Thursday, June 25, 2009

Umrah dan Ziarah 2009 Part 4 - Madinah - Selamat tinggal Nabi s.a.w dan Madinah

Assalamualaikum...



Hmmm...dah hari Khamis dah..yeay..berbunga riang hari ni hari Khamis. Best..best...Memang maklang sentiasa menunngu wiken. Almaklum, wiken tu boleh laze around tepi mesin jahit yang dirindui. Minggu ni tak pegang langsung mesin jahit. Bila balik petang, melepek je kerja nya. Terukkan orang tua sorang ni. Eh..tapi taklaa..maklang sempat melepek tepi mesin jahit tepi. Siap dah maklang jahit tepi kain2 yang dah dipotong untuk nak dijadikan baju kurung. So, sekarang ni adalah bebebeberapa helai baju yang perlu dijahit. Leceh sikit sebab nak letak kan cuff kat lengan baju tu, jadik tu lambatlah sikit. Kalau ikut rate biasa 3-4 jam, boleh siap sehelai, tapi kalau dah letak cuff mau lajak sampai 5 jam. Memang dulu2 maklang biasa buat cuff ni. Senang sebab kalau angkat tangan, lengan tu tak lah terbukak dan nampak aurat, tapi hangin malas nak buat mende tu yang membuatkan lengan baju kurung jadik cam biasa! Tapi sekarang kena buat baliklah. Nak pakai sarung tangan tu, almaklum, lengan ku yang comei ini akan terasa keketattan sarung itu dan sungguhlah tidak selesa. Insyaallah, besok, bila selesai menjahit tempahan pouches dan beg, maklang ingat nak jahitlah baju2 yang tersadai atas mesin tu...harap2 dapat siap 2 pun jadiklah. Kena pelan2 sebab tak lama lagi dah bulan posa, dan tau ajelah bulan puasa punyalah bz. Bibik pulak dah nak balik cuti pada minggu ke3 bulan posa. Harap b4 that adalah bibik ganti bibik yang balik baru ni. Le ni payah nak mencari. Lama dah maklang booking, 2 bulan lebih gaknya, masih belum ada pengganti...


Maklang juga nak buat announcement yang maklang akan stop menerima tempahan RE maklang by end of this month. Tak mau ambik lagi until lepas raya sebab ada yang perlu maklang siapkan. Plus ingat naklah jahit tudung2 sikit. Mana tau ada yang nak pakai waktu raya. Tapi tu cadangan ajelah, masa mana nak buat, tak pi cek lagi...he..he..


Oklah merepek panjang pagi ni, kita sambung lagi cerita umrah...


++++++++++++++


Memang rasanya 3 malam 4 hari tu tak mencukupi buat kami di sana. Sedih sungguh masa nak meninggal kan Nabi saw dan juga Madinah.

Maklang lupa if dalam N3 yang lepas kalau ada maklang nyatakan bahawa kalau kita menziarahi Masjid Quba' di Madinah, kita akan diberi ganjaran 1 kali umrah. Ada cerita disebalik ini sebenarnya mengapa Allah bagi ganjaran ini kerana masa itu penghijrahan berlaku. Jadinya agak susah untuk umat Islam nak ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Nabi menerima wahyu dari Allah bahawa sesiapa yang menziarahi masjid Quba ( masjid pertama, tak silap), dan bersolat sunat di dalamnya, maka pahalanya adalah seperti 1 kali umrah. ( Maaf sekiranya tidak berapa tepat jalan sejarahnya...Ustadz ada cerita masa kat bus, tapi taulah tak ada 100% perhatian sebab mata dok tengok keliling dan melayan bujang I tu...).


Pada petang sehari sebelum berangkat ke Mekah, pihak pengurusan telah mengadakan taklimat mengenai ulangkaji untuk menunaikan umrah. Ustadz kata, kalau boleh jangan lah hanya menghantar wakil aje. So, kami anak beranak ( 9 0rang semuanya ) pun pegilah mendengar ceramah Ustadz. Ada jugak yang tak datang menghadiri, mungkin mereka sudah mahir tentang umrah ni semua. Tapi bagi kami, selagi ada yang nak ajar and beritahu, kami akan datang. Mana tau ada jugak benda2 yang kita tak pasti, boleh jugak tanya.

Maka, petang tu, Ustadz pun beritahulah segala2nya mengenai cara2 mengerjakan umrah. Cara nak pakai ihram bagi lelaki pun Ustadz kasi tau. 2 helai kain yang tak berjahit aje tau. Tak boleh pakai yang lain2 kata ustadz. Ustadz memang stress kan yang ini sebab ada jugak para jemaah yang konfius tentang 2 helai kain ni je...Hai...takkan tak pakai seluar kecik kot....memang tak pakai apa2 selain itu. Sebab itulah Ustaz tunjukkan cara2 nak pakai ihram. Mana tau salah pakai, takut terbarai pulak! Bagi para jemaah wanita, pakaian adalah seperti ketika bersolat. So, tak ada masalah lah kan. Kalau sebelum niat, kita sunat memakai wangi2an. Tapi kalau dah niat, maka semua 13 perkara yang halal sebelum berihram dah jadi haram. Memang kena jaga2 bab ni. Maklang sebelum memunaikan umrah dah menghadiri kursus. Walau dah buat haji dan umrah sebelum ini, tapi disebabkan benda2 ni bukan lah dilakukan setiap hari, maka refresher course tu amat penting. Lagi pulak, biarlah ustadz atau ustadzah yang menerangkan. Anak2 pun maklang paksa ikut supaya mereka lebih tahu tentang halal haram ketika berihram.

Dalam pada ustadz bagi ceramah tentang umrah hari tu, Ustadz juga mengingkatkan, nanti dah selesai umrah, janganlah sama aje. Kalau balik Malaysia tu, pertingkatkan lah amalan. Jangan masa di Tanah Suci aje ada buat solat2 sunat, baca Quran. Balik Malaysia semua lupa. Yelah kan Ustadz tu ingatkan untuk kebaikan kita juga. Kalau boleh pertingkatkan lah usaha. Bukan senang2 nak kena jemput ke sana kata Ustadz. Alhamdulillah kita semua telah terpilih. Jadinya bila dah terpilih tu, kita lakukan yang terbaik. Kalau kerja nak puas kan hati Boss nak ada KPI, ni nak buat amal ibadat pun kena ada KPI jugak. Lagilah KPI ni, kalau tak kita buat dari sekarang, macamanalah nak jamin kita di sana nanti. Harap2 kami semua dapatlah improvekan diri kami semua, InsyaAllah.

Lagi satu Ustadz kata, kalau nak buat umrah tu, kalau boleh, kita niat kerana Allah aje. Jangan kerana ada niat sebab nak kaya, aku buat umrah. Atau nak buat umrah kerana nak bertemu jodoh ke... Jangan sekali2 kata Ustadz. Kita selesaikan umrah dulu, then baru kita mintak apa kita nak. Barulah doa yang kaw2 punya. InsyaAllah, Allah akan kabulkan... ( maklang ni menyampaikan apa yang maklang dengar, harapnya, betullah...kalau tak,mintak ditegur untuk kebaikan bersama, InsyaAllah).

Malam tersebut malam terakhir di Madinah...Sedih ye nak meninggalkan bumi suci ini.


Masa Subuh besok tu, ingatkan nak lah buat ziarah wada'. Ziarah wada' ni adalah ziarah selamat tinggal. Ustadz kata, tak perlu nak pergi dekat makam Nabi, berdoa kat tempat kita solat pun dah boleh. Tapi Wan tak mau buat lepas Subuh tu. Wan Pari dah doa dah lepas Subuh.

Lepas makan pagi, maklang pergi lah shopping sekejap ngan Wan Pari. Dapatlah sehelai jubah untuk Angah. Angah aje yang dapat. Entahlah mungkin dalam hati tak ada niat nak shop, jadiknya memang tak terbuka langsung nak membeli belah. Itulah 1-1 nya benda yang maklang beli apart from ubat2 kat pharmacy. Eh..lupa ada beli cotton satin, icecream, other food dan korma ...lupa pulak. Tapi benda2 lain untuk hadiah memang tak ada! ( Kalau ziarah Wada' di Madinah ni kita masih boleh shop, tapi tidak di Mekah. Lepas Tawaf Wada', kita tak boleh tunggu lama atau nak shop lagi, siap tawaf, kalau nak pi toilet ke, boleh lah, nak tido tak boleh...kena berangkat pulang aje!)

Kejap aje shop tu, maklang balik ke hotel nak kemas2 barang. Yang lain dah sambung tidor lagi. Maklang kemas2 apa2 yang patut sebab kami dah diarahkan letak beg diluar bilik jam 11 pagi b4 solat Jumaat. Jam 10 maklang, Wan dan anak2 ke masjid lagi untuk melakukan ziarah Wada' . Ya Allah..moga kali ini bukan kali terakhir kami dijemput ke mari YaAllah...Airmata ku bercucuran tatkala itu...Sayu dan sedih kerana kalau umur tak panjang dan tak ada jemputan dari Allah Yang Maha Esa, memang mustahil untuk kami kembali lagi....


Petang itu, maklang anak2 beranak lah paling last naik bas! Kesian para jemaah menunggu kami. Memang kelam kabut petang tu. Entah kenapa barang2 macam tak siap2 di kemas! (Walhal lama dah berkemas. Abang pun tolong. Kami solat zohor/ asar kat bilik aje. Abang dan Hakim serta Atok aje ke masjid dan terus ziarah Wada'. )

Wan dan Atok mulai risau. Masa kami tiba kat bas..bas dah pun penuh, tapi nasib baik, atok, wan dan Wan pari dah book kan tempat duduk untuk kami anak beranak! Mungkin dalam hati pernah mengeluh sebab masa nak ziarah...ada jugak yang lewat sangat sampai kat bas. Mulut tak berkata, tapi cuma terlintas aje..Kat sini, Allah bagi cash. Itu cuma terlintas aje, apalagi kalau berkata2...Astaghfirullah..ampunkan dosa2 ku Ya ALlah..

Perjalanan kami ke Mekah tidak berapa smooth. Slow betul bas. Bas berhenti di Bir Ali sebab kat sini kami bermiqat dan disinilah tempat berniat. Kami tak turun pun sebab solat sunat ihram telah kami lakukan kat hotel tadi. Rehat ajelah kat dalam bas. Solat asar juga telah ditaqdimkan dlam waktu zohor.

Lebihkurang 1/2 jam di Bir Ali, kami memulakan perjalanan. Dalam bas, maklang pulak duduk kat belah kena cahaya matahari. Panasnya Allah aje yang tahu. Dok pusing kiri kanan tengok orang lain relax aje. Air cond pulak tak berfungsi. Dalam hati dok ingat ni pasti balasan dosa ni, orang lain tak panas, tapi kita rasa cam dalam oven aje. ( masa tu semua sudah berpakaian ihram - kami anak beranak serba putih semuanya). Tapi tak lama lepas tu, maklang dengar bising2 kat belakang. Malas nak campur cuma diam aje sebab Ustadz suruh kita bertalbiah aje lepas dah berniat. Sambung ajelah talbiah..

Labaikallah humma labaik...Labai kala sharikalakala baik.....Innalhamda wannikmata..Lakawalmulk...Lasharikalak..


Rupa2nya semua berasa panas. Bukan aircond kat tempat maklang aje tak jalan, kat tempat semua orang...he..he..bas ni tak elok! Break dia pun rosak! aAkut kalau apa2. 2 jam perjalanan, kami berhenti kat tempat makan. Memang ada bawak bekalan dari Madinah. Burger lah apa lagi. Kami turun dari bas dan makan2 serta minum. Kat sini coke ke sevenup ke semuan serial aje satu tin..Apalagi anak2 enjoy betul minum air tin...Ish..ish.. Cuaca kat luar lebih sejuk dari dalam bas! ( Gambar kat PC Along, nanti maklang upload ye! pB..sabar eh...he..he...I tak merajukdah! :)


Agak lama menunggu, untuk nak tukar bas, akhirnya sekitar jam 6 tak silap, bas yang ditunggu pun tiba....( nanti sambung pulak, InsyaAllah...mengerjakan umrah di Mekah)



Tips pulak: Masa nak masuk masjid Nabawi, jemaah wanita memang tak boleh bawak hp. Satu malam tu, maklang terbawa hp yang mmg tak berfungsi. Dah seminggu kot bateri kong. Guard suruh simpan kat 'Amanah'. Kesian along ketika tu, dia pegang beg tu. Maklang nak tolong tak boleh. Maka maklang keluarlah ikut pintu lain. Pegi kat Along, ambik fon, sumbat kat setokin dan buat selamba aje masuk, ikut pintu lain pulak. Lepas laa sebab mereka tak raba bahagian kaki. Tu pun kebetulan, masa nak masuk tu, ada jemaah yang kena tahan dan ada adek sebelah maklang tu kata..masuk kat setokin jer...he..he.. lain kali, kalau nak bawak hp tujuan untuk senang nak contact suami/ muhrim kita lepas keluar masjid, bolehlah sorok kat setokin...


Flashback:

Ni kat kedai kat kebun korma. Ada jual nougat yang ada kacang pandai tu apa ke nama..oh..pistachio tu..sedap.
Halal..halal...kami disuruh rasa...kalau nak makan sampai kenyang pun boleh gaknya!
Sedapnya Abang makan...
Tu kat belakang tu ada korma dan coklat bermacam jenis!
Ini Hakim, Maya dan Abang b4 umrah ( bukan lepas dari Madinah... ni sebelum ke Tannaim)

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

7 comments:

  1. Seronoknya baca kisah-kisah umrah maklang .

    Orang kata balasan kat sana selalunya dibayar cash oleh Allah, tu yang rasa takut nak lepas laku atau perkataan .

    Nampak comel sangat maya pakai baju kurung putih dan telekung tu.

    ReplyDelete
  2. Kak Elle:

    Coklat dia biasa aje...Yang Rina kasi tu lebih sedap!

    Rina:

    Terimakaseh kerana masih mengikuti kisah2 kami..he..he..suka I!:0

    Memang semua nya cash. Credit tak main..he..he..tulah maklang kata, padan muka I. Masa tu memang dah tak sabar!

    Maya memang semangat masa buat umrah tu....tapi nampak dia penat lepas habis saei..mak dia to sah cakaplaa..melepek pegang pinggang!

    ReplyDelete
  3. Salam Maklang,
    Saya dok mengikuti perjalanan mak lang ni. Silalah kongsi2 lagi pengalaman serta tips berguna. Moga2 saya pula dipanggil ke sana lepas ni. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  4. Salam Mak Lang,

    Memangkan rasa sekejap sangat kat Madinah bila kita buat umrah. Seronok baca cerita mak lang, terbayang2 suasananya kat sana. BTW, thank you for the advise tak buat umrah dengan ziarah sekali. Ingat nak cuba tapi hubby kata nanti kepenatan dan hilang fokus. Since mak lang pun advise better not, saya tak buat lah kot.Kena split tapi ongkosnya kena lebih, tu yang tak mampu. Tak pelah kita mintak kat Allah, rezeki tu kan dtg dari Nya.

    Rasanya dlm N3 sebelum ni mak lang ada kata gi haji thn 2004, pakai pakej rayhar ke? Oklah dah lewat mlm, mata pun dah layu. Selamat Berhujung Minggu buat mak lang & famili!

    ReplyDelete
  5. wooww... best nya pi umrah.. nak pegi jugak..!!! alhamdulillah segalanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  6. Arena:

    Nanti maklang ada masa maklang sambung lagi eh...tengah banyak jahitan ni...

    ummu Adam:

    Memang tak usah campur dengan ziarah..penat sangatlaa...Moga2 ada rezeki kita nak ke sana lagi, InsyaAllah...

    Mulan:

    Alhamdulillah semuanya dipermudahkan..dan moga2 kita ada rezeki lagi nak kesana ye...Amin...

    ReplyDelete

komen-komen anda dialu-alukan...