Friday, February 27, 2009

Jahit dan masak..

Assalamualaikum...


As usual kalau nak hari Jumaat memang rasa best sangat. Tak payah terkejar2 nak pi ofis. Ni pun baru sudah masak pagi ni sebab nak ke Chukai. Ada majlis silaturrahim yang dianjurkan pihak syarikat tourism yang bawak kami pergi haji beberapa tahun lepas.
( mana tau ada rezeki nak pi pulak tahun ni untuk umrah...rindunya dah...)


Maklang sibuk sangat sekarang sebab nak kejarkan dateline tempahan pouch yang maklang baru upload kat blog jahit. Alhamdulillah tuan punya nampak gembira dengan hasil tangan yang itu. So, kalau boleh nak siap b4 cuti sekolah nanti.







Semalam sebab dah terlalu lapar b4 balik lunch, masa makan nasi tu terpikir apa pemanis mulut yang nak di makan. Kalau ada coklat dari towkay coklat kan best. Tapi jauh sangatlah pulaknya..he..he..Last2 maklang campur aduk tepung, gula, susu dan air and gaul. Lepas tu mintak bibik goreng. Dapat bawak 2 tupperware besar untuk adek2 dan abang kakak kat opis untuk menikmatinya...tak sedap pun tak apa, asal ada yang nak makan. Alhamdulillah licin semuanya..( tak sedap pun kalau kat opis tu tolak batu dan kayu je..he..he..)

Selamat berwiken semua...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Tuesday, February 24, 2009

Happy 8th Birthday Hakim

Assalamualaikum....
















Hari ini dah 8 tahun si bujang tembam kesayangan maklang no.4.

Kejap betul masa berlalu. Kelip2 mata dah 8 tahun...dari seberat 2.4kg yang tak bermaya tu, dari dalam ICU selama lebihkurang 70 hari kat HTAA, Kuantan, sekarang Hakim dah 50kg dah. Gelembung sana sini badan dia. Memang geram tengok dia. Tiap pagi mesti nak geromol pipi dia yang tembam tu. Satu hari tak usik pipi dia ke, t*tek dia ke, memang rasa tak siap aje hari tu...Hmmm...geram kat dia...


Memang anak yang paling manja sekalilah dalam family. Bongsu dan lelaki sorang pulak tu, manalah tak manja. Kakak pulak kaki bully, tapi paling dia rapat dengan Kak Maya dialah..kalau kak Maya tak ada, macam mati kutu jugaklaa...Rindu2an habis. Kalau kak Long pulak, dia buli suruh buat itu ini, nak2 kalau PC dia rosak. Kalau dengan Kak Ngah, kalau lapar adek dia, dia masakkan laa..tu kalau angin Kak Ngah tiup arah yang betul...kalau tak, abis adek dia kena marah. Tapi yang paling selalu dia gaduh ialah dengan Kak Maya..al maklum, teman seperjuangan..nak rebut segala benda...he..he..tulah dia Hakim..

Paling kuat merajuk jugak, ikut Kak Maya jugak. (Tapi anak2 maklang ni seme memang kuat merajuk. Along kena tegur, pasal suruh share maggi mee dengan adek dia pun boleh merajuk kat maklang. Kalau Maya tak bagi naik basikal pun merajuk, kalau Angah bila tanya mana glue maklang yang ilang pun merajuk...( kes dia pakai tak mo ngakulah tu...)...tulah dia...Ni dah simpang dah ni cerita ni...

Hakim ni pantang dapat jemputan..Jemputan nak tidur kat bilik maklang..kadang2 dah dekat nak malam, mulalah dia ngendeng2 dan meleser kat bilik ni..mana tau ada jemputan..buat2 merajuk sikit2, nanti samada mak atau abah akan pujuklaa...Akim nak tido sini...Memula ego gak si tembam ni...buat jual mahal..tapi kejap aje tu...kalau merajuk rugi tak dapat tido ngan mak n abah...ha..ha..



+++++++++++++++++++++++++++++


Last week, tak ingat hari apa, Abah dia dan kakak2 dia entah yang mana satu, dah ke MM, booking kek Ben Tot untuk Hakim. Dia memang suka sangat Ben Tot tu...segala2 nak Ben Tot...Mesti Ucop jeles kan Alang. So, hendak tak hendak order ajelah sebiji. Bila dah order, dia kata, bukan gambar Ben Tot itu yang dia nak. So, kat bawah nilah kek Bentot dia.




























Ni Akim punya New York Cheese cake.

























Petang after office, maklang dan yang lain2 pi ambik dia kat sekolah dan langsung singgah kat MM nak ambik kek. Memang dah janji nak ke kedai Mainan Kami tu nak beli hadiah kat dia. Tapi mesti RM 50 and below aje. Pistol ari tu pun nampak dah lama bertapa dalam kotak, tak main pun. Alasan dia, kak long tak mo main. Banyaklaa...Memang macam tu dia tu, mainan tu, kejap2 aje dia main , lepas tu entah mana2...Hmmmm....






Sambil tunggu nak order pizza tadi dia pi pilih meinan dia. Kaklong dia yang layan..penat nak tunggu dia cari meinan dia. Last2 kasi duit kak Kaklong and maklang pi teman Paklang kat PH.




































Ni meinan Akim...kejap aje dia pasang jadik benda ni.








































Cheeeh...Hakim kata dia special...perasan tak sudah sudah...ikut sape lah tukan. Maklang tanya kenapa dia special...dia kata kan Akim je sorang anak lelaki mak....hmmmm


























Ni kami sekeluarga minum petang/ dinner kat PH tadi lepas ambik Hakim dari sekolah. Thanks aunty Mulan for the hadiah untuk Akim.. Pukul 9:00 mlm tadi kami potong kek kat dapur..siap abah jadi conductor nyanyi lagi Happy besday...Akim suka kalau jadi barritone ( Spell?) gitu! he..he..





















Mak dan Abah ucapkan Selamat Hari Lahir untuk anak lelaki kesayangan Mak dan Abah. Moga Hakim menjadi seorang insan yang berguna di masa depan dan berjaya di dunia akhirat...Kami semua sayang sangat kat Hakim...:)

++++++++++++++++++++++


Petang tadi pun rezeki dapat pizza dari Boss. So, kami makan beramai2. Adek2 ni paksa maklang ambik gambar they all..mana tau nanti kena panggil dengan NSTP pulak, nak masukkan gambar mereka...entah apa2 dorang tu...he..he..










Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Monday, February 23, 2009

Jahitan Maklang in NSTP

Assalamualaikum...


He..he…


Hari ni senyum kambing aje maklang…Pepagi lagi dah godeh PC nak baca sokkabar. Tapi malangnya apa yang dicari tak jumpa. Terpaksa tunggu sampai tengahari baru dapat tengok.. Cik Abang dah tengok dulu and call maklang kat office kata apa yang dicari ada kat NSTP tu..Memang jarang beli paper, tapi ari ni terpaksa beli…sebab nak tengok ni ha…














Bila Boss nampak paper ni dia terus tepek kat dinding kat Department kami..ha..ha..












Sebenarnya 1-2 minggu lepas ada terima email dari NSTP. Ingatkan mail sampah. Hampir aje maklang campakkan dalam tong. Tapi entah apa yang memanggil, sambil cakap kat fon, maklang bacalah apa yang ditulis. Oh..rupanya NSTP ada email interview untuk maklang. Alhamdulillah…ada orang nak cerita pasal Blog Jahit Maklang. Tapi at first takut jugak ada fraud. Almaklum mail2 ni bukan boleh percaya sangat kan, kadang2 lebih kuah dari sudu. Tertanya jugak kat Alang…Happylah jugak masa tu. Balik dari opis baru maklang balas mail tu. Hmmm…Hentam ajelah jawapan yang ditanya. And dok bermail dengan penghantar. Terimakaseh pada penulis laman tersebut kerana tulis pasal blog maklang. Alhamdulillah..moga ada banyak lagi tempahan RE maklang dan jugak Kak Ina..Amin…Betul tak Kak Ina? Kak Ina pun excited jugakkan...he..he..


Atok, Wan, Alang, Busu dan terutamanya Cik Abang tercinta teruja sangat sebab gambar isteri tercinta dia ni masuk papers..ha..ha..anak2 kata…Oh..My beloved Mom..My beloved Mom masuk sokkabar. Si Maya ler..berlari2 carik maklang sebab maklang tak tengok lagi sokkabar tu..Senyum simpul ajelaa..he..he..Bibik2 pun excited..Ha..ha…Ialah…orang tak biasa masuk sokkabar ginilah jakunnya…Anyway…Seronok jugaklaa…he..he..

kalau ada yang nak baca boleh masuk kat sini


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Saturday, February 21, 2009

Mesin dah Mogok

Assalamualaikum...


Apakabar? Maklang OK aje..tapi idung ni dah mula nak gatal2...menandakan kena jagalah idung tu sebab kang melarat jadik selsema lepas tu batuk, lepas tu kang takut demam pulak...mohon doa dari Allah semuga diberi kesihatan yang baik pada kami sekeluarga hendakNya...Amin...

+++++++++++

Semalam ke Gebeng. Ada meeting kejap aje. Ingatkan nak balik awal supaya boleh nak adakan klas RE. Tapi apa yang dirancang tak jadi. Urusan Cik Abang kat Kuantan tak dapat selesai. Maklang tumpang kawan ke Kuantan dan jumpa Cik Abang kat ECM. Tak ada beli apa pun cuma nak jumpa kat situ. Mulanya ingatkan nak naik taxi ke Chukai nak melawat teman yang tak sihat, tapi memandangkan taxi fare nya mahal sangat ( RM 80 dari Gebeng ke Chukai...1/2 jam perjalanan..seram pulak jadiknya..musim2 gawat ni...), maklang pun ke Kuantanlah. So baliklah ke Kerteh dengan darling I.


Kami singgah di Chukai melihat teman yang tak sihat. ALhamdulillah dah beransur pulih. Pagi tu masa call dia, dia dah cerita musibah yang menimpa. Maklang doakan semuga beliau sihat dan ceria kembali macam selalu...Amin...


Kelas memang dah kena kensel sebab cikgu yang tak ada..he..he..


Melepek aje lepas balik dari Kuantan..satu benda tak jadik!

+++++++++++++

Hari ini lepas Subuh, maklang menjahit nak siapkan beg ni untuk nak tunjuk kat pelajar. At least boleh jadik sumber inspirasi, InsyaAllah. Alhamdulillah siap walau kena betulkan balik lepas dari kelas tadi


Sedang maklang bersiap, dapat kabar yang ibu kepada jiran meninggal. Makanya kena tundalah sekejap kelas tadi. Maklang dan Cik Abang pergi melawat arwah sekejap dan kemudian barulah ke kelas. Al Fatihah buat makcik. Moga dicucuri rahmat.


Lepas dari melawat, maklang ke rumah Kak Ina seperti yang telah dijanjikan

.
tu gurubesar dah cekak pinggang tu...Murid2...jaga2...he..he...jangan mare Cikgu, maklang memain tau...


Pelajar yang paling gigih..tak mau gambarnya di ambil!

Kali ini kami belajar kat rumah Cikgu besar sebab anaknya Aisya tak berapa sihat..



hasil kerja tangan kak N...tak lama lagi boleh jadik cushion dah benda ni...ke nak buat beg?

Ini hasil kerja tangan Cikgu besar..cantek kan..

Lagi hasil kerja cikgu besar..

Maklang jadik assistant aje..tolong2 cikit2..he..he..

+++++++++++++++

Lepas kelas masa nak sambung jahit tadi, maklang ternampak ada benang kat gelendong mesin ( tempat nak pusingkan tu..entah apa kalau orang putih panggil). Patut pun masa nak jahit pagi tadi, liat sangat nak jalan. Jahitan pun tak cantek. Ingatkan kenapalah. Dalam hati dah berkira2 nak bawak pi servis kat Kuantan. Terus aje guna mesin yang satu lagi.

Rupa2nya gelendong mesin dah penuh terbelit dengan benang. Tebal sungguh. Agaknya hujung benang dari laci benang tu termasuk kat situ dan setiap kali gelendong tu berpusing, ianya ikut sekali dan form setongkol benang kat dalam gelendong. Nasib baik ada bujang yang tolong buangkan benang. Dia kalau bab2 bertukang ni memang suka sangat.



Siap dengan torchlight lagi...hmmm...nasib baik ada bujang tadi...TQ sayang..




Tengok tu...penuh berselirat dengan benang...Nasib baik dah dibuang. Tak sempat lagi nak test if mesin tu masih mogok ke tak. Kalau masih mogok, Kuantan lah jawabnya....


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Thursday, February 19, 2009

Jaja Kraf

Assalamualaikum...


Ni maklang tengah nak cuba masuk kontes ni kat JAJA KRAF. Lama dah skodeng kat sini tengok kraf menarik dari Jaja...Kali ini sebab dah n3 ke 50, jaja ada buat giveawaylaa...Cuba lihat kat sini



+++++++++++++++++




Minggu ni macam biasa sibuk. Kat opis dah relax habis start ahad lepas, tapi kembali sibuk hari Selasa. In fact besok pagi pun kena pergi ke Gebeng nak meeting lagi. Keadaan projek macam dah tak leh nak cakap dah sebab sesuatu telah berlaku last week. Tak payah cerita sebab ianya sangat menikam kalbu. Tapi tak adalah sampai nak menangis menggugu...kita sabar ajelah..Ini ketentuan Allah...ajal maut dan rezeki semuanya di tangan Yang Maha Esa...Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan menerima segalanya dengan hati yang tenang dan bersabar, Insyaallah ada yang lebih baik menanti di hadapan. Moga2 apa yang berlaku ini ada hikmahnya...Amin.



Doa2 moga ada projek baru untuk minggu mendatang, InsyaAllah..Sekarang ni masa Boss2 pulak sibuk untuk mencarikan kami kerja...




++++++++++++++


Maklang paling sibuk kat rumahlaa. Pening kepala nak pikir kerja2 yang banyak menimbun. Bila dah sibuk bebenor ni mulalah dalam kepala otak ni nak buat macam2 untuk sendiri. Bukannya nak abiskan kerja yang ada...he..he...Mintak maaf bebanyak pada yang masih menunggu. InsyaAllah dapat lah tak lama lagi...Yang penting buat benda menjahit ni tak boleh stress nanti tak menjadi...




So, dalam pada pening and penat sempat maklang buatkan lontong pagi tadi untuk sarapan -untuk menghilangkan stress. Lagipun dah 2 hari berturut2 tengok kawan kat opis tu makan lontong. Dapat jugak bawak ke opis sedikit untuk adek kakak kat sini makan...Sampai ada yang komen...akak ni kalau tak ada kerja, banyaklah makanan kat opis..he..he..Berangan pulak, kalau lah boleh bawak piuk, waktu tak ade kerja ni jom kita masak pulak kat pantry..ha..ha..ha...Minggu depan kutip duit kita makan mee Bandung Muar pulak...berangan lagi lah tu...he..he..












Hmmm...Lontong Johor dengan sambal udang manis2 kesukaan buah hati maklang...siapa lagi kalau bukan Cik Abang tercinta...

P/S: Nek rock, Lieen, Cheq jemput makan ye...












Shah datang lewat. Nasib baik sempat jugak makan semangkuk..












Ni tangan Kak Bonda, tengah nak sendok lauk...













Hmmm...makan jangan tak makan...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Monday, February 16, 2009

What I did last weekend

Assalamualaikum...

Rasanya dah nak basi cerita ni. Tak sempat betul nak updet blog ni. Maklang as usuallah, bila balik kena mengadap. Ari ni je, lepas balik opis tak mengadap. In fact, belum mengadap lagi walau dah lewat dah ni. Kena jugak mengadap sebab nak selesaikan yang ada tu...mengadap jahitan lah apa lagi kan..



Hmmm...ni mengadap jap PC ni. Kang ada pulak yang tunggu kenapa gambar dia tak masuk2 kat sini..He..he.. So, ni maklang paparkan gambar2 pelajar maklang last wiken.












Cuma 3 orang yang hadir. Sebabnya yang seorang lagi pelajar baru tak jumpa rumah maklang..kesian dia. Pelajar2 group pertama semuanya tak hadir sebab kebetulan masing2 ada hal. InsyaAllah 2 minggu lagi semua nya akan datang.












Ini kepunyaan salah seorang pelajar.











Ini pulak baru aje belajar. Seronok sangat bila dah siap 2-3 kuntum...Bangge!
















Puan M tengah eksen dengan sulaman masa kelas pertama...















Kak N tenung apa tu...cantek dah tu...












Puan H ni baru aje join...Menjeling kat hasil sulaman siapa tu? Jangan risau, nanti kami ajar sampai pandai, Insyaallah...

++++++++++++++++

Sempat jugak hari Jumaat sebelum tu, maklang menghabiskan jahitan untuk 2 buah beg untuk kawan maklang tu. Ada kat sini. Ada jugak table runner kat sini. Memang penuh seharian menjahit. Tapi berenti2 laa. Takut jugak belakang ni jem. Kang susah. Sejak dari hari Khamis petang lepas balik dari opis maklang dah menjahit. Asyik lupa aje kain untuk Kak Bonda. Dah lebih sebulan anak dia masuk sekolah...hmmm...tua dah ni..asyik lupa. Alhamdulillah siap dah kain sekolah dia. Then pagi Jumaat jahit pulak kain baju kurung Wan. Ni lagi lama terperap dalam kotak. Nak cakap berapa lama pun segan. Anyway dah siap dah...Alhamdulillah...

Pagi sebelum Wan dan Atok ke Kolumpo, maklang sempat siapkan beg kecik ni untuk Alang. Sebenarnya nak buat basket macam maklang tengok kat blog mana entah. Hmm...tulah tak ukur, jadik lain pulak..Tak pelaa...kasi kat Alang, boleh buat letak susu si Yasmin. Maklang ni kalau nak kasi hadiah suka yang buat sendiri. Especially kalau orang yang rapat2 laa...kalau orang tak rapat, kira beli pun OK kot..he..he..Anyway, Alang, that special beg tu is for your besday prezen jugak tau..he..he..












Sebelum menutup tirai, maklang paparkan nasi tomato dengan ayam masak merah bermadu.. ( kebetulan semalam kak Liza kasi nasik tomato, tak puas makan, maka hari ni buat ler sendiri...Anyway, thanks kak Liza)



Nanti maklang ada masa, adalah resipi dia maklang tepek kan..harap bersabar ye...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Saturday, February 14, 2009

Happy 13th Birthday Angah...

Assalamualaikum...

Hari ini anak maklang terpaling sayang no. 2 punya birthday. Kami cuma beli kek kat kedai Rahsia tu sebab terlupa nak beli bahan kat Kemaman. Oleh itu, pergi aje MM carik kek..Angah as usual happy sampai terover. Sejak pagi dah mintak orang kat rumah ni seme wish Happy Birthday kat dia. Seronok bebenor mek sorang ni..


Mak dan Abah berdoa semuga Angah menjadi seorang anak yang beriman dan beramal soleh dan moga2 menjadi insan yang berguna, dunia dan akhirat...Amin...

video

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG..Jemput datang lagi...:)

Friday, February 13, 2009

Teramat sibuk..

Assalamualaikum...

Salam petang Jumaat...Tak sempat nak buat apa2 ari ni sebab sibuk kat dapur dan sibuk kat dalam bilik jahit...


So, since dah sibuk kat dapur, kita cerita pasal makanan...( kiranya N3 ni khas jugak untuk Mas Perlis ..Insyaallah ada masa maklang masukkan resepi nya pulak ye Mas...terimakaseh kerana menjadi teman yang setia...he..he..)

Hari ini maklang masak lauk kesukaan Cik Abang...apalagi kalau bukan kerabu mangga.. Since nampak lala and taugeh kasar, maka jadik lah makanan tengahari. Tapi taugeh tu bibik yang goreng. Lala pulak, Angah yang masak. Maklang sekejap aje sibuk buat bumbu untuk buat dendeng dan jugak buat inti popia Vietnam. Tu Along lama dah ngidam. Since Wan ada, Along mintak jugak Wan buat kan percik Ikan Kembung. Semuanya sedap2 ..payah nak makan...Anyway, at this time, lauk semenya dah macam nak selamat dah...malam ni menu apa pulak...Mungkin dendeng yang bibik tengah goreng tu...Jom layan gambar...

+++++++++++++++


Biasalah hari Jumaat memang beli aje breakfast...Ada banyak local delicacy..
















Macam nak kasi makan 20 orang!












Ini nasi kerabu. Ada daging goreng kunyit dan solok lada..












Nasi dagang. Sedap ni...

Gambar nasi lemak tak yah tunjuklaaa..sebab Maya dah gaul dengan sambal. Next time pulak..Kat sini sambal ikan aye..


+++++++++++++++++++++++++

Lauk tengahari pulak..












Percik ikan kembung...Kalau Wan datang sini..mesti ada request untuk ini...












Lala goreng oyster sos.













Kerabu mangga..ala-ala somtam












ini taugeh kasar goreng ngan tauhu lembut, pastu letak kicap kikkoman..











lagi permintaan Along...kueh sagu mata ikan dengan kelapa...

++++++++++++++++++

Selesai kat dapur maklang masuk bilik jahit. Siap 2 buah beg untuk kawan2 baik maklang sejak sekolah. Maaflah lama sangat nak menyiapkannya...Ampun..ampun...nanti gambarnya diN3 yang lain ye..kang tak ada modal lah pulak..

Ingatkan kejap lagi nak siapkan kit untuk 2 pelajar baru lagi.. Baru dapat tahu 2 hari lepas. Barang2 ada yang tak cukup, nasib baik ada suami yang rajin nak tolong carikan barang2. Terimakaseh wahai suamiku yang prihatin. Maklang bersyukur kerana diberi suami yang sama2 support hobby maklang ni...sama lah jugak dengan suami Kak Ina.....betul tak Kak Ina...?( p/s: Terimakaseh Nzm kerana banyak tolong maklang...May Allah Bless you and your family)



Alhamdulillah...Allah bukak jalan untuk kami mengajar..Moga cita2 kami untuk mengajar ni di restui Allah...Amin...


Cop -cop..ni ...


Lauk semalam pulak eh...












Kailan celur dengan sos udang dan cendawan butang













ikan kembong goreng dengan cili, bawang , kunyit dan sedikit lada serta garam..all time feberet.













blurr lah pulak...anak2 no. 1-3 suka ni, ikan keli goreng berlada...maklang ok2 je, cik abang tak makan langsung!












Last sekali...feberet Cik Abang, pepagi makan nasik goreng dah makan jugak udang ni sekali...

That' s all for tonite, maklang banyak kerja lagi..entah rajin ke tidak nak siapkan kit..besok aje kalau malas! Selamat berhujung minggu...













Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, February 11, 2009

Kisah duka dan suka..

Assalamualaikum...


Maklang agak sibuk 2-3 hari ni kat pejabat...Meeting lepas satu-satu...


Pagi tadi pun ada lagi meeting lagi Tak abis2. Pulang ke bilik lepas meeting, dapat pulak berita tak baik. Ada melalui hp, ada jugak melalui mail. Kawan lama kami semasa belajar kat luar negeri dulu telah pun pulang ke rahmatullah tanggal 8 hb February yang lepas, akibat cancer payudara. Baru aje minggu lepas maklang bertanya pada kawan2 maklang yang lama tak berhubung, mengenai kakak sorang ni. Rupa2nya beliau sedang tenat ketika itu. Moga2 roh beliau dicucuri rahmat...Al Fatihah..


Itu kisah duka waktu pagi. Hidup harus diteruskan...


Waktu petang pulak lain kisahnya..


Maklang terima email dari seorang teman semasa sekolah menengah yang hampir 3 abad kami tinggalkan. Rupa2nya, dia nampak nama maklang kat dalam one of the mails yang dia terima dan terus aje hantar email kat maklang. Maklang pun apalagi, search for the company's name and bila dapat phone no. tak tunggu lagilah terus aje talipon dia. She sounds like dolu2 jugak. Tapi kata dia sekarang dia dah jadi champion. Champion in sizelaa he..he... Seronok betul dengar suara dia. Hilang rasa rindu...Dah cadang2 nak buat reunion kat JB masa raya nanti..InsyaAllah...

Last 2 weeks pun macam jejak kasih. Dapat banyak email dan phone no. teman2 masa belajar dulu...Tu satu lagi reunion nak kena arrange. Bila lah nak carik masa...


Itu saje buat hari ini. Tapi sebelum tu maklang nak letakkan gambar food lagi hari ini...enjoy....












Ini pokok kedondong kat depan rumah...Sebenarnya tak ada niat pun nak letak kat sini, tapi sebab buahnya melayut2, geram pulak maklang tengok...

Nanti sebelum Wan dan Atok balik, buah ni akan dipetik untuk nak bawak balik pada Tok Busu kat Jb..














Gambar daun turi ni untuk teman2 yang bertanyakan pasal daun turi ...daun turi tak sama dengan daun cekor manis tau...Lain memang selain2nya..













Ini pulak lauk tengahari tadi, labu masak lemak. Makan dengan sambal belacan dengan ikan sepat and terubuk masin...hmmm...tambah 3 kali you...











Anak2 pulak mintak Wan buatkan pengat pisang. Kiranya specialty Wan lah ni...sedap...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Monday, February 9, 2009

Promosi hebat...

Assalamualaikum...

Baru aje selesai makan tengahari. Sedap makan hari ini. Wan masak lemak turi. Kalau Wan ada, maklang dapatlah makan makanan masakan Wan. Pasti menyelerakan dan pasti berat minggu ni ada naik sikit. Kalau makan ramai2 ni memang sedap..he..he...



















Lauk lemak turi. Setengah orang tak kenal pokok turi macam mana. Letak pulak keledek merah tu...memang sedap. Makan dengan sambal belacan dan ikan kering.....sedaaaaap..wa cakap lu...



















Ni pokok turi yang kat depan rumah maklang. Ada 2 pokok. Ambik dari rumah wan pari. Besar dah pokok tu...


++++++++++++++


Last wiken lepas abis kelas, maklang melayan Wan Pari and Tok Uncle yang datang visit kami. Punyalah mengantuk masa buat klas tu, tak boleh nak tahan2 rasanya. Tapi paksa jugak mata ni bukak. Kalau boleh letak mancis kat mata kan sedap. Taklah terkial2 paksa mata ni bukak. Bila Wan Pari dan Tok Uncle balik, sekitar jam 5, maklang pun apalagi. Cari katil laa...Lena sampai dekat pukul 7. Tu dia...sekali nak tido mulalah tu. Tapi yang tak best tu, maklang ni kalau lepas makan tak kiralah kalau baru 2-3 jam makan, kalau tidur memang kena tak sedap perut. ( masa hari tu makan lewat pulak tu..) Tak tahulah kenapa. So, sebab petang tu dah tidur, maklang sambung menjahitlah sampai dekat pukul 2 pagi... Tak sabar nak selesaikan jahitan yang ini. Lepas tu boleh jahit pulak beg lain untuk kawan yang lain. Lama dah dia tempah tu...Sabarlah ye cik Nut ku sayang...















Ini hasil kerja cikgu Ina. Cantek betul...Maklang berkenan...Rasanya Cikgu Ina baik hati ni nak hadiah kat maklang nanti yang sama macam ni...he..he..he... Letak gambar hasil kerja kak Ina kat sinilah...promosi sekali untuk kak Ina kan...:) . Kalau ada sesiapa yang berkenan, orderlah dengan Cikgu Ina...Pasti memuaskan dengan hasil kerja nya yang sangat halus dan teliti...:)


















Yang ini pulak hasil kerja Kak O . Cantekkan...Kak O kata, dia dah nak start ajar adek ke kakak dia pulak menjahit ...Well done Kak O...

Ini pulak yang menyebabkan maklang tak tido malam ni. Harap2 malam ni boleh selesailah semuanya, InsyaAllah... Sampai sekarang mengantuknya terasa lagi...



















































++++++++++++++++++++++++


Hari Sabtu lepas masa Wan dan Atok datang, mereka bawak mangkuk yang lama2 tu. Ambik kat rumah nenek maklang kat Melaka tu. Memang lah cantek. Entah2 dah berumur lebih 100 tahun. Kena simpan baik2. Memang susah nak mencari barang macam ni. Kalau ada pun tentu mahal...




























Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...