Assalamualaikum...
Hari ini...kami seme dilanda mengantuk. Nasib baik kat pejabat tak mengantuk! Entah kenapa. Agaknya sebab cuaca dah semakin panas di sini. Matahari sudah mulai terik tetapi angin sepoi bahasa bertiup membawa kedinginan yang sampai menusuk ke tulang! Teringat masa musim bunga masa belajar dulu... Memang keadaannya begini... In fact, nak bukak aircond pun tak tertahan rasanya. Kejap2 maklang offkan aircond kat bilik maklang..
Ngantuk yang paling teruk melanda Along laa. Masa maklang balik tadi, dia dok kata mata dia tak boleh dibuka langsung! Agaknya sebab dia dok makan ubat tahan muntah. Dah 2 hari dia kena muntah dan buang air. Entah apa yang dia salah makan. Orang lain tak pulak kena. Nasib baik. Semalam bibik buatkan dia bubur ayam. Tapi makan jugak ayam celup tepung cicah lemon sauce. Sedap aje nampak. Yang herannya, sakit nya malam dan pagi aje, tengahari oklah pulak. 2 hari dia tak ke sekolah. Hari ni dia kata tak boleh jadik ni, kena jugak ke sekolah. Nasib baik tak apa2...Syukur.
Maklang pun sama, bila waktu2 8 lebih ni mengantuk betul. Kalau tidur awal sangat nanti tengah2 malam pasti terjaga. So, baiklah buat kerja2 apa yang patut dulu. Malam ni pun memang banyak kerja. Kena siapkan seme barang untuk kelas kat KL dan juga sedikit jahitan. Cik Abang tengah ajar Along buat Math. Kalau tak lepas kang, kami bincang bersama lah...pastu dok compete siapa boleh dapat jawapan yang betul. Elok jugak nak asah ingatan yang makin pudar!
Anak2 yang lain pun tengah sibuk dengan kerja masing2. Maya dan Hakim tak berapa ada kerja rumah sebab sedang periksa sekarang. Angah pulak macam frust aje sebab kena masuk sains rumahtangga...boring kata dia, macam perempuan! Tu yang dia sibuk tanya macam mana nak pasang benang kat mesin. Kena jahit skirt kata dia...InsyaAllah part ni mak dia boleh guide..
Takat sini dulu buat hari ini. Mungkin tak updet dah sampai lepas Raya Cina kot. Tak sabar nak ke KL, ada banyak temu janji dengan kawan2 rapat se kolej dulu...lama nya tak jumpa some of them. Alhamdulillah ada rezeki nak bertemu lagi...Nak pergi makan2 then kami nak berstitching pulak..InsyaAllah seronok!
Selamat bercuti semua...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pelbagai sebab boleh mengantuk. Tapi, pendapat yang paling best untuk menghilangkan mengantuk ialah - ambil bantal dan tidur. Selesai masalah.
ReplyDeleteabang long:
ReplyDeletebetul...selesai masalah kalau ambik bantal dan tidur. kalau boleh terus tidur bolehlah...masalahnya bila dah baring payah pulak nak lelap terus...:)
Selamat Hari Raya Maklang. Kalau ada ampau emailkan lah!
ReplyDeletenampaknya lebih kerap turun Kl ni..
ReplyDeleteMcBudu:
ReplyDeleteTq sudi singgah sini...
Nak email gambar angpau boleh laa..he..he..siapalah nak kasi kita ek?
Zino:
Kalau kerja lagi kerap...ni dah dekat sebulan dah tak kesana bercuti..hasrat hati nak ke KB, tapi tak ada tempat tinggallah pulak..otel seme mahal2..nak ambik yang murah tak ada..so, tukar arah laa...
amboooiii dah ada ghumah kat kl tu, asyik2 pi kl yaaa..!!! ooohh dah tinggal2 kan orang kat kerteh yaaa..!!! kita puunnn nak pi kl jugak, selepas 2 bulan tersadai di sini.. have fun & enjoooyyy..!!
ReplyDeleteingat kan kaw tepeng yg panas...kami pon kat sini mata asyik nampak bantal jugak...huhuhuuuu
ReplyDeletesian dhirah.. NAnti tolong asingkan baju pipa yang tertinggal kat condotu.. Kalau sempat after balik Kuantan say gi ambik atau datanglah rumah hantar laagi bagus..
ReplyDeletemak teh
Mulan:
ReplyDeleteKalau nak mai jomlaa...kita pi swim2 kat bawah tu..he..he..
you too..enjoy2laa...ptg ni nak pergi dah kan..
take care jangan stresssss..he..he...
Yus:
panas dan sejuk sini...cam kat Lawn dorn...he..he..
dah dapat kerja lom?
Hai maklang,
ReplyDeletechekdee maseh ternanti gak beg yang chekdee pesan tu....kalau maklang dah siap....emailkan untuk pengetahuan chekdee di titiancahaya2000@yahoo.com
hee.hee...mak teh..
ReplyDeletemenjelma kembali..lama tak masuk komen eh...
dah tak bz cam selalu ke?
Baju pipa memang dah asingkan..kalau nak hantar anak2 mandi sungai kat tepi rumah kita tu, hantar laa...mak ngah nak datang rasanya...
lepas mandi sungai kat rumah tu, then kita pi rumah awak pulak eh...makan lauk2 sedap yang awak masak tu...:).thanks for the invitation. Bila free tu agaknya ? kami boleh serang...
Eii...memang la nie waktu malam2 sojuk bebenor lerr...sejuk hingga ke tulang sum sum. yang kelakar tu mandi pasang heater pun still rasa sojuk gak.
ReplyDeletewah..maklang nampaknya tak sabar2 nak bergeder2 sambil berstiching tu...have fun maklang.
kalau mengantuk rest kejap walaupun 10minute bila bangun segar sikit.
ReplyDeleteenjoy your weekend kat KL
Nak bercuti dah... cikgu RE sudah datang, pegang jarum baik-baik ye murid2 di KL ,,, have fun to all of you, kami terperap kat sini , izzat je join motivation camp .
ReplyDeleteAZWA:
ReplyDeletememang lah teramat sejuk walaupun matahari terik kan...kena jaga waktu cam ni ..perubahan cuaca buat badan rasa tak sedap...
Memang tak sabar nak jumpa kawan2 lama..rapat sejak kat Uni dulu..lama tu...dah 20+ tahun!
Kak Elle:
Kalau tidur, cadang 10 mins takut melarat jadik 10 jam...ha..ha..
thanks kak..I will enjoy my holidays ni..
Rina:
ReplyDeleteAha..nak cuti dah...tapi dala, cuti nak pi mengajar jugak ni..harap2 berjaya..doakan ye...
tak per terperap, kompol energy, sebulan lagi nak pi jalan2 dah kan..
take care!
Maklang...anak akak dua2 orang demam...musim kot...cuaca kat sini pun dah mula panas...panas terik sgt...
ReplyDeletewah seronok gak dpat mengntuk2 klu waktu sekrg ni tau.ateh kat cni dengn suhu yg negetif ni..tak boleh nak tido lak dah..klu sebelum exam tu beria sangt2 nak tido klu dah habis exam ni selalu sangt tak boleh tido tau..aduh...
ReplyDeletekak anie:
ReplyDeleteye agaknya...musim semua orang tak sihat...
akak sihat tak? harap semenya sihat nanti bila abah mereka dah balik...:)
ateh:
laa...ateh tak leh tido...rugi ateh tau...
tidur itu salah satu nikmat hidup...
nanti balik mesia, tidur puas2 eh...
kalau mengantuk sungguh lah liat nak buat kerja kat office tu...mengira pun lembap jadinya walaupun ada calculator dan guna ms excel - itu mama punya kes la kalau ngantuk.
ReplyDeletehave a safe and fun trip to kl!
Amacam Mak Lang kelas kat KL hari tu? Best dapat down load ilmu pada orang lain kan!
ReplyDeleteMR:
ReplyDeleteThanks...ni dah balik Kerteh dah...Kerja..kerja..and kerja...
TM:
Ikuti kisahnya...kat posting paling akhir..he...he..
memang best dload pada orang and kalau orang yang minat tu..kita pulak rasa seronok sangat...