Wednesday, April 29, 2009

Siap pun akhirnya...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...selamat dah benda ni. Siap pun akhirnya.. Sejak 2-3 malam lepas maklang dah mula menggunting dan menjahit. Buat sikit2 mana tak lambat. Pantang ada masa, kat mesin ajelah kerja nya.

Dua malam berturut2 maklang dok buat sulam. Yang pertama tu cantek jugak, tapi bila tampal kat beg nampak pucat sangat. Makanya...maklang buat satu lagi. Memang kali ini jahit beg ni stress betul. Masa menjahit tu pun kepala asyik ingat roses untuk bantal nikah yang masih tak siap lagi tu..Malam ni mungkin2 tak pegang pun roses tu sebab dah lengoh pinggang dok kat mesin. Memang berjanji pada diri, kena siapkan by this wiken and nak pos latest Monday. Maklang mintak ampun pada tuan punya sebab lambat sangat hantar ni. Nasib baiklah masih ada sebulan before hari nikah dia. Jangan marah ye adek manja yang kat Pulau tu...sabaarrrr...

Lepas dah siap roses tu pun barulah lega besar sebenarnya. Maklang masih ada 2-3 benda yang mengstress kan lagi ni ha..nak kena jahit baju Maya dan seluar Hakim sebelum nak bercuti sekolah nanti. Tak lama dah tu...rasa macam tak cukup aje masa...Sekarang pulak, tidurnya tak boleh lewat sebab badan rasa penat dek batuk2 tu. Lagipun tak boleh nak makan ubat batuk sebab effect dia teruk sangat pada maklang. Kalau makan malam ni laklok dia sampai petang besok...Macam terbuai2 kat office. So, salah satu cara ialah dengan berehat lebih sikit laa...moga2 boleh reda batuk ni...


Hari ini hari ulangtahun perkahwinan Wan dan Atok yang ke 45 dah...Dah 2-3 kali maklang talipon atok dan wan hari ini, tapi tak perasan hari ni 29hb. Hampeh betul...Ni nak ucap pun, kenalah call mereka kat Jakarta sebab mereka baru aje berangkat ke sana bersama alang and family...Moga perkahwinan atok dan wan berkekalan selamanya dan berbahagia selamanya dan diberi kesihatan yang baik...amin...














Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Monday, April 27, 2009

Sedihnya dia...

Assalamualaikum...


Hari Khamis lepas, maklang dan anak2 serta cik Abang, ke Pusat Kesihatan kat Kemaman. Ada hal sikit. Kesian kat anak bujang makalng. Menangis tersedu2 dia...Alahai manjanya....















Sedih benar dia...Kakak2 dia dok ketawakan dia jugak...














Lagilah sedih bila kena usik...















Entah apa yang ditakutkan pun tak tau...
















Berderai airmata 'jantan' bujang ku...ha..ha...( cruelnya mak dia...:))
video



video





Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Saturday, April 25, 2009

Impian tak tercapai

Assalamualaikum...

Selalunya kan, kalau nak hari Khamis aje, maklang pasti dah fikir macam2 dalam kepala nak buat apa wiken nanti.


Sejak Cik Abang dah kensel trip ke KL tu, maka macam2 lah yang maklang terpikir nak buat apa. Nak jahit baju Maya yang dah dipotong minggu lepas, seluar Hakim pun ada 4 helai yang menunggu tu. Telekong lagi yang dah 1/2 way siap dan macam2 lagilah...Macam biasalah tu...planning ni belum tentu jadi kenyataan kan...


Ni pun dah nak maghrib dah ni, jap lagi nak solat pulak. And tak lama lebihkurang 12-13 jam lagi dah pun bermula hari esok pulak! Hmmm...satu apa tak jadi! Mana tidaknya... semalam pagi2 dah bangun memasak kat dapur. Lepas tu ke pasar tani dengan Angah dan bibik and Maya. Cik Abang, since tak ke KL, kenalah dia ke sekolah join gotong royong nak bersihkan sekolah. Nak buat macamana, ibubapa kat sekolah tu masih mahukan dia menjadi YDP lagi... Hmmm...kenalah dia join jugak walau masih batuk2!


Maklang pulak, lepas aje dari pasar, terus hangkut Along ang Angah ke sekolah. Nasib baik mereka nak tolong, maklang cuba tolong cat2 sikit aje. Biasalah kalau tang nak membersihkan sekolah ni kurang sikit sambutannya. Waaah...maklang tengok Cik Mulan kitalah yang paling bersemangat..Tahniah Puan...boleh diangkat jadik ibu contoh nanti.

Antara parents yang mengecat bilik darjah anaknya ( sekelas dengan Maya tu...)








Along bersemangat mengecat dinding...rajin anak mak...ada kerja tak ada gaji!










Ini waktu melepaskan penat...makan ler nasik lemak yang dibekalkan oleh sekolah..Ibubapa pun ada bawakkan pot luck food..boleh tahan banyaknya!


Balik dari sekolah, maklang ke MM dengan Angah. Pergi cari bahan untuk nak hiaskan klas Hakim. Kesian kat Cikgu kalau semenya nak serah pada dia. Maklang dan Angah memang suka bab2 gunting2 kertas ni..he..he...Sampai kat pukul 4 lebih kami main2 gam dan marker etc. Taklah siap mana....Lepas tu tak boleh tahan lagi , mata ni, ngantokya amat. Agaknya penangan ubat batuk kot.

Petang tu kami dapat jemputan ke rumah Ibusara yang mengadakan sambutan hari jadi anak dia. Kejap aje ke sana kerana masa kami ke sana, waktu dah hampir maghrib.

Akhirnya jam 8 jugaklah barulah maklang dapat pegang RE maklang. Barulah dapat buat bunga2 merah atas kain putih untuk bantal nikah seseorang nun jauh di utara. Tak boleh nak tunjuk kat sini sebab biarlah dia yang tempek kat blog dia nanti kan...tak surprise pulak nanti.
++++

As usual hari Sabtu ada klas ( mulanya kensel , tapi bila Cik Abang kata tak jadi, maklang pun arrangelaa) . Ingatkan pagi2 lepas masak tu, dapatlah maklang jahitkan beg untuk laptop maklang. Tapi memang lah impian tak tercapai. Teringat pulak, nak kena susun bunga untuk nak letak kat klas Hakim dan Maya...Terbang dekat sejam setengah...By the time maklang siap2 mandi, anak2 murid dah pun tiba. Terkejar2 jugak pagi tadi! Patut klas selesai sekitar jam 12:30pm, tapi mama Yah dari Kuantan, nak pulak sambung belajar buat beg. Ngam2 pukul 2:30pm, tamatlah pengajian. Barulah dapat lunch, bergegas untuk solat, dan terus ke sekolah. Hangkut bibik beserta Angah, Maya dan Hakim. Sementara bibik lap2 tingkat sekolah, maklang dan Angah menghias kelas dengan barang2 yang kami bawak dari rumah. Nampak macam tak ada perubahan aje sebab masih banyak tempat yang tak bertampal...jeles tengok klas kat sebelah sebab cantek sangat. Jam 6:00 pm td baru sampai rumah. Sempat juga beli sekotak Big Apple dan bersantap dalam kereta...ha..ha...


Tatkala, maklang tengah penat2 ni, tiba pulak satu beg kertas yang Angah bawak dari bawah. Kiriman dari Ibusara rupanya. Masa dia datang, maklang tengah bersiram. Tak sempat pun tunggu kejap sebab nak ke MM. He..he...suka sangat dapat hadiah ni..memang lama dah maklang intai beg ni kat beg Kak Diah Rothman...Patchwork bag ni...Akhirnya impian ini pulak tercapai...Apa yang di plan, langsung tak tercapai! he..he...Kira balance lah tu kan...





Terimakasehlah banyak2 untuk ibusara untuk semua ole2 dari HCMC tu...dan kuih abok2 tu sedaaaap....baru aje makan 2 lepas makan malam ni ha..



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, April 22, 2009

Tak sabar...

Assalamualaikum...


Maklang sibuk 2-3 hari ni. Kat ofis pun sibuk sikit2 laa...muak dah membaca spec ni. Ada about 1K more to go till end of May. Apart from that ada pulak projek baru. Besar pulak tu. Nasib baik tinggal supervise aje!..


Cik Abang masih tak sihat. Kesian dia. Dia memang jarang tak sihat ni. Tapi kalau kena sekali, memang lah lama baru nak kebah.. Rancangan kami nak ke KL, baru semalam di tukar. Malam sebelum tu, baru aje beritau Maya, nanti kita ke KL, ke rumah orang kawin tu bolehlah Maya pakai baju yang mak baru jahit..Maya seronoklaaa..sengih jer! ( maklang sempat siapkan sehelai lagi...nanti letak gambarnya!). Tup tup, pagi besok tu, Cik Abang kata tak jadi nak pergi ke KL. Memang rasa tak sihat sangatlah tu. Yelaa..mana lah boleh nak zoom zam sana sini macam muda2 dulukan...Habislah rancangan maklang nak jumpa Fida ari Jumaat tu nak belajar quilt dari dia dan maklang nak ajar dia RE. Tak pelah lain kali. Kesihatan lebih utamakan...


Maklang pun sebenarnya ni dah mula nak batuk2 gatal..sejak ari tu tak ilang. Sebabnya tak makan ubat. Sebab kalau makan ubat memang knock out punyalaa..datang opis pun berdengkur nanti!


Semalam, memang tak selesa kat opis. Bukan sebab kerja atau apa. Tapi sebab tak sabar nak buat benda kat bawah tu...Tengahari balik lunch, lepas makan, maklang gunting kain jap, b4 solat. Balik petang tu kol 6 maklang dah mula jahit sulam2 tu. Pakai 2-2 mesin baru dan lama. Bestnya...tak sabar nak siap. 7:15pm berenti kejap sebab Cik Abang nak makan mee goreng. Sedap pulak rasanya...Lepas maghrib, maklang pun join le makan sekali. Biasa2nya tak makan...tapi sebab perasan mee sedap, join lah makan sekali.

Then sambung balik till about 11:30pm. Tu pun tak siap. Sib baik bibik tolong2 sikit isi kekabu. So, pagi tadi, buat riben bear ke or what-ever-you-want-to-call it and tampal jap kat leher dia. Harap2 petang ni bolehlah maklang selesaikan sebab kena kembali ke alam nyata...BANYAK RE TAK SIAP lagi...hu..hu....( tu laa..asyik main dengan IK jer!)


So, inilah hasilnya...setakat ni...Hasil sulaman RE beberapa minggu lepas, dah pun menjadi beg. Cuma tinggal sedikit kemasan aje lagi, maklang akan uploadkan ke bilik jahit jap lagi! InsyaAllah akan di pos some of it tu ke tuannya...






















Bolehlah Min-min bawak ke Jakarta nanti ye Mummy Min Min...he..he...


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, April 19, 2009

Penangan Idaman Kalbu

Assalamualaikum...


Haa...padan dengan muka. Bukan maklang aje yang kong ari Ahad ni, Cik Abang pun sama. Sebab Cik Abang ambik cuti sakit, maka maklang pun sama jatuh sakit. Badan memang lengoh semacam sejak semalam, mana tidaknya, lepas satu-satu suruh jahitkan nama kat baju mereka. Dahlah kita ni merangkak2 nak guna benda tu...penatnya....


So, hari ni pagi2 tadi dah bersiap nak ke pejabat. Cik Abang lepas hantar anak ke sekolah, terus kata tak mau ke pejabat. Kepala pening, demam. Memang badan dia panas sejak semalam. Kesian darling I. Maklang pulak memang dok berkira nak ke Dr. Kepala memang tak berapa OK. Hidung dan tekak dah semacam. Lepas hantar Akim ke sekolah, maklang ke Dr. Dr. kasi MC. Tekak sudah merah, minum air banyak2 kak, kata Dr.

Lepas tu, maklang pulanglah ke rumah. Dok gode2 PC ni. Cari free Embroidery Design untuk IK*. Cik Abang kata, mintak teman dia kat bilik, jangan lah duduk kat IK je...Habis, sambil kita main2 PC ni, dia berdengkur, nak tunggu duduk dengan PC memang tak lalu laa maklang. Lagi demam kang. So, duduk lah dengan IK. Rehat2, sambil tengok benda tu gerak sendiri. Seronoknya....



ni Akim punya. B4 ke sekolah, pesan suruh buat kaler AA dan nak gambar kapalterbang.
Jahitan dia OKlaa. Tapi ada jugak yang lompat2. Tak tahu camana lagi ni.. Maya punya towel pun ada, tapi entah kat mana, tak boleh nak ambik gambar..




ni baju Maya, dia suruh jugak buat..sebab ambik Maya lambat, dia paksa Maklang jahitkan jugak!





Sebab dok leka denga benda kat atas tu, maklang sampai terlupa nak ambik Maya kat tabilas. Bila Along, ingatkan dah pun pukul 6. Seram sejuk takut dia tinggal sorang kat kawasan masjid tu. Alhamdulillah masa sampai tu, masih ramai lagi kat situ...


Itulah dia penangan IK. Ni hidung dah makin perit...kena rest..rest..dan rest....tapi besok kena pergi kerja jugak...hu..hu...


*IK - Idaman Kalbu.







Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Friday, April 17, 2009

Idaman kalbu milikku kini...he..he..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sampai jugak hari Jumaat. Idaman kalbu milikku kini....



Kami bertolak ke Kuantan jam 9:30am. Dalam pada sibuk orang nak ke Kuantan, bertubi2 pulak dapat talipon dari Client tanya pasal kerja. ..layan ajelaa...ilang excitement kejap..

Anyway, maklang tiba kat Epal Kuantan about 11 plus. Tiba kat situ macam blur aje mereka. Padahal maklang dah beritahu nak ambil mesin maklang. Nasib baik ada no hp branch kat Puchong. And nasib baik akhirnya seme ok. Lega...


So, terpaksalah maklang guna dulu mesin jahit yang ada. Taklah susah mana. Lebihkurang macam kat Lux jugak. Tapi yang ini ada touch screen. So, gode2 laa...
Yang kelakar one of the students kat situ dari Dungun. Nanti bolehlah maklang saing2 datang ke Kuantan dengan dia. Before maklang balik, salam2 dan bergambar. Sempat maklang tinggalkan address blog ni pada dia. And bila dia tengok the url, dia surprised sangat....oooo...dariteratakmaklang.....rupa2nya dia dah biasa baca...he..he...



It was fun alright...and tak sabar nak buat sulam...tapi kena sabar dulu sebab banyaknya RE yang menunggu....hu...hu...











Lepas klas, maklang ke hospital sebelah, tengok this cute little additional to the Ahmad family...Tahniah Mak De and Pak De...Amna memang cute...putih melepak macam....he..he..( perasan lak cam maklang...)

















Salam persahabatan Dari...





p/s: Zura and Shiela...thanks a lot for the help. Nanti kita calling2 lagi eh...:)
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, April 15, 2009

Majalah i-Dapur

Assalamualaikum...

2 minggu lepas maklang menerima satu panggilan talipon dari Puan Azian semasa maklang dan Kak Ina sedang mengadakan klas menjahit RE. Sekali sekala ada jugak maklang masuk ke blog Puan Azian. Makanan dia memang sedap2. Malu aje kalau tengok masakan maklang yang main campak2.



Puan Azian tanya kalau boleh nak masukkan perihal Ribbon Chanteq kat keluaran sulung Majalah i-Dapur. Pucuk dicita, ulam mendatang, kata orang. Apalagi...jemputan Azian kami sambut dengan tangan terbuka...



Kalau nak tau kisah selanjutnya..layari lah... http://tinyurl.com/ddaqcv


Boleh juga kalau ada yang berminat nak beli e-book Puan Azian..banyak resepi2 yang menarik tau...layarilah blog Puan Azian di http://www.duniadapur.com/

Terimakaseh Puan Azian kerana sudi menjemput kami...moga usaha Puan Azian mendapat kejayaan dan diberkati Allah swt. Aminnn...

Salam Persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Monday, April 13, 2009

Siri undur kebelakang part 2 - Bertemu Jodoh di Ikea

Assalamualaikum


Siri undur kebelakang, maklang sambung lagi.


Hari Sabtu sebelum ke Periuk Cair tu..maklang ke kedai kraf kat Ampang. Dari Kerteh dah contact Fida nak ambik barang2 ni. Tak ada jodoh, tak dapat jumpa Fida. Terlalu sibuk dengan urusan anak2, makanya maklang mintak Fida tinggalkan barang2 kat kedai kraf tu. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak maklang benda2 ni. Tak sabar nak guna!
















Jumaat pagi masa Cik Abang ke pejabat, maklang pulun dok jahit benda ni. Ingatkan nak buat buah tangan masa jumpa2 tu. Tak ada rexeki agaknya, maklang jahitkan 2 pouches untuk nak isi Yassin, 2-2 tak menjadi. Kain macam merekah aje.


Terus aje kensel. Jahit pulak beg telekong tu. Sebab takut tak sempat nak siapkan 9, maklang bawak bekal dan menjahit dalam kereta sepanjang prejalanan nak ke Shah Alam kerana Cik abang ada urusan kat sana. Dapat jugak siapkan dekat 3 helai. Mana taknya, urusan tersebut makan dekat 2jam lebih baru selesai.


Hampir jam 6, kami bertolak ke Ikea. He..he…Ada kawan kirim belikan vase dan maklang ambik kesempatan nak beli kain2 sikit. Mabuk beli kainlah pulak. Kain furnishing. Masih ada berbaki lagi sebenarnya masa maklang beli beberapa tahun dulu. Ini ambil yang abstract aje. Nak buat apa tak tahu lagilah…


Masa nak bayar, korek2 handbag, tak jumpa pulak dengan purse. Seram takut ilang masa sibuk membelek kain ( lepas tu talipon bibik, katanya ketinggalan Buk….). Talipon Cik Abang lah to the rescue. Dia tak ikut carik kain, dia carik makan kat Cafeteria dgn Akim. He..he…dia yang bayarkan. Tak lah banyak mana. Kira2 dapatlah 5 keping large pizza masa offer. Hadiahlah kiranya sebab temankan ke KL..he..he..Thank you darling.




Selesai kat situ, maklang pi makan kat Cafeteria sambil tunggu kawan yang dah 28 tahun tak jumpa. Dia nak sangat jumpa katanya. Dapat peluk pun jadiklah..Rindu sangat katanya. Kami satu sekolah masa menegah dulu. Bila habis tingkatan 5, masing2 buat haluan sendiri. Entah macamana dia jumpa nama maklang kat one of these computer punya benda nilaa..and hantar email. Maklang bila tahu dia kerja mana, terus jadik CSI, cari fon number dan dari situlah bermula segalanya. Main2 email dan pagi Jumaat tu maklang dapat sms dari dia, ajak jumpa petang tu. Yang ini pun tak ada plan. Dan bila tak ada plan, Alhamdulillah..jadik jugak semuanya…




Bertemulah kami selepas 28 tahun terpisah. Tapi taklah menangis-nangis cam jejak kasih!. Anak kawan maklang dah 22 tahun yang sulung. Kawin awal, anak maklang baru aje 16 tahun…he…he..I kawin lewat….














Biasalah kalau dah jumpa kawan lama ni kan. Cerita tak berenti. Sedang leka berbual..tiba pulak Mak Teh yang ditunggu2 dengan kembar Maya, Pipa. Kami memang nak jumpa kat situ sebenarnya. Makan2, jumpa2 nak eratkan silatulrahim. Perbualan berkisar kat macamana nak comel aje macam Mak Teh..he..he…

Jam 8:30pm kami bersurai. Kawan maklang dah balik dulu sebab nak ambil anak kat UIA Gombak. Kami ke rumah Alang kejap. Lama tak jumpa si kenit 2 orang. Min-min dah tak mau orang. Pak long dukung dia kejap aje dia dah kemek. So, pegang dia supaya dia tak nampak muka, barulah tahan lama sikit..Pipa ikut kami balik ke rumah. Biasalah kalau dah jumpa ..malam tu entah pukul berapa mereka ber3 tidur!

Kami balik rumah hampir jam 10. Lepas dah membersihkan diri, maklang kononnya nak lah menjahit lagi. Dapat 1 beg aje dan mata refused nak bukak…so kenalah bangun pagi pulak besok tu, takut tak siap pulak ‘gifts’ tu…

++++++++++++++

Darling tak ada sekarang...dia ke KL petang semalam, mesti dia rindu kat kami ..he..he..siang malam pagi petang pasti dapat panggilan...maaaak...abah call..he..he...InsyaAllah besok malam dah balik lah dah...kerja baik2 kat sana ye...:)


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, April 12, 2009

Siri undur kebelakang 1 - Bertemu jodoh di Periuk Cair

Assalamualaikum...



We reached home safely around 10.oo last nite. Bengkok rasa tulang belakang ni. The ‘flight’ was smooth. ( sebab bawak kete cam nak terbang kata Wan @140km/hr bila mata maklang lelap sekejap!)..Wooo…kalau terlelap jap mesti pilot bawak ‘ kapalterbag’ laju ‘sikit’. Co pilot kecik, kat belakang tidur berdengkur sebab tu pilot tekan minyak kuat kot. Lagi pulak kalau boleh lagi nak cepat sampai. Transit kat Gambang area sat untuk solat maghrib/ Isyak. Makan bekal ayam goreng and nasi lebih tengahari. Maklang makan ayam sekeping. Perut penuh berisi masa makan kat Periuk Cair ( sori Ummi, maklang pinjam istilah Ummi ) petang tu.

++++++++++++++++++


Seronok jugak bertemu kawan dari alam maya ke alam reality. Memang tak disangka akan bertemu sebab maklang memang tak ada perancangan masa mula2 ke KL. Tak tau langsung sampai lah Kak Ezza kasi tau petang Khamis tu. Then masuk sms Ummi365, then masuk sms Kak Elle dan comment kat blog dan YM. He…he…Itulah dia jodoh pertemuan Allah yang tentukan dan kali ini jodoh dan pertemuan kami ditemukan di Periuk Cair.













Kak Nong dan Sarah
















Muka senget lagi...sibuk mengunyah.

Maklang dan Kak Elle.















Ummi dan Dodie















Mas dan Kak Elle















Maklang dan Kak Ezza..Seronok, 1st time jumpa kak Ezza, walau dah berkali cakap kat PC ni tentunya tentang RE dan jahitan lain…Macam dah kenal lama. ( Muka senget sebab tengah menguyah makanan!..)




Dodie, Mas, Ummi365 dan Kak Elle, last sekali jumpa tahun lepas, ada masa Raya, ada masa tak raya, ada masa kat KL. Entah bulan berapa tak ingat.

Kak Nong baru aje jumpa, sebulan sekali sebab duduk kat block sebelah rumah kat KL. Cerita punya cerita rupanya kawan laling Kak Nong, senior maklang kat Uni dulu…senior bertahun2 laa…Keciknya dunia! I wonder apa kawan maklang ni buat sekarang sejak company dia kena reshuffle beberapa tahun dulu. Abang Kuch pun tak tahu dia buat apa sekarang…




Melecet jari jemariku menjahit benda2 untuk kawan yang nak ditemukan. Alhamdulillah walau melecet, hati puas. Dan harap2 mereka juga puas walau the workmanship memang tak ada QC. Main jahit je walau di kereta. Nilah dia kerja tak ada planning. Syukur Allah beri kekuatan. 9 buah beg telekong dalam less than 24 jam. Nasib ada bibik tolong taburkan manik sikit2. Kalau tak memang togel lah beg tu. ( Hangkut seme dari Kerteh bila Cik Abang kasi green light untuk nak join the group...tq laling!)
Ikut jugak theme pink tu...I love pink!



Dan terimakaseh jugak buat yang memberi. Moga Allah murahkan rezeki buat semua…Amin…
Thanks to all for the gifts. Yang dari Dodie awal2 Maya dah songlap dan keychain kak Nong pun sama. Yang masih dengan maklang aje yang dapat di snap sekejap ni..Anyway...Thanks again and to Kak Elle..a million thanks for the gift from the US...:)
Kenyang betul makan semalam...Kena diet sebulan wei!









Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Kak

Thursday, April 9, 2009

Jom ..Jom...ikut...

Assalamualaikum...




Kejap aje dah Khamis. Pagi ini hujan renyai2 aje dan dah mulai lebat. Sedapnya kalau dapat tarik selimut kat katil. Tapi apakan daya...kerja memanggil ku untuk ke pejabat. Hmmm...


Pagi2 maklang dah sibuk mempack baju. Kami nak ke KL lagi. Kebetulan Cik Abang ada meeting kat sana. Mulanya ingatkan dia nak ke sana sendirian. Tapi rasa nak ikut pulak. Memang tak cadang. Pagi Selasa lepas, maklang hantar email ke Cik Abang..

" Rasa-rasa macam nak ikut aje ke KL"

Tu aje maklang type. Selang beberapa minit, dapatlah talipon...

"Jom..Jom..ikut...( perasan pulak dengar macam seronok aje...maklang dengar dia mengeluh 1-2 hari sebelum tu..."kalau pergi hari Khamis, Jumaat balik mesti ikut Kuantan"...)

Abang kensel lah eh tiket kapalterbang"


"Ok"



Malam tu, anak2 kasi surat kat kami. Rupanya ada klas tambahan. Hmmm...Macamana nak buat?Dah risau dah yang 2 kecik. Maklang kata ponteng ajelaa. ( bagus punya Mak ni!:) . Baru lega budak2 tu. Kesian pulak nak tinggal. Manalah tau nak ada klas. Kalau tau memang tak dikensel semua urusan tiket ke KL. Ni nak kensel susah pulak kang pihak pejabat. So, memontenglah 2-2 tu. Hakim pun tak sihat. Dah 2 hari tak ke sekolah. Tonsil dia bengkak lagi...Bujang sorang tu memang sensitif. Nampak lembik dan tak larat aje dia...

Along Angah tak ikut sebab Along periksa hari Sabtu ni. Angah ada klas tambahan kata dia. Nasib baik ada Pak Omar, mintak tolonglah Pak Omar hantar ambil anak2 yang 2 tu.

So, sebab nak pi KL malam ni, Along dah tanya tak ada 'jemputan' ke kat bilik mak malam tadi. Seronok betul kata ada 'jemputan'. Dah cadang2 dia nak menempek kat bilik kami. Tapi sebab adek2 yang 2 kecik dah cop dulu, penuh lah jadinya. Tak jadi dia menempek. Maklang tau, dia tu kalau mak and abah nak ke KL, tinggalkan dia mesti dia sedih. Menangis sampai menggugu! ( he..he...teringat diri sendiri masa kecik2 dulu..lebihkurang macam tu ler..nak buat macamana kan..). So, malam ni, agaknya lah dia tidur kat bili mak abah lah kot. Tak ada dekat, ada bau2 sudah lah kan...he..he..


++++++++++

Cadang2nya nak visit saudara tersayang kat KL ( mengikut kata Cik abang ler) - kedai riben, cottage craft, ikea etc. dan nak jumpa Fida nak ambil barang2 yang maklang pesan.. he..he...seronoks. Nak beli riben kaler merah menyala sebab kehabisan stok kat rumah tu, terpaksa stop bantal nikah kawan tu.

Kalau sempat nak gak sembang dengan mak teh, kalau dia nak datang rumah kami yang dekat dengan Clinic dia...

Malam mungkin melawat Alang and Co. on the way balik dari Shah Alam..Cik Abang ada urusan kat situ.


Kelas minggu ni tak adalah...cikgu2 nak rehat jap...


Jumpa lagi di minggu hadapan, InsyaAllah...










kesian bujang mak demam...:(










Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, April 8, 2009

Kesian anak mak no. 2..

Assalamualaikum...


Hmmm...tak aDa apa nak cerita hari ini.


Anak2 yang 2 besar seme tengah periksa. Kesian. Harap cemerlang semuanya...InsyaAllah..


Semalam Angah jatuh waktu turun bas sekolah. Luka2 kaki dan tangan dia. Terkoyak jugak seluar kadet dia. Katanya kepala dia pening masa nak turun bas. Tapi rasanya masa dia turun tu, bas tu tak stop betul lagi. Sebab tu lah dia jatuh. Bila kami sampai aje kat rumah petang tu, dia dah tunggu, tunjuk tapak tangan dan betis dia yang bertampal...Apa nak kata? Salah sendiri jugaklah. Cuma kesian ajelah nengok dia.


Cik Abang dah kasi green light yang kelip2 untuk nak purchase idaman kalbu. Happy nya I...ini kira birthday present untuk diri sendirilaa...Semalam Zura sew cute dah talipon. Seronok dapat cakap dengan dia. Ialah urusan pasal idaman kalbulaaa...Bila agaknya boleh pegang benda tu ye? Belum pun sampai mesin tu, tengahari semalam, anak murid maklang talipon, tanya boleh tak sulamkan nama telekong yang nak letak kat pelantar...he..he..rezeki tu. Tapi tengoklah macamana. Guna pun belum tahu lagi....


Sabar ajelah...


Kat opis, maklang sibuk sekarang. Masih banyak perlu dibuat. Keje kena siap by mid June. Harap tak ada masalah dengan mata kerana membaca specification memang lah membosankan. Tapi maklang cuma menefaatkan untuk belajar dan mengingatkan semula benda2 yang dah lama tak buat ni...

+++++++++


Dalam pada sibuk, sempat jugak maklang luangkan masa menjahit beg ni...yang krim tu aje yang baru buat 2 weekends ago. Yang brown tu jahit just b4 bertolak ke KL nak ke Bali hari tu. Bila Wan tengok berkenan pulak. Sebab tu lah terjadinya yang cream tu. Memang buat tinggi dan besar, senang nak buat isi makanan. Kiranya picnic bag lah tu...he..he...


beg ni besar...muatlah 2-3 lapis tupperware yang besar plus 2-3 botol air















Maklang letakkan tali pengikat atas beg tu supaya barang2 tak jatuh. Kalau letak butang takut tak terlekat sebab basalah barang2 makanan memang sentiasalah banyak bila berjalan...he..he..


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, April 5, 2009

Kerja tak habis2

Assalamualaikum...


Ni maklang ambik nafas sekejap. Terlalu banyak benda yang nak diselesaikan dalam masa terdekat ni. Rasa macam tak tercapai aje. Macam biasalah waktu wiken, serupa tak ada rehat. Ke sana ke mari menyelesaikan segala apa yang tak dapat di selesaikan waktu weekdays.


Selesai Subuh Jumaat lepas, terus aje tangkap kain2 untuk nak dipotong. Sempatlah nak jahit beg RE separuh jalan sementara Cik Abang ke pasar beli barang2 basah. Maklang tak ikut sebab banyak kerja nak buat. He..he...menjahitlaaa...Cepat pulak Cik Abang pulang dari pasar. Tak sempat pun siap beg RE tu.


Kami ke Kuantan lebihkurang jam 9.oo pagi. Maya sejak malam dah siapkan baju yang nak digayakan hari Jumaat. Bujang mulanya tak mau ikut, tapi entah macamana nak pulak. Nasib baik Cik Abang patah balik sebab maklang tertinggal tali pinggang sakti maklang...Takut jugak jalan2 tak berbengkong ni. Kang bengkok pulak...

Tiba di Kuantan, kami tujui KSH. Terlupa ada temujanji dengan Dr maklang. Terlewat hampir sebulan ( tak cukup 2 hari kot) sebab ingatkan bulan 4, tapi rupanya bulan 3! Sambil2 menunggu nak pi x-ray, ternampak kelibat Kak Odah, student yang ambil kelas RE...Moga Kak Odah cepat sembuh dari segala penyakit..Amin....

Alhamdulillah, Dr tengok xray and kata, InsyaAllah seme OK. Jangan tambah bebanan sudah, takut jugak pinggang tak kuat kang...Temu janji akan datang ialah dalam masa setahun lagi. Kalau ada apa2 masalah barulah datang lagi.

Then ke kedai frame. Cik Abang nak frame gambar yang beli dari Bali, tempohari. Tak lama ladi, rumah ni jadi art gallerty lah agaknya...he..he...kalau ada sesapa nak beli, maklang naaaaaakkkk jual..he....he..

Dari situ , Cik Abang hantar maklang and Maya ke East Coast Mall. Inilah 1st time dapat meronda sikit sebab Maya lapar sangat. Kami ke Johnny. Seme dia nak makan...maknya pun samalaa..he..he..tunggu Cik Abang dan Hakim pulang dari solat dan makan sama. Then kami ke Carre4 untuk beli bahan dapur. Sempat beli barang untuk buat sushi...Last week ada cikgu sushi datang ajar macam mana nak buat. Video dia ada pada Along. Entah bila boleh letak kat sini.

Then maklang pujuk paklang ke kedai pinggan mangkuk yang maklang dah survey b4 makan. Hajat hati nak beli mangkuk sampan besar untuk nak isi rojak. Lately ni minat pulak pinggan2 putih ni. Dapatlah apa yang dihajati. Bila keluar kedai Cik Abang siap nyanyi lagu happy besday...Alamak takkan tahun ni hadiah pinggan je kot...Maklang nak Epal tu....:)

Lepas tu hantar mesin untuk servis and then terus ke rumah Datok. Lepas maghrib kami bertolak balik ke Kerteh. Letih dari pagi tak ada rehat. Malam tu pun tidor lewat gak, melayan DVD yang Along dload tu. Dekat kol 2 baru tido. Besok tu mulalah hoyong hayang sampai ari ni.

++++++++

Sabtu was fun. Kali ni ada 7 students semenya. 9 termasuk cikgu2. Kecoh sekali. Tapi enjoy sangat. Usik mengusik aje ..he..he..Alhamdulillah seme enjoy. Ingat nak ambik gambar semua, tapi terlupa. Nasib baik sempat ambil gambar hasil tangan Kak Odah yang kat bawah ni. Cantekkan...


Maklang berkenan betul yang kaler autumn ni.







Petang kami ke MM lagi. ( pagi sebelum klas kami dah rempuh MM. Teringin pulak nak makan thosei. Along frust tak dapat ikut sebab ada kelas lagi!). Hantar Along ke sekolah sebab ada bbq, then terus ke MM. Angah nak beli buku so, maklang menyibuk beli kain sepasang lagi buat Maya. ( Hampir siap dah baju dia except belum tampal zip. Tak jumpa pulak zip 20 inci dalam laci tadi masa maklang menjahit lepas ofis tadi.)

Malam sempat buat roti. Lembut sangat adunan kali ini sebab gatal tangan pi bubuh terlebih yeast...Anyway, Hakim suka sangat...Letih bebenor wiken lepas, sampai kat opis pagi tadi, mengantuk betul. All in all, it was a fun weekend!
Ni sushi Along and Angah












Biar rupa tak cantek, tapi rasa sedap!



Ini dia Maya menggayakan gown baru dia. Mulanya masam aje sebab tak sedap badan. Pandai adek dia pujuk tu...







Hakim dah mula excercise. Lepas dah jalan kat trade mill selama 10 mins kot, dia kata kenapa dia tak kurus...Mak cayalah Kim.

Tadi pagi pun lepas tabilas dia naik lagi threadmill tu dan jalan2 lagi for 1.03km, tu kata dia laaa...







Goodnite and have a good week ahead. Mata maklang dah nak lelap dah ni...In the meantime, do enjoy the following video. Cuba cari siapa punya anak tu?

video


































Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...