Monday, August 31, 2009

Sambut Merdeka dengan Biskut Raya...

Assalamualaikum...


Hari ini dah 52 tahun merdeka. Kawan kita pun Cik Mas menyambut ulangtahun dia yang ke dot dot dot... Selamat Hari Jadi Mas...moga murah rezeki dan panjang umur dan sentiasa dibawah lindungan Nya...Amin..


As usuallah, kami tak ada buat apa pun. Maklang dan Along dok main tepung kat dapur. Siap jugaklah beberapa jenis biskut. Tak ada ambil gambar pun.

Start pukul 10 pagi tadi. Agak lewat sebab tadi pagi, lepas makan ubat dan minum air kosong yang Abang kasi tu, kepala macam masuk angin aje. Terus rasa macam mabuk. Tak tidur sehingga Subuh dan terus aje menjahit sekejap bila lepas Subuh sambil tengok Tanyalah Ustadz kat TV9 tu. Lepas tu tak tahan, takut termuntah, maklang tekup muka, cuba tido untuk nak hilangkan rasa mabuk. Memang kalau tersilap aje waktu sahur tu, rasa mabuk teruk sangat. Memang dah bertahun, kalau puasa cuma minum air dan makan ubat aje. Kalau makan nasik ke, minum milo ke, pasti bila gosok gigi besok pagi tu mesti keluar semuanya. Lagi teruk rasa dia. Anyway, ni maklang tepek gambar2 makan lagi. Mana tau boleh kasi idea untuk nak masak untuk berbuka nanti...


Jom layan gambar..


Ni pokok tomato yang bibik tanam. Gemuk pokok tu. Dalam pasu aje. Seronok sangat bibik bila kata nak diambil gambar pokok tu. Sempat Along snapkan masa masak semalam.



Pokok lada yang ditanam sekali dengan tomato dan limau kasturi pun dah membuahkan hasil.

Along mintak dibuatkan spaghetti semalam. Sebelum ke opis dah mintak bibik dadukan carrot, capsicum dan bawang. Bila sampai ke rumah aje, maklang terus tumis aje. Alhamdulillah seperiuk vision 5L tu selamat dikerjakan sampai ke sahur. Anak2 ni kalau kena spaghetti memang menjilat!



Sebab maklang dan Angah tak berapa suka spaghetti tu ( Angah kata aje tak suka, second trip dia makan jugak!), maklang masak lauk lain. Terung berlado, sotong coklat masak kari bersama kentang, dan ikan tenggiri goreng kunyit, pucuk ubi rebus dengan sambal belacan dengan mangga. Cik Yah sebelah rumah pulak beri semangkuk gulai daging . Dari masjid or surau agaknya. Abang tak jadi nak ke masjid untuk berbuka sebab nak makan kat rumah Bukan main sedap nampak dia makan sotong tu...Lepas maghrib baru dia ke masjid untuk bertarawikh.

++++++++


Hari ini maklang masak simple aje. Selesai buat biskut, sambung masak pulak. Nak tak nak, penat ke tak, maklang masak aje. Abang ke Tunas Manja yang baru bukak kat Paka pagi tadi. Dia belikan brocolli kat situ. Punya lah murah. Sepokok tu tak sampai RM 3.oo as compared to almost RM6 kat Kerteh ni. Semalam dah ambik dah, tapi masa kat counter, nampak brocolli tu tak segar, maklang letak balik. Memang teringin nak makan brocolli with oyster sauce tu. Tulaaa...dapat pun...sang suami teringat isteri nak makan, langsung, dia belikan...thank you darling...:)

Maklang tumiskan bawang putih yang diketuk, masukkan cendawan shitake, then masukkan oyster sos dan sedikit lada putih, garam, gula dan minyak bijan. Lepas tu masukkan tepung jagung dan masak sampai agak pekat. Brocolli dan fish ball rebus asing. Then curah kan sos tadi aje atas sayur tu.



Ini ayam goreng tepung. Letak garam dan lada putih and golek atas tepung jagung. Then goreng gareng. Makan dengan sos lemon. Seddaaapp...

Sempat jugak maklang buatkan buttered prawns. Tapi tak letak butter pun...he..he..


Meat ball yang Along buat. Dia letak rempah dari Shima kat Turki. Very the 'meaty' tak termakan maklang.


Alhamdulillah sedap mulut makan tadi..Syukur Alhamdulillah....

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

10 comments:

  1. aduh hai...sedap nye makanan ni...terliur tau..dah la ateh sahur roti kosong je tadi..hahahahha

    ReplyDelete
  2. Ada tak kuih atau biskut yang namanya KUIH BUNGA RAYA atau BISKUT BUNGA RAYA ?

    Maaf ya, bila perut lapar, fikiran memang merapu meraban .... hahahahahahaha

    ReplyDelete
  3. Dasyatnye maklang, punye le banyak makanan...saya pun buat spagetti semalam, tapi tak rich macam maklang punyer. Uwaaaa!

    ReplyDelete
  4. adus... sakit mata tengok semua makanan sini.. sebab tak dapat rasa.. ha ha ha..!! jilat jari masin je ni..

    ReplyDelete
  5. Menyelerakan. Alhamdulillah. Rezeki. :)

    ReplyDelete
  6. eh eh..aint-super-woman jadi wonder woman? hehehe..nasib baik tak letak spider-man

    ReplyDelete
  7. maklang sedapnya brokoli masak dgn cendawan tu... mesti cari bhn2 nih...

    semua nya sedap2 lah, jamu mata jer la.. tingin juga nak makan terung berlado.. tp kakyong nih angin... tp kalo dah tingin.. hentam jer.. melepas rasa mengidam...

    ReplyDelete
  8. aduh...tak sanggup nak melihat...hahahaa...

    ReplyDelete
  9. salam maklang;
    salam Ramadan dan salam merdeka
    kesihatan amcam mana?dah ok ke?

    ReplyDelete
  10. Salam Ramadhan Maklang,
    Cuba mkn yogurt/ minum air yogurt... saya pernah baca satu medical journal ni, on effectiveness of yogurt utk digestion system... saya pun cuba bulan puasa ni, bagus jugak... rasa kurang sangat angin... minum botol besar terus... sorang habis...

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...