Tuesday, June 23, 2009

Umrah dan Ziarah 2009 Part 3 - Madinah - Suasana di Raudah

Assalamualaikum...

Kadang rasa cam malas aje nak meneruskan penulisan kat blog ni. Macam rasa sepi sunyi aje blog ni! Ada ke yang datang melawat nak membaca coretan maklang yang merepek meraban ni...Hmmm...Tak mengapa, yang maklang pasti ada seorang pembaca setia maklang kat JB sana...he..he...sape lagi kalau bukan adek lelaki kesayangan maklang...Thanks Busu for being my pembaca setia..Yang lain tu maklang tak taulah kan...Tak ada tinggal jejak, so, kita tak taulah....


Anyway...maklang sambung cerita di Raudhah pula...Mana tau akan jadi tauladan untuk maklang jugak di masa depan.

Kami cuma dapat ke Raudhah sekali sahaja. Bukan tidak boleh pergi sendiri, tapi pengalaman pertama dengan di bawa oleh Kak Dah tu pun kami ni seolah2 takut hendak ke Raudhah lagi. Faktor masa yang terhad pun iye.

Pagi tu, lepas sahaja makan pagi, dan selepas kami ziarah dalam ( iaitu selepas menziarah makam Nabi), kami pun berkumpul kat pintu 25 menunggu Kak Dah untuk membawa kami ke Raudhah. Sementara nak tunggu Kak Dah tiba, kami semua masuk dulu dalam masjid. Sempatlah kalau nak solat Tahiyattul, Dhuha, Taubat, Hajat dan segala nya. Alhamdulillah...dapat jugak berehat dan berlindung dari terik matahahari. Mana tidaknya jam 10:00 pagi, panas dan silaunya memang kuat sekali. Kalau tak pakai spec hitam, mata tentu jadik sepet sekali sebab nak lindung silau cahaya matahari.


Sebelum masuk ke Rudhah, iaitu salah satu antara taman2 syurga ni, Kak Dah bagi taklimat sedikit. Kak Dah kata, bila masuk Raudhah nanti, buatlah solat sunat mutlak. Solat mutlak ni adalah solat yang semata-mata kerana Allah, tak ada mintak apa2. Macam biasa 2 rakaat. Rakaat pertama Fatihah dan Kulya, dan rakaat ke2 Fatihah dan AlIkhlas. Lepas dah sudah solat tu, masa nak kasi salam tu, jangan gerakkan kepala. Kena pakai isyarat mata aje sebab kalau guard kat Raudhah tu nampak kita dah bagi salam, mereka akan halau kita keluar.Lepas aje dah kasi salam, terus aje kita sujud, dan kalau nak doa masa tu laa...sedihkan dengar Kak Dah kata...memang maklang akui, maklang jarang sekali buat solat sunat mutlak, boleh bilang dengan jari. Masa Kak Dah dok beri taklimat tu, memang maklang menangis sangat. Rasa sebak sekali sebab kerisauan maklang untuk nak ke Raudhah tu akhirnya terubat jugak. Alhamdulillah, dapatlah masuk ke Raudhah pagi tu...


Lepas dari taklimat tu, kami di suruh duduk kat satu kawasan kat masjid. Tatkala ni, masjid Nabawi nampak serene sangat. Sunyi dan gelap sedikit sebab lampu2 tak dinyalakan. Ada jugak kawasan yang ditutup dengan seakan kain untuk dijadikan laluan untuk para jemaah wanita ke Raudhah. Rasanya tiap hari Raudhah dibuka dari jam 9:00 pagi ke 11:00 pagi untuk jemaah wanita. Lama jugak menunggu di situ. Para jemaah dari Malaysia diarah duduk paling hujung ketika itu, kemudian jemaah dari Iran/ Iraq serta Turkey dan lain2 yang berpakaian hitam di kawasan sebelah kami. Tapi memang nampak sangat jemaah dari Malaysia di'anaktirikan' kerana kami menunggu agak lama ~ mungkin lebih dari 1/2 jam manakala jemaah2 dari negeri2 lain sudah diarah masuk dulu dari kami. Sebab lama sangat menunggu, Kak Dah pun pergi lah jumpa Cik guard dan beritahu bahawa dia tidak menjalankan 'amanah' kerana memperlekehkan kami. Alhamdulillah lepas Kak Dah dah beritahu tu barulah dia benarkan kami masuk!


Bila dah masuk dalam kawasan Raudhah ni memang kena pegang lah anak2. Maklang pegang kuat tangan Maya. Along dan Angah ikut belakang maklang. Wan dah mendahului kami. Memang sebenarnya susah kalau nak bersama2 kerana para jemaah dari negeri lain memang suka berasak2 disini. Tidak terlalu jika maklang katakan bahawa maklang merasa kan seolah2 di medan perang kerana bertolak2 seme ( jadik takut sangat!) sebab semuanya nak ambik tempat betul2 di saf paling depan sekali. Kami memang takut sekali bila masuk ke sini. Memang kalau berdisiplin mungkin lebih mudah untuk nak bersolat. Kak Dah memang menjaga kami. Ada juga jemaah dari Indonesia ( group leader) yang marah2 kami dan menyuruh kami solat. Macamanalah nak solat bila kami ditolak. Maklang katakan pada dia macamana nak solat...nak berdiri pun ditolak2. Along dan Angah dah ketinggalan kat belakang. Dalam hati cuma berdoa moga dia selamat dengan Wan Pari. Memang tatkala itu kami terpaksa berpecah. Bila dah dapat tempat untuk Maya, Maklang pun berdiri dan tutup mata, langsung mengangkat takbir. Tutup mata supaya maklang tak nampak jika ada yang berasak2. Tawakkal pada Allah moga dapatlah maklang menunaikan solat sunat tersebut. Masa tu memang tak nampak tempat nak sujud. Dapat berdiri pun dah syukur. Tapi kuasa Allah kan, masa nak sujud tu seolah2 dilapangkan pula tempat untuk kita dan Alhamdulillah selesai solat, maklang langsung sujud dan berdoa. Syukur benar walau dapat 2 rakaat jadiklah. Tak berani nak duduk lama. Selesai berdoa maklang langsung keluar. Nak berdoa dan memberi salam kat Nabi pun kami buat setelah keluar dari Raudhah. Nak solat kat tepi2 luar dari Raudhah pun kami disuruh pergi. Memang berasak sangat. Nasib baik masa nak keluar tu ternampak Along dan Angah. Wan entah hilang kat mana. Masa mula2 nak masuk tu pun Wan hampir terjatuh kerana ditolak. Nasib baik maklang kat belakang Wan....ISshh..memang takut kalau kat Raudhah. Dalam hati berkata, patutnya di Raudhah lah tempat yang paling tenteram untuk bersolat, tapi tidak pula disebabkan kurangnya disiplin! Apa2 pun maklang bersyukur diberi peluang untuk bersolat kat situ...Amin


Selesai solat di Raudhah, kami pulang. Maya menangis teresak2 kerana risau tak nampak Wan. Mungkin pun dia takut kerana keadaan di Raudhah begitu sekali. Lama jugak kami tunggu Wan kat masjid dan sementara tu dapatlah kami menunaikan sedikit solat2 sunat. ALhamdulillah selesai solat, Wan pun muncul dan kami pulang ke hotel dulu sementara menunggu masuk waktu zohor...


Nanti sambung lagi eh...hari2 terakhir di Madinah...





Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

17 comments:

  1. sALAM mAK lANG

    aIKSSS


    tAK aDA gAMBAR lARRRR

    ReplyDelete
  2. pB:

    macam maklang cakap...maklang merajuk...tak mo letak gambar...he..he..

    ReplyDelete
  3. Memang kat Raudhah tu sentiasa berasak2 , nak kalau nak solat, terus je angkat takbir, kena buat tak tau je apa yang berlaku di sekeliling.Syukur maklang dan anak2 tak diasak bertubi-tubi.

    Alahai bab orang tak masuk blog tu biasalah, ada masa ramai yang masuk, ada masa sikit je, macam I jugaklah, kadangkala tak masuk blog kawan2, macam tu jugaklah bloggers yang lain pun.

    ReplyDelete
  4. salam maklang..ainaa ari2 mesti nk baca coretan mklang...apatah lg coretan umrah mklang sekeluarga ni...seronok baca harap satu hari dpt juga ainaa jejak ke sana...update lg yer..anyway mklang selamat kembali ke tanahair...

    ReplyDelete
  5. rina:

    memang beasak betul..jadi serem gue!

    bab masuk ke blog ke tidak tu..acah jer kan...he..he...macam yang kita cakap tulaa...coretan untuk memori kita ajekan..tapi naklah gak tau...samada ada ke yang menjenguk!he..he..

    kita dah komen tau kat blog awak supaya awak tau kita datang situ.

    ainaa:

    he..he..kalau ainaa tak cakap mana maklang tau...

    tqlah komen...and maklang dah doa supaya ainaa dapat ke sana...siap tulis kat kertas lagi doa2 yang kawan2 kirim, moga Allah perkenankan, Amin...

    ReplyDelete
  6. salam,
    tumpang lalu...

    maklang, saya peminat setia. hari2 check for updates... mesti ramai gak yg mcm saya...

    siap boleh cerita pasal family maklang dgn kawan2 lagi... hehe...

    salam persahabatan...

    ReplyDelete
  7. Zhr Znl:

    Terimakaseh kerana rajin nak tengok updet maklang...rasa macam ada yang ingat kat kita pulak...he..he..perasan ada yang care pasal kita...ha..ha..

    Cerita apa tu kat kawan2 tu...malu pulak maklang...

    ReplyDelete
  8. Maklang...berpeluang untuk ke sana...dan menjalani ibadah ditempat2 yang membawa seribu berkar adalah sesuatu yang tak dpt digambarkan nikmatnya...alhamdulillah maklang berpeluang ke sana...semoga lambaian Kaabah akan sentiasa dirindui...

    ReplyDelete
  9. Salam Mak Lang,

    Saya sebenarnya kebelakangan ni selalu juga masuk ke blog Mak Lang cuma tak meninggalkan jejak aje. It all started bila saya dapat link ke blog Mak Lang through Tepak Sireh Mak Teh...Tajuk entry tu "Salam dari Istanbul" kalau tak silap. Saya baru merancang nak ke Istanbul, baru lepas pujuk hubby. Bila saya buka nampak gambar Mak lang nak berangkat ke Istanbul. Mula2 nampak beg rayhar, saya jadi seronok sebab dah 4 kali saya kesana menggunakan travel agent tu termasuk semasa menunaikan haji. Lepas tu nampak gambar si Hakim, dalam hati kata ni macam budak yang kat dalam Blog en Manzlie (Pengalaman di Kota Mekah) so saya bukak pulak blog tu...Confirm! Orang2 yang sama. Saya memang suka bukak blog tu...seronok dapat tengok Makkah secara "live". Sekarang ni saya selalu bukak blog Mak lang pulak. Pertama coz saya suka baca cerita2 mak lang mengerjakan umrah bersama keluarga dan keduanya, saya pun ada 4 org anak 3 girls and 1 boy yg no. 3.Bercita-cita nak bawa mereka mengerjakan umrah insyaallah tahun depan. So, menjadikan pengalaman mak lang sebagai tauladan buat saya nanti... Nampak seronok aje mak Lang kat sana. teruskanlah dengan cerita-ceita seterusnya. Insyaallah, saya pasti baca bila ada kelapangan biasanya bila malam selepas selesai semua urusan.

    Salam perkenalan...Kak Long

    ReplyDelete
  10. KakAnie:

    Memang seronok kak dapat panggilan ke sana..Siapa yang tak seronok bila ada undangan kan..dan undangan itu datang dari Yang Maha Esa..

    Memang sentiasa menunggu aje panggilanNya untuk ke Tanah Suci...seronok!:)

    Kak Long:

    Oh samalah kita..Kak long jugak maklang ni. Maklang belah suami. Maklong belah sendiri.

    Terimakaseh kerana sudi nak tinggal jejak. Maklang ingin tahu siapa yang rajin masuk sini..bukan nya apa, at least kita tahulah kawan2 kita kan.

    Alhamdulillah..dapat jugak kisah2 ni jadik tauladan. InsyaAllah boleh lah kak long buat reference. Tapi itu seme untuk keluarga kami lah..mungkin untuk keluarga kaklong tak sama kot...he..he..

    Memang best tengok blog Cik Lie..Kiranya lepaslah rindu kita kat Mekah kan. Suami maklang pun rasanya tiap hari pegi blog dia. Entahkan...kalau dapat tengok gambar macam terubat rasa rindu.

    Pada maklang, pengalaman ziarah ke Istanbul amat memenatkan kalau campur dengan nak pergi umrah. Kalau ada rezeki, kami nak pergi ke Istanbul lagi, tapi tak mau campur dengan umrah. Terlalu penat...Tapi itu untuk kami lah. Ada juga group ziarah ke Cairo, dan kami juga dapat jawapan yang sama...Sekarang dah mulai kumpul duit lagi...he..he...entah nak kemana pulak nak melawat bumi Allah lagi lepas ni...:)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Maklang,

    Saya pun maklang juga belah suami (org Trengganu). Saya peminat blog Maklang dari Loughborough lagi (masa buat PhD). Sekarang dah di JB. Rasanya saya le silent reader yg akan dtg visit guna google dari JB.

    Saya Norhalimah Idris kawan Nisak (yg dulu ada mintak no. h/p Nisak (@ Mama Sara). Now saya di UTM Skudai. Lecturer Accountin kat Fakulti Pengurusan. Kalau ke JB (balik kampung) atau hpefully nak hantar Along masuk UTM ke, boleh le contct saya.

    Blog maklang has been part of the emotional therapy utk saya sejak buat PhD dulu hingga kita.

    Keep on writing, because u know u have one good loyal (everyday) reader here.

    Wassalam, Maklang.

    P/S: Raya ni saya balik ke Trengganu, kalau dipermudahkan urusan I look forward to visit u and ur family.

    ReplyDelete
  12. salam Dr. Norhalimah...


    He..he...terimakaseh kerana menjadi pembaca setia kat JB tu..Kira yang pasti ada 2 lah ni ye...

    Alhamdulillah ada jugak menjadi mind theraphy untuk pembaca..syukur...kiranya tak sia2 lah maklang spend 1-2 jam untuk nak menaip...menaip lambat wei..terkial2..kalau letak gambar lagi jadik lama...anyway, maklang kalau tak updet pun kena soal ngan Cik Abang. Dia pun kira pembaca setia dan bagi komen, there and then, tapi tak mo pulak dia type kat comment section tu..he..he..

    Thanks sekali lagi ye...

    Jemputlah singgah kat rumah maklang. Tiap tahun memang kami balik JB. Kalau sempat, jomlah datang ke rumah maklang eh...No. talipon ada kat blog jahit. Bila call, nanti maklang kasi address rumah dan peta sekali!

    Tak ingat pasal no. talipon Nisak tu..Nisak pun lama betul tak dengar cerita..sibuk betul dia dengan catering...

    p/s: Terubat jugak garis2 luka dihati maklang..he..he..:)

    ReplyDelete
  13. huhuhu mak lang pn tau merajuk gak yek!!!relax laa sy nie pn pembc setia blog akak.tp bese laa no comment...segan woo bkn calang org akak nie sifu RE tu.

    ina puyer blog lg laa merapu.entah aper2.ada masa jom laa jengok jap.http://eiynazabri.blogspot.com....hihi saje akak boring.blog ni kekdg2 jd tmpt kita lepas geram je.

    best yee kan dpt buat umah/haji ms muda kan.hrp satu hari dpt p gak kat sana.

    ReplyDelete
  14. Hey.. hey.. heyyy. lupa ka pembaca setia kat utara ni. Merajuk tau!
    Kan dah cakap hari tu, keep on writing.. utk bagi kita iktibar dan cerita nak handle anak remaja buat umrah...

    ReplyDelete
  15. salam maklang,
    cerita apa lagi, pasal happy family maklang la...
    rasanya dah lebih 6 bln jugak saya follow ni, siap promote kat kawan2...

    suka dengar citer pasal family maklang...
    lagi satu sebab dlm blog maklang ni rasanya tak pernah nampak maklang nak kutuk sape2... tak macam sesetengah blog tu...
    respek betul la saya kat maklang... (melambung2 la maklang...) mana nak manage family, hobi, kerja...

    ReplyDelete
  16. Gadies Aries:


    Eh...eh...dah tua2 ni lagi kuat merajuk tau...jangan main2..ha..ha...

    Alhamdulillah maklang suka kalau pembaca makalng menunjukkan diri. Kita rasa hilang penat jari2 dan otak ni pikir nak tulis apa. Kalau sunyi sepi tukan, rasa macam tak laku aje..he..he..

    Please keep on tinggal jejak...maklang suka!


    Cik Milah:

    InsyaAllah akan terus menulis.

    ReplyDelete
  17. saya selalu baca post mak lang. cuma saya silent reader jer.

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...