Sunday, September 13, 2009

Yeay...

Assalamualaikum...




Suram dan muram cuaca kat luar tu. Hujan lebat pagi tadi. Masa sahur tadi tak ujan lagi. Bila dah dekat pukul 6 ke 6 lebih sikit nampak tingkap dah basah. Pukul 7 dah lebat. Kalau ikut kan hati memang malas nak siap ke ofis. Tapi lepas aje Subuh tadi, maklang dah masuk 'ofis' he..he...Menjahit lah apa lagi.


Semalam tengah semangat nak jait. Mesin buat hal lagi. Oh...sungguh ku keciwa. Ingatkan sempat siapkan kushion kawan yang hanya tinggal nak sambung aje. Then nak jait beg kawan yang kat Perlis nun. Bila lekatkan zip jahitan bawah tak cantek. Buntu sat! Alhamdulillah Allah bagi ilham. Kan busu dah on the way from JB ke Kerteh. Apa kata mintak tolong Busu masuk Kuantan and pick up mesin2 maklang yang diservis sejak 2 -3 minggu lepas tu. Alhamdulillah, kak Nab yang dulu keje jual mesin tu pun kata Ok, dia boleh meet Busu utk nak kasi mesin tu. Syukur pada Allah, kerana memberi ilham. Dah tengahari semalam, dapatlah 'toys' maklang tu...Yeay..pagi tadi dah siap kushion tu, InsyaAllah petang ni boleh sambung buat beg pulak, InsyaAllah.


Tapi yang telebih yeay nya ialah Abang laa..Busu datang hantar toy baru dia. Sampai entah pukul berapa dia dok baca manual. Biarkanlah dia enjoy dengan toy dia yang dia beli.....lagi pun maklang tak larat nak bukak mata sebab penatnya lah...Gosok baju, masak, buat kueh raya etc. Nasib baik Aunty Leen yang rajin ada. Dia pun tolong2 gak. Thanks also to my no.2 yang tolong bersihkan lemari kat dapur dan no. 3 yang tolong2 buat biskut tu..So, malam tadi lepas buka, upahlah dengan McD seset sorang.


Buka petang semalam, macam2 ada. As usuallah, tak sempat nak amek gambar. Camera pun entah kat mana. Maklang masak sempoi aje. Ada pucuk ubi masak lemak kuning kegemaran Adlan dan Maya ( masa siang dah tanya Adlan nak Mc D ke pucuk ubi, dia kata pucuk ubilaa...kelakar for a boy age 7, dia prefer pucuk ubi to McD...he..he...),ikan kembong goreng kosong dan berlada, sambal kerang, dan sayur petola masak air campur ngan kentang, carrot dan telur. Ada pulak murtabak, Busu bawak dari JB, rendang ayam dan pulut kuning dari Wan serta bingka ubi...maka penuhlah semeja. Riuh rendah dan berselirat tangan kat meja tu amek makanan. Tapi seronok tau...seseronok minggu lepas masa adek2 serta kakak Abang dan Datok berbuka kat sini. Best...


Lepas buka seme melepek. Yang nak berterawih berterawih lah, anak2 kecik tinggal. Pulang terawih, seme melepak kat bilik maklang. Maklang memang dah tak boleh buka mata. Penat baru terasa...Kami melayan Cerekarama pulak...he..he..Anak2 seme enjoy dok main2 kat bilik tu, dan tak sempat abis cerita, maklang yang abis dulu...ha..ha...

Dan triple YEAY untuk maklang hari ini sebab telah ditetapkan oleh mohor2 besar kat rumah tu...hari ini is RECYCLE day....ada lebih sikit sana sini makanan tu, kena perabih before balik kampung!:)


Selamat menjalankan ibadah puasa...Cepat betul masa berlalu...

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

4 comments:

  1. dapat menjahit terus segar bugar ye ,bestnya.

    toy baru ganti yang busu bawak balik JB hari tu ke , boleh le terbang laju balik kampung ...main teka je ni ...hehehe.

    ReplyDelete
  2. Rina:

    Kalau tengok mesin dan jarum dan benag dan riben, terpaksalah berjaga...banyak lagi tak siap...hu..hu...tinggal 4 ari b4 balik ni, nasib baik semenya utk org kat JB. Last day b4 raya pun tak pe...he..he...

    Aa..busu bawak balik kapalterbang...remote punya ha..ha...nak terbang camana ha???he..he...

    ReplyDelete
  3. salam mak lang

    selamat hari raya
    mohon maaf , mohon ampun ..
    kot kot pernah terkasar bahasa , tersilap masa tinggal komen ....

    khamis ni dah nak bertolak balik ke KB.
    tapi ikut jalan Gua Musang ...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    Selamat hari raya untuk Maklang.
    Juga selamat pulang ke JB.

    Saya pun masih terkial-kial menghadap mesin jahit. Tu lah jadinya kalau masa awal2 hari tu
    relax sakan. Sekarang ni macam nak sempot nyawa.

    wati
    P/Gudang

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...