Saturday, January 31, 2009

Tetamu datang lagi...

Assalamualaikum...


Dah beberapa hari tak updet blog ni. Sebelum terlupa apa terjadi beberapa hari yang lepas, baik cepat2 updet secara ringkas. Sebenarnya agak sibuk , di pejabat mau pun kat rumah... Maklumlah, lama tak di pejabat dan lama tak di rumah. Berkemas kat rumah, spring cleaning segala...susun bunga etc.

++++++++++++++++++

Alhamdulillah...akhirnya seperti yang dijanjikan pada pertemuan yang lepas, Abang Kuch dan keluarga tiba kat teratak maklang jam 8 lebih malam semalam. Mereka bermalam di Kijal kerana akan ke KT menghadiri majlis perkahwinan teman sepejabat yang akan berlangsung keesokkan harinya.



Kami hidangkan roast chicken, spaghetti, potato mayonnaise, salad dan cheese cake. Harap mereka kenyang makan hidangan yang tak seberapa...
















4 ekor semuanya kami roast. Mulanya kawan Abang Kuch nak datang tapi atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan..cuma mereka sekeluarga aje yang tiba...


















Cik Abang sibuk melayan tetamu...














Agaknya sebab Abang Kuch sibuk dok kata dia hemsem, camera pun terblur..ha..ha..














Ni anak sulong dan ke2 Abang Kuch..















Santai berbual lepas makan...Cerita pengalaman masa jalan2 seantero dunia...he..he...














Sebelum pulang, kami sempat bergambar, bujang yang ambik ni..



Mereka pulang ke tempat penginapan mereka yang about 15km away from teratak maklang, around jam 11 :15 pm kot. Thank you for coming...nanti singgah lagi dan jangan serik kalau hidangan tak seberapa...

Buat Kak Ana...bila pulak nak tiba sini...?Misi kita akan berlangsung tak lama lagi..InsyaAllah...he..he..


+++++++++++++++


Siang tadi berebut lagi nak siapkan bahan untuk seorang pelajar lagi. Baru tahu petang semalam yang ada pelajar baru nak join. Lepas balik breakfast kat Kemasik ( hari teringin pulak nak makan kat gerai sedap kat Kemasik tu..), kelas pun bermula...

















Kak O concentrate betul hari ni...sunyi sepi sebab buat ros folded tu...
















Maklang pulak ajar pelajar baru , module 1..















Sementara mak2 belajar, anak2 di jaga oleh Along. Nasib baik dia rajin...


Sebelum pulang, kami makan dulu kat dapur...



























Antara penyebab kenapa tak updet blog...banyak nya kerja...









Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, January 28, 2009

Cuti Tahun Baru China

Assalamualaikum...



Alhamdulillah...


We had a great great time cuti yang lepas. Maklang lah especially nya...He..he...Syukur..


I am sure anak2 pun..Yang kecik 2 tu asyik berendam dalam pool sampai dah merah and hitam berkilat muka. Kiranya 1 hari tu, 2 kali lah kena masuk pool. Tak puas2 mereka tu. Tak penat agaknya...Lepas dah boring masuk pool, makan. Enjoy makan maggi. Satu hari sampai 2-3 bungkus. Ni yang malas nak beli maggi. Kalau kat rumah memang tak beli maggi. Kalau beli pun 2-3 bulan sekali. Since ni pergi jalan2 , longgarlah sikit peraturan tu..


Cik Abang pun seronok, kemas sana kemas sini. He..he..Dia memang tak boleh tengok sepah. Cam kat hotel ..Tak boleh sepah sikit pun rumah dia. Maklang dah biasa , so buat donno...



Along and Angah enjoy dengan cara masing2. Surprisingly, Angah habis buat homework on the 2nd day of the cuti! Ini satu peningkatan ni..kalau tak tunggu pukul 10 :00mlm nak sekolah tu barulah nak siap, tu pun kalau siap. Along pulak sibuk tengok cerita yang dia bawak dari Kerteh..


++++++++++++++



Kita cerita pasal aktiviti maklang ajelah...kalau ada yang nak baca silakan..kalau tak can skip, tengok gambar ajelah nanti...




Kami tiba KL, jam 1 lebih and terus ke masjid. Cik Abang dan Akim solat Jumaat sementara yg lain tunggulah dalam kereta. Tiba rumah, unpacked the cooked food from home and we had lunch. Lepas tu ada orang datang nak pasang the water heater..Tak tahan mandi air sejuk kat sini. Cam mandi air dari fridge. Selesai seme, kami shop for bekalan makanan untuk beberapa hari kat KL.





Malam, apalagi kalau tak meng'RE'. Maklang siapkan bahan2 untuk kelas the next morning. Teruja betul. Sms pada 3 pelajar maklang, mana tau tak terima map ke apa ..mana pulak kang nak tuju. Kak Nong tak payah map sebab dia duduk building sebelah aje...So, malam tu, segala bag, handouts and kit seme dah siap. Maya rajin tolong. Dia yang seronok sangat.




++++++++++++++



2nd day - Sabtu


Pagi tu, maklang masak breakfast awal. Sebab ayam tak ada, makan makan tengahari tak buatlah lagi. Plan2 mee soup aje. Senang tu...



Pukul 8:50 pagi dapat sms dari Aiina menyatakan ketibaan nya kat pak guard. Maklang turun dengan Maya nak sambut mereka. Kebetulan Kak Nong dan Tulip dah ada bersama. Macam dah kenal aje mereka tu. Kebetulan adek Tulipurple bawak beg RE yang dia tempah dari maklang last year, tu agaknya yang membuat kak Nong tanya if dia nak attend klas jugak...


Cepat betul masa berlalu. Rasanya 4 jam bersama terlalu pendek! Alhamdulilah dapat jugak maklang turunkan serba sedikit ilmu tentang RE ni ..harap2 mereka faham dan ingat segala trick dan carany2...Thanks Kak Nong, Tulipurple dan Aiina for joining the class...And thanks for the gifts too..







Hasil sulaman pelajar2..











Concentrate betul kak Nong tu...Very Therapeutic kata nya...






Cik Abang dah talipon tu...anak2 nangis ke??













The 3 of them...Seronok tu..Entah2 malam lepas tu tak tidur dok memintal riben! he..he..

Dengan hasil tangan masing...Masterpiece mereka!
















Kek tu sedap kak Nong...kejap aje dah diselamatkan oleh kami... And the gift from TP tu memang maklang dah nak beli ari tu, tapi tak jadi..macam tau2 ajer..thanks again!
++++++++++++

Lepas mereka pulang, dapur sudah panggil mari. Terus masak mee sup ayam ( Cik Abang hantar ayam semasa kelas sedang berjalan) sebab pastinya bila Cik Abang pulang ( dia keluar dengan Along entah kemana!), perut dah bunyi. Mana tak nya it was already 1 lebih2 masa class habis. Jam 2:30pm kami had lunch.

3:30pm kami keluar ke kedai. Cuma maklang, Along dan of course Cik Abang tukang membawa ke sana ke mari. Hajat nak pi cari paper bags untuk nak bungkus barang. Lagipun ada kawan2 kat sini pesan, tapi malangnya kedai2 dah tutup...hampeh. Terus cari riben. Nasib baik tak tutup lagi. Then hajat hati nak cari buku RE lagi kat Cottage Patch tapi perjalanan kami sia2 aje sebab tutup lagi. Tukar acaralah ke PJ pulak. Kedai buku murah kat Amcorp mall. Hmmm...memang murah. Separuh harga dari kedai buku lain. Mengangkutlah apa lagi! Then on the way balik tu, ternampak pulak kedai yang jual barang 2 Inggeris ni. Maklang kalau ke kedai ni..hmmm..mabuk semacam. Mengangkut lagi. Sikit aje beli pinggan 2-3 biji untuk kat KL since tak ada pinggan besar kat sana.
Balik tu letih pulak rasanya mungkin sebab penuh concentrasi menjahit pagi tadi. Berehat dan melepak aje malam tu. Awal betul ..pukul 9 I dah gone!
+++++++++++++++
Hari Ahad, alang dan anak2, Ucop dan Yasmeen datang. Kami sembang2. Maklang sempat buat rojak India. Kuah dari Kerteh. Yang dah freeze punya. Ada buat 2 weeks back, tapi tak abis! As usual, anak2 yang lain mandi manda lah. Sempat siapkan RE untuk seseorang yang mintak buatkan dia kusyen 20" x 20" , 2 tahun lepas! So, since dah lambat sangat, maka hajat hati nak kasi dia as an anniversary gift which will be in March, InsyaAllah...Yang ke 17 tak silap!
Malam kami hantar Alang dan anak2 balik. Thanks Alang..dah guna pun mangkok tureen yang Alang kasik tu...
+++++++++++++++
Senin.
Jenuh tunggu nak jumpa kengkawan kat Uni ni. Janjinya nak jumpa kat KL. Dekat seminggu dok nak decide nak jumpa kat mana, tapi tak ada decision yang dibuat. Tapi entah something came up, family datang dari kg etc, mereka tak jadi nak meet. Cuma seorang aje yang dapat datang. Ni memang tak kira apa jadi pun pasti dia akan datang... Ha..ha..maklang dah janji nak ajar dia menjahit ler...Seronok sangat dapat belajar tu..dengar2 malam tu tak tidur sebab menjahit...jangan lupa pulak Cik abang sebelah tau....
And thanks for the ole2 dari China tu...Nanti jangan lupa tolong belikan lagi untuk maklang...sepeti yang kita dah bincang ari tu...And thanks for coming to my place. Lain kali datang, anak2 tu mesti bawakkan baju mandi lagi, kalau tak kang jadi macam tu hari lagi Nabil Adam tu...Cian dia....


anak2 kami pos ke swimming pool supaya tak ada gangguan semasa menjahit. Kami tak sempat bergambar pun sebab terlalu asyik menjahit!


++++++++++++
Malam Senin was the night yang maklang tunggu2 sangat. Hmmm...tak sabar nak berjumpa teman2 since 26 years ago..kawan2 masa study dulu. Abang2 and kakak yang rapat dengan maklang. Seronok giler kata orang sekarang...
Kiranya malam tu kami makan besar kat rumah Abang Kuch yang selalu rasa dia hemsem...he..he.. ( tapi kalau tengok memang hemsemlah jugak...he..he..) Kak Ana dan Abang Jim Brown pun ada. Tu yang seronok. The nite was full of fun and laughter. Abang Kuch siap keluar album lama masa kat Uni. Badan semenya macam papan plywood, except for me lah of course! Tapi sekarang cam cengal dah...Tougher ..he..he...
Kutuk mengutuk dah cari perkara biasa. Pecah perut dok ketawa dengan joke selambae mereka. Memang tak ubah langsung dari masa2 dulu. Cuma Cik Abang dan wife Abang Kuch aje yang tak sama Uni, but I guess they blended well with the joke selamba...he..he.. Cik Abang got excited bila Abang Kuch started talking about tanah yang nak di jual and Abang Jim Brown dengan kambing susu dia...Macam2 biznez they all ni...Maklang biznez RE ajer ..he..he...
Anak2 entah berapa kali ajak balik. Kalau boleh nak sembang lama lagi, tapi apakan daya...kami left the place about 1120 pm malam tu...lewat betul tu...and arrived home tired but contented around 11:45pm. What a Chinese New Year Celebration...Thanks Abang Kuch for receiving us...:)

Tu dia....Hakim tak boleh tahan dah terus aje ..gone with the wind sepoi2 kat Bukit J tu..








Sempena Tahun Baru China, Abang Kuch cat rumah dia dengan dinding merah. Dia kata, kalau Raya and Deepavali and Christmas, the dinding will be painted lain pulak..Yelah tu..he...
Makanan was good. Sedap dimakan...Bolehlah mintak maam Abang Kuch ajar maklang pulak masak lauk2 tu ye...









Hmmm...sembang apalah tu...







+++++++++++++++++
Kami tiba tengahari semalam. Direct flite dari KL jam 11 and tiba Kerteh at 2:30pm. Lengoh pinggang sebab tak berenti rehat! Lepas selesai seme, maklang menjahit yang di bawah. Sempat jugak menyusun bunga dan aleh2 perabut dengan bibik dan anak2. Seronok pulak..



Terblur pulak...Ni nak kena siap ni cepat2 sebab sendiri punya..cuti kejap dari membuat tempahan...no mood meh..



Yang ini sekerat dah siap kat KL. Semalam tampal manik pun dah malas...
+++++++++++++++
Today dah kerja. Pasti banyak yang menunggu...
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, January 21, 2009

Ngantuk

Assalamualaikum...


Hari ini...kami seme dilanda mengantuk. Nasib baik kat pejabat tak mengantuk! Entah kenapa. Agaknya sebab cuaca dah semakin panas di sini. Matahari sudah mulai terik tetapi angin sepoi bahasa bertiup membawa kedinginan yang sampai menusuk ke tulang! Teringat masa musim bunga masa belajar dulu... Memang keadaannya begini... In fact, nak bukak aircond pun tak tertahan rasanya. Kejap2 maklang offkan aircond kat bilik maklang..


Ngantuk yang paling teruk melanda Along laa. Masa maklang balik tadi, dia dok kata mata dia tak boleh dibuka langsung! Agaknya sebab dia dok makan ubat tahan muntah. Dah 2 hari dia kena muntah dan buang air. Entah apa yang dia salah makan. Orang lain tak pulak kena. Nasib baik. Semalam bibik buatkan dia bubur ayam. Tapi makan jugak ayam celup tepung cicah lemon sauce. Sedap aje nampak. Yang herannya, sakit nya malam dan pagi aje, tengahari oklah pulak. 2 hari dia tak ke sekolah. Hari ni dia kata tak boleh jadik ni, kena jugak ke sekolah. Nasib baik tak apa2...Syukur.


Maklang pun sama, bila waktu2 8 lebih ni mengantuk betul. Kalau tidur awal sangat nanti tengah2 malam pasti terjaga. So, baiklah buat kerja2 apa yang patut dulu. Malam ni pun memang banyak kerja. Kena siapkan seme barang untuk kelas kat KL dan juga sedikit jahitan. Cik Abang tengah ajar Along buat Math. Kalau tak lepas kang, kami bincang bersama lah...pastu dok compete siapa boleh dapat jawapan yang betul. Elok jugak nak asah ingatan yang makin pudar!

Anak2 yang lain pun tengah sibuk dengan kerja masing2. Maya dan Hakim tak berapa ada kerja rumah sebab sedang periksa sekarang. Angah pulak macam frust aje sebab kena masuk sains rumahtangga...boring kata dia, macam perempuan! Tu yang dia sibuk tanya macam mana nak pasang benang kat mesin. Kena jahit skirt kata dia...InsyaAllah part ni mak dia boleh guide..

Takat sini dulu buat hari ini. Mungkin tak updet dah sampai lepas Raya Cina kot. Tak sabar nak ke KL, ada banyak temu janji dengan kawan2 rapat se kolej dulu...lama nya tak jumpa some of them. Alhamdulillah ada rezeki nak bertemu lagi...Nak pergi makan2 then kami nak berstitching pulak..InsyaAllah seronok!


Selamat bercuti semua...

Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Tuesday, January 20, 2009

Rebutan

Assalamualaikum...

Hari ini pagi2 lagi maklang bersiaran... Baru aje lepas menumis lauk. Hari ini goreng Sabah vege bersama tahu lembut aje. Bahan tumisan dah siap, sayur nanti tengahari bibik akan masukkan. Buat sos lemon chicken buat tambah yang masih ada sikit lagi kat fridge dan kemudian buatkan inti telor bungkus. Bibik akan buat kulit telor tu dan kemudian buat ayam salut tepung. InsyaAllah OK sebab dah banyak kali buat. Itu aje buat makan tengahari ini. Memang biasanya malam2 dah tanya Cik Abang or anak2 nak makan apa untuk hari esok. Kalau pagi2 nak pikir memang jem otak..tak tau nak masak apa, and bahan beku tak boleh nak defrost cepat2..




Sebab ringkas aje masakan, maka dapatlah maklang duduk sat kat PC ni sebelum siap nak ke ofis.


Badan tak berapa sedap ari ini. Lesu2 macam nak kena flu. Penat agaknya semalam drive sampai ke Gebeng. Pagi2 masa nak pergi tu belakang dah terasa sakit, tapi sebab ada hal penting yang tak boleh nak tunggu2 kenalah pergi jugak. Then kat sana adalah dalam 3-4 jam nonstop punya kerja. Then travel balik pulak. By the time tiba rumah dah pukul 4 ptg. Berkejar pulak nak solat. Lambat betul! Malas nak solat kat masjid sebab kadang2 datang perasan was2 sebab toiletnya ada bau yang agak tidak menyenangkan...Maaf berkata begitu sebab itulah realitinya. Ada jugak terfikir nak singgah kat rumah Rina, nak tumpang solat, tapi tak apalah...takut pulak mengacau orang tengah rehat2 waktu petang. Mungkin lain kali..lagi pulak tak ada janji2 nak bertemu...


Malam biasalah dengan kerja2 yang patut dibuat. Tapi yang best maklang tengok 24, season paling baru , dload dari internet. Best betul!

++++++++++++++++


Hakim pulak sejak ari Khamis lepas jadi rebutan dek ibu2 yang kukasihi...Kak Liza dan Mulan...He..he...tak sangka bujang maklang ni orang nak rebut nak ambik dia balik dari kelas Tabilas. Sebab kat sini susah nak cari bas, maklang at first mintak tolong Mulan sebab anak dia sama sekolah dengan Hakim.. Lepas tu tengok ada bas masuk situ, ingat kan naklah suruh Hakim naik bas aje, tapi Mulan insist nak hantar. Oklah...terimakaseh banyak2. Then ari Khamis lepas, masa maklang on the way nak ke Gebeng, Kak Liza call kata dia pulak nak hantar Hakim. Oklah apa2 lah asal Hakim sampai rumah..Memang kak Liza duduk dekat dengan kami, tak sampai 1 km pun kot. Lepas tu hari Ahad, peristiwa yang sama berlaku..he..he...Terharu maklang bila ada yang prihatin tentang anak2 maklang. Maklang doakan moga2 jasa baik kalian termasuk Asiah akan Allah balas ye...Terimakaseh teman2 ku sayang...


Dan buat Wan , ni hasih sepenuhnya yang dah dijahit..Wan suka sangat kat ros pink tu...Enjoy Wan...Insya Allah kita jumpa Jumaat nanti...Rindu kat Atok and Wan...lama tak jumpa!


ni antara bahan2 untuk nak buat jadik handout di kelas jahit. Leceh nak buat sebab kena ambik langkah demi langkah, tapi seronok bila dah berhasil!

















Ni jahitan yang dah siap. Ros pink tu yang Wan suka sangat. Tak tahu nak jadikan apa jahitan itu..Any idea???


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, January 18, 2009

Banyak urusan...

Assalamualaikum...

I have been very busy last weekend. Lepas satu- satu yang perlukan attention...Tak sempat nak duduk depan PC lelama. Kena concentrate apa yang dibuat. Maklang buat material untuk handout kelas menjahit. Lama jugaklah nak membuantnya...dari kosong ke menjadik benda tu. In between kena ambik gambar langkah demi langkah. Start tengahari Jumaat, lewat malam baru siap. Biasalah pagi Jumaat sebuk kat dapur. Paklang pulak mintak masak itu ini, dekat 5 hari tak ada kat rumah, rindu masakan kat rumah kot...Apa2 pun tunaikan ajelaa...he..he..




Semalam pulak, pagi2 dah masak. Paklang, Along dan Maya ke Kuantan. Biasalah kak long sakit mata lagi. Pressure tinggi lagi...Kesian.. dia. Entah apasalaa selalu kena macam itu. Harap masalah tak berpanjangan. Pohon pada Allah moga dijauhkan segala penyakit...Amin.



Ni kat kawasan main games tu...Tu baju merah tu boss saya tu...main tennis tu...







Tengah breakfast..ada makan2 dulu..

Lepas mereka dah bertolak, maklang ke pejabat jap. Pergi tengok ada karnival sukan. Tunjuk muka aje sebab dah ada appointment lain kat rumah. Kan ada kelas RE ari Sabtu. Meriah semalam sebab kesemua 4 pelajar kami ada. Mula ajar tu ingat mesti banyak masa nak buat benda lain. Kali ini kami ajar buat spider web. Cepat betul 2 jam. Dok ajar2 eh..tengok dah dekat pukul 1:00 . Menggelabah semua orang.
Hasil kerja student..cantek dan menarik warna2 pilihan mereka..




Ini cikgu punya...Masa mengajar tu...

Tu SIFU RE tu..tudung itam tu...





Concentrate betuk ha...
Sempat jugak maklang ambik gambar pelajar dan hasil kerja yang mereka buat since last wiken. Alhamdulillah...nampaknya berjaya...


Minggu ni, homework banyak sebab pattern yang kami beri tu, banyak bungalaa..Lagipun kali ni 2 minggu tak jumpakan. Cuti raya Cina, kelas pun cutilaa..he..he.. Harap2 lepas ni lebih cantek jahitan mereka, InsyaAllah..
Lepas mereka pulang, dan lepas Paklang sampai dari Kuantan ( sempat singgah rumah biras sebab ada adek kawin), kami ke Kerteh 5. Ada kawan melangsungkan majlis menerima menantu. Jauhnya...40km baru tiba. Kami ber 2 aje yang pegi. Anak2 biasalah tak mau ikut. On the way balik, sampai terlelap.


Selesai solat asar, maklang duduk kat mesin jahit pulak sebab ada yang nak datang ambil telekong hari ini. Then bongkar my ribbons sebab susunan tak teratur, bila orang nak beli the ribbons, payahnya nak carik. Nak kena tambah collection lagi sebab nampaknya kaler dah berkurangan...Tengok macamana nanti. Kaler pink dan hijau, yang paling banyak orang beli...
Malam dok sibuk susun riben lagi. Bilik jahit tengah tonggang terbalik...terok rupanya...he..he..malam ni berkemas lagilaa nampaknya...
Ni pun curi masa jap, sebelum ke ofis. Kat ofis pun pasti sebuk sebab besok nak submit kat Client for signature pulak. Travel lagi nampaknya...hmmmm.....

Dan untuk yang ingin nak join klas sulam riben yang akan diadakan di KL pada 24hb January @9.00 am kat Jalan Kucing sila hantar email untuk keterangan lanjut. Email maklang is nazdin_2000@yahoo.com.


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Thursday, January 15, 2009

Gambar tertunggak....

Assalamualaikum...




Hari ini kita tengok gambar tertunggak. Rupa2nya USB camera terperosok bawah katil kat rumah KL. Paklang baru bawak balik petang tadi. Dia ke KL sejak Isnin lepas naik Firefly yang dirasmikan last Monday. Tulah senang sikit. Dari Subang airport jam 5 and tiba jam 6pm tadi...So, sekarang kita enjoy gambar2 tertunggak yang maklang janjikan beberapa minggu lepas...




Ni collections gambar tu...
































Yasmeen's booties





Dan untuk yang ingin nak join klas sulam riben yang akan diadakan di KL pada 24hb January @9.00 am kat Jalan Kucing sila hantar email untuk keterangan lanjut. Email maklang is nazdin_2000@yahoo.com.



Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, January 14, 2009

Suram...

Assalamualaikum...

Assalamualaikum….


Entah kenapa yer..sejak 2-3 minggu ni tak rasa macam selalu. Rasa macam sedih dan suram aje. Cuaca diluar pun sama...Rasanya masalah keluarga tak ada, masalah kerja pun setakat ni boleh handle lagi…entah kenapa rasa tak tenteram. Mungkin disebabkan oleh isu semasa dunia kot. Tiap hari melihat kekejaman manusia terhadap orang yang tidak bersalah. Sesak nafas bila melihat gambar2 kekejaraman Zionis. Menitis air mata melihat seorang kanak2 lelaki dipegang oleh askar rejim tersebut dan kelihatan seluar anak tersebut basah sebab ketakutan. Gambar tu dah lama dalam mail, tapi dihantar berkali2 oleh kawan2 disebabkan oleh peperangan yang sedang berlaku…Kesian tengok mereka. Kalau dibandingkan dengan keadaan kita kat sini, memang jauhlah bezanya…Itupun kita masih komplen lagi kan…Mesti nak selalu muhasabah diri dan kena selalu bersyukur dengan apa yang ada kan…maklang ni ingatkan diri sendirilah ni…


Semalam dapat berita yang tak berapa baik. Ada pulak yang hilang wang kat ofis ni. Bukan sedikit, banyak. Wang kutipan untuk nak beli baju sukan. Kesian dia. Duit tu letak dalam laci berkunci kat tempat dia. Kami rasa orang dalam yang punya kerja. Sebab tak ada pun kesan kopakan kat mana2. Si pencuri tu tahu pulak kat mana wang disimpan. Kunci yang dah di sembunyikan pun dia boleh jumpa. Entahlah kan…Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Sekarang pihak pejabat sedang berusaha untuk buat solat hajat. Biar dia pulangkan wang tu. Tak tau siapa pun tak apalah, asal pulang kan duit tu…Hmmm…


Maklang kenalah lebih berhati2. Selama ini kalau balik makan tengahari, dompet maklang tinggal begitu sahaja dalam bilik ni. Tak berkunci pun. Terletak aje atas meja. Memang biasanya tak ada apa pun. Tapi bila dah jadi gini, kenalah lebih berhati2. Ada jugak duit dalam diary tu maklang simpan, in case terdesak. Sekarang ni semua kena jagalah…susah pulak jadiknya. Kami doakan semuga yang mengambil tu memulangkan semulalah duit tu…


Petang semalam seronok sebab sekali sekala bertandang rumah teman seperjuangan. Suami masing2 tak ada, jadik dapatlah berbual dengan santai. Bual pasal apalagi kalau tak pasal riben. Teruja tengok design baru dia. Rupanya design tu ada dalam buku yang dipinjam dari maklang. Kalau ikutkan nak aje maklang potong kain malam tadi jugak nak buat pattern yang sama. Tapi hajat tak kesampaian..Biasalah…kerja2 lain menunggulaa…nanti2lah, kalau ada masa, maklang nak buat jugak…entah bila nak siap pun tak tahu. Rasa macam masa waktu malam tu pendek sangatlaa…Kadang2 timbul rasa nak ambik cuti nak buat kerja2 tangan maklang ni…tapi tak sampai hati sebab kerja2 kat pejabat ada yang perlukan perhatian.


Hari ini rasa seronok sebab dapat membahagiakan hati seseorang…Alhamdulillah…

Dan untuk yang ingin nak join klas sulam riben yang akan diadakan di KL pada 24hb January @9.00 am kat Jalan Kucing sila hantar email untuk keterangan lanjut. Email maklang is nazdin_2000@yahoo.com.

Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Monday, January 12, 2009

Berangan

Assalamualaikum...

Hmm...dah lewat dah ni..very lewat and early morning I have to be in Kuantan. Ada Pengarah from the authority nak pegi visit the site. Kalau ikutkan malasnya nak pergi...

Actually dah masuk tidur quite early tadi. About 10:30pm, lepas kaki kena cramp and lepas Cik Abang dah sapukan the balm gamat, dapatlah tidor kejap. Sakit wooo...kena kat peha pulak tu. Terasa urat2 tu timbul. Lepas dapat lelap tadi oklah kejap. At 12:15am, alarm rumah pulak bunyi. 2 kali....dah terbangun. Ni tak boleh lelap lah lagi. Dari terkebil2 pikir macam2, baik lah maklang buat sesuatu...nak bukak TV tak boleh..bising pulak kang orang sebelah tak boleh tidur, maka maklang pegang lah jahitan maklang. Dok menery nak buat bunga senget yang SIFU RE kat Kerteh ni punya style...puas membega tapi nampak cam tak jadik sangat. Kena very patient buat yang ini lagi pulak baru belajar. On kan PC maklang and tengah sedap2 baca kat Tireless Mom punya blog, eh ilang pulak the gambar. Screen jadik kabur dan terus hilang...gelap...Alamat tu nak kena tukar sangatlah the screen. Nasib baik masih in insured period tu. Kalau tak entah berapa kena. Ini kali ke2 jadik macam ni, lepas 1.5 years. Nasib baik orang Dell tu nak datang besok masa kami report rosak last Friday. Sekarang ni maklang menaip guna PC Cik Abang. Kalau dia tak pakai ni boleh lah kita songlap jap, kalau tak, tak ada chance laa...

Ni dah keluar tajuk dah ni...merepek aje semenya...

Ok, kita masuk tajuk...maklang sejak dari office tengahari semalam dok berangan. Berangan apa tau?? Berangan nak buat Kelas Ribbon Embroidery kat KL.... Lepas baca komen Kak Ezza, Izat, and a few others, apa kata kalau ianya boleh kita aturkan. Kak Ezza memang payahlah nak join sebab dia sibuk sebab anak dia nak bertunang hari Raya China nanti...:).Misal katalah ada yang nak attend, boleh maklang organize kan masa cuti Raya China ni. Kan ada 2 hari cuti. Tapi rasanya ramai yang tak ada kot kat KL. Kami bercadang nak kesana hari Khamis petang sebelum Raya China tu. Kalau lah ada 5-6 orang nak join, boleh kita buat 1-2 sessi kelas. Kelas tu boleh buat kat rumah kecik maklang. Ni betul ni...kalau ada, mintak tolong hantar email kat maklang eh. Kit untuk permulaan akan maklang sediakan...


Ingat nak letak gambar bunga tu, tapi dah malam malam ni tak nampak pulak kelibat USB hp ni...malas nak carik..kang bising pulak...so lain kali lah ye..bila dah betul2 siap..


updet 6:57 am..ha..dah terang ni baru nampak USB ni...oklah...nampak tak ros yang senget2 tu...Maklang nak kena siap ni..kena be in Gebeng before 9. am.







Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Saturday, January 10, 2009

Kelas RE

Assalamualaikum...


Seronok rasa sejak semalam...Dah lama rancangan nak mengadakan kelas untuk nak mengajar serba sedikit jahitan sulam riben, akhirnya menjadi...Alhamdulillah...

Jam 3:30 ptg, lepas balik dari khenduri kawin kat rumah kawan maklang, pelajar2 pun tiba. Tapi of courselaa, SIFU RE kat Kerteh ni dah tiba dulu laa...He..he...jangan mare..And pelajar pun kawan2 kami jugak. Az dan Ibusara. Az tak dapat nak attend klas yang mulanya kami nak buat hari Sabtu pagi disebabkan ada kursus, tak silap maklang. So, sebab tak mau dia rasa kecewa sebab terlalu berkobar2 nak menjahit, maka kami adakan jugak klas pada hari Jumaat. Tak apalah for a start. Terlanjur Az nak datang hari Jumaat, maka Ibusara pun ikut sekali.


Seronok rasa mengajar. Teringat kat Mulan dan Asiah. Apakabar sulam riben mereka..harap2 ada progress. Ialah yang maklang ajar kat mereka pun belum banyak lagi. Wiken pulak masing2 sibuk dengan keluarga, jadiknya tak dapatlah nak datang...tapi mana tau masa2 depan, kot2 free pulak.

Malam lepas mengajar tu rasa exhausted sangat. Mana tak nya, lepas mengajar tu maklang menjahit pulak. Tak siap lagi beg tu..ada sikit lagi nak dikemaskan. Kain yang kawan mintak tolong jahitkan pun tak siap lagi..nanti ye kak Bonda. InsyaAllah wiken depan siap kot. Hmm...wiken depan pun ada khenduri lagi and ada sukan pejabat. Sibuk lagi. Klas lagi...eee..bilalah nak menjahit.


Pagi tadi pun ada klas lagi. 2 orang aje. Tapi seronok. Kira buat masa sekarang ni one to one laa..Harap2 pelajar2 dapat faham apa yang di ajar. Harapan kami, bila dah habis belajar, mereka boleh pulak menjana pendapatan dengan hasil jahitan mereka...rezeki masing2 kan..dan semenya datang dari Allah....




Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Friday, January 9, 2009

ALHAMDULILLAH...

Assalamualaikum...


Salam pagi Jumaat...

Macam seme dah tahu...maklang dan paklang dah boleh senyum dah...rasanya satu batu besar dah diangkat dari bahu kami... Amin atas berkat doa seme teman2, Allah dah pun kabulkan apa jua permintaan kami... Especially to those who called maklang like Mak Teh Izzah, Mulan, Rina, Ummi, OO, and those who texted me like Cik Milah...thanks for the words of comfort. To PP...your comment was the first one that made me smile yesterday..betul tau...he..he...but the to the rest special thanks for being there...A friend in need is a friend indeed....thanks......And to Atok and Wan....our very2 special thanks for the solat hajat and Busu and Alang for your support all the way...(- Busu apa2 yang dah kena stop tu dah boleh proceed...he..he..buat ari ni eh...)May Allah bless all of you with good things in life and hereafter...Amin...
( Buat masa ni tak sempat nak komen seme...nak pi pasar jap..balik kang sambung komen...he..he..)
++++++++++++++++

Banyak sebab mengapa maklang bersedih sangat. Antaranya ialah nanti bila jauh, kesian kat suami tercinta tu sorang2 kat sana. Paklang memang tersangat rapat dengan anak2 ( and of cozlah isteri dia ni..he..he..), akan kesunyian. Memang dia akan mati kutu kalau budak2 ni tak ada. Memang kalau ada masa lapang kerja dia mengusik aje budak2 ni. Nak2 no.4 tu... Semalam dia dok takut2kan bujang sorang tu sampai melalak budak tu...Tapi kalau kita yang usik, dia tak kasi pulak...Lagi satu sebab...manalah nak makan...memanglah nanti banyak tempat nak makan, tapi of coz tak sama dengan makan kat rumah. Sebab tu maklang selalu masak, dia kata dah muak makan kat luar masa bujang..nasib baik tak muak masakan isteri!:)Nanti pulak setiap hujung minggu kena travel pergi balik. Pada maklang biarlah pendapatan tak banyak mana, asalkan kami berkumpul setempat...


Itu hal paklang, kalau maklang pulak, dengan pinggang yang dah tak berapa kuat ni nanti, agak payah nak melakukan kerja2 dengan cepat or driving in and out antar anak2 sekolah and also nak pergi ke KL driving on my own. Kalau 8 tahun dulu, masa kami duduk berjauhan tu, memanglah rasa pedih, tapi at least masa tu taklah kena sakit macam ni. Sekarang ni pun kalau malam selalu kena cramp. Tak tahu kenapa. Kejang aje, dan Paklang lah yang tolong urut2kan kaki ni sampai OK. Kalau tak, kenalah bujang yang buatkan nanti. Tapi masalahnya, bujang kalau dah tidur, nak kejut dia...Allahuakbar...payah betul...Mau maklang meraung sensorang, tengah2 malam tu... ( Maklang ni harap aje badan besar, tapi tak se tough ummi yang comel lote and Rina yang sentiasa bersemangat tu..)


Tapi yang benarnya...rindu wei...lebihkurang macam Neeza komen tulaa...tau2 sob sob aje tengah malam.... tu on my side...

Paklang pulak kata dia, tak ada kawan nak gaduh...baru sat ni bising dah...cepat ler...kata nak pi pasar 7:30..ni dah kol 8! saje je nak buat bising. Dia kata kalau tak otak tak kembang...sensorang lah katakan...


Oklah so much about that, kang ada yang menyampah pulak baca...

++++++++++

The pass two days, dalam pada maklang bersedih, sempat jugak maklang buat benda2 ni. Memang kena buat benda untuk nak menghilang kan rasa gundah gulana itu. Menjahit lah apalagi. Sempatlah siap 1-2 jahitan. Memang concentrate abis...











Ni Yana punya..InsyaAllah by this wiken ni maklang akan jahitkan jadik beg












Blur pulak gambar ni. Ini mak enon kat Singapore punya. Dia order sejak dari sebelum Raya puasa ari tu. Start nya dah lama, tapi tak siap2..Ni pun still in progress. Memang mak enon tak baca blog ni. Tapi mungkin anak sedara dia kat Kemaman baca kot. Nanti dah siap, maklang akan kirimkan ke Zarina kat Kemaman, InsyaAllah...











Yang ini Aishah punya. Itulah kalau tengah susah hati, banyak jugak dapat siap...tak mo pikir problem, so buat kerja lain betul2..nilah hikmahnya. Aishah nak balik 17.1 ni ke France. Ingat nak buatkan sambal kacang bilis jugak untuk dia...InsyaAllah..












Yang ini pulak nak dijadikan contoh untuk kelas maklang nak ajar petang ni. Patutnya pagi besok baru start, tapi sorang student ni tak boleh make it tomoro sebab ada kursus, so maklang buatkan khas untuk dia petang ni. Tak apalah sacrifice masa sikit untuk student...moga2 diberkati Allah..Lagipun kesian dah lama dia nak blajar..excited betu... Mulan and Asiah sekarang entah takat mana RE mereka...Ke simpan dalam kotak jer cik adek oi....:)

Kalau ada yang nak join, masih ada tempat kosong. Fee semua ada kami letakkan kat blog Ribbon Chanteq. Kalau nak join, telefon aja kami...


++++++++++++++++

Dalam pada bersedih tu, sempat jugak maklang mengekor paklang ke kebun getah yang nak di tanam semula. The ride to the kebun was like riding a rollercoaster. Almost all the way into the kebun, I covered my ears with my hands and closed my ears...Berdebak debuk jantung sebab ngerinya jalan atas jalan yang tak rata...Really bumpy you...mana tak nya, naik kereta2, bukan 4 wd. Takut...the car was on gear 2 sebab takut tayar tak cengkam and akan lekat dalam lumpur. Maya was enjoying sebab dia sukalah terhenjut2 tu. My time was over. Dah tua2 ni nak naik rollercoaster tu rasanya dah seram sejuk. Jangan masa budak2 dulu, pantang ada ride, mesti nak naik! ...he...he...taulah sekarang ni dah tak boleh buat camtu sangat...Ingat pinggang tu...











Ni mentari petang..dah diufuk nya...waktu tu dah 6 lebih...cantek pemandangan. Batasan yang ada plastik tu apek yang jaga kebun tu tanam pokok ada. Entah ada 200o batang pokok lada. Pokok getah masih kecik2 lagi. Lagi 4-5 tahunlah kot baru boleh menoreh...masa tu harap2 harga getah dah pulih kembali..

Oklah...Doa2lah moga mentari tetap bersinar untuk hari2 mendatang...

Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Thursday, January 8, 2009

I am still feeling UPside DOwn ~ not anymore as @ 5:00pm!

Assalamualaikum...

UPDET @ 5:00pm:


I can smile now...ALHAMDULILLAH...memang betul ...disebalik musibah ada hikmah...disebalik ketakutan yang amat sangat sebab takut berjauhan dengan suami tercinta maklang asyik aje menyebut nama Allah...dan Alhamdulillah...petang ni kami baru mendapat khabar gembira...Amin....alhamdulillah Cik Abang akan terus bekerja kat sini....ALHAMDULILLAH..berkat doa sahabat semua, maklang teramat berterimakaseh...malam ni boleh celebrate!


Syukur yang amat sangat...:)


++++++++++++++++++++++++++

Terimakaseh atas semua atas doa untuk kesejahteraan maklang sekeluarga...Moga apa yang diimpikan akan terkabul oleh Allah Yang Maha Esa..Sesungguhnya apa2 yang terjadi pasti ada hikmahnya InsyaAllah...


Sejak 2 hari lepas mata asyik berair aje..dah pedih mata ni...and badan lemah aje...rasa vulnerable betul....


Moga dikuatkan iman dalam menghadapi segala apa yang mungkin terjadi...


Ya Allah...Kau kabulkanlah permintaan hambaMu Ya Allah....Aminnnn...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Tuesday, January 6, 2009

ALLAH PLEASE HELP US...

Assalamualaikum...

I am crying while I am typing this N3...Tak boleh control air mata yang nak mengalir ni...Sekarang kat dalam bilik tidor, baru lepas makan tengahari and sedang berehat kat rumah...sebelum ke pejabat sekejap lagi...

Just tak boleh nak pendam lagi dalam hati...sedih sangat rasa...rasa tercekik menahan sebak di dada....:( :( :(

Moga Allah tabahkan hati maklang dalam menghadapai apa jua situasi dalam 1-2 bulan yang mendatang, dan moga pintu rezeki kami sekeluarga masih terbuka di sini..Amin Amin Ya Rabbal Alamin...

ALLAH PLEASE HELP US...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, January 4, 2009

Penatnya tak terhingga..

Assalamualaikum...






Hmmm...hari ini kena bangun pagi walaupun malam tadi tidur agak lewat. Macamana tak lewat, dok leka melayan ribbon maklang laa...padan muka. Sekarang ni dah keletihanlah pulak...





Anak2 memang berkobar2 nak ke sekolah. Senang kejut. Sedar dari tidur tadi around 6:15 am and lepas bersiap2 tu, maklang terus aje ke dapur. Since asyik kena complaint aje, makanan tak sedap, maka kenalah maklang bertugas semula. Senang aje, masak ayam kari hari ini. Then buat sambal belacan campur tomato and timun. Arwah MIL panggil pencuk ( Al Fatihah buat MIL. Diam tak diam beberapa hari lagi genaplah 5 tahun pemergian beliau. Moga di rahmati Allah hendaknya..). Then maklang tumis kuah untuk di letakkan kat brocolli dan shitake mushroom. Pesan kat bibik mintak celur aje sayuran tu, tapi bila kami balik lunch, di goreng pulak...hmmm...makan ajelah...Then mintak goreng ikan selar yang maklang beli kat supermarket semalam. Makanan pagi untuk anak2 was nugget ayam and beef. Maklang makan roti ajer...












By 7am gitu, seme nya dah siap. Tengok pengawas berbaju hijau tu excited bebenor! Memang selalu Mayalah yang paling berkobar! Hakim pun sama ari ni , pergi pukol 8, tapi @ 7 dah siap. Harap2 semangat berkekalanlah...




+++++++++





Kat ofis biasa je.. Kerja tak banyak. Hari ini meeting aje waktu pagi. Petang cek drawing pulak. Masih ada sikit lagi tak selesai. Besok akan mulai sibuk semula sebab orang di KL dan kawasan lain yang kami berurusan akan mula kerja lepas cuti yang panjang.


++++++++++


Petang lepas pejabat lepas ambik Maya, kami terus ke MM. Maklang kesian tengok tudung Maya yang berlapuk. Ialah pakai tudung entah tahun bila. Beli kain putih 3.4m @ Rm5.80 kot per meter untuk buat 3 helai tudung dia. Then beli Big Apple. Sesampai rumah tadi konon cariklah baju Maya yang baru buat last year. Hmmm...dah teruk jugak nampaknya. Kesian dia.....Apalagi..misi menjahit pun bermulalah lagi. Maklang gunting kain tudung 3 helai and baju kurung Maya 1. Mula ingat tak cukup kain tadi. Lepas tu bila adjust2 cukup untuk 2. Kain tu pun maklang beli masa nak buat baju Angah dan Hakim. Rasanya memang tak budget untuk Maya. Alhamdulillah cukup.

Dan Alhamdulillah, siap dah tudung Maya 3 helai dan maklang sempat sambung baju kurung Maya sehelai. Ada lagi 1 tak usik lagi sebab baru gunting. Nampak gaya malam ni memang no RE lah for me. Penat sangat dah ni, and mata pun dah layu bebenor..Jangan besok tak boleh angkat mata sudah...

Anyway..ni maklang nak eksen sikit...dapat hadiah dari Shah tadi..seutas gelang dari mutiara yang dia beli kat Sabah masa pulang ke sana tempohari dan jugak jade yang Pakcik dia bawak balik dari China...Alhamdulillah..rezeki jangan di tolak...Thank you Shah and Hidayah...

Tu gambar tulip dah siap dengan manik. Masih satu lagi on the way.











Besok malam kena start RE untuk Yana dan Aishah and prepare the kits untuk yang dah order. Sorrylah, lambat sikit sebab sibuk yang terlalu ni...




Untuk kak Bonda: Sowielaa..I tak sempat nak letak perhiasan kat rumah baru ni...tak reti sebenarnya and tak punya kelapangan lagi...:(

Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Saturday, January 3, 2009

Sessi Persekolahan 2009 sudah tiba..

Assalamualaikum...




Hujan masih mencurah2 lagi kat luar tu....dah 3 hari berturut2 hujan. Yang seronoknya kena pulak waktu wiken...memang liatlah nak bangun pagi2 tu...sedap dengar rintik2 hujan..Tapi liat macamana pun kena jugak bangun sebab samping sekolah agama Hakim masih tak berjahit...







Lepas aje buat breakfast dan masak untuk makan tengahari..( kena masak tiap hari sekarang sebab Cik Abang asik complaint sebab tak berkenan dengan bibik punya taste!), maklang terus aje masuk bilik jahit. Alhamdulillah by 12:30pm siap lah 2 helai samping Hakim. Patutnya lebih awal dah siap tapi disebab kan masa nak pakai tu macam sempit aje...maklang terpaksa bukak balik kain tu and jahit semula. Leceh betul..





Tengahari tadi, kami ke Chukai. Terkopak beg duit...tau2 ajelah bila dah lama tak bershopping untuk barang2 dapur ni...banyak lah kena hangkut...dari barangan bilik air, ke sabun cuci kereta, semuanya kena beli..frozen food pun kena hangkut. Senang nak buat bekal untuk anak2 nanti...Sekarang ni barang makanan memang lah mahal ya amat...



Balik dari Chukai, maklang singgah beli lemang. Masa tu perut tengah lapar betul! So, singgah beli lemang sebab teringat ada rendang dalam fridge. Beli jugak biskut gulung dan jugak jeruk anggur dan jeruk mempelam. Teringin pulak nak makan benda tu...Lama tak makan...Sesampai aje ke rumah makanlah lemang and jugak sedikit nasi berlaukkan ikan kembong goreng berlada dengan sayur bende rebus. Sedapnya...sebab perut lapar nya...


+++++++++++++





Petang tadi dapat jugak maklang siapkan satu lagi Ribbon embroidery untuk nak buat beg kawan maklang kat JB. Ada 1 lagi tak siap. Nanti kalau semuanya dah siap, barulah di poskan.






Ini bunga yang maklang dok buat siang tadi...Alhamdulillah dah nak siap jadik beg dah...Lega...ada jugak yang menjadi, walaupun bunga nya pattern lama...













Yang ini lama dah terbengkalai. Kawan maklang tempah untuk nak dibuatkan jadik kusyen. Masih ada satu lagi belum siap. Yang ini pun kena nak letak manik2 ni dulu, baru jahit jadi kusyen,


Masa maklang sibuk2 buat embroidery tu, Paklang pulak sibuk gantung gambar kat ruang tamu....Seronok sangat dia bila tengok gambar tu dah tergantung. Dia beli masa kami ke Langkawi last month. Maklang tak sempat lagi nak tengok gambar tu..ni pun masa nak load gambar embroidery maklang, ada pulak benda tu kat phone Paklang. Tengok lah besok pagi baru maklang tengok...







+++++++++++


Anak2 semenya excited nak ke sekolah. Beg2 sekolah serta kasut semenya dah tersusun kat depan pintu bawah.




Besok pagi anak no. 1-3 akan ke sekolah macam biasa dihantar oleh Abah mereka. Maya masih kat sekolah rendah and Angah akan memulakan sessi 2009 kat sekolah menengah. seronok sangat dia nak masuk menengah. Along dia siap dah kasi warning supaya jangan buat hal. Maklumlah Kakak dia pengawas and tak mau lah adek dia buat kecoh! Kena warning siang2 sebab Angah ni memang terkenal pasal bising dia...Hakim pulak tahun ini sessi petang. Pagi besok dia akan ke tabilas. Kami akan hantar dia sebelum kami ke pejabat. Pulangnya pulak akan dijemput oleh Aunty Mulan. Terimakaseh banyak2 kerana sudi nak tumpang kan Hakim...


Waktu ni, anak2 seme dah kena paksa tido dah..kalau tak, takut besok liat nak bangun...


Mak dan Abah doakan moga2 tahun ini akan membawa kejayaan buat anak2 mak yang tersayang...

Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...