Assalamualaikum...
Maklang dah nak ambik cuti...
Sebelum nak bercuti, maklang dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf dari kawan2 samada yang tunjuk diri atau tidak, kat blog ni. Ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki... sekiranya ada salah silap yang tak sengaja atau tak disedari, sengaja atau tidak, kami mohon diampun. Dan sekiranya ada hutang tu mintak tolong tampil beritahu , moga2 boleh maklang selesaikan hutang maklang pada orang sebelum maklang bercuti.
Rasanya, dah tak sempat nak updet blog lagi, nak melompat sana sini nak ziarah kawan2 pun tak sempat lagi dah. Memang tengah sibuk gila2 sebab rasanya persiapan tak habis lagi.
Maklang dan keluarga mohon kawan2 yang dikasihi semua mendoakan perjalanan kami kali ini mudah dan semuga umrah yang bakal kami kerjakan InsyaAllah adalah mabrur. Doakan yang terbaik buat kami ye...
InsyaAllah kami sekeluarga akan bertolak ke JB hari Khamis petang, dan akan berangkat ke Tanah Suci melalui Istanbul pada Jumaat malam dari Changi Airport. Wan dan Atok serta Wan Pari pun akan berkumpul di rumah Atok sebelum bertolak. InsyaAllah kami akan pulang pada 11hb Jun 2009.
Doakan segala2nya mudah buat kami ye...:)
Assalamualaikum..
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semoga Allah permudahkan perjalanan Maklang sekeluarga.. Ameen...
ReplyDeleteSelamat mengerjakan ibadah umrah sebaik mungkin InsyaAllah.
ReplyDeleteSampaikan salam saya pada sahabat di Istanbul ye .
Selamat pergi dan kembali.
Maklang..
ReplyDeletesyukur dan tahniah banyak2 dapat pergi buat Umrah. Saya doa maklang serta keluarga dapat menjalankan umrah dengan berjaya dan tenang.
Selamat pergi ke Mekah dan selamat pulang ke tanahair..InsyaALLAH.
Selamat mengerjakan ibadah umrah. Mudah2an Allah SWT mempermudahkan Mak Lang & keluarga dalam melakukan semua ibadah di sana.
ReplyDeleteselamat mengerjakan umrah.Semoga Allah permudahkan semuanya.
ReplyDeleteSelamat mengerjakan umrah dan syukur alhamdulillah Mak Lang sekeluarga dijemput menjadi tetamu Allah.
ReplyDeleteselamat mengerjakan ibadah umrah.. semoga selamat pergi dan kembali
ReplyDeleteSelamat menunaikan ibadah umrah yerk Mak Lang ... selamat perdi dan pulang
ReplyDeletesaya pun ambil kesempatan nak ucapkan maklang sekeluarga termasuk wan and atok semoga selamat mengerjakan ibadah umrah dan harap semua nya sihat masa di sana.Peluk salam pada Simah dan keluyarga juga ye.
ReplyDeleteSelamat pergi dan kembali.Selamat mengerjakan umrah pada maklang serta keluarga.
ReplyDeleteKalau jumpa Simah nanti kirim salam ya!
Maklang, semoga dipermudahkan perjalanan maklang & keluarga
ReplyDeleteSaya ni sesekali jer tinggalkan comment..tapi baca blog maklang mmg tak pernah miss...Alhamdulillah kerana Maklang sekeluarga dijemput menjadi tetamuNya. Singgah Istanbul jangan lupa beli buah Zaitun/tin kat Spice Bazaar...fresh dan sungguh manis dan lembut, tak sama dengan kat madinah. Kalau tak keberatan sampaikan salam saya (Nik Farizah Hanim) pada Rasulullah saw yang amat saya rindui....
ReplyDeleteSalam, kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat jalan & selamat menunaikan umrah di Tanah Suci untuk Mak Lang & keluarga, Sampai salam saya & suami pada Rasulullah SAW.
ReplyDeleteMaklang ... saya ada BERHUTANG dengan Maklang.
ReplyDeleteAlhamdulilah, Mak Lang & keluarga semoga selamat menunaikan ibadah umrah dan sihat semasa disana nanti dan sampaikan salam saya(rosidahkamin)pada Rasulullah S.A.W
ReplyDeletesemoga mak lang sekeluarga selamat pergi dan balik...amin!
ReplyDeletemoga dipermudahkan segala urusan.. amin.. doakan utk kenkawan2 jugak eh..!!
ReplyDeleteNeeza:
ReplyDeleteTerimakaseh doakan maklang...Moga2 mudah segalanya...
Rina:
InsyaAllah salam dan kiriman akan disampaikan. Terimakaseh jugak hadiah buat kami...
Mamasita:
ReplyDeleteTerimakaseh kak...InsyaAllah berkat doa akak, kami akan dapat beribadah dengan sempurna...Terimakseh jugak kerana sudi tinggal pesan kat sini..
Kak Nab:
Terimakaseh Kak Nab doakan maklang dan keluarga...Moga2 mudah, aman dan tenteram, InsyaAllah
cikgu math:
ReplyDeleteInsya Allah..moga2 mudah segalanya..Amin..
Anon:
Alhamdulillah..dan InsyaAllah boleh melakukan ibadah dengan sempurna, InsyaAllah
Ummi:
ReplyDeleteTerimakaseh
Cik As:
Terimakaseh Cik As kerana melayan maklang semalam dan kerana mendoakan kami...:)
Cik Milah :
ReplyDeleteInsyaAllah akan sampaikan pesan...Takut lupa pulak, ramai yang berkirim salam ke Simah.
Terimakseh, doakan kami!
Kak Elle:
Terimakseh kak.
InsyaAllah akan saya peluk Simah on your behalf..he..he..
Kak Yong:
ReplyDeleteTerimakaseh kak yong.
Nik Farizah:
InsyaAllah akan sampaikan salam pada Rasulullah...
Terimakaseh kerana sudi nak singgah sini selalu..rajin2 tinggalkan pesan, jadi maklang tahu lah kehadirannya..boleh jamu mata dengan makanan atau jahitan..he..he..
Ibusara:
ReplyDeleteInsyaAllah akan sampai kan salam pada kekasih Allah...
TQ for the doas..
Abang Long:
HALAL...mana ada utang!:)
Shida:
ReplyDeleteInsyaAllah akan sampaikan salam, nama dah masuk kat list...InsyaAllah..moga tak lupa!
mamarock:
Terimakaseh...doa kan kami!
Mulan:
InsyaAllah...doa untuk semua, InsyaAllah...TQ
mungkin tak terlewat utk mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali. semuga semuanya berjalan dengan lancar.Titipkan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat dari akak eids63
ReplyDeletesalam kak eids63,
ReplyDeleteInsyaAllah...kerja nak kesana dah siap, boleh masuk blog2 ni..kat opis pun kerja dah selesai..tu yang relax sikit..Alhamdulillah...
InsyaAllah maklang sampaikan salam..
Seronok akak dengar maklang akan ke sana bersama anak2...semoga perjalan maklang dan keluarga dipermudahkan...
ReplyDeleteAkak doakan selamat pergi dan selamat kembali...