Wednesday, May 27, 2009

sekejap masa berlalu...

Assalamualaikum...

Sekejapnya dah setahun. 29 May genaplah setahun maklang keluar dari KSH. Setahun begitu cepat berlalu..dan tatkala maklang sakit ada makcik kat sebelah bilik tu kata, bila dah sihat nanti mintak Paklang bawak maklang pergi umrah...Dah Alhamdulillah...genap setahun dari tarikh tersebut, kami akan bertolak untuk menuju ke Tanah Suci, InsyaAllah...


Syukur, setakat ni diberi kesihatan dan kekuatan hati. Moga2 umrah kami sempurna hendaknya...Amin...

Besok, maklang dah decide nak cuti. Kejap lagi nak mula packing and maybe sambung besok. No more things to jahit...relax the mind and soul...and berdoa moga2 pemergian kami diterima Allah....InsyaAllah...


Dalam pukol 2 or 3 ptg besok akan bertolak ke JB dan petang Jumaat lepas asar akan ke Changi Airport di Singapore untuk menuju ke destinasi yang sangat2 dirindui...InsyaAllah...

InsyaAllah panjang umor, kita akan berjumpa lagi pertengahan bulan depan...



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

8 comments:

  1. salam mak lang..
    semoga kita berjumpa di Tanah Suci nanti..
    InsyaAllah saya akan ke sana jugak dengan ibu tersayang pada 2 Jun hingga 14 Jun 09..

    Moga Allah mempermudahkan urusan kita di sana dan moga kita mendapat umrah yang mabrur..Amin..

    ReplyDelete
  2. Salam Mak Lang


    selamat jalan , moga sihat sihat semuanya disana nanti , dikuatkan iman dan dicekalkan semangat ....


    amin

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah semua yang dirancang diperkenan Allah .

    Ramai rakan bloggers ke tanah suci cuti kali ni , Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. semoga di permudahkan segala urusan maklang.

    ReplyDelete
  5. askm maklang..selamat jalan dan semoga maklang dikurniakan kesihatan untuk mengerjakan umrah nanti. Ohya, terima kasih sebab sudi nak join give away saya..tapi maklang kena buat semua syarat2 nye tau..heheh.. buat komen kat blog saya, jadi follower saya, buat entry mengenai give away saya, buat blogslist dan komen lah berapa banyak nak komenn...heheheh

    ReplyDelete
  6. moga dipermudahkan urusan maklang n family

    ReplyDelete
  7. Salam Maklang...
    Selamat Jalan ya...semoga dipermudahkan dalam segala urusan...

    ReplyDelete
  8. semoga segalanya selamat dan dirahmatiNya.

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...