Saturday, June 20, 2009

Umrah dan Ziarah 2009 Part 2 - Jeddah - Madinah

Assalamualaikum...


Maklang rasa seronok pagi ini masa sedar dari tidur tadi. Sebab maklang bermimpi maklang masih lagi berada di tanah suci. Maklang mimpi maklang sedang berjalan menuju ke MasjidilHaram untuk melihat Kaabah...Ohh...rindu itu datang kembali agaknya...Moga2 jemputan dari yang Maha Suci datang lagi dalam masa yang terdekat...

+++++++++++++

Petang semalam, selepas lebih 22 tahun, maklang pergi ke Dungun untuk bertemu kawan maklang masa kat uni dulu. Dia ada kursus kat uni di sana. So, beberapa hari sebelum dia kemari, dia tinggal message kata akan ke Dungun. Apalagi, semalam tengahari, maklang dok terfikir2 apalah buah tangan yang nak diberi tanda terimakaseh kerana nak bertemu. Alhamdulillah siap jugak, walau pun tak lah sesempurna mana. Tapi syukur, itu hasil kerja tangan sendiri. Lepas berbual kejap kat tempat penginapan dia, sementara Abang dan anak2 pergi cari tempat makan ( ingat nak makan satay, tapi kebanyakkan tempat tutup sebab hari Jumaat, dan kami tak biasa dengan Dungun - tak tahu tempat mana yang sedap, last2 anak2 settle nak makan pizza je!), kami dok berbual mengimbau kenangan lama. Cik Puan ni, kalau masa uni days dulu, memang gemar masakan maklang. Paling maklang ingat dia suka sekali makan cencaru sumbat belakang yang maklang masak tu..he..he...masa tu kalau kat kedai Vietnam memang ada jual ikan cencaru.

Seronok petang semalam. Lepas dari situ kami ke sekolah Maya nak tengok Maya sedang berkhemah. Tahun 4, 5 dan 6 seme berkhemah. Sambil2 tu maklang hantarkan sebakul buah2an yang cikgu2 mintak maklang hiaskan sebagai tanda mata untuk pegawai yang akan menutup sesi berkemah ni. Main hentam aje sebab idea kurang lately ni..he..he..Anyway, harap2 cikgu suka.




++++++++++++++


Ok, kita sambung pulak cerita perjalanan umrah lagi kalau masih ada yang berminat nak baca.


Lepas dari Grand Bazaar tu, kami pergi makan kat kedai ikan lagi. Kali ini kami tak ambik ikan, Kami makan daging pulak. Kecik comei aje ketulan daging tu - beef ball. Sedap lah kali ini makan. Dari situ, kami bertolak ke airport. Flight malam pukul 11:00 tak silap. Muka semuanya mengantuk aje. ( maklang ni sebenarnya dah ingat2 lupa waktu bila kami terbang!).

Naik kapalterbang aje, semuanya tido. Keletihanlah katakan. Terasa lama betul nak sampai Jeddah! Padahal penerbangan cuma 3 jam aje. Tapi dek keletihan, itu yang terasa terlalu lamanya nak sampai!

Tiba di Jeddah, segala urusan imigresen tak ada masaalah. Kami kena beratur ikut muhrim sebab kalau nak buat umrah atau haji, semuanya kena ada muhrim. In fact masa dari Istanbul lagi, masa kat imigresen, kami dah disuruh beratur ikut muhrim masing2. Alhamdulillah tak ada masaalah semuanya. Kami disambut oleh Ustadz Syukri. Nampak aje ustadz tu, langsung maklang teringat masa dia mengendalikan kami semasa menunaikan haji beberapa tahun yang lepas...Rasa macam lega aje, nampak orang yang dah kami kenali. Keluar imigresen, pasport kami di ambil kembali oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Kami tak dibenarkan memegang paspot. Tak taulah kenapa. Maklang memang dah separuh nak tido, buat lah apa pun, mata dah kata nak tidor. Dari situ kami berjalan menuju ke bas. Kat bas, ustadz dok distribute makanan. Yeay...makanan Malaysia, tapi siapalah yang nak makan sebab masa tu dah pukul 2 pagi kot! Tido aje yang nak. Macam biasa maklang duduk dengan suami kecik yang tak leh nak renggang tu. Suami besar duduk kat belakang..Kesian dia...

Perjalanan mengambil masa sekitar 5-6 jam. Jam 4 kami berhenti solat Subuh. Nasib baik bas kami, antara bas yang terawal tiba sebab kami dapat tahu yang bas2 yang terkemudian tiba, jemaah perempuan tak dapat nak angkat air sembahyang sebab tak ada air. Syukur... Dari situ kami sambung perjalanan dan sekitar jam 6 ke 7, bas berhenti lagi. Pemandu penat! Nak tido jap. Kami turun dari bas, dan makan nasi yang dah dibekalkan. Sedapnya makan makanan ala Malaysia yang dah di sediakan. Kalau dah perut Melayu, makanan yang di makan pun nak Melayu jugak.

Syukur..kami tiba kat Dallah Taiba, Madinah sekitar jam 8:30 pagi. Familiar aje keadaan disini. Berlinang air mata maklang tatkala dapat menjejakkan kaki ke tanah haram ini...Amin...Kedatangan ku dijemput yang Maha Suci...

++++++++

Sesampai di hotel, kami bersarapan. Tak ada mood nak makan tapi main sumbat aje. Yang dikejar cuma air oren yang berpeluh2! sedapnya....then kami ke bilik untuk nak bersiap. Keciknya lah bilik. Kami share ber5! Abang, maklang, Along, Maya dan Hakim. Macam manalah nak muat! Katil ada 4. Memang tak sangka kami dapat bilik sesempit ini...Atok, Wan, Wan Pari dan Angah dapat bilik yang lebih besar...Selesa sangat. Tapi nak buat macamana, ini dah bahagian kami. Tak kisah itu semua, maklang siap2 cuci baju dulu sebelum nak ke masjid untuk solat Zohor.

Udara kat sini, Ya Allah amatlah panas berbanding dengan di Istanbul. Memang panas dan kering sekali. Mata silau kalau tengok marmar kat lantai sepanjang perjalanan ke masjid. Tak jauh mana mungkin sekitar 150-200m aje. Berpayung lah kami semua dengan payung yang dah dibekalkan oleh Rayhar. Maklang dan anak2 semenya macam zorro atok kata. Semuanya berpurdah sebab nak lindung dari terik matahari. Sebelum tu segala krim apa yang patut dah kena selet kat badan dan kaki serta muka dan tak lupa kat lubang hidung. Kena take carelah sebelum apa2 terjadi. Maklumlah cuaca kat sini bukan sama macam Malaysia. Jaga sebelum kena.

Lepas Zohor makan tengahari dan kami berehat lah lepas tu. Maklang tak dapat nak rehat sebab baju melambak tak bercuci. Kat sini tak jumpa pulak coin laundry. Kalau nak hantar cuci kat hotel mau parak poket sebab sehelai baju kena RM 5.oo kot. Kalau dah ada sebakul containing more than 20 pieces, jawabnya kempis le poket. Tak apa, cuci ajelah pelan2..he..he.. Nasib baik ada 2 anak dara yang tolong. Memang kami bawak sabun serta hanger. Lagipun hang dalam bilik air yang ada ventilation fan ni memang agak cepatlah jugak kering nya.

Tau ajelah kalau bilik comei, barang and orang nya ramai, keadaannya sungguh lah menyakitkan mata. Pulang solat Isyak malam tu, maklang pi jumpa Kak Dah, owner of Rayhar ( travel agency yang kami ikut ni), mintak dia tukarkan ke bilik yang besar. Alhamdulillah, the next day kami dipindahkan ke 3 bilik seorang. Tambah ongkosnya pun tak apa sebab keelesaan lebih penting! Kami mintak bilik berdekatan dengan Wan dan atok. Mulanya kami di tingkat 11 dan atok dan Wan di tingkat 9. Nak share bilik air pun susah. Mana tidaknya lift pun lambat sebab terlalu ramai orang kat sini! Syukur doa kami diterima dan kami berpindah bilik lepas solat asar petang esoknya. Selesa betul! Alhamdulillah..

Hari pertama macam biasa aje, kami tak kemana. Memang selepas pulang dari solat kami berehat aje. Pihak travel agency memang tidak menyusun acara kerana tahu semua jemaah keletihan. Alhamdulillah semuanya selesa.

Kat Madinah, maklang dan anak2 rasa tension betul tiap kali nak ke masjid. Mana tidaknya tiap kali nak masuk pintu masjid, ada guard perempuan nak check segala apa yang kami bawak. Biasalah ada uncang kasut serta beg berisi kain sembahyang. Maklang tak berapa selesa kalau pakai setokin aje, so, hangkut lah kain sembahyang dan juga sejadah kecil. Ada jugak telekong spare sebab anak2 masa di Madinah esp Along asyik berdarah hidung aje. Tu pun selepas segala macam krim dan dioleskan dalam lubang hidung dengan harapan kapilaris dalam hidung tu tak merekah disebab kan cuaca kering. Masa kat pintu masuk nilah, gurad2 tu akan meraba badan kami. Takut sangat kami bawak camera ke apa. Kadang2 naik angin aje sebab selalunya jemaah Malaysia dan Indonesia and mungkin singapura ( sebab semua bahasa 3 serumpun ni kan sama) kena marah. Arab ni pandai sikit2lah cakap Melayu...ibu..ibu...sabar...sabar...yang iran, turkey yang menolak kami, tapi yang kena sound kitalah. Sebabnya kita antara yang paling berlemah lembut antara mereka. Kalau tengok cara orang2 berpakaian hitam ni mereka agak aggresif. Sabar ajelah...Pulak masa kat pintu masuk ni , acara tolak menolak nak masuk masjid ni memang dah kelaziman. Dapat pulak guard yang segala2nya nak di cek. Tambah melambatkan. Maklang kesian kat anak2. Nak2 Si Maya yang kecik. Tapi tengok Along dan angah yang besar tu pun maklang risau sebab selagi mereka tak lepas, maklang akan tunggu kat pintu masuk. Maklumlah orang ramai, bila dah berpecah agak payah nak mencari. Tapi Allah Maha Kuasa, agak mudah bagi kami...( hari2 terkemudian tu, kami dah tak kuasa nak bawak beg, pegang aje sejadah dan kain kat tangan dan selak telekong supaya makcik guard mudah menjalankan tugas!)

Tiap kali lepas insiden berasak tu, mesti maklang cool down dengan meminum air zam2 yang sejuk2. Kadang sampai 2 cawan he..he..maklumlah I kan ada 3 inang yang boleh ambilkan air. Tak payah mintak, dah tersedia air secawan untuk mak mereka...Maya yang paling rajin tolong ambik air...100000 kali ganda tu pahalanya Maya..InsyaAllah..

Seronok kat masjid Nabi ni, masuk tu sejuk aje..ada aircond. Orang pun taklah ramai mana. Kat sini, kawasan memang khas untuk perempuan aje. Memang tak ada orang lelaki lah. Tak seperti di Masjidil Haram, kawasan perempuan agak terbuka.

Malam ke 2 ke malam pertama ( kurang ingat dah sequence of events!) di sana, Along kena lagi darah hidung. Jadik tumpuan pulak dia. Habis telekong dia kena darah. Masa tu pulak, maklang tak ada bawak spare. Kesian dia tak dapat bersama2 menunaikan solat Isyak berjemaah. Baju2 dan tangan dia pun kena darah. Nasib baik ada cleaner masjid, ( orang Indonesia) yang kasi tissue untuk nak buangkan darah. Memang mereka tolong dengan ikhlas. Itu semua pertolongan dari Allah. Memang banyak betul darah keluar. Maklang pupukkan air zam2 atas kepala dia. By then Along dah bukak telekong dia. Sebab kat sini tak ada lelaki, so tak lah susah nak menjaga aurat. Ada jugak makcik ( tak tau orang mana - pakistan ke india ke, iran ke) yang duduk atas kerusi roda yang bangun menolong kami. Walau bahasa yang dituturkan tak paham, kami main bahasa isyarat jelah. Orang sekeliling macam panic kot sebab tu ramai yang tolong nak bagi pendapat. Terima ajelaa kan. Pada kami ini adalah perkara biasa sebab kalau kat Malaysia ni memang ini ada lah perkara biasa bagi kami. Maklang sendiri sejak kecik memang selalu kena darah hidung. Pantang panas sikit. Tapi kalau kena musim sejuk kering lagilah teruknya.

Malam tu Along bersolat Isyak di bilik aje.

Hari2 kat Madinah begitu ajelah routinenya. Kami tak sempat nak bershopping sangat sebab sibuk dengan kain baju dan berehat. Rasa macam tak ilanng penat dari Istanbul tu. Tapi dapat lah jugak nak beli barang sepasang 2 kain cotton satin untuk sendiri. Lain2 tu kami shopping icecream baskin robbins dan movenpick serta kebab aje..he..he..Memang tak ada mood nak shopping sebab panas dan penat. Lebih baik duduk dalam bilik. Anak2 yg kecik2 pulak dok main pc mereka. Hakim sempat pujuk abah dia nak beli mainan. Dapatlah 1! Dah dapat tu, tak ada dah dia pester abah dia lagi.

Kami dibawa juga menziarahi masjid disekitar madinah, ke pasar kurma dan kebun kurma. Kami juga menziarahi makam Nabi. Walau pun berjalan dari hotel jam 7:30 pagi, panasnya bukan main lagi. Ni kat duniakan, kalau kat sana nanti entah bagaimana panasnya nanti..YaAllah,,jauhkan hamba Mu ini dari azab api neraka...Amin...


Oklah..nanti maklang cerita pulak kisah di Raudah...ni pun dah panjang bebenor kan...kang bosan pulak pembaca nya...

+++++

Tengahari ni nak pi khenduri kawin...makan lagi laaa jawabnya...



Abang saje nak perangkap muka2 penat - masa kat dalam tram dari airport ke plane di Istanbul

Bas yang membawa kami dari Jeddah ke Madinah

Tu si 'suami' kecik awal2 dah perangkap mak dia..

Sebelum solat zohor hari pertama...muka kena tutup...gambar pun silau aje!
Sebelum keluar berziarah dalam...jalan kaki ke makan Nabi saw

Hakim mengantuk aje ..ni tak tau waktu bila..
Buat kelakar pulak buah hati maklang yang 2 ni...macam2 ada..he..he..kat ladang korma
Bi Jabal Uhud...panasnya waktu itu hampir jam 10 pagi atau lebih sedikit!
Gambar di Raudhah
Tengok terik matahari tu...nasib baik ada topi pemberian Aunty Rina...TQ :)
Lagi di Raudhah...Nampak tak tangga menuju ke mimbar belakang Hakim tu
Posing lagi...

lagi di Jabal Uhud

on the way to makan nabi

belakang sana tu...makam nabi. Dah ada payung2 raksasa kat sebelah sini, masa maklang ke mari tahun 2004 dulu...tak ada
bujang and atok dia...orang lain tutup kepala, tapi dia relax aje!







Salam persahabatan Dari...





Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

10 comments:

  1. Kisah di tanah suci tak pernah jemu saya membacanya tak kira panjang mana sekalipun .

    Mungkin panas sangat tu yang sebabkan banyak darah keluar.

    ReplyDelete
  2. nanti kena balik lagi baca puas2...mata ni tak bolih pulak nak baca panjang2 ...apa2 pun alhamdulillah semua berjalan dgn baik.

    ReplyDelete
  3. rina:

    hasrat hati nak tulis panjang lagi..memang banyak nak cerita mana tahu jadi panduan buat rakan2 yang nak pergi ke sana.

    harap tak ada yang bosan baca and thanks to you kerana nak baca..


    Kak Elle:

    TQ sebab nak baca puas2. Kalau nak senang baca, akak buat tulisan besar2 macam abang buat! he...he...

    ReplyDelete
  4. Nak minta opinion Mak Lang, kalau bawa anak2 kecik umur 5 tahun, selesa tak untuk kita beribadat?

    Bila baca part tolak menolak tu, risau gak....

    Kesian Along, dia sorang aje ke yg ada masalah hidung berdarah ni?

    ReplyDelete
  5. Salam..
    seronok baca kisah perjalanan maklang..
    kakliza tak bosan tau...
    ari-ari dok tunggu lapuran...
    so jangan lah tak tulis...

    ReplyDelete
  6. kesian kat along, masaalah yg sama dgn anak bujang akak berdarah hidung . Kalau kat kampung senang sumbat dgn daun sirih. Anak bujang akak dah pandai kalau berdarah hidung sumbat dgn tisu paper,darah akan membeku dgn cepat.

    ReplyDelete
  7. Mamamia,

    InsyaAllah selesa. Entah lah maklang ni memang tak suka berpisah dari anak2. Memang kali ini beribadah dengan tenang sebab semua ada bersama. Tak risai sebab mereka dekat dengan kita. Masa haji dulu 2 minggu jugaklah mak dia ni nangis sebab tiap kali call anak2 menangis tersedu2.

    InsyaAllah...semuanya mudah. Sebelum pergi, buatlah solat hajat banyak2, mintak dimudahkan segalanya untuk kita. Allah Maha Mengetahui...dan Maha Mengasihi...

    Tapi memang seronok bawak anak2 ni...:)

    Mamamia nak pi umrah jugak ke? Bila tu?

    Kak Liza:

    Kalau Kak Liza peminat menanti maklang update, nanti maklang updet lagi lah...Ada jugak yang menanti rupanya...Thanks kak..he..he..

    Bila nak datang ni? Boleh makan korma. Air zam2 pun ada lagi tau!

    ReplyDelete
  8. Kak eids63,

    Anak2 maklang termasuk maklang sekali memang punya masalah hidung berdarah. Keturunan agaknya. Memang sedari kecik itulah masalahnya sampai kena panggil puteri lilin.
    In fact maklang dah pun menjalani operasi nak tutup all the kapilaris yang teruk sangat pecah tu. Masa tu muda2 dulu b4 kawin.

    Memang kalau berdarah hidung ni maklang suka hembus sampai yang beku2 tu keluar. Kalau kita dongak masa berdarah tu nanti darah tu mengalir kat kerongkong, rasa macam makan darah. Lagi tak selesa. Bila dah keluar yang beku2 tu , maklang suka gulingkan tisu and sumbat ketat2 kat hidung. InsyaAllah lama2 dia kering. Anak2 pun dah terbiasa dah berdarah hidung ni...dah tak heran..he..he..he..

    ReplyDelete
  9. seronokan dah sampai kat sana...saya entah bila..insyallah...teringin sangat nak pergi...

    ReplyDelete
  10. jom makan:

    InsyaAllah ada rezeki tu sampailah tu...doa banyak2 ye...

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...