Wednesday, September 9, 2009

Keletihan di bulan Ramadhan

Assalamualaikum..


Seperti yang dijanjikan , ni gambar nasik lemak yang Angah dan bibik bungkus. Pesen baru pulak...he..he...




Maklang masak sambal sotong coklat, goreng kan kangkong, ikan selar goreng dan bibik buat tempeh goreng kering. Tempeh ni makanan Indonesia. Bibik yang buat macam makan dengan nasik uduk kat Indonesia. Nasik uduk ni sama ngan nasik lemak cuma makanan sampingan lain2 sikit. Berselera sungguh makan malam tu...



Malam tadi baru selesaikan beg untuk bibik. Insyaallah malam ni, bibik akan naik bas ke JB dan hari Jumaat malam akan terbang ke Jakarta. Awal pagi Sabtu dia akan terbang ke Jogja. Macamanalah nanti keadaan kat rumah. Pasti maklang akan lebih sibuk. Pening jugak ni. Tapi nasib baik dah ada daily helper yang datang nak kemas2 and menggosok. InsyaAllah anak2 pun tolong. Maya yang tak padan kecik tu pun bukan main lagi, petang2 masa nak masak tu, dia dah tunjuk muka nak tolong mak. Along yang very protective of the mother pun, bila abah dia mintak nak makan rojak India ( hari ini or besok) dah kata...tak bolehlah Bah, kan mak keje..kesian mak nak masak rojak tu sebab bibik dah balik. Banyak keje tu.. Terus aje Abah tukar fikiran kata nak makan mee goreng aje. Mee goreng yang basah2 kata dia. InsyaAllah malam ni mee gorenglah utk berbuka.
Angah pulak dah ajak nak spring clean thehouse lepas raya nanti. Dia memang suka mengemas, tapi time dia malas, bilik dia macam kena ribut tofan!!


Ini beg untuk bibik bawak pulang...





++++++++


Last Sunday, Kak long Abang, Pak Chu and Makde serta famili masing2 datang berbuka kat rumah kami. Beserta datuk sekali. Maklang petang tu jamlah kejap pinggang sebab mask for 2 hours nonstop. Tiba rumah kol 5 terus sengseng lengan untuk nak masak. Siap masak almost nak buka. Tu pun nasib baik seme turun padang. Maklong dan Makchu tolong petik taugeh sebab ada yang nak makan mee rebus lebihan Jumaat tu, Mak De pulak tak dapat nak tolong sebab dok kelek si kenit yang comei tu. Nak letak gambar apa yang di masak tak dapat lah pulak sebab masa semua mula makan, maklang masih dalam kamar mandi membersihkan diri. Tak reti lah pulak nak makan dulu dalam baju berbau masakan. Last2 bila dengar azan, maklang terus aje minum air paip dan sudah tu solat b4 nak turun makan. By the time turun, makanan dah nak licin, tapi sempat lah grab 2-3 ketul lemon chicken. Memang puas hatilah masak malam tu...sebab makanan hampir selamat. Cuma ikan masak sweet sour aje tak laku sangat sebab terlalu banyak makanan.

Lepas pulang tarawikh, Hakim, Maya dan sepupu mereka Najib dan Nana dok main bunga api. Kami mak2 dan Abah2 dok makan biskut Raya...he..he..:)


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

8 comments:

  1. salam mak lang...sedapnya juadah berbuka mak lang...telan air liur tgk!

    mak lang ada daily helper?mak lang upah sapa yer?sy tgh cari daily helper jugak nih :)

    ReplyDelete
  2. lawak plak bila mak lang telan air paip je...kalau saya..telan air liur je..tak lalu plak nak telan air paip...he..he..

    ReplyDelete
  3. salam mak lang,

    ini first time saya komen...have been a silent reader for so long!

    beg untuk bibik tu amat cantik!

    ReplyDelete
  4. bior betol maklang telan air paip.. dok hangat h1n1 ni kena jaga diri tau.. air paip rumah maklang ada filter dah kot..

    ok lah dah ada daily cleaner tu, kalu takde, sakit jugak kan..

    ReplyDelete
  5. Macam2 ada tu, walaupun letih hati sure happy bila ramai datang ,makan2 sambil sembang2 , best .

    ReplyDelete
  6. bibik dah balik...
    CM ni.. kalau tak ada bibik tak tau lah macam mana... dia mungkin balik oktober nanti... dekat dengan sekolah cuti!!

    ReplyDelete
  7. Nur:


    masak biasa2 aje...sekadar yang mampu...

    Nur kat mana? Maklang kat Kerteh...kalau ada helper, takkan nak suruh pi Kuantan kot!:)

    ReplyDelete
  8. Salam maklang,

    Masya allah, sedapnya nasi lemak tu...beg bibik pun nampak sedap...hihi

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...