Friday, May 1, 2009

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum...


Hari ini best. Dapat bersantai dengan suami, anak2 dan FIL. Biasalah erti kata maklang bersantai tu ialah, masak2, jahit2 and makan2 dengan family...


Gambar2 kat bawah ini mencerita kan aktivit hujung minggu...

+++++++++++

Hakim mintak maklang masukkan lukisan2 dia. Maklang tanya dia gambar apa ni. Dia kata ni gambar dia ambil dari internet dan lukis sendiri. Kata dia ni lukisan Predator Weapons...Selalu jugak dia lukis benda2 ni. Ada 4 buku conteng2 yang mengandungi segala2 tentang kesukaan dia...Ben10, Alien Force dan entah apa2 pun maklang tak tau!













Ini pulak aktiviti maklang kat dapur. Maklang dah bebeapa lama mengidam nak makan rendang ayam. Nampak pulak kat blog Kak Ezza...lagi lah memberontak2 jiwa ni nak buat benda ini.


Maklang buat pulak nasik tomato berlauk. Maklang modify resepi nasi tomato yang biasa maklang buat, tapi tambahkan dengan jagung dan juga sliced mushroom.






Paklang mintak Along buatkan dia Lemonade with mint. Very refreshing...Sedap. Dia ikut resipi kat AFC - Chef at Home. Dinner kejap tadi pun Paklang suruh Along buat lagi.


Ini pulak rendang dengan nasi impit. Mulanya nak makan dengan lodeh. Big boss tak mau pulak, jadi kita tukar resepi laa...he..he..


++++++++++++++

Sekitar 330pm, kami start klas.


Gurubesar tengah belek apa tu? Haiza tengah semangat belit bunga ros tu...



Mas lama dah dok maghi klas ( Tregganu speak - mari tu datang maksudnya)...Mak Tina Tini memang semangat kalau menjahit. Kaler pilihan roses dia semenya lembut2 macam dia jugak...

Lama dah Kak Odah tak datang. Sibuk potong kain nak buat beg.. Buat kak Odah jangan tak buat...Alhamdulillah by end of the class, siap sebuah beg Kak Odah :)




Ini hasil kerja Mas masa dia lama tak datang ke kelas tempohari.


Lagi hasil kerja Mas. Cantek warna2 ceria diakan.




Ini pulak hasil kerja Kak Odah. Macam biasa, warna pilihan Kak Odah memang menarik! Maklang suka!




Lepas kelas, Along buatkan sorang se mug, Ice blanded coffee...



Kelas berakhir hampir 6:00ptg. Meriah macam biasa.

++++++++++++++++

Malam ni maklang nak rehat sambil menjahit dan menonton Prison Break yang Along dload. Anak2 tu dari yang besar sampai yang kecik tengah main tembak2. Tengah bising aje kat bilik ni. Jap lagi mesti Abah shoooh dia orang keluar sebab dah nak sampai masa nak tido.

Besok pulak, Insyaallah ada tetamu nak datang. Kami dah plan nak masak apa...Biasa2 aje.

Lusa pun akan ada tetamu dari jauh akan tiba.. InsyaALlah...Nak masak apa ye?



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

5 comments:

  1. sape lah agak nya tetamu istimewa tu ye .... baca blog mamashita dia pun ada tetamu dr KL..agak2 org yg sama tak?hehe...nak sikit rendang ayam tu.

    ReplyDelete
  2. yg paling best aktiviti makan makan tu hehe

    ReplyDelete
  3. maklang,
    Rendang tu kalo Cath dapat makan, tak terbangun... Asyik duduk aje kekenyangan... Hehe.

    Lemonade with mint.. YUM!

    ReplyDelete
  4. Rendang ayam ... hilang dalam mulut kami dah :)

    ReplyDelete
  5. rumah mak lang ni sentiasa meriah...tetamu silih berganti...seronoknya.

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...