Sunday, January 4, 2009

Penatnya tak terhingga..

Assalamualaikum...






Hmmm...hari ini kena bangun pagi walaupun malam tadi tidur agak lewat. Macamana tak lewat, dok leka melayan ribbon maklang laa...padan muka. Sekarang ni dah keletihanlah pulak...





Anak2 memang berkobar2 nak ke sekolah. Senang kejut. Sedar dari tidur tadi around 6:15 am and lepas bersiap2 tu, maklang terus aje ke dapur. Since asyik kena complaint aje, makanan tak sedap, maka kenalah maklang bertugas semula. Senang aje, masak ayam kari hari ini. Then buat sambal belacan campur tomato and timun. Arwah MIL panggil pencuk ( Al Fatihah buat MIL. Diam tak diam beberapa hari lagi genaplah 5 tahun pemergian beliau. Moga di rahmati Allah hendaknya..). Then maklang tumis kuah untuk di letakkan kat brocolli dan shitake mushroom. Pesan kat bibik mintak celur aje sayuran tu, tapi bila kami balik lunch, di goreng pulak...hmmm...makan ajelah...Then mintak goreng ikan selar yang maklang beli kat supermarket semalam. Makanan pagi untuk anak2 was nugget ayam and beef. Maklang makan roti ajer...












By 7am gitu, seme nya dah siap. Tengok pengawas berbaju hijau tu excited bebenor! Memang selalu Mayalah yang paling berkobar! Hakim pun sama ari ni , pergi pukol 8, tapi @ 7 dah siap. Harap2 semangat berkekalanlah...




+++++++++





Kat ofis biasa je.. Kerja tak banyak. Hari ini meeting aje waktu pagi. Petang cek drawing pulak. Masih ada sikit lagi tak selesai. Besok akan mulai sibuk semula sebab orang di KL dan kawasan lain yang kami berurusan akan mula kerja lepas cuti yang panjang.


++++++++++


Petang lepas pejabat lepas ambik Maya, kami terus ke MM. Maklang kesian tengok tudung Maya yang berlapuk. Ialah pakai tudung entah tahun bila. Beli kain putih 3.4m @ Rm5.80 kot per meter untuk buat 3 helai tudung dia. Then beli Big Apple. Sesampai rumah tadi konon cariklah baju Maya yang baru buat last year. Hmmm...dah teruk jugak nampaknya. Kesian dia.....Apalagi..misi menjahit pun bermulalah lagi. Maklang gunting kain tudung 3 helai and baju kurung Maya 1. Mula ingat tak cukup kain tadi. Lepas tu bila adjust2 cukup untuk 2. Kain tu pun maklang beli masa nak buat baju Angah dan Hakim. Rasanya memang tak budget untuk Maya. Alhamdulillah cukup.

Dan Alhamdulillah, siap dah tudung Maya 3 helai dan maklang sempat sambung baju kurung Maya sehelai. Ada lagi 1 tak usik lagi sebab baru gunting. Nampak gaya malam ni memang no RE lah for me. Penat sangat dah ni, and mata pun dah layu bebenor..Jangan besok tak boleh angkat mata sudah...

Anyway..ni maklang nak eksen sikit...dapat hadiah dari Shah tadi..seutas gelang dari mutiara yang dia beli kat Sabah masa pulang ke sana tempohari dan jugak jade yang Pakcik dia bawak balik dari China...Alhamdulillah..rezeki jangan di tolak...Thank you Shah and Hidayah...

Tu gambar tulip dah siap dengan manik. Masih satu lagi on the way.











Besok malam kena start RE untuk Yana dan Aishah and prepare the kits untuk yang dah order. Sorrylah, lambat sikit sebab sibuk yang terlalu ni...




Untuk kak Bonda: Sowielaa..I tak sempat nak letak perhiasan kat rumah baru ni...tak reti sebenarnya and tak punya kelapangan lagi...:(

Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

7 comments:

  1. Semangat tengok anak2 Maklang yang dua orang tu tapi nampak macam kakak2 kureng bersemangat sikit, hehehe...

    ReplyDelete
  2. Bukan main excited lagi budak berempat tu ye ... cantik gelang mutiara tu :)

    ReplyDelete
  3. slow & steady, maklang... he he..

    ReplyDelete
  4. kak chik:

    semangat nya harap berkekalanlah hendaknya...

    rina:

    memang cantek gelang tu...ari ni dah pakai yang jade dulu senang main sarong aje.....rezeki...he..he..

    mulan:

    I still owe u and asiah the jarum and pen yer...asik lupa ajer...kena slow2 pikir ni!

    ReplyDelete
  5. Salam Mak Lang

    Loncat dari satu blog ke satu blog, memang sebuk betul persiapan untuk ke sekolah kan. Selamat menjahit Mak Lang.

    ReplyDelete
  6. TM...

    Terimakaseh kerana sudi nak kemari...

    ReplyDelete
  7. maklang.....bila anak2 bersemangat tu, selalunya kerana mereka meihat ibu dan ayah mereka bersemangat!

    credit to maklang dan paklang....sentiasa memberi semangat dan harapan untuk anak2 dan juga teman2 yang mengenali maklang.

    pp

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...