
Assalamualaikum...
Sibuk...sibuk sekarang di rumah. Di ofis biasa2 aje...masih belum sibuk. Bilalah nak sibuk semula. Ada yang kata dah kronik ni. Tak tahan duduk kat opis tanpa kerja. Macamana nak buat. Berdoa moga2 kami ada kerja nak buat. Sebenarnya ada dah sedikit, baru aje nak warm up. Tapi untuk juniorslaa..kena pegi laut. Hmmm...kesian..tapi nak buat macamana, dah tugas. Teruskan ajelah dan moga diberkati Allah...Amin...
Tak sempat lagi nak bermain dengan my ribbons. Bila pulang dari office, dah berkejar ke dapur untuk nak siapkan lauk untuk berbuka. Walaupun dah masak pagi2 lagi, tapi kena check jugak, takut tak cukup. Setakat ni alhamdulillah..Along rajin tolong. Kalau Along tak ada, lagilah terkejar2 maklang...
Dua hari lepas, daily helper tak dapat datang. Dia kena allergy. Habis muka dia bengkak. Apalagi, Hakim kena transit kat ofis laa... The next day pun, dia berharap, Kak Mas tak datang lagi so that dia boleh transit kat ofis. Bujang tu kalau boleh nak melekat aje ngan mak. Seronok benar dia..he...he.. Tapi mak lah kelam kabut. Tengahari masa balik lunch tu laa, masukkan baju dalam mesin, berus baju putih, masak nasi ( sampai lupa tekan sebab nak cepat sangat!nasib baik ada nasi semalam utk angah yang tak puasa!). Hmmm...boleh slim ni kalau macam ni. Tapi memang tak leh langsung nak pegang hobby laa..Tersadai aje. Malam pulak dekat pukul 10 baru selesai kemas dapur, siapkan bahan untuk nak masak besoknya serta gosok baju nak ke opis. Lepas tu touch up tudung sekolah budak2 ni. Sebab tudung kalau dah lama bergantung, kat atas kepala tu berkerimut. Walau pun penat, rasa puas hati. Anyways, kita layan gambar raya ajelah ye...:)
+++++++++
He...he...masa orang sibuk isi ketupat, maklang sibuk nak siapkan ni. Wan kata, tak per, siapkan orang punya dulu...Lepas tu, sambil2 maklang nak merendang, maklang jahit sampai siap. Nasib baik ada yang tolong kacau rendang, kalau tak mau rendang hangus!




Setiba dari Kuantan, terus repot duty, menganyam ketupat! Puas hati kalau dapat anyam ketupat...memang part of the keje lah tiap tahun. Ajar Along and Angah...hampeh, sorang tak dapat2 buat! Petang tu siaplah dekat 100+ biji. Busu dan Aunty Leen dan Wan pun buat gak. Bila Alang tiba, dia siapkan lagi...Keje mengisi ketupat ialah aunty leen dan dhirah,
















Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...