Assalamualaikum...
Kalau ikutkan hati memang malassssss sangat. Kalau boleh nak baring aje sambil menonton. Memang boleh dah sebenarnya, cuma saje gatal nak menambah kerja. Jahit pulak Re kat satu lagi beg. Konon2 nak kasi Wan Pari lah pulak. Bila dah start jahit, idea tak mau pulak datang. Dok jahit, bukak, jahit and bukak. Last2 letak aje kat tepi tu ha. Biar aje kat situ. Entah sempat tidak nak kasi kat dia hari Ahad ni.
Selain dari itu, maklang dah mula sikit asing kan baju untuk nak bawak bekal tu. Hmmmm...banyaknya nak kena susun. Memang paling tak suka nak pack baju lah. Tapi rasanya, maklang akan bawak 6 persalinan sorang untuk baju siang dan 4 untuk malam. Dah berapa tu...60 pasang. Bahagikan kepada 3 beg, 20 helai sebeg agaknya. Tapi tu anggaran aje laa tu. Betul2 tak tau lagi sebab malas nak bawak banyak2. Nanti cuci ajelah. Cuaca kat tempat yang nak di tuju pun memang tengah panas sangat2. Jangan kena darah hidung sudah. Dan moga2 perjalanan kali ini mudah dan sempurna hendakNya...Amin...
Abang pulak sekarang ni baru nak mula pack segala ubat2an. Ada kot setupperware agaknya. Memang setupperware agaknya...
+++++++++++
2-3 hari lepas ni asik bau BBQ ayam aje kat rumah. Mana tidaknya, masa hari guru ari tu, Cik Abang mintak buatkan ayam bakar 5 ekor. Buat untuk sambutan hari guru kat sekolah. Malam sebelum hari guru tu ( 18.5), Abang sibuk gaul sos bbq and lada hitam. Mulanya ingat maklang yang nak buat, tapi bila dia tengok isteri tercinta dia ni cam dok ghork aje, dia pun ambik aleh lah... besok pagi , maklang susunkan atas dulang and terus aje masukkan kat dalam oven. Bibiklah yang menjaganya. Tengahari tu maklang balik kejap ke rumah untuk nak join the potluck lunch with the teachers.
Macam2 ada. Syukur dan terimakaseh pada ibubapa yang sudi nak bawakkan makanan untuk cikgu2 tu. Tak terbalas lah jasa2 cikgu2 ni kan. Walau macamana pun ada juga ibubapa yang tak setuju untuk nak bawak potluck ni. Katanya apalah asyik nak kasi cikgu aje...bila maklang dengar macam tu, rasa memang tak patut cakap macam tu...tak berkat nanti anak2 tu, kalau mak bapak terlalu berkira...Macam2 ragam...anyway, the makan2 yang a success..Syukur and the teachers were very happy. Dengar2 dari kawan maklang yang attend the sambutan kata,'pandainya Cik Abang awak gelek!'Terkezut jap I...rupanya masa dia buat teh tarik tu ..sampai bergelek2 ..ha..ha..ha...
antara ibu2 yang hadir
Aikkk...pandang apa tu sampai berketap bibir?
Ini yang dari teratak kami. Siap ada daun ubi celur dan sambal mangga bibik. Laku betu, sampai Sifu Kak Liza pun hangkut balik !
Kenal tak ibu manis ni...??
+++++++++
Petang dan malam semalam ada kawan datang. Sorang nak belajar camana nak download designs dari internet untuk mesin sulam tu and sorang lagi nak jual insurance.
Dalam pukul 10 lebih baru balik. Lepas mereka balik, maklang gatal sambung nak buat beg Wan Pari sampai lewat2 - 1215 je...pastu ari ni lembik!
++++++++++
Petang semalam pun, officemate maklang tolong beli bahan2 untuk buat BBQ ayam. Maklang serahkan pada bibik untuk prpeare. Alhamdulillah jadi. Cuma kentangnya aje yang kurang mayo. Kawan2 suka...sampai ada yang nak mintak tolong buatkan lagi next week...he..he...
,
Nampak inseniur sorang ni makan berselera betul...Glad that they enjoyed the food.
++++++++
Thats all for tonite. Dah berair mata nak tido ni. Ubat pun dah telan 2 bijik. Nak titon b4 maklang kong kalau tak cukup titon ni...bye and salam.
Salam persahabatan Dari...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
slm knal mak lang.sdpnyer ayam bbq tu..nak resepi boleh? :)
ReplyDeleteRehat lah Lina, nanti mudarat pulak badan tu. Sedap nye party bbq chicken. Sungguh menyelerakan...
ReplyDeletekus semangat.. tigress pakai baju kulit rimau bintang lagi ari tu..!! bini sape la tu..??
ReplyDeletesape la mangkuk yang sibuk tu, tak nak kasi food or share duit pun takpe. ramai lagi nak kasi, sampai habis majlis pun, ada lagi hulur duit kat ajk..
Macam2 ada...sedap nampak makanan tu...mana tak diorang semua makan hingga menjilat jari
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMemang Paklang tu sporting memang patut jadi Pengerusi PIBG, cikgu2 pun sayang kat dia .
Ada jugak mak yang macam anti cikgu, ish ish ish .. dia ingat senang ke cikgu nak mengajar anak murid yang ramai tu ??
Hero engineeer tu macam celebrity, hampir setiap langkah makan nya dirakamkan ... burrppppp.... Alhamdulillah !!
ayam bbq tu mmg nampak sedap...tapi cerita ni yg ada takde gambar mana pergi ek?
ReplyDeletesalam ziarah,
ReplyDeletebaca dan tertinggal tapak.
salam.. ni kira macam kenduri bbq ayam sebelum berangkat lah ya...
ReplyDeleteAmboi, ayu sungguh tigeress tu ya,
Bila la nak rasa BBQ ayam kat meja celebrity tu.. hehe.
Take a good rest maklang...
mak lang...g umrah ya...doakan selamat beribadah...mak lang nak resepi ayam bbq tu boleh..dah cari dlm dapur mak lang tak de plak..tq
ReplyDeletesalam... maklang..
ReplyDeletenak g mana pulak kali ni? macam lame jer..?
kakyong tak khatam lagi meneroka Dapur Maklang... hahahh.. ade ker resepi ayam bbq situ?
sabor jer la dgn makayah yg tak pandai nak hargai cikgu ni.. apasalahnyer potluck.. kalo 10 org bw 2 bekas dah jadi 20 jenis lauk/makanan.. boleh rasa sorg sket...
bila nak bertolak tu maklang..? bawa2 berehat..
sebelum keluar error message, cepat2 kena comment.. dah banyak hari jadi cam ni.. blog neeza pun sama :(
ReplyDeleteseronoknya makan2 tu maklang.. ayam tu sungguh menyelerakan.. yumm!!
sedapnye mak lang...yum..yum..yum..sampai terjilat2 kekawan e_n_i kat sane. alaa a...rindunye...rindu kat all of you..n also..rindu kat Mak lang"s special food...n tak lupe..air jagung k.YAh
ReplyDeleteMak lang..nak gi Umrah ke? Selamat menjalani ibadah umrah..dan semoga pulang ke tanahair ngan slamat.