Assalamualaikum...
Update @ 12.23 pm. Lebihkurang jam 11:30pagi td, dapat tahu Ustaz Asri Rabbani dah pergi menemui Allah. Moga roh beliau dicucuri rahmatNya...Al Fatihah buat beliau.
Kat sini maklang abadikan gambar kami bersama2 beliau yang diambil masa di Masjid Biru di Turkey baru2 ni...Al Fatihah sekali lagi buat beliau. Kami pasti merindui alunan suara beliau yang begitu merdu...Allah lebih menyayangi mu...
+++++++++++++++
Pagi ni badan letih ya amat.
Malam tadi tidur agak lewat. Kalau maklang, lepas pukul 12:00pg tu kira dah lewatlaa...Bila dah macam tu, mesti badan rasa satu macam. Tak boleh tidak, mesti nak tido! Kalau berjaga menonton aje, sambil berbaring tak apalah. Ini kat tangan ada pegang benda dan kena concentrate supaya jahitan tak salah dan kena kemas. Itu yang jadi tension sikit. Terdengar pulak alunan merdu dengkuran dari teman sebilik..he..he...tapi nasib baik lagunya agak sayup2 je...:)
Semalam ada seminar kat Awana Kijal. Alaa...pasal barang2 yang kami selalu guna untuk nak merekabentuk keje2 kat opis laa... Kami pergi ber6. Sejak dari last week bos dah email kan info, tapi maklang tak perasan pun nama maklang ada, sebab dalam mail tu tengok nama cuma kat cc aje. Ingat tak dapatlah pergi. Tau2 hari Selasa, adek2 kat sini tanya nak pergi naik apa...Oh...rupa2nya maklang pun dapat pergi...Yeay..dapatlah mengumpul points untuk CPD untuk nak memperbaharui maklang pun PE tu..Memang tiap tahun kami kena kompol points utk nak renew pendaftaran. InsyaAllah hari Ahad ni pun ada in-house seminar, organize by Prof dari salah sebuah institusi pengajian tinggi kat Shah Alam nun. Harap2 taklah boring!
Hari Selasa malam, ada makan2 kat KD. Sekolah Kebangsaan kat Kerteh ada buat malam amal. Kompeni Abang beli semeja, so kami pakat pergi semua. Kat meja tu empat dari kami dapat hadiah, tapi rezeki memang tak menyebelahi kami...Kat tempat lain lah agaknya rezeki tu...:)
Maya sejak semalam dah tak sihat. Risau betul maklang. Tengahari semalam Abah dia bawak ke klinik. Tengok2 tonsil bengkak. Lemah betul nampak dia. Padahal malam sebelum tu, masa kat KD tu, dia bukan main segar dan happy lagi. Tau2 jam 4 pagi semalam, dia ketok pintu beritahu dia demam. Alhamdulillah pagi ni beransur sihat dah...Amin.
Wiken ni ada futsal yang dianjurkan oleh PIBG sekolah Hakim dan Maya. Abang akan sibuk lah agaknya Jumaat ni...Maklang macam biasa, plan nak jahit macam2. Alhamdulillah baju2 Raya yang di potong beberapa minggu lepas dah 4 lai bersambung. Itupun buat bila balik dari office jam 6 - 7:30 malam. So, tinggal nak sembat kat bawah dan finishing lain2 aje. Memanglah kosong aje, no sulam and no manik. Tak sempat! Mana nak sempat dok melayan benda2 kat bawah ni je....
Tak kira, tak siap jadik beg pun maklang nak jugak letak kat sini...he..he...teruja betul...Ha..sekali bila dah siap, bunga nya sebesar piring! ha..ha...tapi tak apa..puas hati ku..jadik jugak akhirnya...:)
Alhamdulillah...beg ini pun dah diposkan ke pemunya nya. Tapi tak tahu dah terima kebelum, sebab dia tak beritahu lagi kat maklang. Harapnya dah selamat kat tangan dia...
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Thursday, August 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Al Fatihah buat Asri penasyid tersohor .
ReplyDeletePenuh dah jadual belum weekend lagi tu..... kena rehat jugak tau :)
Al-Fatihah buat Ustad Rabbani..sedih..suara nyanyian nasyidnya memang istimewa.Semoga rohnya tergolong bersama mereka yang kuat beramal solih..
ReplyDeleteassalamulaikum..
ReplyDeletesalam takziah kepada keluarga arwah dan al-fatihah. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Penyanyi lagu "Pergi Tak Kembali" tak akan menghiburkan kita dengan alunan lagu nasyid yang menginsafi sesiapa yang mendengarnya.
Satu kehilangan yang besar kepada industri nasyid tanah air kita.
AlFatihah untuk beliau...
ReplyDeleteCantiknya riben maklang buat tu...td tengok yg maklang bg kak Liza tu. cantik betul. mcm bunga real. teruja!