktu ni, anak2 seme dah kena paksa tido dah..kalau tak, takut besok liat nak bangun...


Mak dan Abah doakan moga2 tahun ini akan membawa kejayaan buat anak2 mak yang tersayang...

Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

9 comments:

  1. Bagus betul anak-anak Maklang bersemangat nak ke sekolah sampai semua dah siap depan pintu. Teringat zaman-zaman dulu.

    ReplyDelete
  2. kak chik:

    tak tahulah tu sampai bila semangat tu ada...jangan tahan 2-3 hari aje dah...

    ReplyDelete
  3. anak2 neeza pun excited nak sekolah semalam.. padahal cuti semester je.. bukan baru nak start sekolah. Tapi, susun beg dan kasut cam tu la..

    hehee.. kesian paklang tak suka masakan bibik.. shahril dulu pun cam tu (masa kat malaysia). bila bibik masak, mesti dia kurang sangat makan.. kat sini neeza yang masak.. tak bagi bibik masak.. kecuali kalau goreng ikan je..

    ReplyDelete
  4. neeza:

    selalunya maklang yang masak, tapi sejakbalik dari KL ni terasa lah penatnya sangat...tu yang handover kerja kat dapur tu handover kejap kat bibik...

    InsyaAllah sessi sekolah bermula ni, tugas masak memasak ni...kenalah maklang buat sendiri...baru suami dan anak2 puas hati!

    ReplyDelete
  5. mak lang

    anak dara zar tu pun bersemangat tu.. macamlah kita tak tahu... semangat nak jumpa kengkawan.. hehhehe

    ReplyDelete
  6. zar:
    kalau semangat sampai akhir tahun macam ni kan ke bagus...ni entah2 seminggu lepas tu liat nak bangun pagi...he..he...

    tengokkan ujan kat luar tu..maklang pun rasa malas aje nak pi opis!

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Mimi pun dah start sekolah walaupun hujan pagi tadi , tinggallah mama dia kat rumah, merayau sampai tengahari , petang baru masak untuk makan malam :)

    ReplyDelete
  8. Selamat ke sekolah untuk anak2 maklang semoga berjaya dlm pelajaran.

    ReplyDelete
  9. rina:

    Wah...seronok lah berjalan2 carik apa agaknya ye...maklang tak sempat nak ke mana2..alangkah seronoknya kalau tak kerja...hu..hu...

    Kak Elle:

    Thank you...

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...