Wednesday, September 30, 2009

Sekitar Hari Raya Aidil Fitri 1430H

Ceria di pagi Raya..:) :) :)

Assalamualaikum...


Sibuk...sibuk sekarang di rumah. Di ofis biasa2 aje...masih belum sibuk. Bilalah nak sibuk semula. Ada yang kata dah kronik ni. Tak tahan duduk kat opis tanpa kerja. Macamana nak buat. Berdoa moga2 kami ada kerja nak buat. Sebenarnya ada dah sedikit, baru aje nak warm up. Tapi untuk juniorslaa..kena pegi laut. Hmmm...kesian..tapi nak buat macamana, dah tugas. Teruskan ajelah dan moga diberkati Allah...Amin...


Tak sempat lagi nak bermain dengan my ribbons. Bila pulang dari office, dah berkejar ke dapur untuk nak siapkan lauk untuk berbuka. Walaupun dah masak pagi2 lagi, tapi kena check jugak, takut tak cukup. Setakat ni alhamdulillah..Along rajin tolong. Kalau Along tak ada, lagilah terkejar2 maklang...

Dua hari lepas, daily helper tak dapat datang. Dia kena allergy. Habis muka dia bengkak. Apalagi, Hakim kena transit kat ofis laa... The next day pun, dia berharap, Kak Mas tak datang lagi so that dia boleh transit kat ofis. Bujang tu kalau boleh nak melekat aje ngan mak. Seronok benar dia..he...he.. Tapi mak lah kelam kabut. Tengahari masa balik lunch tu laa, masukkan baju dalam mesin, berus baju putih, masak nasi ( sampai lupa tekan sebab nak cepat sangat!nasib baik ada nasi semalam utk angah yang tak puasa!). Hmmm...boleh slim ni kalau macam ni. Tapi memang tak leh langsung nak pegang hobby laa..Tersadai aje. Malam pulak dekat pukul 10 baru selesai kemas dapur, siapkan bahan untuk nak masak besoknya serta gosok baju nak ke opis. Lepas tu touch up tudung sekolah budak2 ni. Sebab tudung kalau dah lama bergantung, kat atas kepala tu berkerimut. Walau pun penat, rasa puas hati. Anyways, kita layan gambar raya ajelah ye...:)


+++++++++

He...he...masa orang sibuk isi ketupat, maklang sibuk nak siapkan ni. Wan kata, tak per, siapkan orang punya dulu...Lepas tu, sambil2 maklang nak merendang, maklang jahit sampai siap. Nasib baik ada yang tolong kacau rendang, kalau tak mau rendang hangus!




Tempahan diambil 2 minggu b4 raya, tak nak buat, tak sampai hati sebab nya, katanya nak kasi mak. Malam raya dekat pukul 10, tuan punya datang dari Gelang Patah ambil runner ni. Nasib baik siap!:) Dah pakai agaknya...



Setiba dari Kuantan, terus repot duty, menganyam ketupat! Puas hati kalau dapat anyam ketupat...memang part of the keje lah tiap tahun. Ajar Along and Angah...hampeh, sorang tak dapat2 buat! Petang tu siaplah dekat 100+ biji. Busu dan Aunty Leen dan Wan pun buat gak. Bila Alang tiba, dia siapkan lagi...Keje mengisi ketupat ialah aunty leen dan dhirah,

Surprise! surprise! Atok dan Wan tak tahu Alang balik Raya kat JB sebab asalnya nak raya kat KL sebab Uncle Jai tak berapa sihat. Maklang dan Busu dah 2-3 hari tau, tapi Alang suruh kami rahsiakan dari Wan dan Atok...Seronok mereka ber2 bila tengok Alang balik! :)

Juadah di pagi Raya: Ayam masak serai.
Kuah kacang
Feberet Maklang. Lontong :)
Busu dan Co- Chef maklang, aunty leen.
Keluarga Busu.
Ha..ha...rajuk di pagi raya...Kalau tak, buadak ber2 ni macam belangkas. Entah apa yang di rebutkan sampai merajuk tu...gelihati betul. Last year Maya merajuk, tahun ni Hakim pulak!
Tau lah yang kena ikat tu dah keluar, ni Maya pun nak jadi Dracula ke...??
Satu lagi Aksi terover Angah..
Tu merajuk lagi...duduk jauh2 ajer tu...he.he..
Sibuk cakap ngan sapelah cik abang saya tu..
Kasih menantu pada ibu mertua..
Mohon ampun dan maaf zahir dan batin dari isteri buat suami...
Bunga2 dalam keluarga...
Penat layan tetamu ni...anak2 kecik datang, abang yang layan. Sebelum nak kasi duit Raya, habis segala soalan sains, maths, di tanya...gelihati...
Mak dan abah tercinta..






Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, September 27, 2009

Kisah nak sambut Raya Part 1

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kami sekeluarga dah selamat tiba kat Teratak kami malam tadi. Perjalanan mengambil masa lebihkurang 8 jam. Termasuk waktu berehat kat rumah Datok di Kuantan.

Setibanya kat rumah, apalagi, maklang kenalah berkemas. Terkezut bila nampak ada siput sedut dalam bungkusan. Dok ingatkan masa Wan kata ada siput sedut, siput yang dah dimasak sebab ada Wan tunjukkan siput sedut masak lemak dalam fridge Wan. Tak sangka rupa2nya siput sedut yang penuh dengan lumpur! Apalagi capai gunting dan mulalah memotong hujung siput. ( Berangin jugak lah masa tu...ni Maya mintak Atok belikan siput!) Nasib baik Along tolong, kalau tak mau tak tido malam. Siap2 goreng, kami makan sekali. Nasib baik ada ayam goreng berlada dari Wan...Syukur...

Pagi tadi pulak berkejar lagi dengan nak siapkan breakfast bekalan anak2 dan juga memasak untuk makan tengahari. Tau ajelah Abang tak suka makan makanan dari luar dan anak2 pulak kalau tak di masak pagi ni, bila pulang tengahari nak makan apalah nanti. Alhamdulillah semua sudah selesai sebelum nak ke pejabat tadi pagi. Alhamdulillah bahagian menyapu, mop rumah dan segala neka tentang baju seme ada yang uruskan...:)


++++++++++

Panjang dah cerita pasal tadi pagi. Kita cerita raya pulak...


Seronok as usual kalau beraya. Tapi tahun ini maklang agak kelam kabut.


Kami tiba dari Kuantan pada hari Jumaat sekitar jam 4 petang. Lepas dah angkat2 beg, maklang terus masuk duty. Menganyam ketupat dekat 50-60 biji agaknya. By the time nak dekat berbuka, kami manage siapkan 100 biji ketupat.

Alhamdulillah Wan dah siap masak untuk berbuka sebelum kami tiba. Ikan tenggiri masak asam. Rojak tahu and macam2 lagi. Petang tu pulak, Busu ke Pasar Ramadhan kat Larkin. Beli kacang pool, kuih tepung pelita ( atok kata flour lamp), cendol, nasi lemak, nasi ambeng and macam2 lagi. Tambah meriah bila Alang pulak tiba hampir waktu nak buka. He..he..terkezut Wan dan Atok kerana menyangka tahun ni Alang beraya kat KL. Maklang dan Busu dah tau Alang nak balik, tapi Alang kata tak apa kita surprise kan Atok dan Wan. Biasalaa kami adek beradek memang suka bergurau ngan Atok dan Wan. Kalau keluarga Pak Ngah ada kat JB masa tu, memang penuhlah rumah JB tu.

Hari sabtu, sambil menunggu buat rendang daging dan paru, maklang terkial2 nak siapkan table runner untuk seseorang kat JB. Alhamdulillah, by the time rendang masak, table runner pun siap. Syukur...

Pagi Raya pun kelam kabut sebab tersedar agak lewat. Tapi berkat dengan pertolongan dari Allah, walau cuma Maklang dan Aunty Leen aje yang memasak, ayam serai, masak lodeh, sambal kacang siap sebelum orang pulang dari masjid! Syukur jugak sebab dapat menghidng makanan sebelum semuanya berangkat bersolat di masjid!

Dan seperti biasa, lepas makan, ada sessi bergambar lagi. Sampai Abang kata, mak ni kalau tak amek gambar masa raya tak sah! he..he..seronok kalau ada gambar tiap2 tahu....buat kenangan...

Sekian buat kali ni, gambar raya akan diupload kemudian, Insyaallah..selamat berpuasa 6 pada yang dah mula!

Dan yang mengucapkan selamat hari Raya pada N3 yang lepas, sama2lah kita bermaaf2an...jugak...:)

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum...


Di kesempatan yang ada ni maklang sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf, zahir dan batin sekiranya ada terkasar bahasa, terguris perasaan, terkilan rasa, terkecilkan hati semasa dalam penulisan atau kata2.


InsyaAllah panjang umur, kita akan berjumpa lagi.

Yang nak balik kampung tu, bawak kerete baik2 ye dan enjoy yourselves...jangan lupa pulak nak masuk kerja nanti bila dah raya sakan........:)


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, September 13, 2009

Yeay...

Assalamualaikum...




Suram dan muram cuaca kat luar tu. Hujan lebat pagi tadi. Masa sahur tadi tak ujan lagi. Bila dah dekat pukul 6 ke 6 lebih sikit nampak tingkap dah basah. Pukul 7 dah lebat. Kalau ikut kan hati memang malas nak siap ke ofis. Tapi lepas aje Subuh tadi, maklang dah masuk 'ofis' he..he...Menjahit lah apa lagi.


Semalam tengah semangat nak jait. Mesin buat hal lagi. Oh...sungguh ku keciwa. Ingatkan sempat siapkan kushion kawan yang hanya tinggal nak sambung aje. Then nak jait beg kawan yang kat Perlis nun. Bila lekatkan zip jahitan bawah tak cantek. Buntu sat! Alhamdulillah Allah bagi ilham. Kan busu dah on the way from JB ke Kerteh. Apa kata mintak tolong Busu masuk Kuantan and pick up mesin2 maklang yang diservis sejak 2 -3 minggu lepas tu. Alhamdulillah, kak Nab yang dulu keje jual mesin tu pun kata Ok, dia boleh meet Busu utk nak kasi mesin tu. Syukur pada Allah, kerana memberi ilham. Dah tengahari semalam, dapatlah 'toys' maklang tu...Yeay..pagi tadi dah siap kushion tu, InsyaAllah petang ni boleh sambung buat beg pulak, InsyaAllah.


Tapi yang telebih yeay nya ialah Abang laa..Busu datang hantar toy baru dia. Sampai entah pukul berapa dia dok baca manual. Biarkanlah dia enjoy dengan toy dia yang dia beli.....lagi pun maklang tak larat nak bukak mata sebab penatnya lah...Gosok baju, masak, buat kueh raya etc. Nasib baik Aunty Leen yang rajin ada. Dia pun tolong2 gak. Thanks also to my no.2 yang tolong bersihkan lemari kat dapur dan no. 3 yang tolong2 buat biskut tu..So, malam tadi lepas buka, upahlah dengan McD seset sorang.


Buka petang semalam, macam2 ada. As usuallah, tak sempat nak amek gambar. Camera pun entah kat mana. Maklang masak sempoi aje. Ada pucuk ubi masak lemak kuning kegemaran Adlan dan Maya ( masa siang dah tanya Adlan nak Mc D ke pucuk ubi, dia kata pucuk ubilaa...kelakar for a boy age 7, dia prefer pucuk ubi to McD...he..he...),ikan kembong goreng kosong dan berlada, sambal kerang, dan sayur petola masak air campur ngan kentang, carrot dan telur. Ada pulak murtabak, Busu bawak dari JB, rendang ayam dan pulut kuning dari Wan serta bingka ubi...maka penuhlah semeja. Riuh rendah dan berselirat tangan kat meja tu amek makanan. Tapi seronok tau...seseronok minggu lepas masa adek2 serta kakak Abang dan Datok berbuka kat sini. Best...


Lepas buka seme melepek. Yang nak berterawih berterawih lah, anak2 kecik tinggal. Pulang terawih, seme melepak kat bilik maklang. Maklang memang dah tak boleh buka mata. Penat baru terasa...Kami melayan Cerekarama pulak...he..he..Anak2 seme enjoy dok main2 kat bilik tu, dan tak sempat abis cerita, maklang yang abis dulu...ha..ha...

Dan triple YEAY untuk maklang hari ini sebab telah ditetapkan oleh mohor2 besar kat rumah tu...hari ini is RECYCLE day....ada lebih sikit sana sini makanan tu, kena perabih before balik kampung!:)


Selamat menjalankan ibadah puasa...Cepat betul masa berlalu...

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, September 9, 2009

Keletihan di bulan Ramadhan

Assalamualaikum..


Seperti yang dijanjikan , ni gambar nasik lemak yang Angah dan bibik bungkus. Pesen baru pulak...he..he...




Maklang masak sambal sotong coklat, goreng kan kangkong, ikan selar goreng dan bibik buat tempeh goreng kering. Tempeh ni makanan Indonesia. Bibik yang buat macam makan dengan nasik uduk kat Indonesia. Nasik uduk ni sama ngan nasik lemak cuma makanan sampingan lain2 sikit. Berselera sungguh makan malam tu...



Malam tadi baru selesaikan beg untuk bibik. Insyaallah malam ni, bibik akan naik bas ke JB dan hari Jumaat malam akan terbang ke Jakarta. Awal pagi Sabtu dia akan terbang ke Jogja. Macamanalah nanti keadaan kat rumah. Pasti maklang akan lebih sibuk. Pening jugak ni. Tapi nasib baik dah ada daily helper yang datang nak kemas2 and menggosok. InsyaAllah anak2 pun tolong. Maya yang tak padan kecik tu pun bukan main lagi, petang2 masa nak masak tu, dia dah tunjuk muka nak tolong mak. Along yang very protective of the mother pun, bila abah dia mintak nak makan rojak India ( hari ini or besok) dah kata...tak bolehlah Bah, kan mak keje..kesian mak nak masak rojak tu sebab bibik dah balik. Banyak keje tu.. Terus aje Abah tukar fikiran kata nak makan mee goreng aje. Mee goreng yang basah2 kata dia. InsyaAllah malam ni mee gorenglah utk berbuka.
Angah pulak dah ajak nak spring clean thehouse lepas raya nanti. Dia memang suka mengemas, tapi time dia malas, bilik dia macam kena ribut tofan!!


Ini beg untuk bibik bawak pulang...





++++++++


Last Sunday, Kak long Abang, Pak Chu and Makde serta famili masing2 datang berbuka kat rumah kami. Beserta datuk sekali. Maklang petang tu jamlah kejap pinggang sebab mask for 2 hours nonstop. Tiba rumah kol 5 terus sengseng lengan untuk nak masak. Siap masak almost nak buka. Tu pun nasib baik seme turun padang. Maklong dan Makchu tolong petik taugeh sebab ada yang nak makan mee rebus lebihan Jumaat tu, Mak De pulak tak dapat nak tolong sebab dok kelek si kenit yang comei tu. Nak letak gambar apa yang di masak tak dapat lah pulak sebab masa semua mula makan, maklang masih dalam kamar mandi membersihkan diri. Tak reti lah pulak nak makan dulu dalam baju berbau masakan. Last2 bila dengar azan, maklang terus aje minum air paip dan sudah tu solat b4 nak turun makan. By the time turun, makanan dah nak licin, tapi sempat lah grab 2-3 ketul lemon chicken. Memang puas hatilah masak malam tu...sebab makanan hampir selamat. Cuma ikan masak sweet sour aje tak laku sangat sebab terlalu banyak makanan.

Lepas pulang tarawikh, Hakim, Maya dan sepupu mereka Najib dan Nana dok main bunga api. Kami mak2 dan Abah2 dok makan biskut Raya...he..he..:)


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, September 6, 2009

Its mee time again...

Assalamualaikum...



Maklang ni saje nak letak gambar makanan aje hari ini. Dah lama kat dalam lappy ni. Gambar Nasi lemak Angah Chanteq masih dalam camera lagi. Bukan main cantek dia dan bibik bungkuskan semalam. Kiranya hilang lah penat maklang buat biskut dan memasak semalam. Biasanya, maklang masak sambal, bibik tukang masak nasi. Dia suka masakkan nasi tu separuh masak and then kukuskan. Memang sedap makan tau...Abang pulak dok makan cucur udang bersama jagung. Bibik yang gorengkan cucur tu. Bancuhan cucur tu maklang yang buat sebab Abang tu ada cerevet sikit bab nak buat makanan dia. Kang ada -ada saja...Sowie ye Cik Abang cayang...saje nak BSH*...he..he..So sebab banyak makan cucur udang feberet dia, sikit aje lah dia makan nasi lemak tu..

So kita layan jenis2 mee aje yang maklang dan bibik dah masak masa bulan puasa ni!

Baru 2 jenis je...gempak aje lebih...tu pun mee sup tu, bibik yang buat. Maklang main cakap aje resepi dia...he..he..

Ini mee sup daging. Buat bergedil and makan dengan sambal kicap cili padi...Terangkat wooo...

Sebab tak ada idea petang tu nak buat apa, teringat kat kacang merah yang Abang beli. Ada pulak tepung pulut. Uli2 , penyek2, letakkan inti kacang merah, bulat2 kan dan letak dalam mangkuk cantek. Tuangkan santan yang dah campurkan sedikit tepung dan garam. Kukuskan...Hmmm...buat sikit takut tak habis, sebab baru 1st time buat. Tau2 jadik rebutan pulak..Syukur...


Ini santapan berbuka hari Jumaat lepas...


Ini pulak mee rebus sesepi MIL. Banyak maklang buat sebab nak freezekan kuahnya...he..he..nanti malas2 kita panaskan aje kuah, celur mee and boleh jadi santapan berbuka lagi...

Sebab Abang beli ubi keledek sampai 2 jenis, 1 kg each, berlebih lah keledeknya. Maklang penyek2 kan, letak tepung sikit berserta garam sikit dan mintak bibik bentukkan jadik cam donut. Tak reti nak sira gula kita tanya expert kat rumah tu. Siapa lagi kalau bukan darling I! he..he...kita tanya from the experienced laa...dia buat masa arwah MIL jual kueh masa dia kecik2 dulu. Alhamdulillah jadik jugak...and selamat...sampai Along tak dapat rasa...Rajin nanti mak buat lagi, InsyaAllah..

Petang ni pasti sibuk...kami nak terima tetamu dar KL and Kuantan..






*BSH - Buat Sakit Hati...
Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Friday, September 4, 2009

Budget Lari...

Assalamualaikum...

Terbang betul masa berlalu. Diam tak diam ( memang maklang tak boleh duduk diam pun!), kejap aje dah 14 hari kita berpuasa. InsyaAllah dalam masa 14 hari lagi kita pun akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga.

Tapi sebelum nak tiba masa tu, banyak lah persiapan yang harus dilaksanakan kan. Buat kueh, menjahit dah menjadi kelaziman tiap tahun bagi maklang. Kalau masa arwah mak mentua ada, mesti tiap tahun maklang akan buatkan kueh untuk dia. Untuk Wan memang tetap maklang buat sejak sebelum kawin lagi. Kiranya Wan memang dah lama tutup kedai lah untuk biskut2 ni. Wan cuma buat crocuan dan tart aje. Tapi dah sejak beberapa tahun kebelakangan ni, maklang yang buat krokuan pulak. Tart masih keje Wan lagi..he..he...

Cerita pasal kueh raya ni , teringat kat arwah MIL. Kalau kueh yang maklang kasi ni, dia memang tak hidang untuk tetamu. Dia simpan bawah katil dia. Kalau tak pun dia sembunyi kan kat tempat orang tak nampak. Kelakar...masih teringat lagi dia kata..kueh awak ni Mak simpan. Mak tak kasi orang lain makan. Kalau mak nak kasi adek kakak awak makan, mak kasi 1 aje. Kalau dia orang nak, biar dia pergi rumah awak...Mak makan sikit2, sayang....Kembang jap bila MIL cakap macam tu. Moga arwah MIL sentiasa di rahmati Allah...Hari ini pun maklang masak mee rebus resepi MIL. Ilmu yang diturunkan tu, dah pun maklang letakkan kat blog masak..Ilmu tu kalau dipanjang2kan, InsyaAllah yang empunya diri akan dapat pahala dari Allah, InsyaALlah.
Al Fatihah...


2-3 hari ni malas nak updet. 2-3 hari lepas maklang terlebih budget. Sampai 6 jenis lauk maklang buat. Hmm...memang lari betul! Ada ikan tenggiri masak asam, tenggiri masak tomato, cencaru sumbat belakang, kentang dan tempe sambal suun dan sawi putih masak lemak. Then mintak pulak angah dadarkan telur. Sebab banyak sangat lauk, maka hari lepas tu, maklang bolehlah berehat! Tak perlu nak masak. Tinggal goreng sayur aje..Meh kita layan gambar lagi...

sambal kentang tempe suun
tenggiri masak asam
sawi putih masak lemak putih...tak laku langsung, maklang sorang aje makan.
ikan cencaru sumbat belakang
Sebab along nak makan puding roti, maklang suruh dia buat sendiri. Nasib baik jadi! Sambil masak, sambil maklang beritahu macamana nak buat. Sebab ada banyak coklat rice, makanya bercoklat rice lah puding tu...dengan aprocot jugak sebab dia tak suka kismis!

lopez by Silversarina...thanks...sedap!

Petang ni kami berbuka denga mee rebus...jom join kami...

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...