Thursday, July 9, 2009

Chop - Chop : Pn N, makan2 dan hadiah

Assalamualaikum..

Lama tak updet. Malas. Plus kerja banyak. Kat rumah dengan projek2 yang kena siap sebab tuan dah bertanya dan kat office dengan projek sendiri2.

Abang dah tanya...lama tak updet? Alahai...malas lah bang.

Macamana pun, maklang mencarik jugak masa sekejap, kalau ada yang sudi nak baca, silakan...


++++++++++++++++++

Petang Ahad, Puan N dan suami tiba dari KT. Kami jamu durian lagi bersama chef terkenal. Chef datang sebab nak hantar buku2 yang Pn. N pesan. Tu tengok tu sibuk betul Chef sign otograph tu..


Malam pulak, kami keluar makan. Kat jeti Kuala Kerteh. Tak pernah makan kat sini sebab sebelum ni orang kata tak sedap. Tapi baru2 ni Abang kata ada orang beritau dia sedap. So, kami cubalah.
Ini ikan bakar dengan sambal. Sedap memang sedap. Rasa sambal dia macam masak asam lada itam. Licin 2 ekor ikan siakap ni.
Ketam sweer sour. Sedap jugak. Isi ketam agak tebal.
Kailan goreng
Telur dadar. Ada jugak sotong goreng tepung dan juga kangkung goreng belacan. Semuanya sedap2 belaka.

Terimakaseh Pn. N dan suami. Laa...terbalik pulak ye...tuan dan puan rumah hajat nak belanja, tapi bila Abang nak pergi bayar, carik2 bill kat towkey tak jumpa. Rupa2nya Mr. N dah bayarkan..Moga murah rezeki...Memang sedap makan kat sini. Lain kali boleh pergi lagi...InsyaAllah




Sedapnya...semuanya dah terhidang!


Licin dah tu....

++++++++++++++

Hari Ahad punya kerja...Ingat tak tahun 2007, maklang ada dapat lucky draw worth of RM5K untuk makeover the house switches? Finally, Ahad lepas mereka datang nak pasangkan semuanya. Lambat bukan sebab apa, sebab maklang yang lambat bagi mereka number of socket outlets and switches to be upgraded. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak. Thank you Scheider! This wiken they will come again to complete the whole installation, InsyaAllah...
Inilah the switches/ socket dah dipasang. Yang puteh tu belum lagi.
Petang Senin, kawan maklang yang baru pulang dari London dan Paris hantar hadiah ni kat rumah. Terimakaseh ibuSara...Harap dah kenyang makan kedondong tu ye..


Ini hadiah dari teman yang pulang ke tanah air. Maaf maklang tak dapat nak attend khenduri tu sebab kita ni kerja ngan orang. Tak boleh nak cabut2 kerja...he..he..
Ini pula hadiah dari seorang teman yang baru balik dari Vietnam. Dia datang ke rumah semalam. Terimakaseh ye ingat kat maklang. Serba serbi pink tu..terimakaseh kerana tau maklang suka pink!. Ari ni maklang berbaju pink sebab nak padankan dengan beg cantek tu. Terimakaseh lagi sekali ye...



Sekian buat kali ini. InsyaAllah ada umor kita sambung lagi cerita Umrah. Doakan kami sekeluarga sejahtera di bawah rahmat Yang Maha Esa sentiasa...Amin..

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

10 comments:

  1. besnye maklang

    zar berangan jugak nak kotak suis cam gitu.. kemas dan elegen kan

    ReplyDelete
  2. murah rezki maklang...makan best,suis best,hadiah pun best..ihiks'...semoga berbahgia selalu di bwh lindungan-Nya sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Salam..
    alamak..rugi la kakliza balik lepas makan doyan airut..kalau tau..akak ikut jer p makan kat jeti tu..
    nampak sodap jer ikan bakar tu...

    ReplyDelete
  4. Zar:

    Maklang memang tak pernah berangan pun nak tukar..tapi dah rezeki Allah bagi..apalagi..seronok dan Syukur jelaa...Alhamdulillah...

    Tulip:

    Alhamdulillah...moga kita semua bahgia dibawah lindungan Nya...Amin

    ReplyDelete
  5. Tetamu datang membawa rahmat...alhamdulilah maklang...

    ReplyDelete
  6. kak liza:

    InsyaAllah ada rezeki kita pergi pulak...he..he..

    ReplyDelete
  7. kak anie:

    akak bila pulak nak jadi tetamu kami ye...kalau lalu2 sini sudi2kanlah nak menyingah ye...:)

    ReplyDelete
  8. Nanti kami akan ke kerteh jugak...semalam sampai rumah ngam2 masuk maghrib,lega rasa, takut gelap, meraba bawak keta :)

    ReplyDelete
  9. Mak Lang, kalau orang bagi tu amik je kan.. dah rezeki tu namanya... ha... rezeki dialu-alukan... heheheh...

    ReplyDelete
  10. Rina:

    Alhamdulillah dah selamat sampai...tak apa, ada rezeki, datanglaa...

    Akuni:

    Memang kalau ada rezeki jangan sekali2 di tolak..nanti rezeki lari...he..he.

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...