Alhamdulillah...
We had a great great time cuti yang lepas. Maklang lah especially nya...He..he...Syukur..
I am sure anak2 pun..Yang kecik 2 tu asyik berendam dalam pool sampai dah merah and hitam berkilat muka. Kiranya 1 hari tu, 2 kali lah kena masuk pool. Tak puas2 mereka tu. Tak penat agaknya...Lepas dah boring masuk pool, makan. Enjoy makan maggi. Satu hari sampai 2-3 bungkus. Ni yang malas nak beli maggi. Kalau kat rumah memang tak beli maggi. Kalau beli pun 2-3 bulan sekali. Since ni pergi jalan2 , longgarlah sikit peraturan tu..
Cik Abang pun seronok, kemas sana kemas sini. He..he..Dia memang tak boleh tengok sepah. Cam kat hotel ..Tak boleh sepah sikit pun rumah dia. Maklang dah biasa , so buat donno...
Along and Angah enjoy dengan cara masing2. Surprisingly, Angah habis buat homework on the 2nd day of the cuti! Ini satu peningkatan ni..kalau tak tunggu pukul 10 :00mlm nak sekolah tu barulah nak siap, tu pun kalau siap. Along pulak sibuk tengok cerita yang dia bawak dari Kerteh..
++++++++++++++
Kita cerita pasal aktiviti maklang ajelah...kalau ada yang nak baca silakan..kalau tak can skip, tengok gambar ajelah nanti...
Kami tiba KL, jam 1 lebih and terus ke masjid. Cik Abang dan Akim solat Jumaat sementara yg lain tunggulah dalam kereta. Tiba rumah, unpacked the cooked food from home and we had lunch. Lepas tu ada orang datang nak pasang the water heater..Tak tahan mandi air sejuk kat sini. Cam mandi air dari fridge. Selesai seme, kami shop for bekalan makanan untuk beberapa hari kat KL.
Malam, apalagi kalau tak meng'RE'. Maklang siapkan bahan2 untuk kelas the next morning. Teruja betul. Sms pada 3 pelajar maklang, mana tau tak terima map ke apa ..mana pulak kang nak tuju. Kak Nong tak payah map sebab dia duduk building sebelah aje...So, malam tu, segala bag, handouts and kit seme dah siap. Maya rajin tolong. Dia yang seronok sangat.
++++++++++++++
2nd day - Sabtu
Pagi tu, maklang masak breakfast awal. Sebab ayam tak ada, makan makan tengahari tak buatlah lagi. Plan2 mee soup aje. Senang tu...
Pukul 8:50 pagi dapat sms dari Aiina menyatakan ketibaan nya kat pak guard. Maklang turun dengan Maya nak sambut mereka. Kebetulan Kak Nong dan Tulip dah ada bersama. Macam dah kenal aje mereka tu. Kebetulan adek Tulipurple bawak beg RE yang dia tempah dari maklang last year, tu agaknya yang membuat kak Nong tanya if dia nak attend klas jugak...
Cepat betul masa berlalu. Rasanya 4 jam bersama terlalu pendek! Alhamdulilah dapat jugak maklang turunkan serba sedikit ilmu tentang RE ni ..harap2 mereka faham dan ingat segala trick dan carany2...Thanks Kak Nong, Tulipurple dan Aiina for joining the class...And thanks for the gifts too..
Hasil sulaman pelajar2..
Concentrate betul kak Nong tu...Very Therapeutic kata nya...
Cik Abang dah talipon tu...anak2 nangis ke??
The 3 of them...Seronok tu..Entah2 malam lepas tu tak tidur dok memintal riben! he..he..
Dengan hasil tangan masing...Masterpiece mereka!
Kek tu sedap kak Nong...kejap aje dah diselamatkan oleh kami... And the gift from TP tu memang maklang dah nak beli ari tu, tapi tak jadi..macam tau2 ajer..thanks again!
++++++++++++
Lepas mereka pulang, dapur sudah panggil mari. Terus masak mee sup ayam ( Cik Abang hantar ayam semasa kelas sedang berjalan) sebab pastinya bila Cik Abang pulang ( dia keluar dengan Along entah kemana!), perut dah bunyi. Mana tak nya it was already 1 lebih2 masa class habis. Jam 2:30pm kami had lunch.
3:30pm kami keluar ke kedai. Cuma maklang, Along dan of course Cik Abang tukang membawa ke sana ke mari. Hajat nak pi cari paper bags untuk nak bungkus barang. Lagipun ada kawan2 kat sini pesan, tapi malangnya kedai2 dah tutup...hampeh. Terus cari riben. Nasib baik tak tutup lagi. Then hajat hati nak cari buku RE lagi kat Cottage Patch tapi perjalanan kami sia2 aje sebab tutup lagi. Tukar acaralah ke PJ pulak. Kedai buku murah kat Amcorp mall. Hmmm...memang murah. Separuh harga dari kedai buku lain. Mengangkutlah apa lagi! Then on the way balik tu, ternampak pulak kedai yang jual barang 2 Inggeris ni. Maklang kalau ke kedai ni..hmmm..mabuk semacam. Mengangkut lagi. Sikit aje beli pinggan 2-3 biji untuk kat KL since tak ada pinggan besar kat sana.
Balik tu letih pulak rasanya mungkin sebab penuh concentrasi menjahit pagi tadi. Berehat dan melepak aje malam tu. Awal betul ..pukul 9 I dah gone!
+++++++++++++++
Hari Ahad, alang dan anak2, Ucop dan Yasmeen datang. Kami sembang2. Maklang sempat buat rojak India. Kuah dari Kerteh. Yang dah freeze punya. Ada buat 2 weeks back, tapi tak abis! As usual, anak2 yang lain mandi manda lah. Sempat siapkan RE untuk seseorang yang mintak buatkan dia kusyen 20" x 20" , 2 tahun lepas! So, since dah lambat sangat, maka hajat hati nak kasi dia as an anniversary gift which will be in March, InsyaAllah...Yang ke 17 tak silap!
Malam kami hantar Alang dan anak2 balik. Thanks Alang..dah guna pun mangkok tureen yang Alang kasik tu...
+++++++++++++++
Senin.
Jenuh tunggu nak jumpa kengkawan kat Uni ni. Janjinya nak jumpa kat KL. Dekat seminggu dok nak decide nak jumpa kat mana, tapi tak ada decision yang dibuat. Tapi entah something came up, family datang dari kg etc, mereka tak jadi nak meet. Cuma seorang aje yang dapat datang. Ni memang tak kira apa jadi pun pasti dia akan datang... Ha..ha..maklang dah janji nak ajar dia menjahit ler...Seronok sangat dapat belajar tu..dengar2 malam tu tak tidur sebab menjahit...jangan lupa pulak Cik abang sebelah tau....
And thanks for the ole2 dari China tu...Nanti jangan lupa tolong belikan lagi untuk maklang...sepeti yang kita dah bincang ari tu...And thanks for coming to my place. Lain kali datang, anak2 tu mesti bawakkan baju mandi lagi, kalau tak kang jadi macam tu hari lagi Nabil Adam tu...Cian dia....
anak2 kami pos ke swimming pool supaya tak ada gangguan semasa menjahit. Kami tak sempat bergambar pun sebab terlalu asyik menjahit!
++++++++++++
Malam Senin was the night yang maklang tunggu2 sangat. Hmmm...tak sabar nak berjumpa teman2 since 26 years ago..kawan2 masa study dulu. Abang2 and kakak yang rapat dengan maklang. Seronok giler kata orang sekarang...
Kiranya malam tu kami makan besar kat rumah Abang Kuch yang selalu rasa dia hemsem...he..he.. ( tapi kalau tengok memang hemsemlah jugak...he..he..) Kak Ana dan Abang Jim Brown pun ada. Tu yang seronok. The nite was full of fun and laughter. Abang Kuch siap keluar album lama masa kat Uni. Badan semenya macam papan plywood, except for me lah of course! Tapi sekarang cam cengal dah...Tougher ..he..he...
Kutuk mengutuk dah cari perkara biasa. Pecah perut dok ketawa dengan joke selambae mereka. Memang tak ubah langsung dari masa2 dulu. Cuma Cik Abang dan wife Abang Kuch aje yang tak sama Uni, but I guess they blended well with the joke selamba...he..he.. Cik Abang got excited bila Abang Kuch started talking about tanah yang nak di jual and Abang Jim Brown dengan kambing susu dia...Macam2 biznez they all ni...Maklang biznez RE ajer ..he..he...
Anak2 entah berapa kali ajak balik. Kalau boleh nak sembang lama lagi, tapi apakan daya...kami left the place about 1120 pm malam tu...lewat betul tu...and arrived home tired but contented around 11:45pm. What a Chinese New Year Celebration...Thanks Abang Kuch for receiving us...:)
Hmmm...sembang apalah tu...
+++++++++++++++++
Sempena Tahun Baru China, Abang Kuch cat rumah dia dengan dinding merah. Dia kata, kalau Raya and Deepavali and Christmas, the dinding will be painted lain pulak..Yelah tu..he...
Makanan was good. Sedap dimakan...Bolehlah mintak maam Abang Kuch ajar maklang pulak masak lauk2 tu ye...
Hmmm...sembang apalah tu...
+++++++++++++++++
Kami tiba tengahari semalam. Direct flite dari KL jam 11 and tiba Kerteh at 2:30pm. Lengoh pinggang sebab tak berenti rehat! Lepas selesai seme, maklang menjahit yang di bawah. Sempat jugak menyusun bunga dan aleh2 perabut dengan bibik dan anak2. Seronok pulak..
Terblur pulak...Ni nak kena siap ni cepat2 sebab sendiri punya..cuti kejap dari membuat tempahan...no mood meh..
Yang ini sekerat dah siap kat KL. Semalam tampal manik pun dah malas...
+++++++++++++++
Today dah kerja. Pasti banyak yang menunggu...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Amboii tu dia ceritanya...seronok dapat berkumpul ramai2 selepas bertahun2 kan.
ReplyDeleteComelnya hasil RE maklang tu...as usual memang terpikat melihatnya.
salam mak lang..tq for the last RE Class...aina dah update dlm blog hasil jahitan aina..my first RE...seronok la...mak lang comment ckit...
ReplyDeletehah...habis tekun membaca sampai ke bawah...
ReplyDeletefull of activities..
bestnye nampak swimming pool tu..hopefully next time mak lang dtg KL..ada masa free utk bloggers meeting pulak.
ni alang lah..
ReplyDeletebiasalah dah lupa username , password etc..hehe
anyway, thank kaklong for the rojak hindia..kenyang gila. i lupa nak ambik kain nak buat bag hari tu.
tengok bloggers buat RE tu macam cantik aje..rugi i tak join hari tu. ada sorang nurse nak join tapi dia kata dia terpaksa balik kampung, bidan terjun merisik kat kelate. nanti kata nak join next class round.
kat kl ni lengang aje on the way to work this morning tapi bila sampai spital nak jalan pun susah sebab banyaknye manusia!pas tu, ramai indian kat rumah mayat sebab kugan tu nak kluar spital..FRU semua datang.. suspen lak..belakang bilik i nampak semua lah.ada yang teriak 'polis pembunuh' lah macam2 macam nak riot aje. kesian tengok polis2 menggadai nyawa untuk keamanan semua boleh pulak dia kata pembunuh...entahlah...kereta mayat dihurung and di arak mengalahkan agong yang matii..padahal he's a criminal....i dont knowlah..
wah seronok nampak class RE tu cepat juga nak membuat nya ye?
ReplyDeletelagi seronok tengok si Hakim tido tebongkang tu...hehehe
salam,
ReplyDeletefuhhhhh , panjangnya entry, berbaloi baca sebab dah banyak hari maklang tak update...yang best sekali bab jumpa gang lama kat U tu, bilalah I akan dapat jumpa kawan2 lama :(
hakim kira jadi duyung air tawar lah ekk :)
Azwa:
ReplyDeleteJumpa kawan lama memang seronok...sampai hari ni masih rasa seronok dia..he..he..
Apalah sangat hasil kerja tangan maklang...semuanya dari Allah jua!
Aiina:
Maklang pun seronok ajar Aiina dan yang lain2 menjahit...
tu dah komen tu...tahniah..dah pandai dah..
Alang:
ReplyDeleteLama tak nampak kat sini...alam nyata aje nampaknya..he.he..
Tulah orang dah ajak join, tak mau...he..he..tak apa, nanti bila2 I ajar u , Ok...
Ummu Asiah:
Maaflah ari tu masa kat KL, tak call pun. Tertinggal modem kat Kerteh. Tak ada arah nak mencari nombor. Ingat2 dah store dalam fon, tapi rupanya tak...memang tak ada jodoh nak bertemu...
InsyaAllah kalau diizinkan Allah, kita akan bertemu jua...
Kak Elle:
ReplyDeleteKalau bunga simple memang tak lah lama mana. Tapi bab nak matikan jahitan, boleh makan berjam2...depends on how banyak bunga kat depan tulaa...
Hakim dah ngantok sangatlah tu...tak sedar dah...
Rina:
Thanks for reading...
Memang seronok sangat jumpa kawan2 lama...Terkenang waktu2 zaman muda2 dulu...Tu yang dok ketawa2 lagi...memang enjoy betul!
Lebih kurang lah tu...ayer tawar mari..he.he..
Eh...kita bila nak bertemu?
Dah baca dlm blog KakNong pasal kelas ni.. ooooo...bestnya dah berjiran dengan blogger la pulak ya...
ReplyDeleteHappy nya banyak aktiviti:)))Alhamdulillah..
tulipurple masuk belajar RE kat KL ke? syoknya.. bila lah neeza pulak nak join the club kan. tangan ni keras la.. hehehe..
ReplyDeleteseronoknya dapat jumpa balik kawan after 26 years tu. memasing sporting pulak tu.. nampak muda semuanya.. termasuklah maklang.. neeza dah cakap hari tu kan.. ;)
Wah!! Banyak aktiviti maklang cuti ni ye...akak tak kemana2 pun...dok memerap kat umah...
ReplyDeleteBebudak kalau dpt air...memang berendam seharian pun diorang tahan
Teringat sewaktu kecil, terlalu asyik melihat ibu menyulam, akhirnya tertidur diatas riba.
ReplyDeletewah best nye hari2 berlalu mak lang..ateh kat cni kan..boring gile2 tau..klu tau buat bunge mcm mak lang tu nak gak la buat .hihihihi
ReplyDeleteCik Milah:
ReplyDeleteKak
Nong awal2 dah updet..maklangtertinggal modem kat
kerteh...so beberapa hari tanpa internet..syokk jugak..kot2 tak lama lagi tinggal terus kot..he..he..
Neeza:
Tangan tu kena rendam clorox, nanti lembutlaa..he..he...merepek pulak pagi2 ni...
Memang seronok jumpa old friends, kita dah tahu hati budi memasing, sebab tu persahabatan boleh kekal lama.
Walau bertahun tak berjumpa, tapi ingatan tetap suci dan abadi..he..he..
Awet muda? Hmmm...terimakaseh Neeza, tu antara kata2 Abang Kuch...dia sorang je awet muda..yang lain awet tua kata dia...ha..ha..ha...
Kak Anie:
ReplyDeleteTau akak tak ada aktiviti, maklang pi jengah rumah akak...rindu lama tak jumpa!
Budak2 kalau nampak air..hmm..berendam ajelah kerja nya...teringat zama kecik2 dulu kan..
Abang Long:
ReplyDeleteAnak2 dah tak heran bila mak mereka pegang jarum..he..he..
memang kalau ingat2 kisah dolu2 mengusik jiwa kan...
abang long sihat? projek tu dah on the way dah, InsyaAllah...
Ateh:
ReplyDeleteMaklang tak sempat boring ateh...ada aje kerja nya...
nanti balik sini, datang rumah maklang, kita adakan klas supaya ateh tak boring lagi eh...
salam maklang..
ReplyDeleteberhari2 menanti maklang update blog.. hihi.. berbaloi baca sampai ke tulisan akhir.. terasa mcm teman plak yang bercuti..
waahhh... class RE maklang dah sampai KL. bagus, bagus... eekkk, saya punya RE mana pi yek??? projek mega akan datang ni...!!!
ReplyDeletekak yong:
ReplyDeletetak sangka pulak ada yang menunggu...lately ni ada malas mau updet..kerja rumah banyak tak terkejar..so sekali updet, berjela pulak..he..he..
terimaksaeh kerana sudi nak membaca..:)
Mulan:
Sampai KL sikit2 jer...
mana projek mega mega tu...maklang dok tunggu aje..
Wah Mak Lang, penuh betul activity bercuti di KL. Cantik betul hasil karya RE.
ReplyDeleteTM:
ReplyDeleteMemang penuh dengan aktiviti..tak sempat rehat pun sebenarnya...tapi yang penting, enjoy...
panjang nya cerita maklang letih den baco hehe
ReplyDeletesalam akak..
ReplyDelete*hugs
rindu la!!
wahhhhhhh dah jadi cikgu pulak...!! tun betul diaorang belajar...mesti best sambil jaht sambil mulut pot pet..
panjang betul entry ni.. nanti saya dtg balik baca...dtg sini hop kejap lepas rindu.. :0)
anak anak dah gelap daari berendam.. mak dia??
salam mak lang,
ReplyDeletemalas nak bukak email. kat sini pun x apa yer....coklat tuan pun okkay aje...dah siap bagi tahu ya...! tima kasih maklang..
salam mak lang,
ReplyDeletecoklat tua pun okkay ya!!! saya on aje. dah siap bagi tau!
zino:
ReplyDeleteN3 baru ni sure tak penat..he..he...pendek yo den tulih!
Simah:
Hugs jugak...rindus...mana tau nanti akak terbang ke sana ..he..he..
pot pet? tak sempat nak cerita lain...dok excited cerita pasal bunga aje..he..he..
jane:
ReplyDeleteInsyaAllah..nanti maklang bolehlah gunting kain coklat tu and start jahit...tengah garu kepala ni..bila lah boleh siapkan seme2 permintaan ni...