Saturday, May 30, 2009

Salam sayang dari Istanbul...

Assalamualaikum...

1 jun 6:16 pagi waktu Istanbul... reporting dari Hotel Grand Medya

He..he...


Tak sangka ada pulak connexion kat sini. Kalau ikut dari program, kami akan tinggal kat hotel lain dan patutnya tak ada chance nak updet... Kat sini dapat free pulak...apalagi...carik lah adaptor utk plug tu ptg semalam. Kenalah 7 lira...he..he..Akim pun senang hati laa...main game aje keje nya...

++++++++++


Semalam kami tiba kat Changi Airport around 7:40 pm kot...Jem punyalah terok! dari rumah Wan at about 5:30pm. Letih dan ngantok kat dalam kereta!

ALhamdulillah the flight was Ok. Cuma kat Changi tu agak kelamkabut sikit kami sebab check in buka at 9:00pm dan lepas tu kami bergegas untuk solat Maghrib dan Isyak. Tempat solat jauh kat ceruk mana. Terasa betapa canggihnya KLIA. Memang betul kata orang hujan emas kat airport orang, airport sendiri jugak yang bestkan...Tabik hormat kat KLIA! Mana2 ada petunjuk arah untuk nak ke bilik solat. Banyak pulak bilik solat dia. Syukur!
( Ialaa..KLIA pun baru lagi as compared to Changi yang dah lama sangat2 jadi takleh lah nak comparekan..he..he...)


Dudy anak Wan Pari sedang mengazankan...Sayu aje kedengaran azan..Ya Allah...betapa besar kurniaan Mu Ya Allah...


+++++

Kami berangkat menaiki pesawat TK 67 jam 11:40 malam.

















Masa di Changi Airport..Banyaknya lah beg tu!



















Sepanjang perjalanan tak dapat tidur sangat. Maklumlah, duduk...manalah can sleep like on the bed. Hakim was so so excited...Mak dia pun sebenarnya..he..he.. Naik kapalterbang baru! yang ada tempat tido tu. Sejak ada pesawat cam tu, nilah 1st time maklang dapat naik! Hakim tak habis2 kata bestnya mak...bestnya kapalterbang ni! Teruja betul dia! Perjalanan mengambil masa around 10.5 hrs and we landed safely kat Airpot Istanbul at 5:30am. Tapi terang betul dah. Dengan badan lesu, tapi seronok, kami melangkah kaki menjejak bumi Turkey buat pertama kalinya...Alhamdulillah, hasrat untuk ke sini yang telah sekian lama tersemat dalam hati ( ada kot dekat 8 tahun sejak tengok gambar kawan baik maklang ke sini, maklang teringin sangat nak tengok bumi Turkey yang indah ini)...Syukur akhirnya diberi kesempatan oleh Allah untuk kemari!



Welcome to Istanbul...





























Ni kat airport..tengah tunggu beg lah ni...


Kat sini yang kelakarnya kalau nak guna trolley angkat barang tu, kita kena masukkan duit kat trolley tu. Alah macam kat supermarket kat Malaysia laa...Kira2 sekali masuk duit tu kenalah RM2.30 sen. Kalau dah 2-3 trolley mau jadi RM 9.oo..Tak ke mahal tu. Tapi kalau ikutkan abang dengan penat tu, kata dia kalau ada taxi, dia nak ambik taxi aje angkut barang yang banyak tu dari tempat beg ke bas. Tergelak Wan! Tapi duit trolley tu kan dapat balik...taklah apa2..

Alhamdulillah tak ada kastam pun yang cek beg2 kami..Syukur sangat2 segala barang yang kami bawa masuk tak kena cek pun. Rezeki tuan punyalah tu! he..he..

+++++++++


Naik bas, as usual la...maklang kena duduk sebelah 'suami' kecik. Tak ada chance nak mengimpit dengan Cik Abang...dia memang pulun habis mak dia kali ini. In fact kat hotel ni pun, dia kata, abah tido sebelah sana, Akim nak tidor sebelah mak! Tau ajelah kalau tido dengan dia, dia tido 360 darjah...terganggu tido mak dia...Tulah dia buah hati mak!


Kami dibawa pusing kota Istanbul dari bahagian Eropah ke bahagian Asia pagi tu. Dek kerana hotel cek in lewat lagi, maka terpaksalah duduk aje round2 dengan bas. Perut dah mula lapar. Kalau kat Malaysia masa tu dah dekat pukul 10.00. Memang ade di kasi makan kat kapalterbang, tapi masa tu pukul 3 pagi kot!

Bandar Istanbul memang cantek. Banyak bangunan lama yang menunjukkan ciri2 Islamnya. Bunga berkembang seolah2 tau yang datang ni orang yang fanatik roses. Rupa2nya Simah kata waktu ini adalah musim ros. Bulan lepas musim tulip. Cuaca memang sedap pagi tu macam ada aircond aje. Sejuk sedap. Kami dibawa ke satu taman atas bukit. Entah apa namanya. Pemandangan indah sekali. Dapat tengok bahagian Asia dan Eropah. Betapa indah cipataan Maha Agung...Syukur sekali lagi diberi kesempatan untuk menikmati keindahaan ciptaan Nya...Amin...

Dari situ, kami bertolak ke Makam Ayub AnAnsari. Pahlawan Islam yang tewas dimasa peperangan di Turki. Memang ramai pengunjung. Agak hairan ye...Tak ada rasa macam kat kawasan perkuburan langsung. Ada masjid jugak di sini. Kami sempat mencari tempat melepaskan hajat. Mana tidaknya lebih 12 jam sejak last kat airpot. Kat sini nak masuk tandas pun mahal. Sekali masuk kena .75 lira. Kalau kali 2.30 dah berapa tu. Tapi memang bersih tempatnya...Aaah...maklang terpesona sekali melihat orang Turki ni, cantek2...sedap mata memandang...Dan mereka pun heran, tengok orang manalah ni, gelap dan berhidung kemek! he..he...Sambil kami duduk2 makan, ada jugak yang rajin menegur, bertanya adakah kami dari Indonesia atau Malaysia...


Sedap makan roti yang seakan pretzel. Dengan bijan menyaluti nya...Habis jugaklah dalam 6-7 keping agaknya. 2 keping 1.5 lira, tak silap. Tak kisahlah kalau kami di caj melebihi harga. Sebelum perut masing2 masuk angin, biarlah kami isi dengan makanan. Alhamdulillah, lepas dah mengalas perut tu, lega...kepala pun dah tak berangin. Hakim pun dah tak ngengek nak balik hotel aje, dan Maya dah boleh senyum.

Lepas mengalas perut, kami masuk ke masjid untuk beriktikaf sebentar, dan kemudian masuk ke makan Pahlawan Islam Ayub Al Ansari. Alfatihah untuk para syuhada Islam. Kat sini makam mereka berlainan. Batu nisan tinggi sangat melebihi 6 kaki. Mungkin sebab masa2 dulu, orang2 nya besar kot. Warna warni rose yang ditanam, begitu indah sekali. Sudah pasti pohon2 ros dan yang lain tidak henti berzikir pada Allah untuk si syahid!


Dari situ kami bertolak ke restoran Buhara untuk makan tengahari. Kami melalui pasar ikan. cantek2 ikan disusun untuk display. Tak macam kat Malaysia, ikan tu selonggok. Mata maklang tak lepas tengok ros2 merah berkembangan...teringat kat RE maklang yang dah beberapa hari maklang tinggalkan. Turun bas dekat restoran, ada pulak yang menjual buah2an segar. Waktu ini memang baru masuk musim buah. Ceri fresh2 geram nya tengok! Satu kg dekat 8-12 lira tak silap. Kami tak beli pun sebab masa dalam bas sudah dipesan jangan nak beli2 dari street vendor. Pandang ajelah dan dalam hati berkata..kalau dapat makan tu kan ke best...dah Allah Maha Mendengar! Petang tu ada yang datang membawa berjenis buah2an buat kami sekeluarga...Siapa lagi kalau bukan Simah...


Makanan kat restoran tu OKlah. Kenyang perut makan roti macam roti tempayan tu dengan kuah seakan dal yang dah diblend. Mulanya mereka kat sup, kami pun mulalah menghirup sup, rupa2nya kena cecah dengan roti!

Pulang dari situ kami cek in hotel. Tempat ni bukan yang dah diberitahu masa kat Malaysia tempohari. Tapi oklah sebab ada internet free! he..he... Petang lepas dah selesai mandi dan mencuci baju sera bersolat, kami keluar ambil angin dan beli 2 keping kebab! Sedaaaapnya..mesti nak beli lagi ni, nak makan puas2 kebab Turki yang memang maklang suka!


Alhamdulillah Cik Abang dapat contact Simah untuk nak bertemu petang nanti...


+++++++++++++





Pertemuan dengan Simah....memang dah di atur sejak dari Malaysia masa kami mula2 bercadang nak kemari sekitar awal bulan February tak silap. Setelah beberapa kali beremail dan sms akhirnya..ianya menjadi realiti...Alhamdulillah peluk2 cium Cik Milah, kak Elle, Rina dan Mulan berserta buah2 tangannya telah maklang sampaikan...Seronoknya.....


Seronok tengok anak2 Simah yang secantek kedua ibubapa mereka. Terharu maklang bila Hatije peluk maklang sebab dia suka sangat dengan buah tangan dari maklang. Syukur! Tak sangka begitu sekali dia menyukai nya...

Aaah...masa betul2 mencemburui kami. Selama hampir 2 jam, berbual rasanya terlalu pendek! Tiba masa nya untuk kami berpisah. Kami berharap ini bukan pertemuan terakhir. Bercita2 nak datang lagi sekiranya ada rezeki dari ALlah yang mengizinkan dan ingin nak spend lebih masa lagi untuk nak tengok bumi indah ciptaan Allah ini...

Malam tadi kami lepak. Lewat mengerjakan solat Isyak dan Magrib qasar. Mana tidaknya. Maghrib masuk jam 8:30 kat sini, kat Malaysia dah 1 lebih. Tak tertahan dek mata yang dah layu dan badan yang letih!


Moga2 hari ini lebih ceria lagi untuk kami lawati...

Ya Allah...terimakaseh atas nikmat Mu Ya Allah...Amin..Amin...Ya Rabbal Alamin...



















canteknya ros...
















tengok tu...mana tak geram...kat sini aje entah berapa puluh keping gambar kena snap!


















macam cerita Hindustan pulak Maya ni...











lagi ros...geramnya...




























Pemandangan 2 benua...masih dibukit nan indah...

































Makan simit kat Makam Ayub Al Ansari




































Masih di Makam Ayub Al Ansari














































Gerai buah.. Tu ceri sedap tu...





















Restoran Buhara 93 untuk makan tengahari...


































































Ni on the way nak ke tempat cari adaptor and then cari kebab sedap tu! Doner Kebab.

























Ni anak dara Simah yang cantek!






















Hakim malu2 ngan Baddin!











Good bye simah and family...Thanks for wanting to meet us here..Sori laa tak ada pun hidang air!















I just love that ceramic tu...cantek!





























Thank you Simah for all the gifts..Buah sedap2...and sejadah tu..macam pucuk dicita..ulam mendatang..maklang bawak sejadah kecil aje...dan baru teringin nak cari yang besar...tau2 Simah kasi hadiah...:)






Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, May 27, 2009

sekejap masa berlalu...

Assalamualaikum...

Sekejapnya dah setahun. 29 May genaplah setahun maklang keluar dari KSH. Setahun begitu cepat berlalu..dan tatkala maklang sakit ada makcik kat sebelah bilik tu kata, bila dah sihat nanti mintak Paklang bawak maklang pergi umrah...Dah Alhamdulillah...genap setahun dari tarikh tersebut, kami akan bertolak untuk menuju ke Tanah Suci, InsyaAllah...


Syukur, setakat ni diberi kesihatan dan kekuatan hati. Moga2 umrah kami sempurna hendaknya...Amin...

Besok, maklang dah decide nak cuti. Kejap lagi nak mula packing and maybe sambung besok. No more things to jahit...relax the mind and soul...and berdoa moga2 pemergian kami diterima Allah....InsyaAllah...


Dalam pukol 2 or 3 ptg besok akan bertolak ke JB dan petang Jumaat lepas asar akan ke Changi Airport di Singapore untuk menuju ke destinasi yang sangat2 dirindui...InsyaAllah...

InsyaAllah panjang umor, kita akan berjumpa lagi pertengahan bulan depan...



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Tuesday, May 26, 2009

Sempat lagi...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah..maklang masih sempat nak updet lagi. Carik jugak masa. Ialah, walau tak ada yang nak membaca, maklang nak updet jugak sebab ini sebagai diary hidup maklangkan...

Semalam petang, kami sekeluarga ke rumah Pak Omar. Pak Omar dan Kak Yah menjemput kami sekeluarga termasuk bibiks ke rumahnya. Mereka hidang nasi ayam yang memang menjadi kegemaran budak2. Kalau bawak anak2 makan, sememangnya licin lah semuanya...Kak Yah dan Pak Omar tersenyum2 melihat anak2 termasuk mak bapa mereka makan bertambah2..Kak Yah masak memang sedap.



















masamnya lah anak bujang ni sebelum dapat makan!






















rajin Maya senduk2 nasi...jap lagi...Pak Omar tambah 2 mangkuk lagi nasi...memang makan betul tu!



Malamnya, maklang cuba menyiapkan baju2 kurung putih untuk anak2 perempuan maklang yang 3 dan jugak untuk sendiri. Letak manik2 sikit around leher dan lengan. Putih kosong kain tu, terasa kosong sangat2. Nasib baik Cik Abang tak tegur. Entahlah ye...maklang rasa kali ini nak kesana, nak cantek2 sangat. Nak menjadi tetamu Allah selain bersih nak jugaklah cantek2, walaupun semua hiasan akan ditutupi dengan telekong putih. Dan kali ini telekung yang maklang akan bawak semuanya kosong tak bersulam. Simple sesimple nya...Moga niat untuk nak mengerjakan umrah dengan sempurna akan dikabulkan Allah...


Alhamdulillah 2 beg, dah pun ikut Wan Pari sejak hari Ahad, tapi akan tiba besok agaknya sebab Wan Pari ikut Tok uncle ke Melaka dulu. Masih ada 3-4 beg lagi yang akan kami hangkut ke JB. Macamana tak banyak, segala benda , tali, hanger, sabun, buku2 semua nak kena hangkut. Tapi Insyaallah semuanya selamat lah hendaknya.




bergantungan telekung yang baru dicuci...pesan kat bibik jangan letak pewangi ya bik...kalau masa ihram nggak boleh berwangi2an... sorang 3..kalau 4 orang dah 12 pasang!











akim tanya...abah kenapa ada ihram China bah...tu tuala good morning lah Kim...Kelakar dia...asal tuala aje..dia ingat ihram!












Sebenarnya maklang punya perasaan takut, risau dan macam2 lagi ada kat kepala. Memang seronok nak pergi. Terbayang2 raudah di Masjid Nabawi, Kaabah di Masjidilharam di mata maklang ni. Terngiang2 bunyi azan dari kedua2 masjid...Ya Allah aku ingin dan terlalu rindu untuk bersolat di rumah Mu Ya Allah...Perkenankanlah doa hamba Mu yang hina ini untuk beribadat dengan sempurna Ya Allah..Lindungi lah kami sekeluarga dari bencana dan jadikan perjalanan kami ini semudah mungkin. Berilah kami kesihatan yang baik dan hati yang tenteram serta ikhlas tatkala menjalankan suruhan Mu Ya Allah...Dan jauhkanlah kami dari azab api neraka...Amin..Amin...Amin...


++++++++++++++++


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, May 24, 2009

Cuti..dan selamat tinggal..

Assalamualaikum...


Maklang dah nak ambik cuti...


Sebelum nak bercuti, maklang dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf dari kawan2 samada yang tunjuk diri atau tidak, kat blog ni. Ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki... sekiranya ada salah silap yang tak sengaja atau tak disedari, sengaja atau tidak, kami mohon diampun. Dan sekiranya ada hutang tu mintak tolong tampil beritahu , moga2 boleh maklang selesaikan hutang maklang pada orang sebelum maklang bercuti.


Rasanya, dah tak sempat nak updet blog lagi, nak melompat sana sini nak ziarah kawan2 pun tak sempat lagi dah. Memang tengah sibuk gila2 sebab rasanya persiapan tak habis lagi.

Maklang dan keluarga mohon kawan2 yang dikasihi semua mendoakan perjalanan kami kali ini mudah dan semuga umrah yang bakal kami kerjakan InsyaAllah adalah mabrur. Doakan yang terbaik buat kami ye...


InsyaAllah kami sekeluarga akan bertolak ke JB hari Khamis petang, dan akan berangkat ke Tanah Suci melalui Istanbul pada Jumaat malam dari Changi Airport. Wan dan Atok serta Wan Pari pun akan berkumpul di rumah Atok sebelum bertolak. InsyaAllah kami akan pulang pada 11hb Jun 2009.



Doakan segala2nya mudah buat kami ye...:)

Assalamualaikum..



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, May 20, 2009

bbq chicken

Assalamualaikum...


Kalau ikutkan hati memang malassssss sangat. Kalau boleh nak baring aje sambil menonton. Memang boleh dah sebenarnya, cuma saje gatal nak menambah kerja. Jahit pulak Re kat satu lagi beg. Konon2 nak kasi Wan Pari lah pulak. Bila dah start jahit, idea tak mau pulak datang. Dok jahit, bukak, jahit and bukak. Last2 letak aje kat tepi tu ha. Biar aje kat situ. Entah sempat tidak nak kasi kat dia hari Ahad ni.


Selain dari itu, maklang dah mula sikit asing kan baju untuk nak bawak bekal tu. Hmmmm...banyaknya nak kena susun. Memang paling tak suka nak pack baju lah. Tapi rasanya, maklang akan bawak 6 persalinan sorang untuk baju siang dan 4 untuk malam. Dah berapa tu...60 pasang. Bahagikan kepada 3 beg, 20 helai sebeg agaknya. Tapi tu anggaran aje laa tu. Betul2 tak tau lagi sebab malas nak bawak banyak2. Nanti cuci ajelah. Cuaca kat tempat yang nak di tuju pun memang tengah panas sangat2. Jangan kena darah hidung sudah. Dan moga2 perjalanan kali ini mudah dan sempurna hendakNya...Amin...


Abang pulak sekarang ni baru nak mula pack segala ubat2an. Ada kot setupperware agaknya. Memang setupperware agaknya...


+++++++++++

2-3 hari lepas ni asik bau BBQ ayam aje kat rumah. Mana tidaknya, masa hari guru ari tu, Cik Abang mintak buatkan ayam bakar 5 ekor. Buat untuk sambutan hari guru kat sekolah. Malam sebelum hari guru tu ( 18.5), Abang sibuk gaul sos bbq and lada hitam. Mulanya ingat maklang yang nak buat, tapi bila dia tengok isteri tercinta dia ni cam dok ghork aje, dia pun ambik aleh lah... besok pagi , maklang susunkan atas dulang and terus aje masukkan kat dalam oven. Bibiklah yang menjaganya. Tengahari tu maklang balik kejap ke rumah untuk nak join the potluck lunch with the teachers.

Macam2 ada. Syukur dan terimakaseh pada ibubapa yang sudi nak bawakkan makanan untuk cikgu2 tu. Tak terbalas lah jasa2 cikgu2 ni kan. Walau macamana pun ada juga ibubapa yang tak setuju untuk nak bawak potluck ni. Katanya apalah asyik nak kasi cikgu aje...bila maklang dengar macam tu, rasa memang tak patut cakap macam tu...tak berkat nanti anak2 tu, kalau mak bapak terlalu berkira...Macam2 ragam...anyway, the makan2 yang a success..Syukur and the teachers were very happy. Dengar2 dari kawan maklang yang attend the sambutan kata,'pandainya Cik Abang awak gelek!'Terkezut jap I...rupanya masa dia buat teh tarik tu ..sampai bergelek2 ..ha..ha..ha...

antara ibu2 yang hadir





Aikkk...pandang apa tu sampai berketap bibir?



Ini yang dari teratak kami. Siap ada daun ubi celur dan sambal mangga bibik. Laku betu, sampai Sifu Kak Liza pun hangkut balik !



Kenal tak ibu manis ni...??


















+++++++++

Petang dan malam semalam ada kawan datang. Sorang nak belajar camana nak download designs dari internet untuk mesin sulam tu and sorang lagi nak jual insurance.

Dalam pukul 10 lebih baru balik. Lepas mereka balik, maklang gatal sambung nak buat beg Wan Pari sampai lewat2 - 1215 je...pastu ari ni lembik!


++++++++++

Petang semalam pun, officemate maklang tolong beli bahan2 untuk buat BBQ ayam. Maklang serahkan pada bibik untuk prpeare. Alhamdulillah jadi. Cuma kentangnya aje yang kurang mayo. Kawan2 suka...sampai ada yang nak mintak tolong buatkan lagi next week...he..he...










,


















Nampak inseniur sorang ni makan berselera betul...Glad that they enjoyed the food.


++++++++

Thats all for tonite. Dah berair mata nak tido ni. Ubat pun dah telan 2 bijik. Nak titon b4 maklang kong kalau tak cukup titon ni...bye and salam.




Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...