Wednesday, September 30, 2009

Sekitar Hari Raya Aidil Fitri 1430H

Ceria di pagi Raya..:) :) :)

Assalamualaikum...


Sibuk...sibuk sekarang di rumah. Di ofis biasa2 aje...masih belum sibuk. Bilalah nak sibuk semula. Ada yang kata dah kronik ni. Tak tahan duduk kat opis tanpa kerja. Macamana nak buat. Berdoa moga2 kami ada kerja nak buat. Sebenarnya ada dah sedikit, baru aje nak warm up. Tapi untuk juniorslaa..kena pegi laut. Hmmm...kesian..tapi nak buat macamana, dah tugas. Teruskan ajelah dan moga diberkati Allah...Amin...


Tak sempat lagi nak bermain dengan my ribbons. Bila pulang dari office, dah berkejar ke dapur untuk nak siapkan lauk untuk berbuka. Walaupun dah masak pagi2 lagi, tapi kena check jugak, takut tak cukup. Setakat ni alhamdulillah..Along rajin tolong. Kalau Along tak ada, lagilah terkejar2 maklang...

Dua hari lepas, daily helper tak dapat datang. Dia kena allergy. Habis muka dia bengkak. Apalagi, Hakim kena transit kat ofis laa... The next day pun, dia berharap, Kak Mas tak datang lagi so that dia boleh transit kat ofis. Bujang tu kalau boleh nak melekat aje ngan mak. Seronok benar dia..he...he.. Tapi mak lah kelam kabut. Tengahari masa balik lunch tu laa, masukkan baju dalam mesin, berus baju putih, masak nasi ( sampai lupa tekan sebab nak cepat sangat!nasib baik ada nasi semalam utk angah yang tak puasa!). Hmmm...boleh slim ni kalau macam ni. Tapi memang tak leh langsung nak pegang hobby laa..Tersadai aje. Malam pulak dekat pukul 10 baru selesai kemas dapur, siapkan bahan untuk nak masak besoknya serta gosok baju nak ke opis. Lepas tu touch up tudung sekolah budak2 ni. Sebab tudung kalau dah lama bergantung, kat atas kepala tu berkerimut. Walau pun penat, rasa puas hati. Anyways, kita layan gambar raya ajelah ye...:)


+++++++++

He...he...masa orang sibuk isi ketupat, maklang sibuk nak siapkan ni. Wan kata, tak per, siapkan orang punya dulu...Lepas tu, sambil2 maklang nak merendang, maklang jahit sampai siap. Nasib baik ada yang tolong kacau rendang, kalau tak mau rendang hangus!




Tempahan diambil 2 minggu b4 raya, tak nak buat, tak sampai hati sebab nya, katanya nak kasi mak. Malam raya dekat pukul 10, tuan punya datang dari Gelang Patah ambil runner ni. Nasib baik siap!:) Dah pakai agaknya...



Setiba dari Kuantan, terus repot duty, menganyam ketupat! Puas hati kalau dapat anyam ketupat...memang part of the keje lah tiap tahun. Ajar Along and Angah...hampeh, sorang tak dapat2 buat! Petang tu siaplah dekat 100+ biji. Busu dan Aunty Leen dan Wan pun buat gak. Bila Alang tiba, dia siapkan lagi...Keje mengisi ketupat ialah aunty leen dan dhirah,

Surprise! surprise! Atok dan Wan tak tahu Alang balik Raya kat JB sebab asalnya nak raya kat KL sebab Uncle Jai tak berapa sihat. Maklang dan Busu dah 2-3 hari tau, tapi Alang suruh kami rahsiakan dari Wan dan Atok...Seronok mereka ber2 bila tengok Alang balik! :)

Juadah di pagi Raya: Ayam masak serai.
Kuah kacang
Feberet Maklang. Lontong :)
Busu dan Co- Chef maklang, aunty leen.
Keluarga Busu.
Ha..ha...rajuk di pagi raya...Kalau tak, buadak ber2 ni macam belangkas. Entah apa yang di rebutkan sampai merajuk tu...gelihati betul. Last year Maya merajuk, tahun ni Hakim pulak!
Tau lah yang kena ikat tu dah keluar, ni Maya pun nak jadi Dracula ke...??
Satu lagi Aksi terover Angah..
Tu merajuk lagi...duduk jauh2 ajer tu...he.he..
Sibuk cakap ngan sapelah cik abang saya tu..
Kasih menantu pada ibu mertua..
Mohon ampun dan maaf zahir dan batin dari isteri buat suami...
Bunga2 dalam keluarga...
Penat layan tetamu ni...anak2 kecik datang, abang yang layan. Sebelum nak kasi duit Raya, habis segala soalan sains, maths, di tanya...gelihati...
Mak dan abah tercinta..






Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

6 comments:

  1. Salam perkenalan maklang,
    selamat berhari raya. Jika ada kelapangan jemputlah menjenguk blog saya
    http://akak-akak.blogspot.com
    dan
    http://puterri.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya untuk semua, maaf zahir & batin ya maklang. Sebulan puasa, sampai la sambut awal raya, tak dapat online coz TM punya problem. Hangin... tak nak mintak maaf kat TM..hangin..

    ReplyDelete
  3. amboi semuanya manja-manja di hari raya...sukanya warna bunga RE tu sungguh menyerlah .

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya buat Mak Lang sekeluarga...

    ReplyDelete
  5. cantik table runner tu.

    selamat hari raya.
    maaf zahir batin.

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...