Wednesday, August 5, 2009

Update sekejap

Assalamualaikum...


Dah lewat dah. Solat Isyak belum selesai. Siap updet ni kejap, maklang nak solat lepas tu nak tidor.

Alhamdulillah semalam siap dah 2 beg telekong. Sebenarnya bunganya dah lama siap. Malam semalam cuma nak letak manik dan kemaskan aje. Anak Kak Bonda nak pi Jakarta, nak kasi kat ibu saudara Kak Bonda yang kat sana. Siang tadi dah passkan kat Kak Bonda.


Semalam dah mula attend meeting untuk projek yang suspended bulan 2 dulu. Buat masa ni maklang sorang aje yang masuk group tu balik. Yang lain belum lagi. Harap2 kami dapat semula projek tu sebab sekarang ni memang almost all the time goyang kaki aje. Bosan kalau tak ada kerja kat office. Tapi maklang tak sempat bosan sebab banyak keje sendiri..he..he...kita kenyit mata sikit eh...kawan2 ofis dan boss pun tau apa maklang buat. Dari dok melopong tengok PC, baiklah menjalankan aktiviti yang boleh memberi menafaat...he..he...

Sebab semalam bawak kerete kecik, maklang punya belakang ada tak selesa sikit. Kereta merah kami tu, masih tak elok lagi. Hmmm...terpaksa drive pakai kete kecik. Kalau bawak kete kecik ni, bila drive jauh2 memang kaki tak selesa. Bila nak belok, kenalah toleh2 sikit, which kadang kala, ada stress kan my back sikit. Lepas balik dari meeting dah dekat kol 2:30pm. Maklang makan, then solat, and keboomlaa..letih bebenor semalam.

Hari ini ke ofis dengan pinggang yang sengal. Kaki pun cam tak selesa aje...Jawabnya kejap lagi, kenalah diurut oleh buah hati maklang yang tengah leka baca apa entah kat PC dia tu...hal ehwal tanah lah kot...hmmm...

Anyway, 2-3 hari ni dok menerai ( try) resepi baru. Main hentam aje. Tapi Alhamdulillah by petang semuanya selamat. Dan paling suka bila Abang menjilat jari makan....he..he...Sama aje lah dengan anak2 lain...


RE ni pun maklang dah serahkan pada tuan dia. Ampun laa..lamanya ambik masa nak buat sebab tiap kali tanya bila nak, dia kata bila2 lah...ha...sampai lebih setahun baru siap...ha..ha...Alhamdulillah dia gumbira...:)
Ini resepi hentam yang baru. Kalau makan ngan nasi panas, sedaap jugak..menurut orang2 yang dah makan laa makanan ini!
Dan ini repeat order. Jumaat lepas, buat dalam 10 kpg ayam untuk kami bertiga sebab anak2 lain tak ada sebab ke khemah. By malam selamat dah semua...hmm...tuan yang buat lagi sebab Abang suka sangat...Ayam masak ijau nih..
Selamat malam semua...sekian buat kali ini. Ada salah silap harap maafkan...

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

4 comments:

  1. Memang menyelerakan ... Alhadulillah, semoga bertambah rezeki Puan

    ReplyDelete
  2. sedapnya nampak udang dan ayam tu maklang..
    dah masuk blog resepi ke resepi baru ni?

    ReplyDelete
  3. Neeza:

    Dah masuk yang udang, yang ayam dah scheduled..besok kot...

    selamat memasak!:)

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...