Tuesday, May 12, 2009

Menjahit

Assalamualaikum...


Letih dan mengantok 2-3 hari ini. Rasa macam tak cukup rehat. Sejak hari Jumaat yang lepas maklang bekerja tanpa rehat. Mana tidaknya, permintaan dari kawan untuk beg RE kena jugak maklang siapkan. Dia order hari Rabu, and nak by Sunday..Nak kasi mak kata nya...Maklang bila dengar cam tu terus aje setuju sebab fikirkan 'mak' punya pasal!. At first ingatkan dia nak kasi beg telekong putih tu. Maklang setujulah, tapi bila dia beritahu betul2 rupa2nya dia nak yang lain. Berkejaran maklang siapkan tengahari Jumaat dan siap jadi beg hari Sabtu tu jugak. Ada jugak 3 pouches yang maklang jahitkan jadi beg. Alhamdulilah semua beg2 except for one more tempahan aje yang tak siap lagi. Baju another kawan pun kena disiapkan before end of the month. Hmmm....larat ke nak menjahit ni???


Tak ada sambutan harijadi atau hari Ibu tahun ini...Biasa2 aje. Hari Jumaat, bibik masak nasi ayam special. Bibik sekarang dah pandai masak nasi ayam. Senang lah sikit, time2 malas atau terlalu sibuk, mintak aje bibik tolong masak.

Hari Sabtu pagi, maklang sibuk dengan kelas. Selesai kelas, maklang sambung jahit 2 beg telekong untuk dihadiahkan pada 2 ibu2 yang ada di rumah ini. Kesian mereka berjauhan dari family kan. Kalau kami tak sambut mereka, siapa lagi...

Petang Sabtu, maklang, Cik Abang dan anak dua kecik, pergi ke pasar malam yang ada along jalan Cabang ni. Kami jalan kaki. Cuaca nampak mendong. Dengan berbekalkan sekaki payung, kami mulakan perjalanan. On the way pergi, masih OK. Renyai2 aje sedikit. On the way balik, kami mandi hujan. Sejuk...cerita selanjutnya, boleh baca kat blog anak no.3


Hari Ahad pulak, selesai masak untuk makan tengahari, kami ke Dungun. Asalnya maklang nak pergi tengok kain serta nak beli sedikit bahan jahitan. Tapi Kaklong 'offered' nak belanja sebab dia baru terjumpa wang hadiah UPSR hari tu..tu yang katanya nak 'belanja'. Tapi as usual, poket abah aje yang kering..ha..ha..

Pulang dari Dungun, maklang marathon jahit beg lagi...hmmm...sampai lah malam ni, kerja2 masih tak selesai...risau pulak kalau tak dapat nak selesaikan segala kerja sebelum maklang ambik cuti bila sekolah cuti nanti...

ini oreo cheese cake lagi, masa kak Ezza datang hari tu tak puas makan, so buatlah lagi..he..he..sempena hari Ibu, maklang sediakan kek nilaa..he..he..










Maya tu aksi bukan main lagi...














Along dan Angah...laparnya lah tu..












Hakim suruh Maya ambil gambar dia makan cheese tu...













Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

12 comments:

  1. rina:

    makan2 memang best..lepas makan, tengok scale..ilang bestnya...

    pB:

    lapar apa ni? he..he...;)

    ReplyDelete
  2. nalk oreo cheesecake satu pleaseeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  3. Kek oreo cheese tu menggoda selera...tapi takutlah nak makan cheese bebanyak...nanti jarum timbang naik aje...takmo turun2...

    ReplyDelete
  4. mak lang selagi ada permintaan, and kudrat masih kust, penuhi je lah permintaan peminat-peminat ...chewah!

    ReplyDelete
  5. Seronok dengar orang pandai menjahit ni. Nak jahit sendiri, tak ada kesabaran!

    ReplyDelete
  6. sedapnya oreo cheese tuuu..

    maklang, Along dah muka macam maklang kan... betul la anak mak ni.. :)

    ReplyDelete
  7. salam maklang,

    sedap nyer kek orea cheese tu.. terliur saya...

    ReplyDelete
  8. Salam Maklang,
    Seronok tengok blog ni,nanti saya datang lagi,boleh?

    ReplyDelete
  9. kak elle:

    meh sini maklang suapkan...:)

    kak anie:

    makan sesudu je...ha..ha..

    ReplyDelete
  10. MR:

    kuat dah nak ilang ni...tak daya dah!

    MF:

    jahitlaa...maklang masak pun untuk makanan utama aje...tak ada masa nak lama2 kat dapur...hari ni pun Wan masak sebab budak2 nak makan ikan percik Wan

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...