Assalamualaikum...
Hari ini baru terpanggil nak updet. Sendiri malam ini. Abang ke KL pagi tadi. Naik fireflyz. Maklang tak dapat nak hantar kat airport sebab nak kena hantar anak2 ke sekolah. Lebihkurang hampir jam 9pg abang dah call, kata dah selamat sampai kat Subang dan dah dalam perjalanan ke pejabat. Meeting dia waktu petang, so tak dapat lah nak balik petang. Dia ambik flight ke KT sebab nak kejar flight ke Kerteh tak dan. Cuma ada petang aje. Rasanya waktu maklang menulis ni, dia dalam kapalterbang, atau pun dah mendarat kat KT. InsyaAllah 10 lebih nanti sampailah ke rumah. Hmm...bila Abang tak ada disamping, makan pun tak berteman. Masa buka puasa tadi, maklang ajak Hakim makan sekali. Kalau tidak biasanya kami akan makan bersama, unless lah kalau malam tu rasa tak mo makan. Tapi kalau tak makan pun, kenalah mengadap siapa2 yang nak makan...Nasib baik waktu tengahari memang kami makan bersama sebab sama2 balik makan kat rumah. Rumah dekat dengan ofis ni bolehlah buat macam ni, kalau rumah jauh, alamatnya, tak adalah...he..he...
Wiken lepas, as usual maklang spend time dengan menjahit. Selesai kerja2 kat dapur, maklang ingatkan naklah jahit beg. Dapat siap separuh aje sebab petang tu ada date dengan teman seperjuangan. Kami ada projek besar. Agak lewat jugak selesainya. Dah pun siap rangka2 projek kami. Lepas ini agaknya akan sibuk untuk melaksanakannya. Harapan kami moga2 usaha kami berjaya. Mungkin lepas ini setiap wiken kena bertemulah untuk lebih senang berdikusi...InsyaAllah.
Tiga anak2 maklang, no 1 sampai 3, tak ada ada kat rumah. Hari Khamis tu semuanya dah ke sekolah. Ada kem. Along dan Angah dari pagi Khamis tu tak balik, Maya pulak, petang Khamis tu, Abah dia dah hantar ke kem. So, bujang, memang menempek ajelah kat bilik maklang. Dua malam berturut kami bawak dia makan kat luar. Suka sangat lah jadik anak manja. First nite, pegi Pizza Hut. Malam ke2 tu kami ke Burger King pulak. Seronoknya bujang...apa dia nak seme dapat!
Hari Sabtu, pagi2 lagi lepas selesai Subuh, kami sekeluarga ke KT. Ada hari keluarga pejabat Abang. Kali ini buat kat Terengganu Equestarian Resort. Memang selalu nampak Clubhouse ini dan kami semua rasa teruja nak ke sana. Dalam hati mesti best tempat ni. Tapi apa yang diharap tidak lah begitu. Maklang tak berapa suka keadaan di situ. Walaupun bangunan baru tapi memang tak memuaskan langsung. Keadaan sekitar kurang bersih. Bilik airnya lagi laa...Sungguh2 sayang. Nak buat macamana, pihak yang bertanggungjawab, kurang prihatin agaknya...
Kita tinggalkan kisah persekitaran kat situ. Kita cerita pasal Hari Keluarga pulak.
Overall nampak semuanya seronok. Setibanya kat sana, kami register dan kemudian nya ke bilik makan. Adalah roti, mee goreng, bubur dan sebagainya. Quality of food kira bolehlaa...Alhamdulillah ada jugak orang kasi makan!
Then kami ke bowling. Maklang tak main pun. Ada perlawanan antara 7 groups. Anak2 enjoy sekali nampaknya. Penuh semangat. Maklang dok berbual dengan ibu2 lain dan baca buku cerita aje. Dalam hati, kan ke seronok kalau maklang bawak jahitan maklang. Dapat lah jugak siap agaknya. Masa nak pergi pagi tu, dah rasa nak capai jarum dan riben, tapi tak jadik lah pulak.
Lepas bowling, ada makan tengahari. Lauk ayam percik, gulai daging, sambal lada tempoyak, ulaman dan ada sayur lemak. Oklah...Sedap jugak.Bowling
Then kami pergi solat sementara anak2 terjun dalam kolam. Cuaca panas betul tengahari tu. Belengas!
Waktu petang ada games untuk anak2 dan juga orang dewasa. Gelak sakan tengok masing2 main game. Kelakar betul. Semua games diadakan dalam dewan. Jadi taklah kena terik matahari. Banyak jugak lah anak2 hangkut hadiah bawak balik! Syukur...Rezeki tu...
bersedia nak main, bawa bola dalam sudu...semangat mau ada...:)
Kami tiba ke rumah jam 7:45pm. Dalam perjalanan pulang, masa kat Paka, kami terserempak dengan kereta terbang. Gerun jugak! Sebuah kereta Viva ke MyV, tersangkut kat tiang lampu. Memang nampak kereta tu terbang. Maklang wonder apa jadi pada pemandunya....Mintak2 tak ada apa2.
Memanglah semuanya keletihan malam itu. Nasib baik hari Ahad, along dan Angah tak sekolah. Dan Maya pulak tak ada tabilas sebab ganti sebab ada kem. Hakim pun tido balik lepas Subuh semalam. Kami jugak yang kena ke office...Apa nak buat...carik makan...he..he...
Sekarang tengah seronok nak jahit baju Min-min...best tau!
ni baju Min-min..tinggal tampal butang aje lagi kat belakang tu...Kalau rajin nanti jait lagi, besok or lusa..
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nampak macam best je TER tu dari main road.. nak jugak rasa lepak kat situ..
ReplyDeleteResort tu siap ada bowling alleys ke ?? Bestnya hari keluarga...dah lebih 6 tahun kami tak berhari keluarga sebab keluarga company hubby tak de kat Malaysia , tak de hari keluarga pun arab ni ...huhu .
ReplyDeleteCantik baju Min-Min... I like the color so much... Nice summer dress.
ReplyDeletemak lang
ReplyDeletepenuh betul aktiviti mak lang ye..
Family Day tu nampak meriah. Mesti seronok dapat bawak balik hadiah...
ReplyDeleteTak kan gi family day nak bawak jahitan. Nanti org kata tak nak socialise pulak! he he...
Bila sebuat tentang puasa. Hati jadi gembira sangat, rasa tak sabar ... hehehe
ReplyDeleteMulan:
ReplyDeleteNampak dari luar macam best je...tapi dah masuk dalam tak berapa best...he..he..
Rina:
Ye ada bowling alleys kat situ. Anak2 seronok sangat!
Tahun ni office maklang pun tak ada family day:(
Tapi Rina ada family holiday lagi best kan!:)
cat-cat:
ReplyDeletelama tak nampak kat sini..maklang pun memang lama tak ke blog Cat...satu hari kena intai jugak!
Maklang memang suka merah2 ni...Kain tu beli kat Kamdar, after 30% less ke 40% less, baju Mi-min tu harga dia less than Rm8! he..he! Lagipun guna 1/2 m aje! :)
Kak Nong:
ReplyDeleteBetul kata kak Nong tu...kalau bawak jahitan memang tak sosialise nanti kan...Tulah tak jadik bawak tu...he..he..
Anyway, we had fun!:)
bila nak main boling lagi ni.. hehe terasa macam best juga sejak firtime hari tu hehe
ReplyDelete