Assalamualaikum...
Alhamdulillah kami sekeluarga dah selamat tiba kat Teratak kami malam tadi. Perjalanan mengambil masa lebihkurang 8 jam. Termasuk waktu berehat kat rumah Datok di Kuantan.
Setibanya kat rumah, apalagi, maklang kenalah berkemas. Terkezut bila nampak ada siput sedut dalam bungkusan. Dok ingatkan masa Wan kata ada siput sedut, siput yang dah dimasak sebab ada Wan tunjukkan siput sedut masak lemak dalam fridge Wan. Tak sangka rupa2nya siput sedut yang penuh dengan lumpur! Apalagi capai gunting dan mulalah memotong hujung siput. ( Berangin jugak lah masa tu...ni Maya mintak Atok belikan siput!) Nasib baik Along tolong, kalau tak mau tak tido malam. Siap2 goreng, kami makan sekali. Nasib baik ada ayam goreng berlada dari Wan...Syukur...
Pagi tadi pulak berkejar lagi dengan nak siapkan breakfast bekalan anak2 dan juga memasak untuk makan tengahari. Tau ajelah Abang tak suka makan makanan dari luar dan anak2 pulak kalau tak di masak pagi ni, bila pulang tengahari nak makan apalah nanti. Alhamdulillah semua sudah selesai sebelum nak ke pejabat tadi pagi. Alhamdulillah bahagian menyapu, mop rumah dan segala neka tentang baju seme ada yang uruskan...:)
++++++++++
Panjang dah cerita pasal tadi pagi. Kita cerita raya pulak...
Seronok as usual kalau beraya. Tapi tahun ini maklang agak kelam kabut.
Kami tiba dari Kuantan pada hari Jumaat sekitar jam 4 petang. Lepas dah angkat2 beg, maklang terus masuk duty. Menganyam ketupat dekat 50-60 biji agaknya. By the time nak dekat berbuka, kami manage siapkan 100 biji ketupat.
Alhamdulillah Wan dah siap masak untuk berbuka sebelum kami tiba. Ikan tenggiri masak asam. Rojak tahu and macam2 lagi. Petang tu pulak, Busu ke Pasar Ramadhan kat Larkin. Beli kacang pool, kuih tepung pelita ( atok kata flour lamp), cendol, nasi lemak, nasi ambeng and macam2 lagi. Tambah meriah bila Alang pulak tiba hampir waktu nak buka. He..he..terkezut Wan dan Atok kerana menyangka tahun ni Alang beraya kat KL. Maklang dan Busu dah tau Alang nak balik, tapi Alang kata tak apa kita surprise kan Atok dan Wan. Biasalaa kami adek beradek memang suka bergurau ngan Atok dan Wan. Kalau keluarga Pak Ngah ada kat JB masa tu, memang penuhlah rumah JB tu.
Hari sabtu, sambil menunggu buat rendang daging dan paru, maklang terkial2 nak siapkan table runner untuk seseorang kat JB. Alhamdulillah, by the time rendang masak, table runner pun siap. Syukur...
Pagi Raya pun kelam kabut sebab tersedar agak lewat. Tapi berkat dengan pertolongan dari Allah, walau cuma Maklang dan Aunty Leen aje yang memasak, ayam serai, masak lodeh, sambal kacang siap sebelum orang pulang dari masjid! Syukur jugak sebab dapat menghidng makanan sebelum semuanya berangkat bersolat di masjid!
Dan seperti biasa, lepas makan, ada sessi bergambar lagi. Sampai Abang kata, mak ni kalau tak amek gambar masa raya tak sah! he..he..seronok kalau ada gambar tiap2 tahu....buat kenangan...
Sekian buat kali ni, gambar raya akan diupload kemudian, Insyaallah..selamat berpuasa 6 pada yang dah mula!
Dan yang mengucapkan selamat hari Raya pada N3 yang lepas, sama2lah kita bermaaf2an...jugak...:)
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Sunday, September 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rasa macam tak puas bersembang tadi ... hehehe. Ok, kita setkan jumpa di Taiping nanti.
ReplyDeleteWah, pandainya anyam ketupat, I cuma isi beras je tau .
ReplyDeleteNak tengok gambau raya , cepatlah letak :)
Tolong jawab soalan ini. APAKAH KUIH ATAU JUADAH YANG PALING DISUKAI SETIAP LEBARAN ?
ReplyDeleteTERIMA KASIH :)
abang Long,
ReplyDeleteAda rezeki kita semabang lagi sambil makan mee udang kat Kuala Sepetang, Insyaallah
rina:
ReplyDeletebelajar dengan pakcik berpuluh thun yang lampau...
tu dah letak gambar raya...:)
Abang Long,
ReplyDeletejuadah yang paling maklang suka ada tertulis kat N3 yang terbaru..he..he..